Macam-macam trend menjadi ikutan di laman TikTok ini. Jika sebelum ini, trend dan video tutorial yang menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan efek selepas menangis tanpa – well – mengalirkan air mata menjadi kegilaan ramai.
Terbaru, pembedahan membuang lemak di kawasan pipi, atau istilah popular pembuangan lemak bukal, menjadi perhatian warga TikTok dan trend terkini dalam dunia kecantikan. Kini ramai wanita sanggup menahan kesakitan dengan menjalani pembedahan pipi kurus ini.
Malah, wajah bintang “Glee” iaitu Lea Michele turut menjadi perhatian apabila menayang wajah ‘baru’ nya yang kelihatan lebih runcing. Ramai yang membuat andaian Lea mungkin mengikuti trend semasa kecantikan iaitu pembuangan buccal fat. Ia sekaligus memberi efek muka lebih tampak tirus dan penonjolan tulang pipi yang tinggi.
Apa itu ‘Buccal Fat’?
Pembuangan Buccal fat atau Bichectomy (Buccal Lipektomi) dikenali dengan pembedahan plastik kecantikan bagi pengurangan pipi tembam. Ini dalah prosedur dan teknik menghilangkan kelebihan lemak pada bahagian pipi dan mengurangi volume pada wajah sehingga terlihat lebih tirus.
Ads
Foto Via CNN
Lemak bukal, atau buccal fat, terdapat di bahagian tengah pipi yang memberikan penampilan lebih kelantangan dan pipi tembam. Membuang lemak di kawasan tersebut boleh menjadikan wajah lebih kurus. Bahkan bentuk rahang ‘jawline’ akan lebih ketara bak wajah supermodel.
Kesan Dan Risiko
Cumanya ia tetap satu perkara yang boleh mendatangkan kesan yang tidak elok bukan? Iyalah..nama pun pembedahan plastik.
Namun ada perkara yang kita perlu sedar, pembuangan ‘lemak semulajadi’ ini boleh beri risiko baru pada perubahan wajah. Pertamanya, semasa prosedur boleh berlaku kecederaan pada kalenjar ludah atau saraf muka secara tidak sengaja. Ia mungkin jarang terjadi tapi boleh ambil sebagai satu amaran untuk tidak teruja untuk melakukannya.
Ads
Foto – Bella Vou
Kedua, kesan berpanjangan iaitu penyingkiran lemak pada wajah boleh membuat penampilan lebih nampak tua dari usia. Perasan tak, mereka yang memiliki pipi yang tembam dan sihat kelihatan seperti keanak-anakan berbanding pipi kurus.
Perlu ingat juga, secara semulajadi kita akan kehilangan lemak pipi seiring penambahan usia.
Sebelum ini, REMAJA juga ada berkongsi tip meruncingkan wajah dan timbulkan jawline korang dengan teknik urutan Gua Sha. Paling penting selamat dan semulajadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Masya Masyitah mula menjadi perhatian apabila dia berjaya memenangi pertandingan Ceria Popstar pada tahun 2014 ketika baru berada di tingkatan dua. Bermula dari titik tersebut, gadis cantik yang berasal dari Kedah ini terus aktif dalam dunia tarik suara.
Buktinya dia pernah menjadi juara pertandingan pencarian bakat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 yang berlangsung pada 24 Oktober 2020. Masya berjaya menewaskan penyanyi Filipina, Phem sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$40,000 iaitu kira-kira RM160 ribu.
Selain terkenal dengan suaranya yang merdu, gaya penampilan pemilik nama penuh Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff ini juga kerap menjadi perhatian ramai. Dia cukup pandai berfesyen sesuai dengan usianya yang masih muda. Biarpun berhijab, itu tidak menjadi penghalang baginya untuk berkesperimen dalam gaya.
Terbaharu dalam hantaran di Instagramnya, Masya yang kini sedang berada di Jepun dilihat cukup comel mengenakan pakaian bertemakan rona biru denim dan dapat dilihat rekaannya berkonsep kawaii yang cukup comel.
Dalam hantaran tersebut, dia menulis kapsyen berbunyi, “Just go. Go see all the beauty in the world. Learn. Grow. Discover.”
Memadankan busana tersebut bersama baju turtle neck dan seluar rona putih bersama but tinggi rona hitam, penampilan Masya diserikan lagi dengan penggayakan beanie dan loket berbentuk M. Gaya selendangnya pula dilepas labuh bersahaja.
Teman selebriti, Hannah Delisha memberikan komen, “So Cute” manakala pemilik akaun Instagram @cy97 pula berkata, “Some how you always can match the vibe where you are.” Seorang lagi warga net @i_am-mariam1101 turut meninggalkan komen berbunyi, “Comelnyer… macam anime dah.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun pandemik covid-19 melanda negara, itu tidak menjadi penghalang bagi organisasi Miss Grand Malaysia untuk mencari wakil yang seterusnya bagi menggalas tugas mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Grand International 2021 yang dijangka berlangsung pada Disember tahun ini.
Mengadakan pertandingan secara virtual. Seramai 23 peserta yang menyertai pertandingan ini dikecilkan menjadi 5 finalis sahaja. Kelima-lima finalis ini diadili dalam beberapa peringkat dan juga cabaran selama sebulan pada Julai lalu. Akhirnya Lishalliny Kanaran, 24, dinobatkan sebagai juara.
.
Dia yang mendapat markah 80.2 peratus secara keseluruhan mendahului pertandingan dengan margin yang sangat besar. Berada di tempat kedua pula ialah Malveen Kaur dengan 72.2% diikuti dengan Poorani Raju, Anya Kimberly dan Kelly Kahil masing-masing memperolehi 71.8%, 68.3% dan 68%.
.
Gadis dengan ketinggian 175cm ini bukanlah asing bagi pertandingan ini. Ini merupakan percubaan kali ketiganya dan ternyata tidak sia-sia. Nampaknya usaha yang ditonjolkan membuahkan hasil dan dia kini bergelar Miss Grand Malaysia 2021. Merupakan pelajar dalam bidang seni bina, Lishalliny membawa advokasi untuk memberi kesedaran mengenai kemiskinan haid dan juga pendidikan kanak-kanak.
.
Organisasi Miss Grand Malaysia sudah menghantar wakil ke pertandingan ini sejak tahun 2013. Dalam tempoh itu dua wakil berjaya menjadi semifinalis menerusi Ranmeet Jassal yang berada dalam kelompok top 20 pada tahun 2016 dan Jesabel Robert yang berjaya berada di kedudukan top 10 pada edisi 2020.
Selamat maju jaya Remaja ucapkan kepada Lishalliny!
Finally korang dapat juga simpan duit dan beli kasut tinggi idaman!
Tetapi pada hari pertama menyarungnya, korang dah menyumpah seranah menyesal membeli kerana kaki melecet tak lama kemudian. Pernah kan alami perkara ini, terutamanya setelah menyarung heels seharian?
Tak kiralah sama ada heels tersebut berharga mampu milik ataupun mewah, even the priciest heels mampu membuatkan kaki korang melecet atau sakit pada hari pertama menyarungnya.
Untuk mengelak perkara itu terjadi, pelajar jurusan fesyen ini berkongsi beberapa tip atau hacks yang boleh korang take note.
Stretching
Disebabkan partikel air mengembang setelah ia membeku, korang dinasihatkan meregangkan kasut baru dengan tip yang melibatkan air ini. Isi 2 beg plastik dengan air, pastikan tiada udara yang tinggal dan ikat ketat. Masukkan plastik ke dalam heels dan masukkan kedua-dua heels ke dalam freezer untuk 4-8 jam.
Keluarkan kasut dari peti sejuk dan biarkan ia cair. Kasut pasti telah diregang dan korang boleh menyarung dengan selesa.
Stokin
Ini satu lagi cara untuk meregangkan heels. Cuba berjalan in your heels untuk 1-2 hari sambil memakai sarung kaki tebal. Kaki tak melecet, heels pun berubah menjadi selesa.
Pengering Rambut
Ini adalah antara trik lama yang berkesan. Blow heels kamu secara sekata. Apabila ia telah ‘hangat’ sedikit, cuba untuk bengkokkan sedikit bahagian tengah heels secara perlahan.
Tape
Okay, korang tiada masa untuk keringkan atau bekukan air. Kena sarung juga heels pada malam ini!
Apa kata korang gunakan trik melekatkan jari kaki ketiga dan keempat bersama dengan cellophane tape. Ini kerana terdapat urat di antara 2 jari tersebut yang selalu sakit sekiranya ada tekanan seperti heels baru yang sempit.
Setidak-tidaknya, kaki korang tak akan sakit.
Moleskin
Untuk mengelak strap kasut tinggi baru korang daripada meninggalkan kesan melecet, gunakan trik tradisional dan potong padding moleskin (ada dijual di banyak kedai) mengikut saiz strap kasut. Ia akan menjadi ‘kusyen’ sementara antara kasut dan kulit kaki.
* * * * *
Selain heels, korang boleh mengaplikasikan trik ini untuk kasut biasa seperti sandal dan sneakers.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes tikaman sekolah Banting mengejutkan apabila seorang pelajar perempuan cedera dalam insiden di sebuah sekolah menengah di Selangor yang kini masih dalam siasatan polis.