Baru-baru ini, seorang warga emas berusia 61 tahun sekali lagi meraih perhatian selepas membuktikan semangat menuntut ilmu tidak mengenal usia apabila beliau terus menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai calon persendirian.

Menurut Hamidan Yahaya, beliau merupakan bekas pemandu awam Kementerian Pertahanan di Kem Bukit Keteri (rejimen 504 Askar Wataniah) dan keputusan untuk mengambil peperiksaan tersebut bukanlah didorong oleh keperluan kerjaya, sebaliknya minat mendalam terhadap pembelajaran serta keinginan untuk mencabar keupayaan diri.

Anak jati Kampung Bohor Tui, Kuala Perlis ini dilihat konsisten menduduki SPM sejak tahun 2022, sekaligus membuktikan bahawa proses pembelajaran tidak terhad kepada usia tertentu. Malah, usahanya turut menarik perhatian orang ramai sebagai contoh inspirasi dalam kalangan masyarakat.

Usia 61 Tahun Bukan Penghalang, Warga Emas Ini Duduki SPM 2025 Cabar Keupayaan Diri Usia 61 Tahun Bukan Penghalang, Warga Emas Ini Duduki SPM 2025 Cabar Keupayaan Diri

Menariknya, sepanjang tempoh beberapa tahun itu, beliau mencatatkan pencapaian yang berubah mengikut tahap kesihatan dan persediaan. Antara keputusan yang pernah diperoleh termasuk A dalam Matematik pada 2022, diikuti B+ bagi subjek Sains pada 2023, selain C bagi Matematik pada 2024 serta B Matematik dan C+ Sains pada 2025.

Ads

“Saya seronok hendak mencuba, nak uji IQ (darjah kecerdasan otak) walaupun sudah berumur, saya rasa masih mampu belajar macam orang muda,” katanya.

BACA: Usia 59 Tahun Bukan Penghalang Duduki SPM, Berjaya Peroleh B+ Mata Pelajaran Sains Dengan Hanya Belajar Sendiri!

BACA: Atlet Pecut Remaja Negara Raih ‘Straight A’ Dalam SPM 2025! Izzatul Musfirah Terus Bersinar

Ads

Selain itu, bapa kepada lima orang anak dan datuk kepada tiga cucu ini memilih untuk belajar secara kendiri menggunakan buku rujukan. Bagi Hamidan, perubahan format soalan setiap tahun menjadikan pengalaman menduduki peperiksaan itu lebih mencabar dan menyeronokkan.

Walau bagaimanapun, perjalanan tersebut tidak terlepas daripada cabaran apabila beliau pernah terlibat dalam kemalangan kecil beberapa hari sebelum peperiksaan akibat keadaan jalan yang masih berlopak selepas banjir.

Usia 61 Tahun Bukan Penghalang, Warga Emas Ini Duduki SPM 2025 Cabar Keupayaan Diri
Hamidan Yahaya yang sebelum ini pernah mencuri perhatian selepas menduduki SPM sejak tahun 2022

Usia 61 Tahun Bukan Penghalang, Warga Emas Ini Duduki SPM 2025 Cabar Keupayaan DiriDisebabkan insiden itu, Hamidan terjatuh ketika menunggang motosikal dan terpaksa menduduki peperiksaan dalam keadaan kurang sihat, sekaligus memberi kesan terhadap keyakinannya terhadap prestasi yang mampu dicapai pada ketika itu.

Ads

Pada masa yang sama, pengalaman hidup sebagai anak yatim sejak Tingkatan Satu serta kesukaran untuk ke sekolah pada masa lalu menjadi pendorong utama untuk dirinya terus menuntut ilmu pada usia emas.

Intihanya, kisah Hamidan Yahaya membuktikan bahawa peluang pendidikan tidak wajar disia-siakan, malah boleh menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menghargai dan mengejar ilmu tanpa mengira batas usia.

Sumber: BERNAMA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads