Kehadiran pelakon dan model terkenal Thailand, Bright Vachirawit ke Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri sebuah acara produk penjagaan diri dan kulit mungkin tidak menampakkan kelibat teman wanitanya yang juga merupakan penyanyi Thai, Pornnappan Pornpenpipat atau lebih mesra dengan panggilan Nene.

Bright Vachirawit Kehilangan Lebih 80,000 ‘Followers’ Setelah Hati Dimiliki Pornnappan Pornpenpipat
Pornnappan Pornpenpipat

Namun, penerimaan para peminat Bright yang setia menantikannya sejak awal pagi lagi di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara tetap meriah demi menyokong idola mereka itu biarpun hatinya kini sudahpun dimiliki.

Bright dan Nene, masing-masing berusia 26 tahun, mengeluarkan kenyataan rasmi pada 22 April lalu bahawa mereka sememangnya sedang bercinta setelah mereka dilihat meluangkan masa sambil berpegangan tangan sebelum menikmati makan malam bersama di Jepun, baru-baru ini.

@baimeaw_ #nenevader #ไบร์ทเนเน่ #ไบร์ทวชิรวิชญ์ #เนเน่พรนับพัน #เปิดตัวแฟนใหม่ #brightvachirawit #ไบร์ทวิน ♬ nhạc nền – M7

Lantas, untuk meredakan spekulasi melibatkan mereka berdua, Bright telah mengesahkan sendiri mengenai hubungan mereka di laman X (dahulunya Twitter) miliknya.

Bright Vachirawit Kehilangan Lebih 80,000 ‘Followers’ Setelah Hati Dimiliki Pornnappan Pornpenpipat

“Helo, peminat dan rakan saya yang dikasihi, ini Bright. Saya tahu ada berita baru-baru ini yang mungkin membuatkan anda terkejut.

“Saya cuma ingin menjelaskan beberapa perkara, terutamanya untuk peminat saya yang sentiasa mengambil berat dan ingin tahu tentang keadaan saya. Ya, kami benar-benar bercinta,” katanya.

“Saya ingin meminta maaf kerana mengejutkan anda semua dengan berita ini. Kami benar-benar tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa atau mendatangkan sebarang ketidak selesaan,” katanya.

IKLAN

Bright kemudian mengakhiri ciapan itu dengan menegaskan bahawa dirinya sentiasa cuba untuk menghormati dan bersikap jujur kepada diri sendiri. Fokusnya juga kekal terhadap menyebarkan kasih sayang dan bersikap positif melalui kerja dan sikap dedikasinya.

Dia turut berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa berada di sisinya dengan sokongan dan kasih sayang yang terbalas.

*

Dalam pada itu, Nene turut mengeluarkan kenyataan di Instagram berbunyi:

Bright Vachirawit Kehilangan Lebih 80,000 ‘Followers’ Setelah Hati Dimiliki Pornnappan Pornpenpipat

IKLAN

“Hi Neon Atoms (nama kelab peminatnya) yang saya sayangi, rakan-rakan, abang dan kakak.

“Saya faham perkhabaran baru-baru ini mungkin telah mengejutkan anda, mengelirukan anda. Untuk itu, saya memohon maaf.

Mengenai artikel tersebut – ya, saya kini berada dalam satu hubungan. Maaf kerana saya tidak dapat kongsikan mengenainya lebih awal sebelum ia dilaporkan. Saya sering mengasingkan kehidupan peribadi daripada muzik saya.

“Bright ialah seorang yang mesra. Kami saling menyokong apabila keadaan menjadi sukar dan saling menyokong apabila kami gembira. Cinta hanya akan memotivasikan saya untuk menjadi insan yang lebih baik pada setiap hari.

“Apabila kami bersama, saya dapati saya lebih kerap ketawa, senyuman juga menjadi lebih lebar dan saya lebih berani mengambil risiko kerana saya tahu akan ada seseorang yang menerima saya seadanya dan akan menyokong saya jika saya terjatuh.

IKLAN

“Terima kasih kerana setia bersama saya selama ini dan menyokong saya tidak kira apa jua keadaan,” catatnya.

*

Terdahulu di acara tayangan perdana filem Thai Love You To Debt yang dibintangi Bright dan Urassaya Sperbund, pelapor media Thai ‘Thairath’ telahpun bertanyakan jika Bright telah melamar Nene untuk menjadi teman wanitanya dan Bright tidak berselindung apabila menjawa, “Ya, sudah.”

Bright Vachirawit Kehilangan Lebih 80,000 ‘Followers’ Setelah Hati Dimiliki Pornnappan Pornpenpipat

Sebaik sahaja Bright memberi kenyataan itu, dia dilaporkan kehilangan kira-kira 51,000 orang pengikut di Instagram. Jumlah tersebut berkurangan dari 18,766,777 orang pengikut pada 21 April kepada 18,715,742 orang pengikut pada 22 April.

Terbaru setakat artikel ini ditulis (24 April), tinjauan REMAJA ke arah akaun Instagram Bright mendapati jumlah tersebut terus menyusut menjadi 18,686,330 orang pengikut hasil penangan peminat yang kecewa dengan berita tersebut.

Bright Vachirawit Kehilangan Lebih 80,000 ‘Followers’ Setelah Hati Dimiliki Pornnappan Pornpenpipat

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI