Ramai anak-anak semasa mak ayah masih hidup akan berusaha membahagiakan mereka. Ada pelbagai cara termasuk membawa mak ayah keluar makan bersama. Bercuti ke luar negara. Malah ada anak-anak yang berpakat membelikan rumah dan juga kereta untuk kegunaan mak ayah semasa hidup.
Di sebalik semua pemberian itu, ada sesuatu yang harus anak fahami. Ianya sangat penting agar kita tidak tersilap perkiraan di akhirat kelak. Apa saja yang anak-anak berikan pada mak ayah seperti kereta, rumah dan sebagainya, bila mak ayah tak ada (meninggal dunia), harta itu perlu difaraidkan kepada adik beradik ya. Ia bukan lagi hak kita walau kita mengeluarkan wang untuk membelinya sebaliknya sudah dikira harta peninggalan mak ayah yang harus difaraidkan sesama adik beradik.
Bagi yang kurang jelas, korang bacalah penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus mengenai hal ini.
HARTA SIMATI PEMBERIAN ANAK-ANAK
Soalan :
Salah seorang anak perempuan telah menghadiahkan kepada ibunya sebuah kereta yang bernilai hampir RM50,000. Setelah ibu meninggal dunia adakah anak perempuannya boleh mengambil semula kereta tersebut?
Ads
JAWAPAN : Apabila seorang telah meninggal dunia maka semua harta yang dimilikinya sewaktu hidup adalah harta peninggalan yang akan dibahagi kepada segala waris menurut faraidh sama ada harta itu adalah pembelian oleh si mati sendiri atau pun dihadiahkan oleh anak-anaknya.
Jadi dalam masalah ini kereta yang dihadiahkan oleh anak perempuannya itu telah menjadi milik si mati dan selepas kematiannya maka harta itu menjadi hak segala waris untuk dibahagikan dan tidak boleh anak perempuan tersebut mengambil kereta itu kerana bukan lagi menjadi haknya.
Begitu juga segala harta benda yang telah diberikan kepada si mati ketika hidup adalah menjadi harta peninggalan samada oleh anak-anaknya atau oleh orang yang lain dan samada harta itu kenderaan atau rumah atau tanah atau emas perhiasan atau lainnya.
Ads
Tersebut pada Fatwa Negeri Mesir : من المقرَّر شرعًا أنَّ جميع متعلقات المتوفاة الشخصية -سواء أكانت ذهبًا أُهدي إليها من أولادها أو من غيرهم أم غير ذلك- ملكٌ لها وتركةٌ عنها تقسم على ورثتها الشرعيين كل حسب نصيبه. : دار الإفتاء المصرية
Artinya : “Setengah dari perkara yang telah tetap di sisi syarak bahawa sekelian harta benda si mati samada emas yang dihadiahkan kepadanya daripada anak-anaknya atau selain anak-anaknya atau harta yang selainnya adalah menjadi milik bagi si mati dan sebagai harta peninggalan daripada si mati yang akan dibahagikan atas segala warisnya menurut hukum syarak akan bahagian masing-masing.” (Darul Ifta Mesir)
Segala harta yang dimiliki oleh seorang ketika hidup akan menjadi harta peninggalan selepas dia mati.
Harta peninggalan adalah hak segala waris bagi si mati dan masing-masing akan mendapat bahagiannya menurut pembahagian faraidh.
Anak tidak boleh mengambil semula harta yang telah diberikan kepada ibu bapa sebagaimana tidak boleh orang yang lain mengambil semula hadiah yang telah diberikan kepada seseorang selepas kematiannya.
wallahua’lam ustaz azhar idrus
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah tiba-tiba disebut hingga ke Amerika Syarikat. Lebih menarik, ia bukan berkaitan kemajuan dicapai oleh negeri termaju di Malaysia sebaliknya berikutan masalah air dihadapi, hikz.
Seorang saintis molekular Amerika Syarikat (AS), Raven Baxter tidak menyangka ciapannya mengenai penemuan air di bulan oleh Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendapat respons daripada rakyat Malaysia.
Ciapan yang dibuat menerusi akaun Twitter miliknya, @ravenscimaven itu mendapat jumlah ‘retweet’ yang banyak daripada Selangor.
Rata-rata netizen Malaysia mengaitkan penemuan air di bulan dengan gangguan bekalan air di Selangor sehingga mendapat perhatian wanita itu.
“Kita meraikan air dijumpai di bulan, tetapi sebahagian besar ‘retweet’ ini berasal dari orang-orang di Selangor (Malaysia) yang mengalami gangguan bekalan air utama kerana pencemaran sumber air mentah. Kita tidak memenuhi keperluan air asas di bumi,” katanya dalam satu ciapan lain.
Beliau kemudian menyatakan Selangor bukan satu-satunya negeri yang mengalami kesukaran itu.
“Kita telah mendengar banyak kisah mengenai penduduk tanpa air. Air penting untuk kehidupan di bumi. Kita mesti pastikan akses (kepada air) dijamin untuk setiap manusia,” katanya.
Menerusi ciapan balas daripada netizen negara ini, Baxter berkata dia dapat belajar mengenai banyak perkara.
“Saya sangat gembira sehingga saya putuskan untuk memberi lebih perhatian terhadap apa yang terjadi di rantau lain yang tidak pernah saya pergi atau dengar,” ujarnya dalam satu ciapan lain. – K! ONLINE
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesi persekolahan tahun 2020 akan bermula tidak lama sahaja lagi. Bagi korang yang nak memulakan di sekolah baru, mesti ada rasa sedikit risau dan dalam masa yang sama excited sebab akan bertemu dengan rakan-rakan baru.
Mungkin kalau korang nak masuk sekolah kebangsaan/menengah biasa rasanya tak banyak masalah kerana kebanyakannya diuruskan melalui sistem kerajaan negara.
Namun begitu, jika mahu memilih untuk masuk sekolah Tahfiz, mungkin ada yang risau dan tertanya-tanya sekolah mana yang baik untuk menyambung pengajian.
Jadi kali ini, Remaja nak kongsi kan antara tips yang korang boleh check sebelum memilih sekolah tahfiz yang baik.
Aspek sekolah
Sekolah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri
Sekolah mempunyai sijil kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Sekolah menyediakan modul pendidikan dan silibus pengajian akademik dan seimbang
Sekolah menggalakkan pelajar tahfiz terlibat dengan program/aktiviti ko-kurikulum lain
Sekolah tidak mengarahkan/memaksa/memprogramkan kanak-kanak meminta sedekah/derma kepada orang ramai atas pelbagai alasan, termasuklah kebajikan atau latihan keusahawanan
Gambar hiasan
.
Aspek asrama
Guru/warden boleh dihubungi dengan mudah pada bila-bila masa sepanjang pelajar ada di asrama
Sekolah tidak menyekat pelajar untuk menghubungi ibu bapa pada bila-bila masa, termasuk semasa orientasi
Ibu bapa penjaga dan penaja dibenarkan melihat tempat anak belajar, tidur dan bilik air serta menu makanan yang diberikan kepada pelajar
Kanak-kanak di bawah 12 tahun tinggal di dorm/asrama berasingan daripada kanak-kanak di atas 12 tahun
Aspek hubungan/tanggungjawab ibu bapa
Sekolah membenarkan ibu bapa terlibat dalam semua program pembangunan pelajar tahfiz, sahsiah diri dan akhlak
Sekolah menggalakkan ibu bapa mengadakan WhatsApp group untuk mengetahui perkembangan semasa
Gambar hiasan
.
Aspek disiplin murid
Sekolah tidak mengenakan sebarang syarat atau hukuman yang tidak munasabah, mengaibkan atau apa-apa hukuman yang melibatkan penderaan fizikal, emosi atau seksual
Sekolah memastikan interaksi dan hubungan fizikal antara pelajar senior dan junior diterangkan dan dikawal dengan jelas
Sekolah mempunyai polisi jelas yang menolak sebarang bentuk ragging dan buli
Aspek keselamatan
Sekolah menyediakan guru atau staf pengiring sewaktu membawa pelajar keluar dengan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu
Sekolah menerbitkan poster/buku peraturan disiplin yang jelas kepada semua pelajar dan ibu bapa serta tindakan yang dibuat sekiranya pelajar melanggar peraturan tersebut
Lembaga Pengurusan Sekolah menyediakan polisi/SOP perlindungan dan keselamatan pelajar
Sekolah menapis semua individu, kumpulan atau NGO luar yang datang menjalankan program di sekolah dan memaklumkan ibu bapa tentang program berkaitan
Sempena dengan pembukaan Pulau Langkawi sebagai Travel Bubble pada 16 September, ramai pelancong sudah membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan lebih awal setelah lama ‘terpenjara’ di dalam rumah.
Foto: Kosmo
Hampir semua produk pelancongan di sana akan dijangka dibuka kepada pelancong, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Susulan itu, beberapa SOP telah ditambah bagi mengambil langkah berhati-hati agar pandemik Covid-19 ini tidak menular di pulau lagenda berkenaan.
Antara SOP terbarunya ialah pengunjung yang menaiki kenderaan persendirian tidak dibenarkan kunjungi ke Langkawi dan pengunjung tidak diwajibkan menjalani saringan sebelum ke lokasi berkenaan, menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Sri Nancy Shukri seperti dipetik dari Bernama.
📌Kenderaan persendirian tidak dibenar bagi kunjungi Langkawi, pengunjung digalak guna agensi pelancongan
📌Saringan COVID-19 untuk kunjungi Langkawi tidak diwajibkan
Menurut Nancy lagi, orang ramai digalakkan menggunakan agensi pelancongan untuk berkunjung ke pulau itu.
Sebelum ini ada beberapa SOP yang turut korang ambil tahu, iaitu:
1. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi.
2. Jenis percutian yang dibenarkan:
secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama),
bermalam,
percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu,
dan percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.
3. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis.
5. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP.
6. Aktiviti yang dibenarkan termasuk:
penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/ jabatan/ agensi yang berkaitan,
aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial,
aktiviti pelancongan minat khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);
aktiviti eko geo-kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya),
premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/ kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain,
taman tema dan pusat hiburan keluarga,
dan lawatan bersifat akademi seperti Geopark Discovery Centre, Balai Seni dan Laman Padi.
7. Tiada had umur yang ditetapkan, namun individu di bawah 18 tahun perlu bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.
8. Perlindungan insuran serta saringan COVID-19 tidak diwajibkan.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...