Baru-baru ini, jenama aksesori Speculum telah mendapat kritikan oleh peminat dari kumpulan K-Pop terkenal, Seventeen apabila acara ‘fan meeting’ bersama model jenama tersebut iaitu Jeonghan dan The8 tidak seperti yang diharapkan.
Difahamkan jenama Speculum telah mengadakan acara beramah mesra tersebut secara terbuka untuk 50 pelanggan bertuah yang bakal bertemu dengan dua anggota Seventeen itu. Namun, menurut peminat ianya tidak dilaksanakan dengan baik dan Speculum juga telah menghindari segala keluhan atau maklum balas yang diberikan oleh mereka.
Sebelumnya, dilaporkan bahawa bagi pelanggan atau peminat yang membeli barangan dari jenama tersebut dari 9-10 September 2024 akan berpeluang memenangi hadiah menarik. Salah seorang dari pemenang menyatakan dia telah menghabiskan lebih kurang 63 juta Korea Won (RM 62,415) kerana dengan pembelian lebih banyak, lebih tinggi peluang untuk menang.
Ads
Walau bagaimanapun, semasa acara tersebut berlangsung, kebanyakan dari pemenang meluahkan rasa kesal kerana waktu untuk mengambil gambar bersama kedua idola K-Pop itu kurang memuaskan ditambah pemandangan kabur.
Selain itu, video khas yang sepatutnya ditayangkan istimewa untuk para pemenang juga tidak ditayangkan serta kedua artis tersebut hanya tampil selama 9 minit sahaja.
Ads
Ads
Dalam pada itu, meskipun acara tersebut seharusnya disertai oleh 50 pemenang sahaja. Speculum juga diduga telah menambah pelanggan dari China ke dalam senarai pemenang, bahkan mengundang para pempengaruh yang menerima lebih banyak waktu daripada para pemenang.
Susulan itu, menurut peminat (Carat), Speculum sebelum ini mengakui kekurangan profesionalisme mereka dalam mengendalikan acara tersebut dan berjanji untuk menebus semula kekurangan itu kepada ganjaran lain tetapi sehingga kini jenama berkenaan masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenainya kepada pemenang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan Miss Korea merupakan sebuah pertandingan ratu cantik yang tertua yang diadakan di Korea Selatan. Telah pun bermula sejak tahun 1957 pemenang pertandingan ini dahulunya dihantar untuk mewakili Korea Selatan di pentas Miss Universe dan Miss World.
Namun kini setelah kedua-dua francais tersebut dimiliki oleh organisasi lain, para pemenang Miss Korea sejak tahun 2016 telah dihantar untuk bertanding sama ada ke pertandingan Miss International atau Miss Earth.
Baru-baru ini, organisasi Miss Korea telah pengadakan pertandinganya untuk tahun ke-66. Dalam pertandingan tersebut, Lee Seung-hyeon,23, telah dinobatkan sebagai juara. Dia berjaya mengalahkan saingan 29 peserta lain yang datang dari seluruh pelusuk negara.
Gadis tinggi lampai ini merupakan pelajar di Universiti Korea dalam jurusan ekonomi dan sangat aktif sebagai pelajar.
Lee Seung Hyeon memperkenalkan dirinya sebagai trendsetter dan menjelaskan bahawa impiannya adalah untuk menjadi ketua pegawai eksekutif jenama fesyen global dan sedang berusaha untuk membangunkan nilai jenamanya sendiri melalui pelbagai aktiviti.
Dalam acara akhir yang dilangsungkan di Blue Square, Yongsangu, selain Seung-hyeon yang bergelar juara, Yoo Si Eun, 25, dari Jabatan Perkhidmatan Penerbangan di Universiti Yeonsung mendapat tempat kedua manakala Kim Go Eun, 22, dari Jabatan Penerbangan dan Kejuruteraan Aeronautik mendapat tempat ketiga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah Met Gala memeriahkan dunia fesyen pada minggu lalu, kali ini tiba giliran karpet merah anugerah Emmy’s pula yang mencuri tumpuan kami.
Emmy’s sudah ‘terbiasa’ dengan gaya selebriti yang lebih elegan, kelihatan preppy dan glamor saban tahun. Namun tahun ini, enam orang selebriti muda ini bagi REMAJA telah cuba memecahkan ‘benteng gaya’ di karpet merah Emmy’s dengan stail masing-masing; bermula dengan ‘pasangan diraja’ dalam siri drama The Crown iaitu Josh O’Connor dan Emma Corrin.
01
Josh O’Connor
Louwe
Josh O’Connor dalam persalinan Loewe di anugerah Golden Globes, awal tahun ini.
Bukan Josh O’Connor-lah namanya jika dia tidak cuba melakukan sesuatu yang berbeza di karpet merah anugerah Emmy. Josh yang merupakan duta khas Loewe sejak di karpet merah Golden Globes pada awal tahun ini kekal memilih jenama fesyen tersebut di Emmy’s.
Josh yang membawakan watak Putera Charles dalam siri hit Netfix, The Crown memilih sut tux klasik dengan sedikit ‘twist’. Dia (well, bukannya Josh tetapi penata gayanya iaitu Harry Lambert) menggantikan aksesori tali leher dengan aksesori bunga hitam pada leher hasil ciptaan Jonathan Anderson.
Josh O’Connor di karpet merah Emmy’s pagi ini.
TERKINI : Josh O’Connor telah memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik bagi Siri Drama untuk watak Putera Charles dalam The Crown!
02
Emma Corrin
Miu Miu
Sementara itu, pasangan Josh di set The Crown iaitu Emma Corrin yang membawakan watak Lady Diana mengekalkan statusnya sebagai ‘It Girl’ dalam dunia fesyen apabila terus mencuba sesuatu yang baharu di karpet merah. Emma sememangnya dikenali sebagai selebriti yang tidak gentar melakukan eksperimentasi pada gayanya.
Pelakon berusia 25 tahun itu menjadi salah seorang selebriti ‘best-dressed’ pada hari ini dalam persalinan gaun Miu Miu dan turut digayakan oleh Harry Lambert. Bukan saja dia tampil berbeza dengan aksesori kepala dan sarung tangan kuning cair untuk menjadi gaun ‘column’ – nya lebih menarik, tumpuan juga terarah kepada stail kuku tajamnya yang kelihatan ‘gothic’ atau seperti yang disebutkan Emma dalam kapsyennya, ‘crucible realness’.
03
Anya Taylor Joy
Dior Haute Couture
Masih dengan pelakon yang meningkat naik disebabkan siri saluran penstriman Netflix. Kali ini, ia adalah pelakon utama bagi siri The Queen’s Gambit iaitu Anya Taylor-Joy. Setelah beberapa kali tampil di karpet merah acara anugerah besar sebelum ini, penulis sudah dapat mengagak bahawa Anya sukakan gaya yang bertemakan ‘old Hollywood glam’.
Ia jelas dapat dilihat pada gaun kuning cair khas oleh Dior yang dipadankan dengan shawl kuning menyala. Manakala rambutnya dinaikkan menjadi ‘bun’ elegan dan bibir merah melengkapkan gaya Anya hari ini. Ada yang berpendapat ia seakan gaun puteri Disney, Belle daripada Beauty & The Beast.
Baru-baru ini, Anya turut mencuri tumpuan di Festival Filem Venice apabila dia mereplikakan gaya ala Barbie dalam gaun merah jambu yang juga dicipta oleh Dior.
Seorang lagi gadis Dior di karpet merah Emmy’s pada hari ini ialah pelakon Grown-ish, Yara Shahidi dalam gaun yang diinspirasikan daripada potongan siluet vintaj Dior. Ia mempunyai kesemua DNA Dior daripada bahagian off-the-shoulder, pinggang mengecil dan skirt kembang pada paras buku lali.
Selalunya, Yara lebih eksperimental dalam pemilihan gayanya di karpet merah. Lihat sajalah penampilan Yara pada minggu lepas di Met Gala. Tapi kali ini, duta jenama Dior ini memilih gaya yang lebih ‘selamat’ untuk kelihatan lebih glamor. Yara melengkapkan gaya ini dengan rantai emas tiga lapis dan sepatu ‘pump’ kulit.
05
Beanie Feldstein
Brandon Maxwell
Barisan pelakon Impeacment: American Crime Story pada hari ini tampil elegan dalam persalinan busana masing-masing. Selain Sarah Paulson dan Annaleigh Ashford, penulis sebenarnya lebih tertarik dengan Beanie Feldstein yang memilih busana rekaan Brandon Maxwell ini kerana ia begitu ‘kena’ dengan usianya yang baru mencecah 28 tahun dan masih kelihatan chic.
Gaun ‘button down’ berwarna pic dengan efek fabrik metalik ini menggabungkan gaya glamor dan kasual dan bertambah menarik dengan efek pleated pada bahagian bahu hingga ke lengan bagi memberikan kelainan.
06
Hannah Einbinder
Prada
Penulis tahu, tidak semua orang akan menyukai gaya pilihan terakhir REMAJA ini. Pelakon Hack dan selebriti comedian ini yang mendapat pencalonan pertama Emmy-nya ini cuba untuk keluar dari zon selamat. Pemilihan jenama Prada saja untuk dia sarungkan di karpet merah sudah cukup untuk membuktikan bahawa Hannah tidak takut berfesyen (atau dikritik, memandangkan busana Prada selalu dikritik hebat di karpet merah. Opps!).
This blush gown hits all the Prada boxes, and it hits all the right boxes! Dari padangan hadapan, mungkin ia kelihatan ringkas. Namun sebaik saja Hannah memusingkan badannya, kita dapat menghargai segala idea kreatif yang diletakkan olehi Miuccia Prada dengan garapan riben dan tektur seakan Origami. Ia sememangnya mempunyai inspirasi rekaan busana tradisional Jepun, kimono tetapi dalam bentuk yang lebih moden.
Mat Kilau memecahkan rekod sebagai filem epik pertama yang berjaya memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan.Telah menarik perhatian ramai penggemar filem tanah air negara khususnya pencinta sejarah kepahlawanan Melayu terdahulu.
Hasilnya, ia telah mendapat RM11 juta dalam tempoh kurang dari empat hari sejak mula ditayangkan, kenyataan itu dikeluarkan oleh Golden Screen Cinema (GSC) yang dimuat naik di laman Facebook rasmi semalam, GSC.
Malah, pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, menzahirkan kesyukuran apabila filem arahannya, Mat Kilau, berjaya meraih kutipan sebanyak sejuta ringgit, pada hari pertama tayangan filem tersebut.
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Syamsul apabila filem terbitan bersama Kembara Studio dan Skop Productions itu telah mencatatkan kutipan sebanyak RM2.8 juta setakat Jumaat, di mana pada hari pertama tayangan sahaja mereka telah berjaya memperoleh RM1 juta menerusi satu posting yang dimuat naik Instagram miliknya.
“Izin Allah. Maka dengan ini, Mat Kilau menjadi filem epik pertama Malaysia memecahkan rekod pembukaan sebagai ‘Filem epik Melayu kutipan paling tinggi dalam sejarah’.
“Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan. Satu juta dalam masa satu hari sahaja!” tulisnya.
Terdahulu, filem Mat Kilau yang menjadi fenomena ketika ini dalam mengembalikan nostalgia sejarah kebangkitan pahlawan-pahlawan Melayu telah mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman epik Melayu di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!