
Apa yang membuatkan seorang manusia cantik dan sempurna?
Masyarakat terutamanya pengguna di media sosial cukup gemar untuk memperlekeh dan membeza-bezakan bentuk fizikal seseorang. Dah jadi macam hobi pula untuk mereka mengecam foto orang lain di media sosial dengan perkataan lucah, negatif dan menyinggung perasaan.
Jika sebelum ini, orang yang berbadan besar sering dijadikan ‘bahan’ untuk di hina dan ‘body shaming’. Tapi sebenarnya insan berbadan kecil juga tidak terlepas dari isu ini. Baru-baru ini seorang gadis berkongsi pengalaman menjadi mangsa ‘body shaming’.
Memiliki ketinggian 171 cm dan berat badan 38kg sahaja, gadis bernama Syiera ini mendedahkan dirinya menjadi sasaran ‘body shaming’ sejak zaman sekolah lagi.
Antara gelaran pernah diterima, ‘tiang’, ‘kepeng’, ‘papan’, dan juga ‘panjang’.
@syiera.eyyaluka body shaming tu mendalam ya 🥲##bepositive ##bodyshaming♬ Arcade – Duncan Laurence
Lebih menyedihkan lagi apabila ada yang memfitnah dirinya terlalu ‘slim’ disebabkan mengambil bahan terlarang. Ya, mungkin segelintir orang fikir bentuk badan dimilikinya boleh melayakkan dirinya untuk menjadi seorang model, hakikatnya empunya badan yang mengetahui realiti sebenar.
@syiera.eyyaReply to @hmmmmthlaaaa kannn♬ original sound – Syiera Eyya
Tambahan Syiera lagi beliau tidak bangga memiliki badan kurus sebegini. Bahkan rasa tidak keyakinan memakai pakaian yang menampakkan kakinya terutamanya seluar jeans.
Hmm….so kesimpulannya guys. Tiada apa yang sempurna dimuka bumi ini. Jadi berhenti la untuk ‘body shaming’ orang di sekeliling korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga Kedai Favorite Rakyat Malaysia Buat Promosi Untuk Bulan Februari

Kes baru pandemik COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini ternyata membawa impak besar terhadap ekonomi negara. Tambahan lagi, bila semalam diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 18 Februauri 2021.
Hmm…pisang lagi la kita duduk rumah. Tapi tak apa, mari penulis senaraikan promosi makanan dan minuman untuk bulan Februari ini.Bersedia untuk lalui liku-liku bulan yang baru ini!
Tapi sebelum itu jom check out restoran apa yang tengah buat promosi sekarang!
Starbucks Promosi 2 Minuman Grande Hanya RM21!
Kami yakin setiap kali jenama kopi premium Starbucks buat promosi, pasti ramai yang excited nak mendapatkannya kerana harga yang ditawarkan biasanya jauh lebih murah. Betul tak?

Terbaru, Starbucks telah pun membuat satu promosi dimana korang boleh mendapatkan harga minuman di Starbucks serendah RM21 untuk 2 Minuman Grande mengunakan Starbucks Mobile App!
Menarik bukan?
Macam mana nak dapat kan promosi!?
Tarikh Promosi: Dari sekarang sehingga 22 Feb 2021 setiap Isnin
Waktu Promosi: 5pm – 8pm
Lokasi Promosi: Di semua Starbucks Kecuali Sunway Lagoon.
Oden FamilyMart Separuh Harga!
Berita baik untuk peminat setia kedai serbaneka asal Jepun, Family Mart bersama Touch n Go eWallet telah pun membuat satu promosi makan oden dengan potongan separuh harga dengan bayaran yang dibuat melalui Touch n Go eWallet.
ODEN, makanan cucuk ala-ala steambot, orang ramai perlu beratur agak lama sebelum boleh menikmati oden yang sangat lazat ini kerana kedai terlalu penuh.

Cepat isi TnG eWallet sekarang!
Jadi tunggu apa lagi? Cepat dan bawa TnG eWallet yang diisi semula ke FamilyMart yang berdekatan!
Tarikh Promosi: Mulai sekarang hingga 28 Februari
Lokasi promosi: FamilyMart Malaysia (dari pesanan Genting, KLIA2, dan dalam talian)
3. Subway Cookies, 6′ Subs, Meatball Snack + Minuman Hanya RM8.80 Sahaja!

Berita baik untuk penggemar sandwich. Lagi sekali Subway melancarkan promosi terbaru untuk bulan baru ni! Semua sekali ada 4 promosi hebat! Semua Hanya RM8.80!
So guys jangan lepas kan peluang! Makan Cookies, Meatball Snack, Subs hanya RM8.80 sahaja! Tawaran waktu terhad ni!
Maklumat Lanjut:
Tarikh Promosi: 1 – 28 February 2021
Lokasi Promosi: Subway
So kalau korang ada niat nak jimat bulan ni, boleh la serbu ke restoran-restoran yang disenaraikan ini. Tapi ingat ye, ikut SOP yang telah ditetapkan oleh KKM!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan Berat Mulut Berselawat, Allah Jamin Syurga Di Akhirat Jika Kita Rajin Mengucapnya

Dalam kalendar Hijrah, kita kini memasuki Rabiulawal. Jika sesetengah kita lebih senang mengetahui kita kini berada di bulan November tetapi Rabiulawal ini lebih bermakna kerana ia merupakan ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Jika dahulu dunia berada dalam kegelapan tanpa agama, kekufuran, menyembah berhala dan tidak mengenal siapa penciptaNya namun kelahiran Baginda Nabi pada 12 Rabiualawal, nyata mampu membawa rahmat yang besar ke seluruh alam iaitu penyebaran agama Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Sebagai insan kamil yang memiliki keperibadian cukup tinggi, Rasulullah adalah contoh ikutan yang wajib kita ikuti kerana di akhirat kelak, hanya dengan syafaat Baginda kita berpeluang memasuki syurga Allah (moga kita semua terpilih memasukinya).
Mengenang perjuangan Rasulullah, maka setiap tahun kita akan meraikan sambutan Maulidur Rasul. Tahun ini 12 Rabiulawal jatuh pada 29 Oktober ini (Khamis). Tema untuk sambutan Maulidur Rasul tahun ini “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”. Berbeza dengan sambutan tahun terdahulu, tahun ini ia tidak diadakan kerana pandemic COVID-19.
Apa di sebalik Maulidur Rasul yang wajib kita ambil tahu?
Bukan hanya bercuti pada hari itu sahaja tetapi sebenarnya kita akan menjadi orang yang rugi jika tidak mengetahui apa pentingnya Maulidur Rasul dalam diri kita sebagai umat Islam?
Maulidur Rasul membawa maksud hari kelahiran rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Seperti yang kita ketahui, Nabi Muhammad SAW, merupakan individu paling berpengaruh di dunia.
Seorang tokoh terkenal iaitu Michael H. Hart telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 100: Kedudukan Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah pada tahun 1978. Ia menyenaraikan kedudukan 100 orang tokoh, yang dalam pendapatnya, merupakan manusia paling berpengaruh dalam sejarah.
Ternyata Nabi Muhammad SAW diletakkan sebagai individu paling berpengaruh dunia mengalahkan tokoh-tokoh lain seperti Isaac Newton (ahli fizik, penemu teori graviti semesta & hukum gerakan), Christopher Columbus (ahli pelayaran terkemuka), Albert Einstain, Aristotle (ahli falsafah Yunani berpengaruh) dan banyak lagi. Hebatkan Rasulullah kita.
Ini keperibadian Rasulullah yang kita semua sayangi
Kenapa perlunya kita berselawat ke atas Nabi agar kita tidak menjadi orang yang rugi di hari akhirat kelak.
Seperti kita ketahui, keperibadian Rasulullah SAW memang tiada tolok bandingnya.
Menurut Saidina Ali r.a, Rasulullah itu sifatnya :
* Mudah tersenyum
*Akhlaknya baik
*Lemah lembut orangnya
*Bahasa percakapannya tak pernah kasar (baginda Nabi Muhammad SAW tak pernah keluarkan bahasa kesat atau kotor sepanjang hayatnya)
* Perangainya tak bengis
* Tak suka menjerit-jerit
* Tak suka mengherdik
* Tak kedekut
* Kalau ada perkara tidak disukai Baginda, wajahnya akan bersahaja dan tidak akan menunjukkannya
* Tak pernah menolak permintaan orang yang berhajat. Nabi Muhammad SAW akan berusaha sampai tidak kira yang menjemputnya itu orang miskin papa kedana sekali pun.
Ini dinyatakan dalam satu peristiwa di mana Nabi sedang menggali kubur untuk Perang Khandak. Disebabkan makanan tidak mencukupi, hanya Baginda dan beberapa sahabat dijemput. Memikirkan dirinya dijemput dan masa yang sama tidak sampai hati orang lain tidak dijemput dan diberi makan, Rasulullah telah mengajak kesemuanya pergi ke rumah dinyatakan. Dengan mukjizat Baginda, ternyata semua orang dapat makan dan makanan mencukupi.
Ia antara sebahagian sifat keperibadian Rasulullah seperti dinyatakan dalam buku IKON TERBAIK, (ringkasan berkaitan peribadi, adab dan akhlak Nabi Muhammad SAW yang dikarang oleh Syeikh Abu Al-Hassan Ali al-Nadwi.
Jika dilihat mengenai wajahnya pula, Nabi Muhammad SAW digambarkan sebagai seorang lelaki yang cukup sempurna.
* Wajahnya bak bulan purnama, dadanya bidang. Rupa paras Baginda bersinar-sinar umpama bulan purnama pada waktu malam.
* Kulitnya sangat halus. Anas RA yang berkata, aku tidak pernah menyentuh kain sutera yang lebih lembut daripada tangan Rasulullah dan aku juga tidak pernah mencium wangian yang lebih wangi daripada keharuman tubuh Baginda.
*Giginya putih bersih
* Janggutnya kehitaman
*Lebat bulu keningnya

Kenapa rugi jika kita mulut kita jarang berselawat Nabi?
Kenapa ia perlu menjadi perkara penting dalam hidup kita sebagaimana kita beranggapan makan itu penting, tidur itu penting, mencari duit itu penting? Ini samalah dengan BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD ITU JUGA SANGAT PENTING UNTUK HARI AKHIRAT KITA.
Kenapa berselawat Nabi itu penting kerana IA RUKUN DALAM SOLAT LIMA WAKTU & RUKUN WAJIB KETIKA BACAAN KHUTBAH. Jika tidak dilakukan, solat dan khutbah batal.
“Betapa pentingnya selawat ini sehingga Allah perintahkan ia rukun wajib dalam solat. Malah rukun wajib dalam bacaan khutbah juga. Malah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, terdapat dua golongan manusia yang akan paling hampir dengan baginda Nabi adalah orang yang paling banyak berselawat dan paling baik akhlaknya.
Ini sesuai dengan hadis riwayat Tarmidzi, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.
Antara lain, orang yang paling hampir denganku ialah orang yang baik akhlaknya.
Jadi biasakan diri berselawat ke atas Nabi dan setiap kali kita terdengar nama Nabi Muhamamad SAW disebut, maka sambutlah ia dengan sebutan sallahualahiwassalam.
Tahukah, jika lidah kita sentiasa basah dengan zikir dan selawat maka Allah akan melimpahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian ke atas Nabi Muhammad SAW maka Allah akan membalas selawat kita itu dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada orang yang selalu melakukannya.
Biar ada percanggahan bolehkah sambutan Maulidur Rasul dibuat, ada pro dan kontranya kerana kerana Allah dan Malaikat sendiri memuliakan Rasulullah SAW dan ia tidak salah diraikan.
Nabi pernah bersabda, “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali (HR Muslim).
Jjika Allah Pencipta seluruh Alam memuliakan Nabi, tidak ada kesalahan kita mengadakan sambutan Maulidur Rasul itu sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alami Kerugian Besar, Semua Pawagam Di Malaysia Dihentikan Operasi Bermula November

Dah lama rasanya kita tak menjejakkan kaki ke panggung wayang kerana situasi pandemik COVID-19.

Baru je lebih kurang 3 bulan sektor perniagaan panggung wayang dibenarkan beroperasi setelah kira-kira tiga bulan terpaksa ditutup gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan.
Terkini, menurut the star pengusaha pawagam di Malaysia, Persatuan Pameran Filem Malaysia (MAFE), telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara operasi di semua pawagam mereka di seluruh negara. Tindakan ini akan dilakukan pada bulan November, sehingga diberitahu kelak.

Sebelum ini kita mendengar perkhabaran sedih buat kaki wayang apabila MBO Cinemas, sebuah syarikat pawagam ketiga terbesar di Malaysia dilaporkan bakal menutup operasinya susulan kemerosotan kewangan.
Penutupan Pawagan Kali ke 2
Menurut kenyataan media dari MAFE yang dipetik daripada The Star, keputusan ini diambil setelah penutupan pawagam kali kedua kerana Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) dan juga kekurangan filem masuk ke pawagam.
Penurunan kemasukan filem ke pawagam di tengah pandemik ini membuatkan industri pawagam Malaysia mengalami kerugian pendapatan yang agak teruk sehingga 90% dari tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas Koh Mei Lee berkata kepada The Star bahawa industri pawagam mengalami kerugian yang sangat bersar berbanding keuntungan yang diperoleh pada tahun lalu.
“Industri ini mengalami kerugian sebanyak RM1.3 juta sehari iaitu sebanyak RM475 juta pada tahun 2020, dibandingkan dengan keuntungan RM102 juta pada tahun 2019.” Katanya.

Setakat ini, GSC hanya menutup operasinya untuk bulan November. Namun, mereka merancang untuk memulakan semula operasi pawagam pada bulan Disember.
Walau bagaimanapun, pengendali lain pula akan memantau keadaan ketika ini untuk membuka kembali pawagam, melihat daripada keadaan semasa pada masa akan datang.
Sama-sama kita doakan agar wabak pandemik ini beransur pulih dan ekonomi negara dapat ditingkatkan kembali.
Sumber: The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

