Perkongsian atau lebih tepat luahan hati seorang adik mengenai arwah abangnya yang membuka perniagaan membaiki kenderaan yang mana kebanyakan pelanggan Melayu asyik minta murah ketika mahu buat bayaran dan kemudian kondem bangsa sendiri konon kerja tak berkualiti seperti bangsa lain menjadi tular di media sosial semalam.
Memaparkan tajuk KISAH BANGSA YG BUNUH BANGSA DIA SENDIRI ternyata mampu membuka mata kita dan timbul satu pertanyaan, benarnya kebanyakan kita begitu?
Ya kita adakalanya sensitif bila isu bangsa disebut namun ada ketika kata-kata begini agak tepat dan perlu dibaca dengan mata hati. Di saat orang Melayu mula merasa sedikit bahang kerana ada bunga-bunga perkauman ditiup, andai kita orang Melayu saling memberi sokongan terhadap apa saja perniagaan yang Melayu usahakan, insya Allah bangsa kita akan jadi lebih maju dan lebih baik.
Arwah meninggal 105 hari dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil.Kredit gambar Darnalis A Rahman
Bacalah perkongsian dari Darnalis A Rahman mengenai kisah arwah abangnya yang juga bekas tentera yang sudah lebih 100 hari meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil semasa membuka perniagaan dahulu.
Dah lama cerita ni akak simpan. Kisah pengajaran tentang sikap orang Melayu yang suka nak murah sahaja. Ni kisah tentang abang akak. Tapi skg dia xde. Kisah yg byk pengajaran utk kita sebagai bangsa MELAYU.
Abang akak seorang bekas tentera. 20 tahun dia berkhidmat dgn tentera dlm bidang jentera berat. Kerja dia hari2 mmg repair kenderaan tentera. One day dia amik keputusan berhenti kerja. Nk niaga.buka workshop sendiri. Kg kg akak. sb kt kg belum ada workshop org melayu.
Berbekalkan pengalaman 20 thn dan sedikit duit yg dpt bila berhenti tentera dia buka workshop.
Maka bermulalah siri demi siri kisah usahawan melayu yg di boikot oleh bangsa sendiri dengan alasan MAHAL. Tanpa usul periksa.
Ads
Kisah 1
“Mahal lah malik..kedai ah chong lg murah..”
Kisah 2
“Apalah malik ko repair rosak balik.”
Padahal dh ckp rosak ni pakcik kena tukar. Tapi dia suruh repair dulu. Sebab tak ada duit nk tukar.
Jd abg akak repairlah asal boleh pakai sementara. Bila rosak balik dia komplen ckp repair x pandai. Dia p kedai ah chong. Ah chong terus tukar. Dia ckp ah chong pdai repair.
Kisah 3
” Malik..pakcik hutang dulu ya.x ckup duit ni. Nti bln depan pak cik byr” Sampai abg akak meninggal pun hutang x byr2.
Ads
Kisah 4.
Gi beli barang kt supplier.
“Ni spare part rm80.00” taukeh
“X boleh kursng sikit ke bos?” Abg akak
” Ni sudah murah..skg brg manyak mahal” taukeh
Mai bangsa dia.mtk brg yg sama.cong ciang cong ciang.. rm60.00 je.
Kisah 5.
Bangsa melayu lepak kedai kopi membwg pasal issue perniaga sekitar kg. Abis dibuka..di fitnah anak bangsa. Niaga mahal. Niaga x betul. Niaga main tipu. Pdahal adakah dia siasat pekara tu betul2. Memburuk burukkan bangsa sendiri berniaga x reti. Membanggakan kan bangsa lain.
Bertahun2 abg akak niaga ibarat kais pg makan pagi. Workshop bangsa lain bertambah maju.disebabkan sifat bangsa kita yg nk murah itu. Last abg akak terpaksa tutup work.kerana sewa x mampu byr. Dia buat online workshop service. org panggil kt mana kereta rosak dia p repair. Lps 6 bln dia sakit. Mgkin sb stress dgn apa yg berlaku. Dah skg dia dh kembali kpd pencipta.
Xde dah Malik yg nk dtg repair kereta pakcik2 kt kg. Xde dah malik yg korang boleh telepon tgh mlm dtg selamatkan korang tepi jln. Xde dah malik yg nk bg korang hutang smpi dia sendiri xde duit nk beli susu pampers anak.
Malik dh pergi jauh.. tinggalkan isteri dan 4 anak yg masih kecil.
Inilah kisah bangsa yg membunuh jiwa dan raga org melayu kita sendiri. Kerana sifat dan sikap asyik nk murah.asyik mencari salah bangsa sendiri. Asyik memandang hebat bangsa lain. Bangsa melayu yg jd korban kerana sifat kedekut dan berkira2.
~al fatihah utk yan~
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hangat sebelum ini di media sosial apabila pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di saluran TV3 kelihatan kekok menyiang ikan ketika acara tersebut bersiaran secara langsung.
Sesetengah warganet yang melihat aksi pengacara wanita itu turut membandingkan diri mereka yang lebih mahir menyiang ikan meskipun bergelar seorang lelaki.
Namun ada juga segelintir individu yang berpendapat wanita masih boleh memasak meskipun tidak pandai menyiang ikan kerana boleh meminta khidmat peniaga untuk menyiang ikan tersebut ketika membelinya di pasar raya.
Setelah video menyiang ikan tersebut tular di media sosial, pengacara wanita WHI tampil memberikan penjelasan mengapa dia tidak mahir melakukan tugasan di dapur tersebut.
Memetik sumber Harian Metro, pengacara WHI bernama Sugeeta Chandran itu berkata dia seorang vegetarian dan jarang menikmati hidangan ikan.
“Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja.
“Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan,” jelasnya.
Lebih lanjut, Sugeeta menjelaskan bahawa program WHI mempuyai segmen di mana para pengacara tidak diberitahu terlebih dahulu cabaran yang akan mereka hadapi dan harus bersedia melakukan apa sahaja yang diberikan oleh pihak produksi.
“Kalau anda pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita (pengacara) pun tak tahu apa cabaran akan diberikan.
“Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan,” jelasnya lagi.
Menurutnya lagi, wanita yang tidak pandai menyiang ikan tidak bermakna mereka kurang hebat kerana perkara itu boleh dipelajari.
“Saya ada baca beberapa komen kurang menyenangkan apabila ada yang mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami,” komennya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Harian Metro, WHI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dulu ramai yang merungut bila stuck dekat tol sebab kena beratur panjang, tambah pula bila tiba musim perayaan. Baru-baru ini, kerajaan telah melaksanaan pengunaan sistem RFID di plaza tol yang telah berkuatkuasa pada 15 Januari lalu.
Foto Via Berita Harian
RFID bertindak seperti pengimbas barcode jarak sejauh 27 meter dengan menggunakan scanner pada pintu plaza tol. Jarak respon imbasan pun lebih pantas iaitu sekitar 10 milisaat.
Cara pemasangannya pula, penggula hanya perlu memasang sticker pelekat yang mempunyai cip frekuensi radio khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu memperlahankan kereta.
Namun timbul pula masalah utama yang ditekankan adalah masalah pelekat tag RFID yang mudah rosak dan sukar diimbas oleh sensor plaza tol.
Mengambil serius perkara ini, PLUS mengeluarkan beberapa inisiatif bagi menyelesaikan masalah tersebut. Antara tindakan yang telah dilakukan adalah :
1. Tambah pasukan di plaza tol
PLUS telah menambah kakitangan untuk membantu para pengguna di plaza tol, serta meningkatkan keterlihatan papan tanda arah untuk meningkatkan pengenalan lorong RFID.
2. Imbas tag RFID secara manual
Kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID sekiranya ada pengguna yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID. Andaikata tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.
3. Percuma ganti pelekat tag RFID
Jika pelekat tag RFID pengguna masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian dijalankan, pihak Touch ‘n Go akan menggantikan tag pelekat RFID secara percuma.
Tambah pihak PLUS lagi, sebanyak 10% pengguna telah beralih kepada kaedah pembayaran tanpa tunai RFID selepas ia dilaksanakan pada 15 Januari 2022 di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan pada hujung minggu lalu.
Para pengguna dialu-alukan untuk memberikan sebarang maklum balas melalui talian PLUSLine 1800-88-0000 dan chatbot PLUS atau P.U.T.R.I melalui Aplikasi PLUS.
Selamat mencuba!
****
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Vocket
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya baru sahaja mengidam nak makan Grilled Chicken Foldover McDonald’s, hari ini restoran makanan segera popular itu sudah pun mengeluarkan promosi baharu yang bakal dilancarkan untuk menu Ramadan nanti.
Kali ini, mereka tampil dengan menu foldover baru yang kelihatannya sangat menyelerakan, versi Crispy Fish. Uish, wajib try ni!
Istimewa juga sempena Ramadan kali ini, McD menyediakan minuman berasaskan kurma seperti Iced Kurma Latte dan Ice Kurma Milk.
Ha, dah terliur kan?
Untuk menu pencuci mulut pula, korang boleh dapatkan dessert terbaru daripada McD iaitu Chocolate Banana Pie yang ranggup di luar, disertakan chocolate filling bersama isi pisang didalamnya.
Nah, Banana Sundae dan Chocolate Banana McFlurry pun ada tau.
Hm, belum puasa pun dah terliur.
Namun begitu, korang tetap perlu mematuhi PKP dan setiap pesanan boleh dibuat secara online atau pun drive-thru. Jangan pula korang bersesak-sesak dekat McD tu sebab nak dapatkan menu ni semua ya. Pesan secara online lebih selamat.