Anak Malaysia bukan boleh dipandang enteng sebelah mata. Mereka mampu terbang sama tinggi dan duduk sama rendah seperti mana pelajar luar negara. Khabar terbaharu yang REMAJA terima, Janushaa Bala Krishnan Muthiah telah pun berjaya menamatkan pengajian dan latihan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat yang terletak di Annapolis, Maryland.

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini mencipta sejarah sebelum ini apabila dia menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke akademi tentera berprestij Amerika Syarikat dalam sejarah kemasukan pelajar negara ini ke sana sejak tahun 1971.

#GirlPower: Wanita Malaysia Pertama Diterima Masuk Ke Akademi Tentera Laut AS Berjaya Tamat Pengajian Dengan Cemerlang
Janushaa bangga mengibarkan bendera Malaysia.

Menerusi hantaran di Instagram kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, pihak kedutaan mengucapkan tahniah kepada Janushaa di atas pencapaiannnya yang telah berjaya menamatkan pengajian.

Wanita hebat ini mendapat inspirasi untuk berkhidmat dalam bidang ketenteran selepas mendengar cerita daripada datuknya tentang bagaimana dia menerbangkan helikopter Nuri di utara Malaysia pada tahun 1980an semasa pemberontakan kedua berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower: Pelajar Malaysia Cemerlang, Tercalon Dalam Sigma Xi Untuk Duduk Sebaris Dengan Albert Einstein

IKLAN

#GirlPower: Wanita Malaysia Pertama Diterima Masuk Ke Akademi Tentera Laut AS Berjaya Tamat Pengajian Dengan Cemerlang

Selain itu, bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis dan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan ini turut menjadikan Mejar Patricia Yap yang merupakan juruterbang wanita pertama kapal terbang tempur MiG-29 Asia sebagai sumber inspirasinya.

Sebelum terbang ke Amerika Syarikat pada tahun 2018, Janushaa terlebih dahulu merupakan seorang pelajar asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sebelum terpilih ke luar negara.

IKLAN
#GirlPower: Wanita Malaysia Pertama Diterima Masuk Ke Akademi Tentera Laut AS Berjaya Tamat Pengajian Dengan Cemerlang
Ketika menerima surat tawaran melanjutkan pengajian dan latihan ke AS pada 208. Janushaa hadir bersama ahli keluarganya.

Untuk pengetahuan pembaca, untuk memasuki akademi tentera Amerika Syarikat bukanlah mudah. Setiap calon perlu melalui ujian ketat yang menguji kecergasan dan juga kecerdasan mereka. Pelbagai lapisan sesi temuduga yang perlu dihadiri sebelum terpilih sebagai pelajar.

Dalam satu video temubual bersama media, Janushaa berkongsi kisah tentang proses temuduga yang dilaluinya sebelum terpilih, “Terdapat banyak lapisan temuduga yang perlu kami lalui untuk disenarai pendek. Salah satunya adalah  pengesanan kecergasan calon (CFA). Ketika CFA kami perlu melalui ujian fizikal seperi tekan tubi, berenang dan berlari.”

IKLAN

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI