Dalam hidup, ada momen yang tidak dapat dijelaskan secara logik. Detik yang berlaku tanpa dirancang, namun memberi makna besar dan menyentuh hati ramai. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki Malaysia, Aimi Nasruddin, yang secara mengejut menunjukkan respon pertama selepas lima hari koma hanya selepas mendengar voice note daripada penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Kisah ini bermula ketika Aimi dan tiga orang rakannya sedang menikmati waktu santai di Bondi Beach, Sydney, Australia. Dalam suasana santai dan gembira, Aimi tiba-tiba jatuh rebah. Tanpa sebarang amaran, dia diserang sakit jantung secara tiba-tiba. Mujur pada ketika itu, seorang doktor yang kebetulan berjoging di sekitar lokasi kejadian segera memberikan bantuan CPR.
Aimi kemudiannya dikejarkan ke St Vincent’s Hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Keadaannya pada waktu itu sangat kritikal. Selama lima hari, Aimi langsung tidak memberi sebarang respon. Dia hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, dan tiada siapa dapat menjangkakan sama ada dia akan sedar semula atau tidak.
Disebabkan kekangan perjalanan, ahli keluarganya tidak dapat segera ke Australia. Namun, rakan-rakan Aimi yang berada di sana bergilir-gilir menjaga dan menemaninya di hospital. Dalam usaha untuk memberi semangat dan membuka ruang harapan, ayah Aimi berikhtiar menghubungi beberapa kenalan, dengan harapan dapat menyampaikan satu mesej suara daripada insan yang sangat dikagumi oleh anaknya Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Tanpa sebarang publisiti, dan dengan penuh keikhlasan, TokTi menghantar voice note yang sarat dengan kata-kata semangat dan doa:
Ads
“Assalamualaikum Aimi, Aimi dengarkan suara ni, ni kak Siti ni, kak Siti nak Aimi jangan sedih, kena kuatkan semangat, ingat Allah, selawat banyak-banyak dalam hati. Kak Siti doakan Aimi cepat sembuh, Allah angkat segala sakit Aimi. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa, Aimi be strong okay, Allah ada bersama Aimi, jangan risau.”
Tangan bergerak pertama kali selepas koma
Voice note itu diputarkan kepada Aimi ketika dia masih koma. Dan inilah detik yang dianggap paling ajaib oleh semua yang terlibat. Sejurus selepas mendengar mesej tersebut, tangan Aimi mula bergerak buat pertama kali sejak koma lima hari sebelumnya. Respon itu menjadi petanda awal bahawa kesedarannya mula kembali.
Ads
Perkongsian menyentuh hati ini dimuat naik sendiri oleh Aimi menerusi akaun Instagram miliknya setelah keadaan kesihatannya stabil. Dalam hantaran tersebut, Aimi turut menzahirkan rasa terima kasih kepada TokTi atas voice note yang sangat bermakna itu, serta menyatakan rasa syukurnya kerana diberi peluang kedua untuk hidup.
“Betul-betul semasa 20 hari lepas, ayah saya cuba cari kawan-kawan saya untuk dapatkan voice note daripada TokTi, dengan harapan saya dapat memberikan respon yang positif sebab masa tu saya memang tak sedar langsung,” tulisnya.
Selepas beberapa minggu menjalani rawatan intensif di Australia, Aimi akhirnya dibenarkan pulang ke tanah air. Kini beliau sedang melalui proses pemulihan secara berperingkat, dan berkongsi kisahnya sebagai inspirasi kepada orang ramai.
Kisah ini bukan sahaja membuktikan kekuatan kasih sayang, usaha dan doa, tetapi juga memperlihatkan betapa kata-kata yang lahir daripada hati mampu memberi kesan luar biasa kepada jiwa manusia. Dalam kes ini, suara lembut dan penuh makna dari seorang tokoh seni yang disayangi rakyat Malaysia, telah mencipta satu keajaiban kecil dalam hidup seorang pemuda.
Buat remaja hari ini, kisah Aimi Nasruddin memberi peringatan bahawa harapan tidak pernah padam. Dalam situasi paling gelap sekalipun, sedikit sinar mampu mengubah segalanya. Kadangkala, harapan itu hadir dalam bentuk yang paling tidak dijangka — seperti sebuah voice note dari insan yang kita kagumi.
Bagi peminat setia filem Harry Potter, mesti ramai yang tidak asing lagi dengan nama pelakon Emma Watson yang pernah menjayakan watak Hermione Granger. Akan tetapi kali ini, beliau kali ini kembali mencuri perhatian apabila dikatakan telah melanjutkan pengajian ke peringkat akademik tertinggi iaitu ijazah Doktor Falsafah (PhD) di universiti berprestij dunia, Universiti Oxford.
Menurut laporan media UK, pelakon berusia 35 tahun itu sudah pun menyelesaikan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Penulisan Kreatif sejak September 2023. Namun kini, Emma mengambil keputusan untuk melangkah lebih jauh dengan menyambung pengajian ke peringkat DPhil iaitu versi PhD di Oxford.
Walaupun terkenal sebagai salah seorang bintang Hollywood, menurut laporan, personaliti Emma di kampus lebih dikenali sebagai seorang yang rendah diri dan mesra dengan orang ramai.
Kredit foto: Instagram Emma WatsonEmma Watson yang membuat kemunculan semula di Cannes 2025 baru-baru ini.
Menurut salah satu sumber di Oxford, ada pelajar yang memberitahu pelakon itu gemar meluangkan masa bersama pelajar lain, pergi ke acara sosial, dan kadang-kala sering dilihat berehat di kafe sambil membaca buku bersama kekasihnya.
Pada masa yang sama, beliau juga dikenali sebagai seseorang yang cintakan ilmu. Selepas berlakon dalam filem The Perks of Being a Wallflower dan Little Women, Emma seolah-olah suka mengambil masa untuk fokus pada diri sendiri dan pelajaran. Memang persis dengan watak Hermione yang dibawakannya kan!
Walaupun begitu, ini bukan bermakna pelakon berdarah Inggeris itu melupakan dunia glamor sepenuhnya. Terdahulu, pada Februari, Emma dilihat membuat kemunculan mengejut di NBA All-Star Celebrity Game yang berlangsung di California.
Selain daripada itu, selepas beberapa tahun sejak tahun 2013, Emma Watson dilihat kembali semula menjejakkan kaki buat pertama kali di Festival Filem Cannes 2025 yang berlangsung di Perancis.
Penampilan Emma di Cannes telah mencetuskan tanda tanya peminat dan ada di antara mereka yang menjangkakan sama ada sebuah projek filem baru atau hanya kemunculan istimewanya dalam festival itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun Amerika Syarikat terlebih dahulu dengan idea demokrasi sejak beratus tahun dahulu, namun tahukah anda bahawa tidak pernah ada wanita yang menjawat jawatan sebagai Presiden ataupun naib Presiden negara kuasa besar dunia itu.
Negara kita Malaysia terlebih dahulu mengorak langkah sebelum ini dengan Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi timbalan perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah pemerintahan Malaysia. Biarpun hanya berada dalam jawatan selama kurang dua tahun pelantikan beliau memberi impak kepada suara wanita di parlimen terutamanya.
Kini dengan kemenangan Joe Biden sebagai presiden Amerika Syarikat ke-46 semalam, sekaligus menempatkan Kamala Harris sebagai naib Presiden negara itu. Siapakah wanita yang lebih suka dipanggil dengan nama Kamala berbanding gelaran Mrs Harris ini?
Nama penuhnya ialah Kamala Devi Harris. Berketurunan India di sebelah ibunya dan American-Jamaica di sebelah bapanya.
Kamala bersama mendiang ibunya. Sumber gambar: via nbcnews.com
Dilahirkan pada 20 Oktober 1964, wanita berusia 56 tahun ini dibesarkan oleh ibunya selepas kedua ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 7 tahun.
Ketika di tahun pertama persekolahannya dia diiring kesekolah kerana tahun tersebut merupakan tahun kedua program integrasi pelajar berkulit hitam di sekolah pelajar berkulit putih. Beliau bergerak dari kawasan rumahnya yang majoritinya berkulit hitam dan komuniti bergaji sederhana rendah ke sekolah yang terletak di kawasan kulit putih yang kaya.
Kerap mengunjungi negara India Ketika kecil, beliau sangat dipengaruhi oleh datulknya yang merupakan pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang berjuang memerdekakan negara tersebut. Neneknya pula merupakan aktivis yang lantang memperjuangkan wanita miskin dan memdidik mereka tentang kawalan kelahiran.
Beliau merupakan graduan dari Howard University dalam jurusan sains politik dan ekonomi.
Kamala bersama adiknya, Maya Harris. Sumber gambar: via oprahmag.com
Ketika mengikuti pengajian bidang undang-undang di San Francisco. Beliau tinggal bersama adiknya, Maya Harris dan menjaga anak saudaranya.
Keluarga beliau pada mulanya ragu akan pilihan kerjaya yang ingin beliau ceburi. Kerana Ketika itu pendakwa raya dilihat sebagai individu yang memiliki sejarah yang tidak menyenangkan.
Ibunya, Shyamala Gopalan merupakan seorang seorang seorang saintis bio-perubatan manakala bapanya pula, Donald Harris merupakan seorang ahli ekonomi dan profesor emeritus di Stanford University.
Adiknya, Maya Harris merupakan seorang peguam lulusan Stanford University dan merupakan penyokong kuatnya sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.
Bintang terkenal menerusi naskhah hebat 70-an, Eight Is Enough, Adam Rich menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Brentwood, pada usia 54 tahun, pada Sabtu lalu.
Menurut laporan ABC News, polis menolak sebarang unsur meragukan berhubung kematian bintang tersebut selain masih menyiasat perkara itu.
Dalam pada itu, pelakon Betty Buckley yang membawakan watak sebagai ibu tiri menerusi drama itu juga menzahirkan rasa terkejut dengan pemergian Rich. Menerusi satu hantaran di Instagram, Buckley berkongsi sekeping gambar bersama mendiang ketika menjayakan Eight is Enough.
“Saya mengaguminya dan seronok bekerja dengannya. Mendiang seorang yang baik, melucukan dan berpewatakan semula jadi.
“Dia membawa kegembiraan kepada semua yang terlibat dalam rancangan tersebut dan juga penonton,” coretnya ringkas.
Sekadar informasi, Adam Rich mencipta nama sekitar tahun 1970-an menerusi peranan sebagai kanak-kanak berusia lapan tahun bernama Nicholas Bradford dalam naskhah berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.