Mungkin kanak-kanak sebayanya sedang sibuk bermain. Namun, tidak bagi Praanvi Gupta yang sudah mencipta sejarah dunia.
Baru berusia tujuh tahun, Praanvi Gupta, anak kelahiran India ini telah mencipta sejarah apabila mencatat rekod sebagai pengajar yoga wanita termuda di dunia oleh Guinness World Records.
Ibunya mendedahkan ketika usianya memasuki tiga tahun enam bulan, si kecil bernama Praanvi Gupta sudah belajar dan berlatih senaman yoga bersama ibunya.
Menurut laporan UPI, kebolehan kanak-kanak ini turut diperakui Pertubuhan Perikatan Yoga apabila kejayaannya menamatkan kursus latihan guru senaman itu selama 200 jam. Praanvi berkongsi perjalanan yoga menerusi laman YouTube, Learning with Praanvi.
Ads
Foto Via Guiness World Records
Pada masa sama, beliau ingin mendidik orang ramai tentang seni dan falsafah yoga.
“Saya mahu menyebarkan rasa cinta terhadap aktiviti yoga kepada seramai mungkin.
“Perjalanan ini bukanlah mudah. Dengan sokongan daripada guru dan ibu bapa, saya gembira kerana berjaya menamatkan dan lulus peperiksaan kelayakan Kursus Latihan Guru Yoga,” ungkapnya.
Ads
Foto Via Guiness World Records
Pengarah Perubatan dan Pengamal Ayurveda, Dr Seema Kamath yang juga gurunya berkata: “Praanvi ialah seorang pelajar yang sangat bersemangat dan memiliki kesanggupan untuk belajar.
“Beliau seorang anak yang diberkati dan menjadi salah seorang pelajar paling pintar yang pernah saya temui pada usia ini. Dia sangat prihatin dan berdedikasi dalam semua kelas.”
Untuk rekod, seorang lagi kanak-kanak dari India, Reyansh Surani pernah diiktiraf sebagai pengajar yoga lelaki paling muda di dunia. Reyansh ketika itu berusia sembilan tahun apabila menerima pengiktirafan daripada Rekod Dunia Guinness pada Julai 2021.
Kematian seorang remaja, Sathiswaran akibat kebodohan manusia yang melemparkan kerusi pejabat dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai, Kuala Lumpur lalu tepat mengenai kepalanya hingga mengakibatkan otaknya terburai ternyata menimbulkan kemarahan orang ramai.
Remaja semalam menyiarkan luahan emaknya, Kasthuribai A/P M. Sattayappan, 45 tahun yang terpaksa menadah otak anaknya dengan kedua belah tangan sebelum anak lelaki bongsunya itu rebah di hadapan matanya dan mati dalam pelukan.
Kasthuribai A/P M. Sattayappan bertanya mengapa anaknya dibunuh…
Semalam, mayat mendiang Sathiswaran selesai dibedah siasat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan telah dibawa balik ke rumah keluarganya sebelah petang.
Tepat jam 1 tengahari tadi, setelah mengambil kira “masa” yang baik, satu upacara keagamaan telah dilakukan di ruang permainan hadapan flat berkenaan sebelum mayatnya dibawa ke Damansara, Kayu Ara untuk upacara pembakaran.
Satu upacara agama dilakukan bagi mendoakan mendiang Satiswaran
Bukan saja tangisan ahli keluarganya bergema tetapi juga penduduk sekitar jelas begitu sedih dengan nasib yang menimpa remaja yang baik hati ini.
Rata-rata menyuarakan kesedihan dengan tragedi yang menimpa dan berharap isu pembuangan sampah ini tidak lagi berulang. Ramai penduduk menyifatkan, mendiang Satiswaran seorang remaja yang disenangi dan disayangi penduduk setempat. Setiap kali bertemu, mendiang akan selalu menegur dan memberikan satu senyuman untuk mereka.
Ibu mendiang tidak dapat menahan tangisan pilu
Poster Good Bye Sathiswaran
Turut hadir di majlis upacara keagamaan ini Ahli Parlimen Lembah Pantai, Yb Nurul Izzah Anwar.
YB Nurul Izzah banyak membantu urusan keluarga ini kerana berasa terlalu sedih dengan nasib menimpa mendiang Sathiswaran
YB Nurul Izzah turut memaklumkan, kos pengkebumian sebanyak RM4000 sudah dibantu oleh pihaknya bersama-sama dermawan lain yang menzahirkan rasa simpati atas nasib menimpa Satiswaran.
“Buat masa ini, kita sedang mengusahakan pekerjaan untuk ayahnya yang sudah lama tidak bekerja. Masa yang sama juga, di pihak saya akan bertemu abang mangsa dan memujuk untuk dia menyambung kembali pelajarannya mengggunakan dana Tabung Pendidikan. Malah saya sendiri sudah menghubungi majikan tempat emaknya bekerja untuk memberi ruang dan masa kepada emaknya menenangkan fikiran,” katanya ketika ditemui di lokasi upacara keagamaan tersebut.
Kejadian ini satu contoh keluarga golongan bawahan yang perlu diberi perhatian –Yb Nurul Izzah
Malah semalam, YB Nurul Izzah turut membantu keluarga mendiang Satiswaran mendapatkan lokasi pengkebumian seperti diminta serta lain-lain selaku menzahirkan rasa simpatinya.
“Saya bercakap seperti seorang ibu yang tahu akan peritnya kehilangan seorang anak yang baik. Kita bercakap tentang nyawa seorang remaja yang menjadi mangsa atas perbuatan orang lain.
“Islam agama yang sejahtera. Berkonsepkan rahmatanlilalamin. Kalau kita ingin negara menjadi hebat, golongan hebat tetapi kehebatan itu harus dirasai oleh semua golongan. Kehebatan bukan hanya dirasai oleh golongan berada tetapi wajar dinikmati oleh pertengahan dan bawahan.
“Kes Satiswaran adalah satu bukti contoh banyak lagi yang harus diperbaiki. Golongan ini perlu diberi perhatian sewajarnya. Kemudahan tempat tinggal, kemudahan persekitaran sekeliling serta lain-lain faktor.
“Secara jujurnya saya sedih kerana selepas kes Satiswaran ini, pihak berwajib belum mengambil tindakan pantas memasang jaring keselamatan bagi mengelak perkara buruk berlaku lagi. Ini mungkin terjadi kepada Satiswaran tetapi bagaimana kepada nasib orang lain. Berapa banyak lagi kejadian-kejadian baru kita mahu buka mata mengenainya.
“Mendiang Satiswaran dan keluarganya adalah satu contoh keluarga golongan bawahan yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib tentang isu keselamatan di tempat tinggal mereka. Wajarkah satu nyawa tergadai akibat kegagalan kita? Sebagaimana kita mahukan sebuah kehebatan, kondisi golongan bawahan juga perlu perhatian serius kerana nyawa bukan boleh bertukar ganti,’ katanya akui begitu sedih.
Upacara agama dilakukan bagi mengelak roh tidak tenteram – Nithia
Tepat jam 11.30 pagi, orang ramai sudah mulai memenuhi ruang taman permainan tempat mayat mendiang Satiswaran akan ditempatkan.
Beberapa ahli keluarganya mulai berkumpul dan melakukan upacara mandian sebelum mula memegang keranda mayat mendiang.
Menurut Nithia, seorang penduduk di PPR berkenaan, upacara mandian itu adalah satu pembersihan diri bagi memastikan diri bersih sebelum mula memegang keranda mendiang. Ia satu upacara suci yang dilakukan oleh ahli keluarga terdekat dan mempunyai pertalian darah sahaja dengan mendiang.
Nithia memaklumkan upacara agama adalah bagi mendoakan kesejahteraan mendiang
“Selepas upacara keagamaan ini, satu bekas lilin akan dibawa naik ke rumah mendiang dan perlu terpasang sekurang-kurangnya 30 hari dari hari ini. Jika bekas lampu ini terpadam ia memberi petanda tidak berapa baik. Ia seperti roh si mati dalam keadaaan tidak baik. Maka pihak sami akan melakukan upacara agama lagi bagi membolehkan roh dalam keadaan damai. Mungkin mengambil masa lebih lama sekurangnya 60 hari.
“Biasanya bagi cara kematian dengan cara kurang baik (contoh terbunuh, dibunuh dan sebagainya), akan lebih banyak doa dibaca bagi membolehkan roh mendiang aman,” katanya yang menerangkan tentang adat dan upacara agama Hindu.
Saksikan Video Upacara Keagamaan Mayat Mendiang..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berikutan pembatalan acara Fan Meeting Kim Jae Hwan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, warga Twitter pantas menyerang timeline dengan penuh rasa tak puas hati.
Bagaimana pula dengan peminat yang ‘terbang’ dari luar negara seperti Singapura, bagaimana dengan yang menempah semalam di hotel, dan bagaimana dengan yang gigih memandu serta menaiki bas dari kawasan luar Lembah Klang?
BAGAIMANA?
Penulis percaya mereka mempunyai hak untuk ‘naik hantu’ dek kerana insiden hari ini.
Salah satu fakta menarik yang berjaya mereka ungkit adalah tarikh pembatalan konsert TWICE pada tahun lalu – which fell on today!
Seriuslah..
Ya, berita pembatalan konsert TWICE pantas dilaporkan oleh media seluruh dunia pada 27 Julai 2018, tarikh sama hari ini di mana acara fan meet Kim Jae Hwan dibatalkan.
And get this, kedua-dua acara ini dibatalkan di lokasi yang sama iaitu Stadium Malawati.
Antara komen netizen yang menghujani Twitter termasuklah, “..27 Julai pada setiap tahun adalah tarikh si*l!..”, “..What is this coincidence?!..” dan “..Tolong elakkan tarikh ni please, walaupun memang tarikh gaji masuk..”
Hhm, memang tak ada rezeki nak jumpa dengan Kim Jae Hwan hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas satu hari dibelengu dengan kontroversi video viral yang menyerupai pelakon Syafiq Kyle semalam, akhirnya kenyataan rasmi diberikan oleh Syafiq sendiri melalui akaun Instagram-nya sendiri.
Dalam kenyataan yang ringkas tapi padat itu, Syafiq menjelaskan beberapa perkara selepas seharian berdiam diri. Pertama, dia dan pihak pengurusan memandang serius akan isu pencerobohan privasi yang terpaksa dihadapi oleh Syafiq dan kini sedang dalam proses menyiasat dalang sebenar di sebalik penularan beberapa buah video tersebut semalam.
Syafiq juga memohon agar isu ini tidak lagi berpanjangan tambahan pula kita seharusnya menghormati bulan Ramadan sekarang. Sekiranya isu buli siber ataupun penularan lebih banyak video akan berlaku selepas ini, pihak Syafiq tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Syafiq Kyle dan Amyra Rosli kini popular melalui drama Nur.
Kedua, viral semalam apabila screenshot yang memaparkan perbualan Direct Message di antara ‘Syafiq Kyle’ dan seorang individu bernama Faizi Khairudin. Dalam perbualan tersebut, Syafiq dilihat seakan memohon kerjasama agar video-video lain tidak berkeluarkan oleh Faizi. Namun, hari ini Syafiq menjelaskan bahawa screenshot tersebut adalah telah diedit dengan menggunakan gambar profil Shafiq agar ia kelihatan real.
Akhir sekali, Syafiq memohon maaf sekiranya ada pihak yang terkesan dengan kontroversi video viral ini dan berterima kasih kepada mereka yang setia menyokongnya.
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan, sebentar tadi.
* * * * *
Ternyata, peminat tidak berganjak daripada memberikan sokongan padu kepada Syafiq dalam menempuhi isu ini. Antaranya termasuklah:
Semuga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketabahan menhadapi ujian ini… Aamiin.. Stay strong and focus always.. Will always be your fan no matter what happened… Take care capik
Sentiasa ingat Allah SWT. Insyaallah akan permudahkan segala rintangan dan dugaan. Be strong.
Selebihnya, peminat tak putus-putus berkata agar Syafiq kuat dalam menempuhi dugaan tersebut dan mereka tidak sabar untuk menunggukan episod drama lakonannya, Nur pada malam ini.
Stay strong brother!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce di Madison Square Garden mencetuskan perhatian dunia hiburan dengan majlis dua hari yang dikatakan sangat eksklusif dan mewah.