Graduan Pelbagai Jurusan! 15 Jelitawan Bijak Rebut Gelaran Miss Universe Malaysia 2022

Share

 

Pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia kembali bagi edisi 2022 setelah negara tidak menghantar wakil bagi edisi ke-70, tahun lalu.

Dalam sebuah sidang media yang dianjurkan oleh organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) hari ini, 15 orang jelitawan yang hadir daripada pelbagai latar belakang serta memiliki kelayakan pendidikan yang tinggi telah diumumkan sebagai finalis kali ini.

Menurut Pengarah Nasional MUMO iaitu Datin Elaine Daly, tempoh hampir dua tahun ini telah digunakan oleh organisasi tersebut untuk mencipta strategi agar persiapan wakil Malaysia kelak akan tampak tersusun, kuat dan sedia mencetuskan impak di pentas Miss Universe 2022.

ARTIKEL BERKAITAN : Gaun ‘Puteri Santubong’ Francisca Luhong Memukau Di Pentas Miss Universe 2020 – REMAJA

MUMO juga katanya tidak sabar lagi untuk menjadi mentor dan pasukan yang membimbing 15 finalis ini untuk menyerlah dari segi kecantikan dalam dan luaran sehingga ke pentas penentuan nanti.

Jom kita lihat siapakah 15 orang finalis yang terpilih untuk Miss Universe Malaysia 2022.

 

1. (Dari Kiri) Ajunee Simreet Kaur Khangura, 20. Ajunee ialah pelajar tahun kedua jurusan undang-undang yang ingin mewakili advokasi pencegahan jenayah yang selalu menjadikan wanita sebagai mangsa.

2. Annatasha Shantu Jeremiah, 25. Asha berasal dari Sabah dan mempunyai latar belakang keluarga India-Kadazan. Pelajar jurusan kejuruteraan petroleum ini pernah menyertai sebuah lagi pertandingan ratu cantik iaitu Miss Malaysia Earth pada tahun 2016.

3. Buganna S. Saravana Kumar, 24. Buganna merupakan seorang pakar diet komuniti yang gemar memulakan harinya dengan aktiviti yoga dan meditasi. Dia ingin sekali menjadi seorang sukarelawan untuk membantu golongan yang hidup dengan HIV/AIDS dari segi nutrisi mereka.

 

4. (Dari Kiri) Catherine Lai Hui Yi, 27. Catharine ataupun Kate merupakan pemegang ijazah PhD dan kini bertugas sebagai seorang Pembantu Penyelidikan. Kate juga mempunyai pengalaman dalam dunia ratu cantik.

5. Chantal Yuen Tng, 27. Chantal merupakan seorang mahasiswa ijazah sarjana di Berlin School of Economics & Law dan pernah berkhidmat dalam bidang penerbangan sebagai anak kapal.

6. Cheam Wei Yeng, 26. Lesley merupakan graduan jurusan Farmaseutikal dan Sains Kesihatan daripada University of Nottingham dan kini bertugas dalam aliran pemasaran produk. Menerusi pertandingan ini, dia ingin membawa mesej kesedaran mengenai isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Malaysia.

 

7. (Dari Kiri) Clarissa Tay Wei Qi, 24. Clarissa merupakan seorang pegawai pembangunan perniagaan dan pernah terlibat dalam sukan gimnastik berirama sewaktu kecil. Pernah bergelar pemenang tempat ketiga dalam sebuah pertandingan ratu cantik pada tahun 2016 ingin menyampaikan mesej kesedaran kesihatan mental.

8. Joann Tiong Hau Ping, 21. Gadis kelahiran Sarawak ini merupakan seorang mahasiswi jurusan Sains Komputer dan Psikologi di University of St. Andrews. Pada musim pandemik, dia telah mengambil keputusan untuk menghentikan pengajian selama setahun dan memulakan perniagaan bakery bersama rakannya.

9. Kasshvini Mathuraiveran, 26. Kasshvini memiliki kelulusan sarjana muda perundangan daripada Northumbria University, Newcastle dan meruupakan seorang penari Bharatanatyam sejak usia 6 tahun. Kini, Kasshvani bergelar seorang guru Yoga dan ingin sekali bekerjasama dengan organisasi yang membantu wanita mempertahankan hak mereka.

 

10. (Dari Kiri) Kaverrna Nair Sukumaran, 26. Kaverrna mempunyai kelulusan jurusan Ekonomi dan Kewangan dari Monash University dan kini berkhidmat sebagai pegawai pemasaran. Kaverrna merupakan seorang yang cukup aktif melakukan pelbagai hobi dengan bakatnya dan kini ingin bekerjasama dengan organisasi Teach for Malaysia bagi membantu pelajar kurang berkemampuan.

11. Phan Jing Mun, 26. Gadis dari Ipoh, Perak ini mesra dengan panggilan Jingle dan kini berkerja dalam industri kewangan. Sejak tahun 2018 lagi, Jingle telahpun menyertai lima pertandingan ratu cantik di Malaysia dan menerusi penyertaan dalam Miss Universe Malaysia 2022, dia ingin menyebarkan kesedaran mengenai isu penderaan domestik.

12. Tee Wan Ying, 25. Pada ketinggian 176cm, Wan Ying merupakan salah seorang finalis tertinggi pada tahun ini dan pernah mewakili Malaysia dalam sukan bola tampar pada usia 17 tahun. Selain tugasnya sebagai pengurus operasi, dia juga aktif bergelar model sejak 2018.

 

13. (Dari Kiri) Thevambbikai G.K Kasinathan, 27. Theva merupakan pemilik ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam dan merupakan pemain bola jaring sejak zaman sekolah hingga ke universiti. Theva juga menyertai sebuah lagi pertandingan ratu cantik pada tahun 2016.

14. Varyne Foo Augustine, 20. Varyne merupakan gadis kacukan Cina-India dan kini bergelar mahasiswi dalam aliran muzik di Freude Music Academy. Minatnya terletak pada bidang nyanyian, tarian dan bermain piano serta melakukan remix lagu-lagu pop. Ilham penyertaannya ini hadir daripada ibunya sendiri yang pernah menyertai pertandingan ratu cantik sewaktu muda.

15. Wong Siu, 25. Siu Jane mendapatkan pendidikan dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan daripada The London School of Economics & Political Science. Kini berkhidmat dalam industri perbankan, Siu Jane merupakan seorang pelajar bijak yang sering ‘skor’ dalam peperiksaannya dan berharap pengalaman dalam Miss Universe Malaysia akan memberi peluang untuknya memperkasakan kesedaran mengenai isu perbezaan pendapatan di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN : Jatuh Dua Kali, Bangkit Berkali-Kali. Francisca Luhong Lambang Erti Tak Mudah Mengalah. – REMAJA

*

Selepas sidang media pengenalan finalis pada hari ini, mereka akan menjalani sesi Bootcamp Week di mana pelbagai sesi latihan seperti sesi makeover, fitness, catwalk, solekan, photo shoot dan cabaran lain akan dilakukan.

REMAJA harapkan mereka semua sudah bersiap sedia secara mental, fizikal dan emosi agar persona mereka lebih menyerlah untuk merebut gelaran Miss Universe Malaysia dan peluang memakai tiara bernilai RM2.38 juta tajaan Habib Jewels.

Foto : Ihsan Miss Universe Malaysia Organization

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN