Kini hampir seluruh negara telah menerima bekalan vaksin Covid-19, dan kerajaan negara masing-masing telah mengeluarkan pelan pengagihan suntikan vaksin kepada rakyat dan ini termasuklah negara Malaysia.
Rata-rata rakyat Malaysia sudah diberikan vaksin ini, namun ada juga yang tercicir dan lambat mendaftar. So ada berita baik untuk korang!
Jika sebelum ini, kaedah pemberian ‘walk in’ ini hanya diberikan kepada 40 tahun dan golongan dengan komorbid terlebih dahulu.
Mulai hari ini, korang boleh ‘walk-in’ untuk mendapatkan vaksin di Lembah Klang bagi golongan 18 tahun ke atas. Warga Lembah Klang terutamanya yang belum mendapat sebarang temu janji vaksinasi boleh menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan dengan dokumen berkenaan.
Ads
Terdapat 9 PPV untuk warganegara Malaysia mendapatkan vaksinasi secara ‘walk-in’ dan satu buat bukan warganegara.
Senarai PPV untuk warganegara adalah seperti di bawah.
Ads
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO F
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO G
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO H
Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
Hotel Wyndham, Klang Dewan Tun Razak,
Dewan Tun Razak, Sabak Bernam
Dewan Komuniti, Serendah
Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA,
Sepang Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC)
Senarai PPV untuk bukan warganegara pula adalah seperti di bawah.
Stadium Nasional Bukit Jalil
Walau bagaimanapun, vaksinasi secara ‘walk-in’ hanya bermula pada jam 2 petang. Penting untuk warga Lembah Klang, sila bawa bukti yang menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang.
Antara contoh bukti yang diperlukan adalah alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi.
Vaksinasi secara ‘walk-in’ ini akan berlangsung sehingga 22 Ogos ini.
Ramai yang menganggap sewaktu kita muda ini perlu bijak mengumpul aset kerana ia akan mendatangkan hasil yang lumayan di kemudian hari.
Disebabkan itu, ramai anak muda yang tertekan kerana masih belum mampu membeli rumah dan mula rasa rendah diri apabila melihat rakan-rakan yang lain sudah memiliki beberapa buah rumah.
Hal ini telah mendapat perhatian oleh seorang pengguna Twitter yang berpengalaman dalam bidang perbankan berkongsi kisah benar yang berlaku akibat pelaburan hartanah yang dilakukan tanpa ilmu.
Gambar hiasan
Dikenali sebagai agussalimadam, jom kita ikuti thread yang telah dikongsi di laman Twitternya.
Pengalaman seciput dalam banking litigation ni membuatkan aku rasa takut untuk beli property. Berlambak kes-kes lelong rumah yang nombor ic defendan bermula dengan nombor 9. Maksudnya usia dua puluhan dah tanggung liabiliti beratus ribu hanya sebab salah beli hartanah.
Rumah banyak tapi penyewa tiada
Terpaksa tanggung rugi
Bila rumah dah disewakan pada orang lain pula, macam mana dengan kerosakan yang perlu ditanggung? Malah, kawasan itu pun dah ada pembangun rumah-rumah baru. Kalau orang lain pun sama macam korang? Beli rumah untuk buat investment, itu pun dah dikira sebagai persaingan.
Apa pula status rumah tu? Leasehold? Maksudnya tempoh pajakan dia berkurangkan? Leasehold, paling lama pun rumah tu 99 tahun. Let say kau dapat rumah tu waktu tempoh pajakan dia masih fresh 99 tahun. Kau nak jual tu mungkin dah tinggal 90,80 tahun.
So, pembeli akan fikir buat apa nak beli rumah yang tinggal 90, 80 tahun pada harga yang sama dengan rumah yang ada baki 99 tahun?
Sebab tu kalau dijual pada harga pasaran kawasan itu, hampir pasti tidak akan ada yang beli. Nak tak nak kena turunkan harga juga.
Katakan hutang dengan bank masih lagi berbaki RM250k. Agak-agak berapa korang dapat jual rumah tu? RM300k? Korang boleh cuba tetapi selalunya ia tidak akan terjual.
RM200k mungkin boleh.
Tak mampu bayar, lelong!
Lelong kali pertama gagal, bank akan bawa ke lelong kedua. Harga lelong diturunkan 10 peratus dari mv. Mungkin ada yang beli, mungkin tidak ada. Katakana tak ada yang beli, bawa ke lelong kali ketiga, turun lagi 10 peratus. Begitulah seterusnya.
Kalau nasib korang baik, bolehlah cover hutang bank. Nasib tak baik, lelong tu mungkin hanya akan berjaya selepas lelongan kali ke 7,8 mungkin. So, dah berapa banyak pengurangan harga akan dibuat?
Kena ingat, broker property ni bijak. Mereka akan kawtim geng-geng dia sahaja. Mana nak beli sewaktu harga tengah mahal.
Kesimpulannya, janganlah tamak. Beli rumah untuk duduk sendiri dengan keluarga, confirm korang tak akan rugi kerana rumah itu kita guna. Kalau nak buat untung dengan rumah, jadilah bijak. Ya memang ada property yang bagus untuk dibuat pelaburan tetapi bukan semua.
Semoga info yang dikongsi oleh agussalimadam ini dapat memberi manfaat buat semua.
Kiosk Sentuhan MADANI yang pertama di Malaysia beroperasi hari ini di pusah beli-belah Alamanda, Putrajaya.
Bermula sebagai satu inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengenalan kiosk ini adalah untuk memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.
Terdapat 90 perkhidmatan kerajaan yang telah dikenal pasti untuk Kiosk Sentuhan Madani menerusi enam kiosk agensi dan syarikat berlainan; semuanya di satu tempat yang sama..
Ini termasuklah kiosk Jabatan Pengangkutan Jalan, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan MyDigital ID.
Selepas Alamanda Putrajaya, Kiosk Sentuhan MADANI juga akan ditempatkan di 38 kawasan tumpuan terutamanya pusat beli-belah agar sebarang urusan rakyat dengan agensi kerajaan boleh dilakukan di luar waktu pejabat.
TANGKAP LAYAR: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukan bola sepak bukan lagi sekadar tontonan di skrin rumah tetapi menjadi satu pengalaman komuniti.
Begitulah perubahan baharu yang dibawakan oleh Astro melalui inisiatif Astro BizOne sebagai penyiar rasmi perlawanan Premier League dan penganjur acara Astro BizOne Rewards Watch Party melibatkan pasukan Manchester City dan Arsenal, Ahad lepas.
Daripada Skrin ke Komuniti
Bertempat di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), ia merupakan salah satu lokasi terpilih bagi tayangan perlawanan bola sepak tersebut dalam persekitaran komuniti.
Tambah istimewa, Tenaga Nasional Berhad dan Universiti Tenaga Nasional kali ini kembali bekerjasama dengan Astro.
Kolaborasi ini bukan sekadar jalinan strategik biasa – ia mencerminkan hubungan jangka panjang yang dibina berasaskan kepercayaan dan nilai bersama, di samping usaha menghargai rakan strategik yang konsisten bersama Astro selama ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, pendekatan untuk mendekati komuniti sukan bola sepak menerusi tontonan secara langsung ke lapangan ini merapatkan lagi hubungan dengan pelanggan mereka serta rakan strategik seperti UNITED dan TNB.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith turut sama-sama turun padang di UNITEN, Ahad lalu untuk merasai pengalaman mendekati komuniti pencinta sukan bola sepak di dalam kompaun kampus.
“Kami mahu memberi platform kepada rakan-rakan ini untuk diketengahkan, menunjukkan komitmen dan semangat kami, serta memperlihatkan kepada pelajar di UNITEN tentang kepentingan sukan termasuk manfaat kesihatan.
“Pada masa sama, ia juga membuka ruang untuk kami mempromosikan kandungan dan produk Astro secara lebih dekat kepada pengguna,” ujarnya.
Selain UNITEN, Astro BizOne Rewards Watch Party turut berlangsung meriah dan secara serentak hujung minggu lalu di Restoran Habib di Bandar Baru Uda, Johor Bahru dan di Out of Africa yang bertempat di PJ Palms Sports Centre, Petaling Jaya.
Selain tayangan secara langsung Astro BizOne Watch Party turut menawarkan peluang membawa pulang hadiah istimewa di lokasi Restoran Habib dekat Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Gabungkan Gaya Hidup Aktif & Semangat Anak Muda
Menerusi Astro BizOne Watch Party, kampus berkenaan bukan lagi sekadar sebuah institusi pendidikan, tetapi menjadi ruang di mana pendidikan, hiburan dan komuniti bertemu dalam satu suasana.
Ratusan pelajar, peminat bola sepak, dan komuniti setempat berhimpun untuk sama-sama menikmati perlawanan live di skrin besar, lengkap dengan suasana sorakan, emosi ‘game day’, dan aktiviti sampingan termasuk pemberian hadiah istimewa kepada pengunjung bertuah.
Jelas Euan lagi, pengalaman berkenaan secara tidak langsung turut memberi peluang kepada pelanggan perniagaan memanfaatkan kehadiran orang ramai di lokasi mereka sewaktu acara tayangan bagi merangsang pertumbuhan perniagaan masing-masing.
“Inisiatif ini membantu premis seperti restoran, kafe dan pusat hiburan menarik lebih ramai pelanggan. Sekaligus, ia meningkatkan jualan makanan dan minuman sambil pelanggan menikmati kandungan hiburan berkualiti.
“Semua hadir untuk menikmati perlawanan dalam suasana santai dan menyeronokkan, menjadikan pengalaman ini sesuatu yang unik berbanding tontonan biasa di rumah,” katanya.
Suasana Astro BizOne Watch Party di Out of Africa yang bertempat di PJ Palms Sports Centre, Petaling Jaya.
Lebih Daripada Sekadar Game Night & Watch Party
Astro berharap melalui aktiviti seperti ini, lebih ramai pelanggan dan komuniti setempat akan lebih dekat dengan Astro BizOne sebagai platform yang menghubungkan orang ramai melalui pengalaman sebenar.
At the end of the day, sukan bola sepak bukan sekadar sebuah perlawanan 90 minit di atas padang. Ia mengenai emosi, komuniti, dan momen yang dikongsi bersama.
Astor dijangka akan terus memperluaskan penganjuran Watch Party ke lebih banyak lokasi dalam usaha memperkukuh ekosistem perniagaan serta memperkayakan pengalaman pelanggan di seluruh negara.
Bagi info lanjut mengenai kempen Astro BizOne Rewards, layari laman sesawang rasmi di biz.astro.com.my (embed link).
Jom kita hidupkan semula musim Premier League kali ini secara besar-besaran. See you there!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nad Zainal selamat melahirkan bayi lelaki bersama suaminya, Ungku Ismail. Pasangan itu berkongsi berita gembira di Instagram dan menerima ribuan ucapan tahniah daripada peminat.