Penantian 30 tahun penyanyi popular, Beyoncé Knowles untuk memenangi kategori Album of the Year di anugerah Grammy akhirnya berakhir setelah impian tersebut direalisasikan menerusi album Cowboy Carter, pagi tadi.
Kemenangan tersebut juga mencipta satu lagi sejarah apabila Beyoncé secara rasminya menjadi artis wanita berkulit gelap pertama untuk memenangi kategori paling berprestij itu sejak Lauryn Hill.
Beyonce ditemani anak sulungnya, Blue Ivy.
Beyoncé bukanlah nama baharu dalam industri seni nyanyian antarabangsa dan merupakan salah satu ‘nama wajib tercalon’ setiap kali beliau muncul dengan projek album baharu.
Menerusi Cowboy Carter, Beyoncé mengeksplorasi genre berbeza apabila beliau cuba ketengahkan asal-usul muzik masyarakat berkulit gelap Amerika Syarikat dalam dunia muzik Country.
Sebaik Cowboy Carter diumumkan sebagai pemenang Album of the Year, Beyoncé dan anak perempuannya, Blue Ivy Carter tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut. Ini memandangkan beliau acapkali ‘kecundang’ kepada calon album lain menerusi kategori berkenaan dalam anugerah Grammy edisi terdahulu.
Ads
Dalam nada sebak, Beyoncé pertama sekali berterima kasih kepada anggota bomba Los Angeles yang diberikan penghormatan untuk menyampaikan trofi kepada beliau.
Turut sama sebak dan mengalirkan air mata kegembiraan ialah dua penyanyi terkenal, Billie Eilish dan Lady Gaga.
Ads
Billie EilishLady Gaga dan Cynthia Erivo.
“Saya amat, amat terharu. Sudah bertahun-tahun lamanya (penantian ini). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Grammy, kepada setiap penulis lagu, rakan kerjasama, setiap penerbit di atas kesemua kerja keras anda.
“Saya ingin dedikasikan anugerah ini kepada Miss Martell (penyanyi lagenda Country berkulit gelap dari Amerika Syarikat) dan saya harap kita terus maju ke hadapan dan terus membuka peluang baharu,” ujar wanita berusia 43 tahun itu.
Ads
Dalam kategori ini, album Cowboy Carter mengenepikan saingan album Short n’ Sweet (Sabrina Carpenter), Brat (Charli XCX), Hit Me Hard and Soft (Billie Eilish), The Rise and Fall of a Midwest Princess (Chapell Roan), The Tortured Poets Department (Taylor Swift), Djesse Vol 4 (Jacob Collier) dan New Blue Sun (Andre 3000).
Beyoncé turut membawa pulang trofi kemenangan bagi kategori Best Country Album dan Best Country Duo/Group Performance menerusi lagu duet bersama Miley Cyrus.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim Istiadat Konvokesyen di beberapa buah institusi kini meriah dilangsungkan bagi menyambut kejayaan para graduan yang telah bertungkus-lumus mengejar kejayaan dalam bidang pendidikan mengikut minat masing-masing.
Tentunya bagi meraikan hari istimewa ini, para graduan enggan ketinggalan mendapatkan busana pakaian baharu untuk diperagakan di bawah jubah konvokesyen.
Namun, bagi graduan bernama Liane Melve Grace yang berasal dari Sabah ini, momen beliau naik ke pentas di Istiadat Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi makna tersendiri apabila gadis itu memilih busana bermotifkan etnik yang dijahit oleh ibunya sendiri.
Graduan UiTM, Liane Melve Grace.
‘Sumandak’ berusia 24 tahun itu berkongsi bahawa bussana yang diinspirasikan daripada etnik bangsa Murut itu dihasilkan oleh ibunya dalam masa tiga hari sahaja. Wow!
“Kebiasaannya, ibu saya akan mengambil masa seminggu untuk siapkan satu helai gaun. Namun, dia siapkan gaun ini hanya dalam tiga hari saja, khas untuk saya pakai pada Istiadat Konvokesyen hari ini,” kata Liane yang juga pernah bergelar finalis pertandingan Unduk Ngadau 2024 mewakili daerah Tenom.
Anak Perantau Yang Bangga Dengan Asal-Usulnya
Bercakap mengenai pengalaman Liane di Semenanjung sewaktu bergelar pelajar, katanya, memang ada perbezaan bahasa dan budaya. Dirinya memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan semua itu, namun dia tidak sesekali melupakan jati diri sebagai seorang gadis kelahiran Sabah.
Sebagai contoh, Liane yang kini sudahpun bekerja masih melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menguruskan kelas belajar Bahasa Murut bersama komuniti setempat. Ia bertujuan untuk menarik minat remaja lain yang ingin mempelajari bahasa Sabah.
“Saya merupakan salah seorang pejuang bangsa Murut di Sabah. Jika ditanya adakah saya berbangga untuk menjadi bangsa Murut atau tidak, saya sebenarnya amat berbangga dengan asal-usul saya.
“Saya tidak kisah andai kata kalau naik kapal terbang perlu bawa ini berat-berat (busana tradisional untuk Istiadat Konvokesyen). Yang penting, saya hendak tunjuk kepada orang luar bahawa saya berasal dari bangsa Murut,” ulasnya lagi.
Tahniah Liane!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sahaja tidak kenal dengan figura komposer terkenal, David Foster yang saban kali memenangi anugerah Grammy tahun demi tahun. Bagi mereka yang meminati legenda industri seni ini pastikan anda rebut peluang untuk menyaksikan beliau secara langsung bulan Ogos ini tau!
Penganjuran Konsert Eksklusif David Foster and Friends di jangka mendapat sambutan luar biasa daripada peminat tempatan dan antarabangsa apabila buat julung kalinya akan diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2023 (Isnin).
Penampilan khas dan eksklusif oleh Penyanyi Nombor 1 Tanah Air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turut akan bergandingan bersama David Foster dijangka akan mengamatkan suasana panggung Mega Star Arena.
Konsert “David Foster & Friends” ini merupakan anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama B De Paris Beauty Project di mana sebahagian hasil jualan tiket yang dijual akan disalurkan bagi manfaat pendidikan pelajar di menara gading yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40.
Turut menampilkan Michael Bolton, Peabo Bryson, Katharine Hope McPhee, Loren Allred adalah rakan-rakan David Foster yang akan turut menemani pemuzik terkenal David Foster dalam konsertnya. Wowwww… memang level international betul!
Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ditemui ketika sidang media baru-baru ini turut mengekspresikan rasa terujanya untuk berkolaborasi dengan David setelah hampir 9 tahun berkongsi pentas bersama.
“Jujur bagi saya, ianya umpama mimpi untuk berpeluang bergandingan dengan David dan rakan artis internasional yang lain.
“Saya sendiri terkejut ketika dimaklumkan oleh pihak beliau bahawa David sendiri memilih saya untuk menjadi wakil Malaysia di konsertnya. Rasa macam kecil sangat diri ini tapi akan saya manfaatkan peluang ini untuk membawa nama baik negara sebaiknya,” ujar beliau kepada pihak media.
Dilaporkan bahawa konsert ini bakal mengukuhkan nama Malaysia dipersada antarabangsa dan memperkuatkan hubungan di antara Malaysia dan negara luar di samping memperkasa usaha Yayasan Prihatin Nasional untuk menganjurkan konsert amal antarabangsa berskala besar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Yahoo, Yayasan Prihatin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap manusia akan punya detik dalam kehidupan sendiri apabila mereka menerima hidayah untuk berubah. Sama ada cepat atau lambat perjalanan hijrah seseorang itu semuanya telah menjadi takdir Allah SWT.
Baru-baru ini anak sulung Krisdayanti, Aurel Hermansyah telah memuat naik gambar dirinya dalam satu penggambaran khas berhijab dalam busana serba hitam yang difoto oleh jurufoto terkenal Indonesia, Rio Motret.
Dalam hantaran tersebut dia menulis, “Tidak kira di peringkat mana anda berada, selalu sandarkan semuanya kepada Allah SWT. Sekrang-kurangnya anda mencuba.” Walaupun baru mengumumkan sudah berhijab, isteri kepada Atta Halilintar ini dilihat sudah mengenakan hijab sejak Ramadan lalu.
Meninjau ke Instagram Atta, youtuber terkenal itu mengucapkan rasa syukur dengan penghijrahan isterinya. Ujarnya, “Selalu bangga dengan hijrahmu yang semakin kuat dan bijak. Bidadari dunia akhirat mamanur amin.” Pasangan popular ini sebelum ini melalui detik hitam apabila Aurel keguguran anak pertama mereka ketika baru satu bulan hamil. Namun begitu mereka cukup kuat menghadapi insiden itu.
Selain itu, pasangan ini juga bijak menggunakan populariti mereka ke arah kebaikan. Buktinya, baru-baru ini mereka telah berjaya mengutip wang derma bernilai lebih RM600 ribu untuk digunakan dalam pembangunan semula Palestin yang teruk diserang Israel.