Bagi peminat setia filem Harry Potter, mesti ramai yang tidak asing lagi dengan nama pelakon Emma Watson yang pernah menjayakan watak Hermione Granger. Akan tetapi kali ini, beliau kali ini kembali mencuri perhatian apabila dikatakan telah melanjutkan pengajian ke peringkat akademik tertinggi iaitu ijazah Doktor Falsafah (PhD) di universiti berprestij dunia, Universiti Oxford.
Menurut laporan media UK, pelakon berusia 35 tahun itu sudah pun menyelesaikan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Penulisan Kreatif sejak September 2023. Namun kini, Emma mengambil keputusan untuk melangkah lebih jauh dengan menyambung pengajian ke peringkat DPhil iaitu versi PhD di Oxford.
Walaupun terkenal sebagai salah seorang bintang Hollywood, menurut laporan, personaliti Emma di kampus lebih dikenali sebagai seorang yang rendah diri dan mesra dengan orang ramai.
Kredit foto: Instagram Emma WatsonEmma Watson yang membuat kemunculan semula di Cannes 2025 baru-baru ini.
Menurut salah satu sumber di Oxford, ada pelajar yang memberitahu pelakon itu gemar meluangkan masa bersama pelajar lain, pergi ke acara sosial, dan kadang-kala sering dilihat berehat di kafe sambil membaca buku bersama kekasihnya.
Ads
Pada masa yang sama, beliau juga dikenali sebagai seseorang yang cintakan ilmu. Selepas berlakon dalam filem The Perks of Being a Wallflower dan Little Women, Emma seolah-olah suka mengambil masa untuk fokus pada diri sendiri dan pelajaran. Memang persis dengan watak Hermione yang dibawakannya kan!
Ads
Walaupun begitu, ini bukan bermakna pelakon berdarah Inggeris itu melupakan dunia glamor sepenuhnya. Terdahulu, pada Februari, Emma dilihat membuat kemunculan mengejut di NBA All-Star Celebrity Game yang berlangsung di California.
Ads
Selain daripada itu, selepas beberapa tahun sejak tahun 2013, Emma Watson dilihat kembali semula menjejakkan kaki buat pertama kali di Festival Filem Cannes 2025 yang berlangsung di Perancis.
Penampilan Emma di Cannes telah mencetuskan tanda tanya peminat dan ada di antara mereka yang menjangkakan sama ada sebuah projek filem baru atau hanya kemunculan istimewanya dalam festival itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini bukan kali pertama ahli Blackpink ini menunjukkan taring di mata dunia.
Tak boleh disangkal lagi, Lisa Manobal daripada grup Blackpink merupakan salah seorang bintang K-Pop paling popular pada waktu ini.
Selain bergelar seorang penyanyi dan rapper, rezeki Lisa juga cukup murah di luar bidang seni hiburan apabila bergelar duta antarabangsa bagi pelbagai jenama serta kategori produk; daripada jenama fesyen hingga ke jenama automotif di Korea, negara asalnya Thailand serta di negara Barat.
Semalam, Lisa sekali lagi melakar kejayaan terbaru menerusi acara MTV Europe Music Awards (EMAs) 2022 yang berlangsung di Jerman. Selepas kali terakhir menerima trofi bagi kategori ‘Best K-pop’ di acara Video Music Awards (VMAs) 2022, semalam Lisa sekali lagi menggondol kategori yang sama di acara berbeza yang dianjurkan oleh MTV.
Tambah menarik, Lisa kini secara rasmi merupakan artis solo dari Korea Selatan yang pertama dalam sejarah yang berjaya merangkul kedua-dua trofi ‘Best K-Pop’ sekaligus di EMAs dan VMAs.
Sementara itu, kumpulannya Blackpink juga membawa pulang trofi bagi kategori ‘Best Metaverse Performance’ di acara semalam.
Selain Lisa Manobal, penyanyi Taylor Swift juga mencipta sejarah di EMAs dengan mendominasi empat kategori termasuklah Artis Terbaik, Video Terbaik, dan Pop Terbaik. Penyanyi Anti-Hero itu juga memenangi kategori Video ‘Longform’ Terbaik untuk video muzik All Too Well (10 Minutes) (Taylor’s Version).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Realitinya, situasi pandemik Covid-19 di Malaysia masih berada dalam tahap kritikal dan sesiapa saja boleh dijangkiti biarpun prosedur operasi standard (SOP) telah kita patuhi.
Terbaru, pelakon Bidadari Salju, Sweet Qismina mengesahkan dirinya telah dijangkiti wabak COVID-19 semasa berada di Kuala Kangsar, Perak bagi menjalani penggambaran filem Tariandi sejak 15 April yang lalu.
Hanya sehari setelah memasuki set, Sweet mendapati dirinya kurang sihat dan berehat dengan mengambil ubatan selama tiga hari. Begitupun, dia terus mengambil langkah proaktif untuk menjalani ujian SWAB di Hospital Columbia, Taiping setelah keadaannya tidak pulih dan masih sukar bernafas.
Menerusi hantaran kenyataan rasmi daripada pihak Warner Music Malaysia yang mewakili Sweet, dia disahkan positif dan terus dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin menjalani saringan PCR. Hasil ujian tersebut turut positif.
Justeru, Sweet dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh dalam keadaan sedikit lemah dan hilang deria rasa. Bagaimanapun, keadaan pelakon itu kini stabil tanpa mengalami sebarang komplikasi.
Sama-samalah kita doakan agar keadaan Sweet bertambah pulih ya.
Sebelum ini, beberapa personaliti popular tempatan juga pernah disahkan positif Covid-19 semasa berada di tempat kerja. Ini termasuklah Alif Satar, Roy, Aepul Drama Band dan Syafiq Farhain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita sering membaca kisah kejayaan individu yang berjaya menguruskan berat badan masing-masing. Antara rahsia kurus ialah tidak sentuh nasi langsung atau mengurangkan pengambilannya. Mereka membanyakkan makan sayur dan buah-buahan ketika proses diet.
Begitulah juga rahsia awet muda aktor Hong Kong yang tersohor. Melihat wajah dan bentuk tubuhnya, siapa sangka aktor dan penyanyi kacak dari Hong Kong, Andy Lau telah memasuki usia 60 tahun pada 27 September tahun ini.
Andy Lau terkenal sebagai antara bintang yang tidak pernah hilang aura dan pesonanya walaupun sudah berpuluh tahun dalam industri hiburan.
Dipetik Detik.com, demi penampilan yang sempurna, ternyata ada pengorbanan yang dilakukan Andy Lau. Rahsia Andy Lau untuk kekal muda ialah tidak makan nasi putih. Aktor yang dilahirkan pada 27 September 1961 ini telah lakukannya bertahun-tahun secara konsisten.
“Andy Lau berkeras untuk tidak makan nasi selama 10 tahun supaya dia dapat mencapai penampilan terbaik. Menjadi seorang selebriti mungkin kelihatan hebat di mata orang ramai, tetapi sukar untuk membayangkan apa yang mereka lakukan di sebalik tabir,” ujar pengarah Wong Jin.
Hongkong director Wong Jing
Dipetik dari Today Online, netizen memuji bintang filem The White Storm 2 ini kerana disiplin dirinya, memanggilnya ‘hebat’ dan ‘inilah sebabnya dia masih popular selepas 40 tahun’.
Hmm…maknanya Andy Lau berhenti makan nasi ketika usianya 50 tahun la?
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!