
Kata orang patah tumbuh hilang berganti. Tapi bukan untuk gigi kekal ya! Kalau dah patah tu memang tiada tumbuh lagi dah. Apa yang perlu korang lakukan jika berdepan situasi di mana ketika membawa adik bermain di taman, tiba-tiba dia jatuh. Dan tidak semena-mena gigi kekalnya tercabut. Jadi apa yang kamu perlu buat?
Jangan menggelabah, korang harus bertenang… tarik nafas panjang-panjang dan baca tips daripada doktor gigi ini di bawah.
Mungkin korang tidak tahu bahawa gigi adik itu boleh diselamatkan. Ikuti langkah-langkah berikut menerusi perkongsian di Twitter daripada Dr. Ibrahim Shahruddin (@ib_shah), doktor gigi muda yang kini berkhidmat di sebuah klinik pergigian swasta terkenal di ibu negara.

Diulangi, pertama sekali korang jangan panik dan cari gigi yang tercabut dulu

Pegang hanya di kepala gigi dan elakkan sentuh di bahagian lain

Kemudian cuci gigi tersebut dan cuba masukkan balik dalam soket gigi. Lepas tu gigit kapas terus bergegas jumpa doktor gigi

In case korang tak berani atau tak tahu nak masukkan dalam soket gigi, simpannya dalam susu, larutan garam atau dalam air liur.

Tiba di klinik doktor gigi akan teruskan dengan prosedur X-ray dan splint gigi tersebut. Keberangkalian untuk pulih sangat tinggi!

Artikel Berkaitan: Apa Beza Air Gas Biasa vs Diet Soda? Siapa Suka Minum Kena Tahu Ini Akibatnya…
Kalau gigi tersebut ‘mati’ doktor gigi akan sarankan untuk lakukan root canal treatment. Yang penting tulang dah grip semula gigi tersebut!

Tips ini hanya untuk gigi kekal sahaja ya. Kalau gigi susu tak perlu. 🙂

Tapi ingat larutan garam yang dimaksudkan tadi adalah hank’s balance salt solution, bukan air garam ya. 😉

Jadi guys ingat ya, gigi adik kamu boleh diselamatkan. Yang penting kamu jangan panik dan ikuti langkah-langkah di atas. Dapat diselamatkan atau tidak sekurang-kurangnya kita mencuba.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita Order Air Buah Konon Baik Untuk Kesihatan, Doktor Akui Cara Ini SALAH & Tidak Tepat

Ramai memilih minum air buah yang dikatakan baik untuk kesihatan. Ia datang dari jus buah sebenar dan harganya boleh tahan mahal untuk segelas minuman. Namun ternyata pandangan meminum jus buah baik untuk kesihatan adalah satu kenyataan kurang tepat kerana kita tidak memperoleh khasiat sebenar buah selepas membuang hampasnya.
Baca perkongsian dr Dr Rushdan Noor seperti dikongsikan di fbnya.

Tahukah anda bahawa majoriti ahli masyarakat berpendapat meminum jus itu baik untuk kesihatan sama seperti memakan buah-buahan. Sebenarnya anggapan ini tidak tepat. Walaupun jus itu diperolehi daripada buah yang sebenar dan dihasilkan secara tulin tanpa penambahan gula dan pengawet, ia tetap tidak sebaik memakan buah tersebut secara kesuluruhannya. Ikuti penjelasan di bawah.
Semasa anda membuat jus buah, anda hanya memperolehi gula buah (kebanyakannya sukrosa), sedikit nutrin dan air daripada buah tersebut. Ianya lebih kurang sama seperti meminum air gula/sirap (gula pasir: glukosa, gula buah: sukrosa).
Semasa membuat jus, anda membuang komponen yang paling penting di dalam buah iaitu serat, fitonutrin, antioksidan dan vitamin yang lebih banyak terdapat di bawah kulit buah, biji buah dan juga di dalam sabut buah yang memerangkap isi dan air buah.
Walaupun komponen penting ini wujud dalam jus yang dihasilkan, kuantitinya tidak banyak. Jika botol tidak digoncang sempurna, komponen serat dan nutrient akan mendap ke dasar botol dan anda hanya meminum air sahaja.

SERAT adalah komponen buah yang sangat penting dan dapat mengimbangi kesan negatif pengambilan gula buah. Serat sangat baik untuk fungsi usus, ia memperlahankan penyerapan gula serta lemak, mempercepatkan rasa kenyang dan memudahkan anda membuang air besar.
Persoalannya, adakah serat yg dihasilkan melalui proses membuat jus sama kualitinya dengan serat yg diambil melalui kunyahan buah? Terus membaca rencana ini utk jawapannya.
Ahli Sains pemakanan percaya mengambil nutrient di dalam bentuk minuman (jus) tidak sama dengan mengunyah makanan pejal (buah) meskipun kedua-duanya mengandungi nutrin dan kalori yang sama.
Otak anda menerima maklumat “saya sudah kenyang” yang berbeza daripada kedua2 bentuk makanan ini. Apabila air jus masuk ke dalam perut, anda merasa penuh dengan cepat tetapi perasaan ini hanya sekejap kerana pergerakan air yang cepat. Mengunyah makanan ataupun buah dan menelannya menyebabkan proses penyerapan lebih baik dan makanan lebih lama berada di dalam mulut dan perut. Tempoh kekenyangan lebih panjang.
Apabila Penyelidik memberi minum air jus kepada A dan sebiji buah kepada B (jumlah kalori yang sama) 20 minit sebelum sarapan. Mereka dapati B yang memakan buah mengambil kurang kalori semasa sarapan berbanding dengan A, sebab B sudah merasa lebih kenyang. A yang mengambil jus lebih cepat merasa lapar berbanding dengan B. Ini menunjukkan memakan buah lebih membantu anda untuk mengurangkan berat badan.
Sekumpulan Ahli Sains termasuk daripada Harvard School of Public Health di Amerika mendapati bahawa pengambilan buah2an (3 hidangan seminggu) di dalam bentuk asalnya secara tetap boleh MENURUNKAN risiko penyakit diabetes jenis 2 sebanyak 7-26% (buah blueberri, buah anggur,apel, pear dan prun). Walau bagaimanapun pengambilan jus buah-buahan MENINGKATKAN kadar penyakit diabetes jenis 2 sebanyak 8%.

Orang yang menukar tabiat minum jus kepada memakan buah-buahan keseluruhannya dijangka dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes sebanyak 7%. Kesan negatif pengambilan jus buah ini dikaitkan dengan peningkatan indek glisemik di samping kurangnya nutrin-nutrin dan serat semasa proses penghasilan jus.
Tiga jenis buah-buahan yang memberi kesan mengurangkan risiko diabetes yang agak besar di dalam kajian ini adalah buah blueberri, anggur dan apel. Kajian disiarkan di dalam British Medical Journal tahun 2013 (rujukan di bawah).
Berbanding dengan jus, “smoothie” (buah yang dikisar) mungkin lebih baik kerana ia mengandungi serat yang lebih tinggi tapi ia masih tidak setanding dengan mengunyah buah. Kajian menunjukkan bahawa kesan penyerapan dan peningkatan gula darah daripada pengambilan “smoothie” tidak jauh berbeza dengan jus.
Pengisar yang digunakan untuk membuat “smoothie” dipercayai menukar ciri-ciri fizikal serat sehingga menjejaskan fungsinya. Kedua2 jus dan “smoothies” menyebabkan kadar peningkatan gula darah yang cepat berbanding dengan memakan buah. Tahap gula darah yang tinggi mendadak ini akan meransang pengeluaran insulin yang tinggi sehingga kemudiannya gula darah menurun terlalu cepat, keadaan ini dinamakan “rebound hypoglycaemia”. Keadaan ini tidak baik untuk kesihatan lebih-lebih lagi kepada pesakit diabetes.
Makan buah juga memberi anda manfaat mengunyah. Mengunyah dengan perlahan memberi anda kesempatan menikmati rasa dan aroma buah, pengeluaran air liur yang banyak memberi manfaat mencuci mulut, membunuh bakteria(air liur ada anti bakteria) dan air liur juga bertindak mengurangkan keasidan untuk memelihara gigi. Mengunyah juga merupakan senaman ke atas otot2 rahang dan mulut.
Banyak jus yang dijual di pasaran bukan dihasilkan daripada buah-buahan yang tulin sebaliknya menggunakan perasa dan pewarna buah. Di dalam keadaan ini “jus” tersebut sebenarnya tidak ada bezanya dengan air sirap ataupun air gula yang mengandungi glukosa yang tinggi. Di samping keraguan tentang keaslian jus, pengguna juga perlu bimbang tentang kualiti buah yang digunakan untuk membuat jus dan juga pengawet yang dimasukkan oleh pengilang.
Jadi jika anda masih teringin untuk meminum jus/”smoothie”, cara terbaik adalah dengan menghasilkannya sendiri. Apa2 pun mengunyah buah segar yang sudah dibasuh dengan sempurna adalah kaedah pengambilan yang terbaik untuk menikmati khasiat buah2an dan sayuran.
Dr.Rushdan Noor
Medical Mythbusters Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Paru-Paru Remaja 17 Tahun BOCOR Akibat Ketagih Vape, Inilah Bahaya Vape Ramai Ambil Remeh

Seorang pakar pemindahan organ mengakui terkejut melihat paru-paru seorang remaja lelaki bocor akibat ketagihan vape.
Sepanjang kariernya 20 tahun sebagai pakar bedah, inilah pengalaman paling pelik dilaluinya kerana paru-paru remaja berkenaan boleh bocor hanya disebabkan kepada ketagihan menghisap rokok elektronik atau lebih dikenali vape.

Dalam satu kejadian di Amerika Syarikat, seorang remaja lelaki pada awalnya dikejarkan ke hospital kerana kesukaran bernafas dan doktor awalnya mendiagnoskan kesnya sebagai radang paru-paru. Namun melihat masalah kesihatannya semakin merosot, dalam satu ujian kesihatan mendapati dia harus menjalani pembedahan segera apabila kedua belah paru-parunya bocor dan sudah rosak dalam satu kejadian di sebuah hospital di Michigan baru-baru ini.

Harian Metro melaporkan, remaja berusia 17 tahun itu menderita kesan sampingan rokok elektronik pertama dan dia sudah pun selamat menjalani pembedahan pemindahan paru-paru pertama akibat vape pada pertengahan bulan lalu.
Pengarah Pembedahan Pemindahan Organ Hospital Henry Ford, Dr Hassan Nemeh berkata, remaja itu akan meninggal dunia sekiranya dia tidak menerima paru-paru baharu.
Sementara itu, keluarga remaja malang terbabit meminta doktor mewar-warkan kesan buruk rokok elektronik yang boleh membahayakan nyawa.
“Kehidupan kami sekeluarga berubah dalam sekelip mata. Sebelum ini, kehidupannya seperti remaja lain dan dia juga seorang atlet.
“Kini dia diberikan dua paru-paru baru dan perlu mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya,” kata salah seorang ahli keluarga remaja itu.
Dalam laporan perubatan mengenai remaja ini, dirinya mula dimasukkan ke hospital pada 5 September dan seminggu kemudian, keadaannya menjadi semakin teruk.
“Hidupnya bergantung kepada bantuan ECMO (Extracorporeal Membrane Oxygenation) bagi membolehkannya bernafas. Namun pada 3 Oktober, remaja ini dipindahkan ke Hospital Henry Ford dan diletakkan dalam senarai menunggu pemindahan paru-paru baru. Pada 15 Oktober, satu pemindahan paru-paru baru berlangsung selama enam jam selepas keadaannyaa semakin kritikal.
Setakat ini, seramai 39 orang maut akibat menghidap rokok elektronik dan sebanyak 2,051 kes kecederaan paru-paru berkait rokok elektronik dilaporkan di Amerika Syarikat.
Bagi korang yang masih kurang yakin bahawa paru-paru akan “bersih” kerana menghisap vape berbanding rokok biasa, tiada yang mustahil ya kerana ada juga vape dicampur nikotin yang akan membahayakan nyawa korang sendiri.
Satu pesanan dari REMAJA, confirm tak hilang macho korang kalau tak hisap vape atau rokok sebaliknya girls lebih respek sebab susah nak cari lelaki tak merokok atau hisap vape zaman nie.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak Berani Guna Contact Lens? Ini Tip Daripada Association of Malaysian Optometrist Yang Perlu Anda Tahu

Selalunya bila kita menyentuh soal pemakaian atau penggunaan kanta lekap, pastinya lebih cenderung kepada pengguna yang sudah dewasa. Tapi tahukah anda bahawa kanak-kanak dan remaja juga boleh menggunakannya dengan selamat?
Dengan menggunakan kaedah yang betul serta tip yang diberikan oleh optometrist, golongan kanak-kanak dan remaja boleh menggunakan kanta lekap dalam kegiatan harian terutamanya untuk pembelajaran di dalam kelas.
Di Amerika Syarikat sahaja, lebih 4 juta pengguna di bawah umur 18 tahun menggunakan kanta lekap secara harian. Secara fizikalnya, mata kanak-kanak bertoleransi dengan kanta lekap pada usia muda. Malah ada sesetengah kes melibatkan bayi menggunakannya disebabkan kondisi congenital cataracts yang berlaku ketika lahir.

Menurut Association of Malaysian Optometrist (AMO) yang turut melancarkan National Eye Health Awareness Campaign (NEHA) 2017 semalam, ramai kanak-kanak di Malaysia menggunakan kanta lekap pada usia antara 15 hingga 16 tahun. Malah, ada juga yang mula menggunakan lebih awal jika mereka mampu mengendalikan penggunaan dengan cara yang betul. Apakah yang perlu dilakukan sebelum mereka mula menggunakan kanta lekap?
Jumpa optometrist untuk dapatkan pemeriksaan secara komprehensif
a. bagi memastikan keadaan mata sihat dan sesuai untuk menggunakan kanta lekap
b. preskripsi kanta lengkap yang betul akan diberikan oleh optometrist
c. memberikan kanta lekap yang bersaiz sesuai dengan mata
Bagaimana pula dengan kriteria kanta lekap yang baik untuk digunakan oleh kanak-kanak dan remaja?
a. Kanta lekap pakai buang secara harian merupakan pilihan yang paling baik dan menyihatkan. Ia akan dibuang selepas seharian digunakan atau sebelum tidur.
b. Material kanta lekap yang breathable. Seperti kesemua tissu yang lain, mata juga memerlukan oksigen bagi mematikan ia sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kanta lekap yang breathable membenarkan oksigen memasuki menerusinya supaya mata kekal sihat.
c. Permukaan yang lembut dan licin. Ini agar mata berasa lebih selesa, apatah lagi untuk kegunaan sepanjang hari.
Tip Menggunakan Kanta Lekap

*ketahui lebih lanjut tentang penggunaan kanta lekap untuk kanak dan remaja di laman web AMO, www.amoptom.org atau boleh hubungi 011-2610 2040
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


