Siapa yang tidak kenal dengan mogul dunia hiburan dan fesyen ini. Penyanyi, pelakon dan juga usahawan fesyen, Rihanna menggemparkan peminatnya dengan penghasilan buku gergasi bernilai RM5639.
Hanya diterbitkan sebanyak 500 naskhah sahaja, ia menjadikan buku ini eksklusif. Berketebalan 504 mukasurat, buku ini memapar 1050 keping gambar berkisar perjalanan figura asal Barbados ini sejak dari awal permulaannya di dalam industri sehingga kini.
Ia seolah-olah satu buku memori besar yang menyimpan seribu satu nostalgia kenangan dan juga kejayaannya. Bayangkan buku ini sebesar ukuran televisyen kecil.
Berukuran 26.75 inci kali 21.25 inci, buku tersebut dijahit tangan dan dikemaskan dengan fabrik yang direka di Jepun. Buku yang bertajuk Rihanna: Queen Size itu ditawarkan dengan kemasan pearlescent dengan kemasan logo keluli dipotong laser dalam warna hitam matte pada kulit hadapan.
Tidak terlambat lagi untuk Remaja ucapkan tahniah buat pengantin baharu, MK K-Clique dan isteri tercinta!
Tanggal 16 Jun lepas, penyanyi rap terkenal, MK K-Clique akhirnya telah menamatkan zaman bujangnya apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin,dengan sekali lafaz.
Hingga hari ini, pasangan merpati dua sejoli itu masih menerima perhatian ramai selain menjadi bualan ramai di media sosial.
Terbaharu, sekali lagi pasangan tersebut meraih perhatian warganet apabila jurusolek isteri penyanyi itu yang dikenali sebagai Nurul MF tampil mendedahkan MK memintanya untuk melabuhkan sedikit tudung yang digayakan isterinya sewaktu melangsungkan majlis resepsi.
Perkara tersebut dikongsikan jurusolek tersebut menerusi sebuah perkongsian klip video di platform Instagram miliknya.
“Kak, minta tolong labuh kan lagi tudung isteri saya’- MK K-CLIQUE. Alhamdulillah, you are in the right hand Hajaar. Semoga Allah terus pelihara kalian berdua @hairiwhuut @hajaarsiti,” coretnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen murni selain memuji peribadi serta akhlak Siti Hajaar yang disifatkan sebagai seorang wanita yang sopan. Malah, ada juga segelintir yang memuji tindakan MK yang berusaha menjaga aurat isteri tercinta.
“Tak jemu lihat wajah isterinya si MK ini.. manis, lembut… kita yang perempuan pun jadi terpegun tengok,” komen seorang pengguna.
“Alhamdulillah, suami yang menjaga aurat isteri,” komen juga pengguna lain.
“Walau rappers.. tetap utamakan Allah.. utamakan aurat isteri… Salute,” tulis warganet lain.
Terdahulu, spekulasi penyanyi lagu popular Peluang Kedua itu bakal mendirikan rumah tangga mula diperkatakan selepas dia memuat naik foto saiz pasport lengkap memakai songkok dalam media sosial.
Mengukuhkan lagi spekulasi itu, ada yang mendakwa MK sudah bertunang dengan Siti Hajaar selepas foto mereka berpakaian sedondon bersama keluarga dengan gadis itu menunjukkan cincin di jari, tersebar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bulan Ramadan tahun ini memang berbeza jika mahu dibandingkan dengan sebelum ini. Tiada lagi bazar ramadan, berbuka bersama keluarga besar dan rakan tersayang dan lebih sayu apabila umat Islam tidak dapat solat tarawih berjemaah di masjid.
Walau bagaimanapun kita terpaksa akur dengan keadaan ini demi memutuskan rantaian wabak COVID-19 agar keselamatan diri masing-masing dapat dijaga.
Pada malam pertama Ramadan, tular gambar-gambar yang memaparkan hanya empat orang makmum mengikut imam solat tarawih di Masjid negara. Jemaah dilihat berdiri agak berjauhan bagi mengekalkan social distancing.
Kredit foto: Malaysia Gazette
Mungkin ada di antara kita yang terfikir adakah solat berjemaah yang didirikan secara berjauhan antara satu sama lain dikira sah?
Nah, kami kongsikan kepada korang kupasan jawapan yang telah dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus.
Hendaklah difahami bahawa rapat saf bukan syarat sah solat tapi ia termasuk perkara yang disunatkan yang dengannya jadi makin sempurna solat bukannya rapat saf itu termasuk rukun atau syarat sahnya solat.
Oleh itu jika sengaja tanpa uzur para jemaah berdiri renggang tidak merapatkan saf nescaya solat mereka tetap sah cuma makruh hukumnya sengaja merenggangkan saf tanpa sebarang darurah.
Tersebut pada Majlis Fatwa Baitul Maqdis:
Ertinya: “Telah sepakat pendapat ulamak mazhab empat bahawa setengah dari sunat-sunat solat ialah menyempurnakan saf dan menyambung saf dan jangan ada renggang antara orang yang mengerjakan solat”
Akan tetapi tiada seorang pun ulamak mazhab yang muktabar ada mengatakan bahawa merapatkan saf dan menyempurnakan saf itu itu adalah rukun atau syarat sah solat.
Oleh sebab itulah jika orang yang solat itu saling menjauh pada saf maka solatnya adalah sah dengan sepakat ulamak tetapi makruh.
Dan setengah dari yang sudah diketahui bahwa disisi fuqahak hilanglah makruh apabila ada hajat dan tiada syak bahawa menjauhkan diri pada masa kini adalah termasuk perkara hajat bahkan sudah dikira darurah sebagaimana sekarang pakar perubatan menyebut tentang bahaya berjangkit.
Maka anjuran pakar perubatan supaya menjarakkan diri kadar 2 meter ketika berjumpa dan berkumpul dengan orang lain adalah masuk dalam bab berhati-hati dan memelihara.
#SyukurBersama
Dari itu maka tiada halangan dari menjarakkan diri antara orang yang solat pada saf yang satu dan tidak menjadi kesalahan mengikut pandangan pakar perubatan supaya menjarakkan diri kadar 2 meter antara setiap orang yang solat dan termasuk ia di dalam bab mengambil kira akan sebab sesuatu.” (Majlis Fatwa Baitul Maqdis)
Kesimpulannya, merapatkan saf adalah sunat dan renggang saf mengurangkan fadhilat berjemaah. Sengaja tanpa sebarang uzur renggangkan saf adalah makruh.
Jika terpaksa renggangkan saf kerana menjaga daripada berjangkit ketika berlaku wabak penyakit, maka hukumnya adalah harus.
Wallahualam.
Diharap pencerahan ini dapat memberi sedikit ilmu buat kita semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ingatkan setelah 3 bulan masyarakat Malaysia ‘terperap’ di rumah sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan, kita sudah berubah dari segi pemikiran yang lebih positif.
Namun rupa-rupanya, ada sesuatu yang masih tidak berubah; yakni budaya “It’okay” untuk membuang sampah mewenang-wenangnya.
Isu ini telah mendapat perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada hari ini yang telah menyatakan kekecewaan beliau terhadap sikap segelintir pengunjung di pantai sekitar Port Dickson.
Walaupun tidak menyatakan secara terperinci, ramai yang berpendapat ia terarah ke Pantai Teluk Kemang yang popular di kalangan pengunjung tempatan.
Menerusi satu posting di Facebook rasmi beliau, dia berpendapat bahawa alasan tiada tong sampah di sesetengah kawasan bukanlah alasan untuk membuang sampah tanpa memikirkan impak kepada alam sekitar.
“Saya berasa dukacita dengan sikap segelintir pengunjung di pantai peranginan Port Dickson.
“Saya baru mendapat laporan petang tadi ada segelintir pengunjung yang mengambil mudah soal kebersihan alam sekitar dengan merata-rata.
“Saya ingin menegaskan bahawa ketiadaan tong sampah yanhh banyak (di sesebuah kawasan) bukanlah alasan. Selaku pencinta alam sekitar, para pengunjung haruslah menghargainya dengan membuang sampah di tempat sepatutnya,” catat beliau lagi penuh kecewa.
Dah pandai guna dan makan, pandai-pandailah simpan dahulu sampah korang sebelum dibuangkan di tempat yang sepatutnya. Takkanlah korang tak sediakan plastik semasa sedang packing untuk ke pantai.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, pihak yang bertanggung jawab untuk membersihkan kawasan pantai Teluk Kemang dan Pantai Saujana di Port Dickson telah berusaha untuk melakukan kerja pembersihan sekerap 7 kali seminggu.
Malah mereka juga menggunakan jentera ‘beach comber’ berteknologi tinggi sekerap 5 kali seminggu di lima pantai utama daerah itu untuk menjaga kebersihan awam.
Janganlah sia-siakan usaha pihak berkuasa yang penat memperbaiki kebersihan kawasan sekeliling sewaktu musim PKP sehinggakan ada kawasan yang berubah hampir 180 darjah.