
Selepas video iklan kempen ramadan jenama Kitsui, jenama pakaian tempatan, Leeyanarahman pula mencuri perhatian apabila menutup wajah salah seorang modelnya yang dipercayai adalah Marissa Dania.
Menerusi sebuah hantaran di TikTok, jenama tersebut memuat naik video yang memaparkan tiga orang model memperagakan baju raya mereka namun wajah salah seorang model tersebut telah di ‘cencored’.
ARTIKEL BERKAITAN: “#Womanprotectwoman” -Wajah Ruhainies Di ‘Censored’ Jenama Produk Kecantikan

Meninjau di ruangan komen, meskipun dikaburkan, rata-rata warganet dapat mengenalpasti model tersebut adalah anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu.
“Hahaha itu Marissa kan,” komen seorang pengguna.
“I can hear Malia’s ‘Menari lah Marissa’ hahaha,” tulis juga pengguna lain.

Trend ‘censored’ wajah ini mula tular selepas jenama Kitsui menutup wajah aktres Ruhainies gara-gara terpalit dengan kontroversi ditangkap khalwat.
Terdahulu, Marissa pernah terpalit dengan isu dakwaan merosakkan rumah tangga orang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Leeyanarahman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Duit Dah Cukup”, Ibu Rakyat Malaysia Mati Lemas Di Australia Ucap Terima Kasih

Terima kasih rakyat Malaysia!.
Ini luahan hati paling dalam dari Rokiah Hashim, 63 yang mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga di atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia yang membantu menghulurkan bantuan kewangan buatnya dan keluarga.
Semalam ibu ini meminta pertolongan dari rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka mengumpulkan duit sebanyak RM30,000 bagi membawa balik jenazah anaknya, Rizq Azzadin Mohd Azhar, 32 tahun yang dilaporkan lemas di Sungai Colo NSW, Sydney, Australia kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia dua hari lalu.


Rayuan kewangan itu dibuat selepas mereka sekeluarga buntu mencari wang sebanyak itu selepas Wisma Putra di Australia memaklumkan mereka tiada bantuan kewangan khusus untuk disalurkan bagi membolehkan jenazah Rizq Azzadin dibawa pulang ke tanah air selepas pihak berkuasa di Australia meminta kos pengebumian sebanyak RM40,000.

“Alhamdulillah, setakat semalam selepas berita ini disiarkan, sumbangan dari orang ramai mencecah RM12,000. Seorang lagi anak saya di sana yang bekerja sekali dengan abangnya memaklumkan komuniti Islam dan orang putih (mat salleh) di sana juga ada membantu dan kewangan itu sudah cukup bagi membolehkan jenazah Rizq dibawa balik ke sini.
“Malam ini suami saya, Mohd Azhar dan anak, Rizq Nadira, 28 tahun akan bertolak ke Australia jam 9 malam itu bagi melihat apa yang boleh dibantu dengan duit sumbangan orang ramai yang begitu prihatin dengan kesusahan yang kami sekeluarga alami ketika ini. Tiket sudah dibeli dan saya harapkan semuanya berjalan dengan baik. Saya difahamkan, dalam sehari dua lagi jenazah Rizq akan dibedah siasat sebelum diberi kebenaran untuk dibawa pulang.
“Kami pilih urusan pengebuminya di Malaysia kerana kos membawa pulang jenazah RM30,000 berbanding urusan pengebumian di sana yang mencecah RM40,000. Anak di sana juga sudah berurusan dengan agen-agen dan saya minta doakan agar urusan anak dipermudahkan,” katanya mengakui agak bersedih dengan kejadian berlaku.

Call tapi tak dapat cakap
Diminta berkongsi lebih lanjut, kata Rokiah, kali terakhir dia menghubungi arwah anaknya pada Sabtu lepas tetapi panggilan itu dijawap oleh adiknya Rizq Adam, 25 tahun yang memaklumkan mereka baru balik dari kerja dan agak penat.
“Tak dapat cakap dengan arwah. Sehinggalah saya dapat berita ini dari seorang rakan kepada Adam yang menghubungi memaklumkan Rizq meninggal dunia akibat lemas. Anak, Adam tak mampu bercakap apa dah, seluruh tubuhnya lembik selepas kejadian abangnya itu,”katanya memaklumkan dua anaknya bekerja kontrak di Australia.


Anak suka aktiviti advanture
Alahyarham Rizq Azzadin dipercayai lemas selepas terjun ke Sungai Colo dan sejurus itu arwah dipercayai tidak timbul-timbul.
Difahamkan, Rizq Azzadin pergi bercuti bersama empat orang kawannya termasuk adiknya, Adam. Rizq yang terjun dulu dan terus tak naik. Yang lain pun takut nak tolong sebab arusnya kuat selain deras.
Jelas Rohani, anaknya itu memang sukakan aktiviti yang mencabar namun tiada siapa menyangka ajalnya di bumi Australia ini. Biar sedih tetapi sebagai ibu dia redha dengan kejadian menimpa anaknya itu. Namun apa diharapkannya agar jenazah Rizq Azzadin dipermudahkan urusan kepulangannya agar dia boleh selalu menziarahi kubur anaknya itu.
Media tempatan Australia, 9News dilaporkan berkata, mangsa sedang berenang bersama dua yang lain berdekatan Jambatan Putty Road sebelum tiba-tiba hilang dari permukaan sungai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kelibat Comel Gadis Berkebaya ‘Cover’ Tarian Raya Iman Troye Sampaikan ‘Termasuk’ Berita

“Ini ke akak viral tu?”
Ya Iman Troye, inilah personaliti yang telah ‘menggoncang’ hati penonton Buletin Utama di saluran TV3 semalam.
Kelibat video seorang gadis cantik berbaju Kebaya Nyonya di siaran berita TV3 itu malam tadi telah menarik perhatian ramai penontonnya.
@momo_basgobing #ad @gigicheoh Versi Lagu Raya- iman troye #fyp #tv3 #laguraya ♬ Pejam Celik Hari Raya – Iman Troye
Berita asal yang ingin disampaikan oleh kru liputan berita adalah mengenai suasana di Dataran Merdeka. Namun mata penonton semalam lebih tertarik menyaksikan gadis tersebut yang sedang merakamkan aksi tariannya.
Aksi yang tidak sengaja diambil itu kemudiannya telah dikongsikan di media sosial dan warganet pantas ‘membuat kerja’ mencari siapakah gerangan gadis tersebut.
Dia dikenali sebagai Gigi Cheoh yang merupakan seorang penyampai radio berbahasa Cina 8FM dan seorang pencipta kandungan (content creator).

Semalam juga, Gigi telah memuat naik video sebenar yang dirakamkan olehnya itu. Ia sebenarnya lebih daripada sekadar tarian di Dataran Merdeka tau! Gigi telah berpindah lokasi ke Putrajaya dan Pintasan Saloma demi mendapatkan efek menarik untuk video tariannya itu.
Haa, terus ramai yang terpukau melihat melihat Gigi menari sambil diiringi lagu Pejam Celik Hari Raya nyanyian asal Iman Troye. Bukan saja gerakannya ‘on point’, pemilihan latar belakang mercu tanda negara serta pemakaian baju tradisional Kebaya juga menerima pujian penonton.
Iman menerusi akaun Instagram-nya turut memuat naik video TikTok Gigi itu sambil menulis, “Ni ke akak viral tuu? Tolong tag dia kejap!” sebelum Gigi membalas dengan berkata, “OMG!! Hi Iman. Thanks for sharing. I love your Raya song so much!!! Very very nice!!”
Comel kan apabila kita saling menyokong kreativiti dan usaha orang lain yang teruja dengan karya kita.
Anyway, Gigi sempat berkongsi kisah bagaimana dia dan kakaknya gigih berlatih di studio pada minggu lalu untuk menyempurnakan tarian Pejam Celik Hari Raya tersebut. Rupanya, kakaknya yang merupakan juruvideo dan penyunting video Gigi juga merangkap guru tarian peribadinya.
Tak sabar REMAJA nak lihat jika Gigi akan memuat naik content Raya lain selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak Ambil Sarapan, Kurang Tidur Punca Remaja 12 Tahun Rebah Lepas Vaksinasi

Tular satu kejadian semalam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang Melaka apabila seorang remaja lelaki berusia 12 tahun dilaporkan rebah setelah menerima suntikan vaksin.
Maka timbullah pelbagai spekulasi setelah satu klip video berdurasi 36 saat tersebar meluas di media sosial.
Namun selepas siasatan segera yang dilakukan oleh pihak Kesihatan (Kesihatan Awam) Melaka, mereka mendapati bahawa remaja tersebut rebah disebabkan tidak mengambil sarapan sebelum temujanji vaksinasi di samping kurang tidur dan dilanda rasa gementar untuk mengambil suntikan.
Dia dilaporkan tidur lewat pada jam 2 pagi pada malam sebelumnya dan hanya sempat makan sesudu nasi lemak pada pagi semalam.

Biarpun tidak menunjukkan kesan sampingan dalam masa terdekat selepas vaksinasi, remaja itu secara tiba-tiba menjadi lemah dan rebah ketika dalam perjalan menuju tempat parkir kenderaan hingga perlu dipapah oleh ahli keluarganya, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) orang awam untuk masuk semula ke PPV tersebut untuk pemeriksaan lanjut.
Selepas hampir 30 minit di sana, dia kembali stabil dan dibenarkan pulang. Pemeriksaan lanjut selepas dia pulang juga mendapati remaja tersebut sudah sihat dan aktif dengan rutin harian seperti biasa.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pada itu berkata mereka akan segera menyiasat kejadian tersebut bagi rujukan akan datang akibat daripada ketidaksediaan sebelum menerima vaksinasi dalam kalangan remaja bawah 18 tahun.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

