#GirlPower: Dibesarkan Dalam ‘Broken Family’, Shaza Bae Jadi Lebih Kuat & Berdikari

Share

Bukan mudah jika terpaksa dibesarkan dalam ‘broken family’ kerana disaat melihat teman-teman bersama ibu dan bapa, namun kita hanya ada ayah atau ibu disisi dan tidak seperti keluarga yang lain.

Shaza Nuriman Mohamad Zamri atau lebih dikenali sebagai Shaza Bae merupakan antara remaja yang dibesarkan oleh ibu tunggal kerana sejak umurnya 7 tahun lagi, ibu dan ayahnya sudah pun bercerai. Namun begitu, ia tidak sesekali membuatkan pemenang Dewi Remaja 2019 merasa rendah diri, malah dia lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

“Sepanjang 25 tahun hidup, memang ibulah yang menjadi emak dan ayah kepada kami adik-beradik. Saya tahu dan sedar, pengorbanan ibu yang membesarkan kami seorang diri kerana bukannya mudah untuk menjadi single mom terutamanya pada zaman sekarang. Mungkin disebabkan itu, saya seorang yang sangat kuat bekerja, tegas dan berdikari. Dalam mindset saya, saya selalu terfikir yang saya perlu membalas jasa ibu,”

“Ibu mengajar saya untuk menjadi insan yang baik, walaupun saya tidak sempurna dan banyak melakukan kesalahan, tapi itu yang selalu ibu ajar dan ingatkan untuk sentiasa berbuat baik kepada orang lain. It’s not an easy journey, tapi Alhamdulillah disebabkan ibu, saya kini berada di sini,” jelas Shaza.

Pengorban paling besar seorang ibu

“Sebenarnya setiap apa yang dilakukan oleh ibu kita, ia adalah satu pengorbanan yang besar. Dialah yang membesarkan kami adik-beradik, bekerja keras mencari duit sehingga tiada masa untuk diri sendiri, berkorban masa, wang dan tenaga. Melayan perangai anak-anak yang daripada kecil sehingga remaja. Semua yang dilakukan ibu pada saya adalah satu pengorbanan yang besar buat kami sekeluarga,”

Mengakui bukan mudah dibesarkan dalam ‘broken family’, namun Shaza menerima takdir yang menimpa mereka dan menjadikan ia sebagai satu sumber kekuatan.

“Sudah tentu bila kita membesar dalam keadaan ‘broken home’, keluarga kita akan dianggap sebagai tidak lengkap dan banyak kekurangan. Tapi, ini semua adalah qada’ dan qadar, perkara ini mengajar saya untuk menerima ketentuan Ilahi dan menjadi lebih baik. Kita tidak boleh salahkan Tuhan, tak boleh nak salah situasi kerana memang itulah takdirnya dan bergantung kepada kita untuk menghadapinya,”

“Saya pernah hidup susah dan membesar dalam keadaan serba tidak lengkap tapi cukup. So, kita kena belajar untuk bersyukur, belajar untuk bekerja keras dan belajar untuk menjadi manusia yang baik. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tidak semestinya keluarga yang lengkap tidak mempunyai masalah. Semua orang ada masalah. Tapi, satu perkara yang saya selalu pegang, kita kena sentiasa bersyukur,” sambungnya lagi.

Habiskan masa bersama ibu

Apabila dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, sudah pasti ikatan mereka menjadi lebih kuat. Banyak momen yang dicipta bersama untuk dikenang sehingga akhir hayat nanti.

“Kami banyak menghabiskan masa bersama jika masing-masing tidak sibuk bekerja. Simple sahaja, kadang-kadang saya keluar makan dengan ibu. Saya dengan ibu memang agak clingy. So, kalau dapat keluar makan atau masak bersama pun dah cukup buat saya gembira. Tak perlu perkara-perkara yang mewah, dapat keluar makan pun dah okay sebab saya sekarang ni duduk seorang diri. Jadi bila dapat berjumpa dan meluangkan masa tu memang rasa happy sangat. Benda-benda simple macam ni jangan kita ambil ringan,” kata Shaza.

IKLAN