Seperti biasa, bila tiba bulan baru mesti ramai peminat K-Drama yang ternanti-nanti apakah agaknya drama terbaru yang bakal ditayangkan.
Berikut Remaja senaraikan antara 9 drama Korea yang akan mewarnai hidup korang sepanjang bulan September ini. Hiks!
1. Lies Of Lies
Mengisahkan seorang wanita yang menjadi ibu tiri kepada anak perempuan kandungnya sendiri. Ji Eun Soo, seorang wanita yang berkahwin dengan keluarga chaebol, dituduh sebagai pembunuh suaminya dan berjuang untuk mendapatkan kembali anak perempuan yang dilahirkannya di penjara yang sudah diserahkan kepada keluarga angkat.
2. Private Lives
Scammer mengetahui satu rahsia besar dan cuba mengungkap rahsia itu. Mereka menentang syarikat besar dengan menggunakan semua kemahiran tipu daya mereka.
3. Zombie Detective
Ads
Kim Moo-Young (Choi Jin-Hyuk) sudah menjadi zombie 2 tahun lalu. Untuk terus hidup, dia mengajuk kelakuan manusia di sebuah kampung, dia kemudian berhijrah ke bandar. Di sana Kim Moo-Young membuka sebuah pejabat dan bekerja sebagai penyiasat peribadi, dia tidak mengingati apapun sebelum menjadi zombie. Dia berjuang untuk hidup dalam kelompok manusia dan berusaha mengembalikan ingatannya.
4. 18 Again
Drama ini menceritakan tentang pasangan suami isteri yang sudah bernikah selama beberapa tahun. Si suami kembali ke usia 18 tahun setelah dipecat daripada pekerjaannya dan masalah penceraian dengan isteri.
5. Record Of Youth
Mengisahkan tentang impian dan cita-cita anak muda untuk menceburkan diri dalam bidang modeling. Dibintangi oleh Park Bo Gum, Park So Dam dan Byun Woo Seok, peminat Park Bo Gum pastinya ternanti-nanti drama ini kerana ia adalah naskhah terakhirnya sebelum masuk ke pusat latihan ketenteraan.
Ads
6. The School Nurses File
Seorang jururawat sekolah yang mempunyai kebolehan luar biasa, melindungi pelajar-pelajar dari raksasa yang hanya dia sahaja boleh nampak.
7. More Than Friends/Number of Cases
Drama ini bakal membuatkan penonton sedih, lebih-lebih lagi sekiranya korang menjadi secret admirer dan tidak terbalas selama 10 tahun. Cinta yang terpendam itu tidak dapat diungkapkan kerana salah faham dan terbatas hanya kerana sebagai seorang sahabat.
Mengisahkan tentang Goo Ra-Ra (Go Ara) seorang pemain piano yang menjadi muflis dan kehilangan segala-galanya. Ia menyebabkan dia berasa sangat kecewa dengan situasi yang menimpa dirinya.
Manakala, Sun Woo-Joon (Lee Jae-Wook) adalah seorang yang tidak peduli dengan pendapat orang lain terhadapnya. Dia seorang yang bersemangat dan tidak mempunyai impian atau matlamat tertentu dalam hidupnya.
Satu hari, mereka berdua terjumpa di sebuah akademi piano LaLa Land di sebuah bandar. Apakan yang akan berlaku seterusnya?
9. Oh! Samkwang Villa
Drama ini berkisarkan tentang dua orang arkitek dan interior designer yang sering berselisih pendapat kerana mempunyai perbezaan perspektif.
Okay korang boleh sambung marathon drama Korea la lepas ni. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Eunhyuk daripada kumpulan Super Junior menyentuh hati peminat apabila beliau membuat dua sumbangan besar kepada sektor kesihatan dan kebajikan kanak-kanak bersempena ulang tahun kelahirannya. Sumbangan tersebut menjadi perhatian ramai kerana jumlahnya yang cukup signifikan serta disalurkan kepada tujuan kemanusiaan.
Menerusi satu kenyataan, Eunhyuk atau nama sebenarnya Lee Hyuk-jae (40) telah menyumbangkan sejumlah 200 juta Korea Won (kira-kira RM535,000) yang dibahagikan sama rata kepada dua organisasi berbeza iaitu sebuah pusat perubatan dan juga sebuah badan kebajikan kanak-kanak di Korea Selatan.
Sebanyak 100 juta Korea Won telah disalurkan kepada Samsung Medical Center bagi menyokong kajian berkaitan penyakit paru-paru yang serius dan sukar dirawat. Dana tersebut akan digunakan untuk mempertingkatkan kaedah rawatan serta pembangunan ubat-ubatan baharu.
Dalam pada itu, Eunhyuk turut meluahkan harapannya agar sumbangan tersebut dapat memberi sedikit impak kepada pesakit yang sedang berjuang dengan masalah kesihatan tersebut, sambil menyatakan bahawa beliau berharap kemajuan rawatan dapat dicapai dengan lebih pantas.
Sementara itu, baki 100 juta Korea Won lagi disalurkan kepada organisasi ChildFund Korea bagi menyokong program kebajikan kanak-kanak di negara berkenaan yang memberi tumpuan kepada pembangunan persekitaran yang lebih selamat dan inklusif.
Eunhyuk turut berkongsi harapan terhadap masa depan kanak-kanak dengan menyatakan bahawa beliau ingin melihat mereka membesar dalam keadaan lebih bebas dan positif, dengan penekanan terhadap keperluan persekitaran yang membolehkan mereka bergerak dan berkembang tanpa kekangan fizikal atau persekitaran.
Difahamkan, dana tersebut akan digunakan untuk membina taman permainan yang lebih selamat serta perpustakaan kecil yang boleh diakses oleh semua kanak-kanak termasuk golongan kurang upaya. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada kempen ‘Value Subscription Campaign’ dengan kerjasama ilustrator terkenal, Anthony Browne.
Secara keseluruhannya, sumbangan yang dilakukan oleh Eunhyuk ini bukan sahaja mencerminkan sisi prihatin seorang selebriti K-Pop, malah turut memberi inspirasi kepada ramai pihak untuk terus menyokong usaha kebajikan dan penyelidikan kesihatan di peringkat global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pelumba basikal trek yang semakin meningkat naik Sawda Hasbullah terus melakar sejarah tersendiri apabila meraih emas peribadi keduanya dengan mengungguli acara pecut remaja wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 di Velodrom Nasional, Nilai pada Selasa.
Dalam pada itu, Sawda memastikan emas miliknya selepas menewaskan pelumba Korea Selatan, Park Hye Rin dengan keputusan 2-0 di pentas final.
Pada Ahad lalu, Sawda mencipta sensasi apabila memecahkan rekod remaja wanita Asia yang juga rekod dunia dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa, sekaligus menghadiahkan emas pertama buat skuad berbasikal trek remaja negara di ATC 2025.
“Saya terlepas peluang meraih emas dalam acara pecut berpasukan dan keirin, jadi saya berusaha sebaik mungkin dalam acara pecut hari ini”
“Apa pun, saya sangat berpuas hati dengan penampilan saya di ATC,” katanya, yang turut meraih pingat perak menerusi acara pecut berpasukan wanita.
Pencapaian di ATC kali ini menjadikan Sawda sebagai atlet wanita pertama dalam kategori remaja yang berjaya menghadiahkan pingat buat Malaysia sepanjang penyertaan dalam kejohanan kompetitif itu.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar universiti swasta di Kuala Lumpur berusia 24 tahun maut dalam insiden letupan gas penyaman udara di HELP University yang terletak di Bukit Damansara, Isnin lalu.
Seorang lagi pelajar tahun pertama jurusan undang-undang berusia 19 tahun dilaporkan berada dalam keadaan koma, manakala sembilan mangsa lain mengalami kecederaan pelbagai tahap.
Dalam kejadian itu, mendiang Soo Yu Juan merupakan pelajar tahun ketiga Kejuruteraan Mekanikal yang bakal menamatkan latihan industri dalam masa terdekat disahkan meninggal dunia.
Manakala pelajar koma yang dikenali sebagai Reeya Kaur Thandal mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan dalam otak dan retak pada tengkorak kepala akibat letupan gas tersebut. Mangsa masih belum sedarkan diri dan sedang menerima rawatan rapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
ANGGOTA bomba berada di lokasi letupan gas di universiti swasta yang mengorbankan seorang lelaki.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan, lain-lain mangsa turut mengalami kecederaan serius dan masih menerima rawatan di hospital. Mereka terdiri daripada tiga orang pelajar, dua pembantu kafeteria, seorang anggota pengurusan universiti dan seorang lagi kontraktor penyelenggaraan.
Seorang penyelia kontraktor berusia 54 tahun mengalami kecederaan parah termasuk serpihan besi yang tertanam di dalam badan. Beliau kini berada dalam keadaan separuh sedar dan sedang menunggu untuk menjalani pembedahan di HKL.
Mayat pelajar yang maut dalam kejadian letupan gas penyaman udara di sebuah universiti swasta di sini semalam (12 Jan) dituntut keluarganya hari ini untuk urusan pengebumian. FOTO Bernama.
Letupan Gas Akibat Sistem Penghawa Dingin
Laporan media sebelum ini memaklumkan kejadian letupan gas yang berlaku sekitar jam 11.40 pagi itu berpunca daripada sistem penghawa dingin di kawasan penyelenggaraan sebuah universiti swasta.
Tragedi ini mencetuskan kebimbangan orang ramai mengenai tahap keselamatan di kampus khususnya melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan serta penggunaan sistem gas.
Pelajar dan ibu bapa berharap siasatan menyeluruh dapat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian letupan gas ini serta memastikan langkah pencegahan lebih ketat dilaksanakan.
Langkah keselamatan yang lebih komprehensif dilihat penting bagi mengelakkan insiden seumpama ini daripada berulang dan memastikan keselamatan warga kampus sentiasa terjamin.