Sumber Foto: Pexels (Karolina Grabowska)

 

Semakin lama, semakin canggih!

 

Syarikat penstriman muzik popular, Spotify baru-baru ini telah membeli hak ekslusif kepada teknologi yang membolehkan ia memainkan lagu berdasarkan kepada emosi pendengar.

Teknologi ini adalah arah baharu dunia digital dan gajet akan datang di mana ia dapat mengenal pasti emosi pengguna.

IKLAN

Hanya Melalui Suara, Spotify Bakal Mainkan Lagu Ikut Emosi Pendengar

Sumber Foto: Pexels (Cottonbro).

Dalam kes Spotify ini, emosi, jantina, umur dan slanga percakapan (accent) seseorang dapat dikenal pasti hanya menerusi suaranya. Spotify juga akan mengambil data daripada jenis-jenis lagu yang pernah didengar oleh pengguna. Dari situ, Spotify akan mencadangkan muzik yang bersesuaian.

IKLAN

Ia akan mengemukakan cadangan menerusi intonasi, kadar stres (bagaimana nak ukur tu?!), ritma suara dan unit teknikal lain. Semasa pengguna sedang bercakap kepada aplikasi tersebut, Spotify juga akan mengenal pasti bunyi latar belakang pengguna untuk mendapat tahu jika pengguna sedang keseorangan ataupun sedang ditemani orang lain.

Buat masa ini, masih belum ada pengesahan dari Spotify mengenai tarikh pelancaran fungsi ini. Dan besar kemungkinan juga, teknologi ini tidak akan digunakan pun oleh Spotify pada masa akan datang memandangkan mereka masih melakukan eksperimentasi.

*

IKLAN

Untuk pengetahuan, Spotify bukan satu-satunya syarikat yang sedang bergerak ke arah teknologi kenal pasti emosi melalui suara ini. Amazon sebagai contoh baru saja melancarkan fitness band bernama Halo pada Disember 2020 dan ia telah mendapat reviu yang bercampur aduk daripada pengguna. Ada yang mendapati gajet ini menarik dan ada juga yang merasakan ia mencampuri urusan peribadi seseorang.

Meskipun teknologi mengenal pasti emosi ini kedengaran agak pelik dan jujurnya sedikit menakutkan kerana suara kita boleh disalah guna bagi kepentingan peribadi orang lain, namun itulah trend baru yang akan menemui kita semua tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITANKeliru Nak Pilih Wireless Earbuds? Jom ‘Usha’ 5 Jenama Bawah RM1000 Ini – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI