Penganjur Festival Good Vibes (GVF) 2023, Future Sound Asia (FSA) Mengeluarkan surat tuntutan kepada kumpulan pop rock kontroversi, The 1975 agar bertanggungjawab dan membayar ganti rugi berikutan pembatalan acara berkenaan baru-baru ini.
FSA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap band tersebut di mahkamah England sekiranya mereka gagal memenuhi tuntutan berkenaan.
“Pihak kami menyelar kelakuan kumpulan itu ketika persembahan mereka di GVF2023 khususnya penyanyi, Matthew Timothy Healy yang menggunakan bahasa kasar, merosakkan peralatan dan menunjukkan perilaku tidak beradab.
“Itu bukan sahaja secara terang-terangan melanggar garis panduan tempatan dan undang-undang Malaysia, bahkan mencalar reputasi festival yang sudah 10 tahun diadakan,” katanya.
Ads
Difahamkan, surat tuntutan yang diajukan telah berada di tangan The 1975 dan FSA kini sedang menunggu jawapan mereka.
Penganjur terbabit juga menegaskan band dari United Kingdom itu turut dilihat sengaja berniat melanggar perjanjian yang dipersetujui secara bersama dengan pihaknya.
Ads
“Pelanggaran itu mengakibatkan pembatalan festival sehingga membawa kerugian kewangan buat FSA, memberi impak negatif terhadap artis tempatan dan menjejaskan perniagaan yang bergantung kepada kejayaan festival.
“Ramai rakyat Malaysia turut terkesan dengan pembatalan festival ini,” katanya lagi dalam kenyataan sama.
Menerusi kenyataan sama, FSA turut menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan peminat dan pihak berkuasa sejak sekian lama.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan pembatalan serta merta penganjuran Festival Good Vibes 2023 dengan serta merta.
Ini susulan tindakan vokalis The 1975, Matty Healy berkucupan dengan pemain gitar bes, Ross MacDonalds selepas melontarkan ucapan mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya beberapa hari lalu, bekas Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa beliau sedang mendaftarkan sebuah parti politik baru bernama MUDA, di Johor nasib belia turut mendapat perhatian.
Menerusi akaun Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli telah mengumumkan bahawa Sultan Ibrahim berkenan melantik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim untuk mengetuai segala aktiviti belia di Johor.
Baginda berpendapat, TMJ mempunyai ketabahan, pengalaman luas dan mendalam dalam hal ehwal pentadbiran seperti dalam pengurusan tadbir pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga mengharumkan Johor di persada antarabangsa.
“Sultan Johor yakin dan percaya dengan kepimpinan Tunku Ismail dan dengan kerjasama kerajaan negeri terhadap penyediaan infrastruktur serta sokongan padu belia, bangsa Johor akan berjaya memperkasakan jati diri bagi mencapai sasaran lebih cemerlang,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Sultan Johor meminta agar belia Johor tanpa mengira bangsa dan agama untuk memberikan kerjasama dalam memajukan negara tersebut.
Di bawah kepimpinan TMJ yang prihati terhadap pembangunan belia, tak mustahir golongan yang menjadi penerus kesinambungan pembangunan dan kemajuan Johor boleh mencipta impak yang lebih besar dalam pelbagai bidang melebihi bidang sukan dan ia akan disedari ramai pihak.
Untuk pengetahuan, selain TMJ, beberapa ahli kerabat Istana telahpun bergiat aktif untuk memperkasakan belia. Salah satu daripadanya ialah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharifuddin Idris Shah yang mengasaskan Komuniti Belia Selangor (SAY).
Foto: NST
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon terkenal, Cha Eun Woo baru-baru ini tampil memberikan kenyataan berhubung kontroversi cukai yang mengaitkan namanya sebelum ini.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story milik Eun Woo atau nama sebenarnya Lee Dong-min (29) berkata, beliau memohon maaf secara terbuka kepada peminat serta orang ramai atas kekeliruan dan kekecewaan yang timbul susulan isu tersebut.
Terdahulu, laporan media mendedahkan bahawa selebriti itu telah disiasat oleh pihak berkuasa cukai Korea Selatan pada tahun lalu atas dakwaan berkaitan pengelakan cukai, selain dikenakan taksiran tambahan mencecah lebih 20 bilion Korea Won atau kira-kira RM54,791,860.
Mengulas lanjut, Eun Woo menjelaskan bahawa kelewatan untuk bersuara adalah disebabkan beberapa prosedur pentadbiran yang masih berjalan, sekaligus memerlukan dirinya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada para peminat dan semua pihak atas kekecewaan serta kekeliruan yang timbul susulan kontroversi ini,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa semua cukai yang berkaitan telah dilunaskan sepenuhnya dan akan terus memberikan kerjasama terhadap sebarang proses yang masih berbaki.
“Saya menghormati segala prosedur pihak berkuasa dan bagi mengelakkan kekeliruan lanjut, saya telah membayar sepenuhnya cukai yang berkaitan,” jelasnya lagi.
Di samping itu, Eun Woo turut mengakui bahawa sebagai individu yang menerima sokongan besar daripada peminat, beliau tidak seharusnya mengambil ringan perkara tersebut dan akan lebih teliti dalam setiap aspek pengurusan kerjayanya selepas ini.
“Saya tidak akan mengelak daripada tanggungjawab dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” tambahnya, sambil menzahirkan rasa kesal kerana mengecewakan peminat setianya yang dikenali sebagai AROHA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama pelakon Tan Sri Michelle Yeoh sudah tidak asing dalam industri hiburan dunia kerana figura hebat ini sudah pun membintangi beberapa filem di luar negara. Baru-baru ini, beliau telah tersenarai sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh Majalah TIME 2022.
Selebriti berusia 59 tahun ini mempunyai banyak projek lakonan untuk tayangan filem dan rancangan televisyen dalam beberapa tahun lalu, maka tidak hairanlah jika majalah Time mengiktiraf beliau sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh 2022.
“Ringkasnya, itulah yang Michelle Yeoh lakukan selama beberapa dekad. Anak kelahiran Malaysia menjadi ratu pawagam yang didominasi pelakon lelaki Hong Kong, namun Michelle Yeoh mampu melakukannya. Lari daripada stereotaip dalam filem Bond dan menembusi peringkat global dengan epik kung fu yang memenangi Oscar? Michelle Yeoh juga telah melakukannya,” tulis majalah itu.
Michelle Yeoh terpilih dalam kategori Titans yang turut menyenaraikan individu-individu hebat seperti Tim Cook dari Apple, Oprah Winfrey, Hwang Dong Hyuk dan Kris Jenner. Terdapat lima lagi kategori iaitu Artis, Inovator, Pemimpin, Ikon dan Perintis dalam senarai Time yang telah dikeluarkan pada Isnin lalu.
Bintang terkenal itu turut memuat naik hantaran pengiktirafan yang diterimanya ini di laman instagram dan rata-ratanya berbangga atas kejayaan yang telah dikecapi oleh anak kelahiran Ipoh ini.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tan Sri Michelle Yeoh kerana telah tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh, secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke mata dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!