Trend ibu bapa menghadiahkan gajet berinternet kepada anak mungkin dianggap bersesuaian dengan zaman teknologi, tapi apa yang merisaukan ramai pihak sekarang ialah penggunaan telefon pintar dan gajet tanpa kawalan di kalangan remaja terutamanya yang masih bersekolah.

Hadiah Anak Ayam, Untuk Atasi Masalah Ketagihan Smartphone Kanak-Kanak

Satu inisiatif yang agak pelik tapi bagus bagi penulis, pemerintah di Bandung, Indonesia telah memgemuarkan satu idea kreatif bagi mencegah kanak-kanak daripada terus ketagih smartphone, iaitu dengan membela anak ayam.

Oded M. Danial iaitu Datuk Bandar di Surabaya telah memberikan idea agar anak-anak muda atau remaja di Surabaya menggantikan ketagihan gajet dengan menternak ayam.


Menurut laman web vise.com, Oded memberikan idea tersebut selepas melihat kecenderungan remaja hari ini kepada gajet yang semakin meruncing dan mengundang kepada masalah sosial, terutama aktiviti seksual luar nikah dan pelbagai lagi. Oded berjanji sekiranya anak ayam yang mereka miliki berjaya dibesarkan, maka beliau akan menghadiahkan mereka dengan tiga ekor anak ayam lagi.

IKLAN

Eksperimen Pertama

Datuk Bandar ini telah membuat eksperimen kepada 20 hingga 30 orang remaja di Kota Bandung. Jika berjaya pihak pentadbiran bandar bercadang akan memberikan setiap remaja seekor anak ayam untuk dijaga.

IKLAN

IKLAN

Selain daripada mengurangkan ketagihan gajet, program ini juga dilaksanakan bagi memupuk dan melatih anak-anak muda mengenai kasih sayang kepada binatang. Bagus juga idea Datuk Bandar ni , tapi korang rasa agak-agaknya di Malaysia boleh ke diaplikasikan?Emm…

Sumber: Krystalk2me.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI