Ramai peminat ahli One Direction ini telah mengucapkan happy birthday pada 1 Februari (hari ini!) sempena hari kelahiran Harry ke-25.
Pelantun single ‘Sign Of The Times’ dan ‘Kiwi’ ini selalu menyambut hari kelahiran bersama rakan dan ahli keluarganya yang istimewa. Tahun lalu, dia menyambutnya bersama Adele (OMG), Cindy Crawford, Tommy Lee dan ramai lagi di Malibu, California.
Namun, di sebalik kemeriahan sambutan itu, Harry juga menerima banyak ucapan istimewa daripada rakan selebriti di Twitter.
Kali ini, REMAJA ingin mengimbas kembali foto Harry dari umur setahun hingga sekarang. Mesti korang akan ternganga punya!
Setahun selepas dilahirkan di Holmes Chapel, Cheshire. Nampaknya, warna rambut Harry semasa kecil banyak mengikut warna rambut ibunya, Anne Twist.
Antara carian popular di Google berkenaan Harry Styles adalah warna anak matanya. Tak ramai yang tahu gambaran sebenar warna tersebut kerana ia selalu berubah. Ramai peminat berkata ia “warna biru tetapi berubah kepada hijau keperangan jika disuluh dengan lampu.”
Ads
Kata ibu Harry iaitu Anne Twist, Harry gemar nyanyikan lagu Elvis Presley semasa kecil . Tak hairanlah apabila Harry menyarung pakaian seakan Elvis semasa siri promosi ‘Sign of the Times’.
Walaupun Harry gemar menonton dan bermain bola sepak, bekas jurulatihnya mengakui Harry bukanlah pemain terbaik dalam team tersebut. Ouch!
Kali pertama Harry dimasukkan untuk perlawanan, team mereka kalah dengan keputusan 8-0. Namun, jurulatihnya Chris Rogers berkata, Harry merupakan seorang pemain yang sentiasa bersemangat dan positif.
Sekiranya dia berada di bangku dan diminta bermain untuk mana-mana posisi, dia sentiasa bersedia. Cuba teka mana satu Harry di dalam gambar di atas hehe..
Ads
Sebelum One Direction, Harry mempunyai band-nya sendiri. Foto ini diambil ketika sesi latihan bersama White Eskimo. Sebab tu ke semua memakai kemeja putih..?
.
Sebelum terkenal melalui X-Factor, Harry bekerja part time di kedai bakeri W Mandeville, Cheshire. Semasa bertanding, kedai ini meletakkan poster ‘VOTE HARRY’ pada cermin hadapan kedainya.
Walaupun tiada rekod sah tentang bila foto ini diambil, clearly Harry Styles pernah menghadiri acara prom di sekolahnya!
Harry berjaya mendapatkan lesen memandu pada Disember 2011. Foto ini diambil di hadapan rumah ibu-bapanya di Cheshire. Turut kelihatan adalah kereta pandu uji Mini Cooper yang juga merupakan warna kereta pandu uji Niall Horan dan Liam Payne.
Ads
Setahun kemudian, Harry memandu kereta Jaguar E-Type Roadster. Mungkin kerana lebih berminat dengan kereta yang lebih canggih, dia kemudian mencuba model kereta Porsche 911.
Korang mesti selalu terdengar mengenai khabar angin Harry mempunyai ‘nipple’ ketiga dan keempat pada dadanya.
Well, ia sebenarnya adalah tanda lahir di kedua-dua belah badan dan terletak pada torso, bukannya dada.
Pada hari lahir Harry ke-19, peminatnya sangat sayangkan penyanyi remaja ini sehinggakan terdapat lebih 100 topik berkaitan Harry Styles yang trending di Twitter.
Pada hari lahir Harry tahun lalu, beberapa rakan dari One Direction telah mengucapkan happy birthday kepadanya. Antaranya ialah Niall Horan yang memanggilnya dengan nama gelaran Harold dan Liam Payne yang berkata.” Happy Birthday H! Enjoy your day.”
Menerusi drama Tak Sempurna Mencintaimu yang baru saja melabuhkan tirai semalam, pelakon Intan Najuwa dan bakat baharu, Aniq Suhair mungkin melakonkan watak sebagai adik beradik, Siratul dan Safwan.
Begitupun, keserasian yang tercetus dalam babak-babak yang membabitkan mereka berdua telah mencuri tumpuan penonton yang merasakan mungkin ada sesuatu di antara gandingan tersebut di luar set.
Bukan mudah untuk mencetuskan chemistry sebegitu rupa biarpun ini merupakan kali pertama mereka dipertemukan di set penggambaran yang sama.
Eh, tak sengaja ter-speculate pula bulan puasa sekarang. Hiks!
Apapun, REMAJA dapatkan sendiri jawapan daripada empunya badan sekiranya ada sesuatu yang istimewakah di antara mereka berdua?
Katanya, “Kami hanya kawan macam biasa. Dekat set pun kami dah seperti adik-beradik. Masing-masing ‘masuk air’.
“Pada awal penggambaran, kami masih dalam sesi memperkenalkan diri. Namun bila sudah mendapat rentak watak yang dibawakan, (saya) mudah mendapatkan keserasian bersama Intan Najuwa.
“Dalam set nampak seperti adik-beradik, tapi di luar kami berdua ‘gila-gila’. Aniq pun selalu terkenang kembali kenangan kami semua shooting di Perlis selama empat bulan. Macam-macam yang kami lalui.
“Kalau diberi peluang untuk menyambung sekuel kepada drama ini, memang Aniq akan ambil tawaran itu,” kongsi finalis pencarian Hero Remaja 2020 ini semasa menjalani penggambaran bersama Nu Ideaktiv, baru-baru ini.
Aniq turut meluahkan rasa syukur apabila melihat respon penonton setia Tak Sempurna Mencintaimu terhadap watak Safwan yang dilakonkan. Tambahan pula, ini merupakan watak pertama yang memaksanya keluar dari zon selesa.
“Alhamdullilah, watak saya diterima oleh penonton. Aniq juga boleh nampak ada improvement dari segi teknik lakonan kerana saya berpeluang digandingkan oleh ramai pelakon veteran seperti Wan Maimunah, Lydiawati, Azza Elite serta Redza Rosli, Fendy Bakri dan Intan sendiri. Mereka banyak turunkan ilmu lakonan kepada Aniq dari semasa ke semasa,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Aniq bakal muncul dalam dua buah telemovie sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini yang berjudul Dolla bersama grup Dolla dan Comel yang menceritakan tentang watak kucing.
Tonton temubual penuh REMAJA bersama Aniq Suhair di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berbakat besar, Fattah Amin mengundang sebak di hati para peminat selepas mendedikasikan ucapan teristimewa sempena ulang tahun puteri tersayang, Nur Fatima Aisya.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, meskipun hanya ucapan ringkas sempena hari jadi Fatima yang keempat, namun ia menyentuh hati para pengikutnya apabila Fattah turut meluahkan kerinduan terhadap anak tunggalnya itu.
“Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya Abdul Fattah. Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT. Daddy rindu awak,” coretnya ringkas.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen telah pun dibanjiri pelbagai reaksi oleh para pengikutnya selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Sebelum ini, pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah hadir ke Mahkamah Syariah Subang Bestari bagi prosiding perceraian.
Bagaimanapun, Fattah masih belum bersedia melepaskan usahawan popular itu kerana mengakui masih sayangkan isterinya. Oleh itu, kes perceraian mereka ditangguh pada 7 Oktober ini.
Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menjulang Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda sememangnya satu tugas yang sangat penting seorang wartawan baik di dunia percetakan ataupun digital. Kami di Remaja juga tidak lari dari segi tugas untuk mendidik dengan memberikan kandungan terbaik kepada jutaan pembaca di luar sana.
Dalam keriuhan dan rancaknya penggunaan media sosial kini, jangan pula kita lupa untuk mengamalkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul. Hari ini Nu Ideaktiv Sdn Bhd, telah menerima kunjungan mesra dari bahagian penguatkuasaan Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Diskusi yang berlangsung selama lebih kurang sejam mengetengahkan isu penggunaan Bahasa Melayu dengan betul dari segi tatabahasa dan penggunaan perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam penulisan. Banyak input-input menarik yang diperolehi dan semestinya akan diterapkan dalam setiap aspek penulisan di majalah-majalah milik Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Wakil DBP (bertudung hijau muda) Bersama CEO Nu Ideaktiv, En Syamil Fahim dan juga editor-editor pengurusan Nu Ideaktiv.
Siapa lagi yang hendak memartabatkan Bahasa Melayu kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia bukan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!