
Bagai kena tema dengan sambutan Hari Wanita : WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN, beregu wanita Pearly Tan dan M Thinaah mengharumkan nama Malaysia setelah muncul juara dalam Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
BWF itu menjadi milik pertama mereka dan menjadi pemain sulung Malaysia muncul selaku juara wanita dalam kejohanan itu.

Bintang yang sedang meningkat dan berada pada tangga ke-30 ranking dunia, beraksi cemerlang untuk menjuarai Terbuka Switzerland dengan menumpaskan gandingan adik beradik, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-19, 21-12 dalam final sulung Jelajah Dunia mereka di St Jakobshalle, Basel semalam.
Untuk info, kali terakhir pemain Malaysia menjuarai Terbuka Switzwerland ialah Datuk Lee Chong Wei dalam perseorangan lelaki dan beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2009.
Tahniah kami ucapkan buat pasangan beregu Badminton ini kerana membanggakan nama Malaysia. Semoga ramai lagi wanita diluar sana semangat berjuang dalam apa jua yang dilalui tanpa mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan.
Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disebabkan Kecuaian Pemandu Lain, Bekas Atlet Remaja Perlukan RM14,000 Untuk Jalani Pembedahan Tulang Belakang

Sikap cuai seorang pemandu kenderaan yang membuat pusingan u jam 2.30 pagi di Jalan Maarof, Bangsar nyata membawa padah kepada bekas atlet bola baling negeri Selangor apabila dia tidak sempat memberhentikan motosikal ditunggangnya.
Akibat kemalangan itu, Shahfirul Mohd Hanafi, 19 terlambung sebelum tubuhnya terhempas ke jalan raya dalam kemalangan 10 November lalu. Kecederaan dialami atlet yang pernah aktif dalam kawad kaki ini agak parah. Tulang belakangnya patah kepada beberapa bahagian, paru-parunya bocor selain rusuknya retak.
Shahfirul dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Damansara ke Pantai Dalam selepas habis waktu bekerja pada jam 2.00 pagi. Dia yang bekerja menjaga parking kenderaan sejak lapan bulan lalu kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Jumaat lalu.

Akibat kecuaian orang juga, bekas pelajar di SMK Seri Pantai Kuala Lumpur ini memerlukan bantuan kewangan segera sebanyak RM14,000 bagi membolehkan dia menjalani pembedahan memasang besi di tulang belakangnya untuk berjalan semula.
Namun sejak kemalangan menimpa, keluarga ini belum mampu menyediakan wang seperti diminta oleh pihak hospital kerana kesempitan kewangan. Bapanya, Mohd Hanafi Othman, 50 sudah tidak mampu bekerja lagi sejak dua tahun lalu selepas diserang strok sebelah tubuh kiri. Sebelum ini, bapanya berjualan secara kecil-kecilan. Ibu remaja ini pula bekerja sebagai pembantu di sebuah hospital dan ini menyukarkan keluarga remaja ini mengumpul wang sesegera mungkin.
Pembedahan dijangka dilakukan dalam minggu ini, dijangka Rabu akan datang. Namun keluarga ini masih buntu di mana mahu mencari wang sebanyak itu dalam masa terdekat.
Majalah Remaja Online turut menghubungi bapa Shahfirul. Dia memaklumkan, buat masa ini anaknya sudah sedar dari koma. Paru-parunya yang bocor sudah mampu mengeluarkan darah beku yang terkumpul selepas satu tebukan dilakukan.

“Kami memerlukan sekurang-kurangnya RM14,000 dalam masa dua hari ini. Doktor sudah memaklumkan kos memasang besi pada tulang belakang RM13,500. Kos ini dijangka akan bertambah dari masa ke semasa. Buat masa ini RM14,000 sangat diperlukan kerana pemasangan besi ini perlu dibayar terlebih dahulu.
“Kalau lebih lama kami perlu mengumpul wang, dikhuatiri keadaan anak boleh jadi lebih teruk. Dia satu-satunya anak lelaki kami. Yang lainnya perempuan. Saya berharap agar rakyat Malaysia dapat membantu meringankan bebanan keluarga kami,” katanya.
Memandangkan pelajar ini merupakan bekas pelajar SMK Seri Pantai, satu kutipan melibatkan pelajar dan guru telah diadakan oleh pihak sekolah. Diketuai oleh PK Tadbir Dan Kurikulum, Cikgu Mohd Solahuddin Harun telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM800 semasa ziarah di hospital tengahari tadi.

Bagi rakyat Malaysia yang prihatin, jom bantu ringankan beban bekas atlet ini. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun ayahnya, Mohd Hanafi Othman di akaun CIMB 7065806659 atau ibunya, Rohana binti Man di akaun Maybank 1142-5417-6328.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selamat Tinggal Tesco Malaysia, Hello Lotus’s Stores

REMAJA pernah melaporkan mengenai keputusan Tesco Plc untuk menjual perniagaan mereka di Thailand dan Malaysia kepada CP Retail Development Company Ltd (CPRD) pada awal Disember 2020.
ARTIKEL BERKAITAN: https://www.remaja.my/malaysia-katakan-bye-bye-kepada-pasaraya-tesco-apa-penyebabnya/
18 tahun berada di Malaysia, secara rasminya pasaraya itu bakal menukar namanya selepas perpindahan pemilikan syarikat.
Menurut beberapa keping foto yang kian tular di media sosial, Tesco telahpun mula ‘membiasakan’ pelanggan mereka dengan nama dan ‘look & feel’ pasaraya baru yang akan menggantikan Tesco di Malaysia.

Ia dikenali sebagai Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd. Mengikut foto yang dimuat naik oleh pelanggan Tesco pula, ia mempunyai tona warna rasmi hijau yang sedikit gelap daripada warna rasmi syarikat petrolium nasional, Petronas.

Jelas mereka, Lotus’s Stores perlahan-lahan akan mendedahkan penjenamaan mereka kepadda pelanggan. “Satu yang pasti, kami akan terus menceriakan anda dengan perkhidmatan, tawaran dan barangan yang kekal hebat.”
Bukan hanya foto papan iklan saja yang dikongsikan oleh pelanggan Tesco.
Malah nama premis yang didaftarkan pada aplikasi MySejahtera juga nampaknya telah digantikan kepada Lotus’s. Kepingan resit pelanggan juga telah ditukar kepada Lotus’s Stores namun tertera ayat, “dahulunya dikenali sebagai Tesco Stores” padanya.


Nampaknya, mereka benar-benar telah mengambil alih pasaraya Tesco Malaysia.
Pada bahagian info tambahan di laman Facebook Tesco Malaysia, mereka memaklumkan bahawa Lotus’s Stores adalah salah satu ahli Charoen Pokphand Group Co.
Biarpun sedih apabila jenama Tesco kita tiada lagi di Malaysia, kami bersyukur apabila mendapat tahun lebih 8600 pekerja Tesco telahpun diambil sebagai pekerja Lotus’s Stores di pasaraya, pejabat, pusat pembekalan dan bahagian rangkaian beli-belah atas talian.
Haihh.. teringat pula momen-momen indah semasa berbelanja di Tesco. Mungkin disebabkan saingan sengit daripada pasaraya lain, mereka perlu mengambil keputusan yang sukar ini demi menjamin perniagaan mereka di negara lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[ VID ] Cabaran ‘Boyfriend Does My Makeup’ Oleh Justin Bieber Buktikan Lelaki Pun Pandai Solek!
![[ VID ] Cabaran ‘Boyfriend Does My Makeup’ Oleh Justin Bieber Buktikan Lelaki Pun Pandai Solek! 20 [ VID ] Cabaran ‘Boyfriend Does My Makeup’ Oleh Justin Bieber Buktikan Lelaki Pun Pandai Solek!](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/05/180471.jpeg)
Bagi Beliebers sekalian, pastinya korang mengikuti episod digital terbaru The Biebers on Watch yang menampilkan Justin Bieber dan isterinya, Hailey Biber. Setiap minggu, pasti ada saja cabaran dan aktiviti baru yang dilakukan oleh mereka berdua.
Minggu ini, tiba masa untuk Justin dan Hailey menghabiskan masa untuk – hhm – menyolek wajah pasangan sendiri! Ibarat cabaran ‘Boyfriend Does My Makeup’ yang popular di YouTube, Justin dicabar untuk menyolek Hailey menggunakan produk solekan milik Hailey.
Sambil Hailey menerangkan kepada Justin langkah-langkahnya, Justin turut belajar cara memegang dan mengguunakan alat-alat solekan.
![[ VID ] Cabaran ‘Boyfriend Does My Makeup’ Oleh Justin Bieber Buktikan Lelaki Pun Pandai Solek! 21 [ VID ] Cabaran ‘Boyfriend Does My Makeup’ Oleh Justin Bieber Buktikan Lelaki Pun Pandai Solek!](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/05/180470.jpeg)
Ini termasuklah bedak asas (foundation), concealer, blusher, lipstik dan pelbagai lagi untuk menyiapkan wajah Hailey. Dan surprisingly, Justin memang pandai menyolek isterinya itu!
Walaupun Justin cuba untuk mengambil langkah selamat dengan tidak mencampurkan beberapa warna bagi kelopak mata dan hanya kekal dengan 1 warna saja, namun hasilnya boleh dipuji.
“Saya sukakan warna itu (pembayang mata)… I don’t want it to turn out bad...” Pada pertengahan video itu, Hailey sempat memuji skil Justin. “ You ae good at this!”
Jadi, kalau Justin pun boleh melakukannya, penulis rasakan ramai lagi lelaki di Malaysia yang tidak kekok menggunakan alat solek. Sementara kita masih berada dalam musim PKPB pada Aidilfitri kali ini, why not korang cuba menyuruh adik lelaki atau abang sendiri untuk menyahut cabaran ‘Boyfriend Does My Makeup’ ini.
Selepas habis lakukan cabaran, cer try produk makeup remover pilihan REMAJA ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

