Pelakon kelahiran tanah air yang kini menuai nama di persada antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya disatukan dengan jejaka pilihan hatinya Jean Todt, selepas 19 tahun menjalin ikatan tali pertunangan.
Terbaharu, ibu tercintanya, Datin Janet Yeoh, memaklumkan beliau tidak mengetahui mengenai majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung Khamis lalu di Geneva, Switzerland.
Menerusi laporan Sinar Harian, Janet bagaimanapun melihat ‘kerahsian’ berkenaan dari sudut pandang positif, selain berharap pelakon filem popular Everything Everywhere All at Once itu akan mengadakan majlis resepsi di Malaysia kelak.
Ads
“Anak saya memang sentiasa menghubungi saya tetapi menerusi perbualan dua minggu lalu, dia tidak bercakap mengenai perkara itu (majlis perkahwinannya).
“Mungkin dia sengaja nak berikan kejutan kepada saya,” katanya dalam wawancara bersama media berbahasa Cina, baru-baru ini.
Ads
Pada masa sama, Janet juga adalah individu paling gembira dengan berita perkahwinan tersebut, tambahan pula selama ini dia kerap meminta mereka agar segera berumah tangga.
Ads
“Todt sudah banyak kali melamar dan dia hanya ketawa serta mengatakan seronok setiap kali dilamar. Todt memang terlalu cintakan Michelle,” tambahnya lagi.
Sekadar informasi, berita perkahwinan Michelle dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt, 70, diketahui ramai selepas bekas pelumba Formula Satu (F1), Felipe Massa berkongsi dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat.
Perkahwinan itu menoktahkan penantian Todt selama 19 tahun untuk menjadi suami Michelle selepas mereka bertunang pada 26 Julai 2004.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Empat tahun peminat BIGBANG menantikan berita gembira ini.
Akhirnya, YG Entertainment pada hari ini mengesahkan bahawa grup popular di bawah label mereka, BIGBANG bakal melakukan kemunculan semula; yang pertama selepas tempoh hampir empat tahun.
Kali terakhir BIGBANG muncul sebagai sebuah grup di khalayak ramai adalah sewaktu mereka meluncurkan single digital berjudul Flower Road pada Mac 2018 dengan jumlah ahli yang lengkap.
Sejak itu, banyak yang telah berlaku ke atas BIGBANG termasuklah kes mahkamah Seungri sehingga memaksa penyanyi tersebut meninggalkan empat ahli lain untuk berhenti bersara daripada industri hiburan.
Dalam tempoh itu juga, G-Dragon, T.O.P, Taeyang dan Daesung juga telah berjaya menamatkan servis ketenteraan yang diwajibkan ke atas semua warganegara lelaki di Korea Selatan. Malah, Taeyang juga menjadi ahli pertama menamatkan zaman bujangnya dan bakal meninang cahaya mata tidak lama lagi.
(Dari Kiri) : Daesung, G-Dragon, Taeyang dan T.O.P.
Menurut YG, BIGBANG akan meluncurkan lagu baharu pada musim bunga ini. Sekalipun tarikh rasmi pelancarannya masih belum didedahkan, rakaman lagu tersebut khabarnya telah disiapkan dan mereka sedang rancak mengikuti penggambaran video muziknya pula.
Cuma, sedikit memeranjatkan apabila YG Entertainment turut mengumumkan pemergian T.O.P yang tidak lagi akan berada di bawah pengurusan syarikat itu selepas ini.
16 tahun tempoh T.O.P menjadi anak didik YG dan bagi rapper berkarisma itu, sudah tiba masanya untuk dia bergerak secara lebih bebas sebagai seorang artis dan usahawan. Tapi korang jangan risau kerana T.O.P masih sebahagian daripada grup BIGBANG.
“Kami menghormati keinginan T.O.P untuk memperluaskan lagi skop aktiviti perseorangannya selain aktiviti promosinya bersama BIGBANG. Dia telah membuat keputusan ini setelah persetujuan dengan ahli yang lain.
“Selagi syarat-syaratnya masih sama, T.O.P akan sentiasa menyertai aktiviti BIGBANG apabila dia mampu melakukannya,” catat kenyataan itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lumrahlah, bila kita menempah tiket penerbangan kelas ekonomi, tak semua syarikat penerbangan akan menyediakan perkhidmatan yang – hhm – menarik.
Isu ruang kaki tempat duduk yang sempit, tiada hiburan dan layanan kru penerbangan yang seakan-akan nak tak nak je melayan itu merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh penumpang kelas ekonomi.
Tapi jangan kita lupa pula faktor makanan yang disediakan.
Ingat lagi dengan isu Nasi Lemak Telanjang? This is a no-no.
Kalau penerbangan destinasi dekat, tak apalah kalau setakat dihidang dengan kacang atau puding.
Tapi bagaimana pula dengan penerbangan jauh yang memakan masa 4 ke 5 jam? Tak ke rentan makcik sebelah bila anak dia lapar?
Semalam, Skytrax World Airline Awards 2017 – persis anugerah Oscars untuk industri penerbangan dunia – telah menyenaraikan 10 syarikat penerbangan yang menyediakan hidangan kelas ekonomi terbaik sepanjang tahun lepas.
Hhm, agak-agak syarikat penerbangan Malaysia tersenarai atau tak?
10
EVA Air
Setiap bulan, Eva Air dari Taiwan akan mengubah jenis hidangan penumpang kelas ekonomi; seperti coklat, fruit pound cake dan kotak set makanan popular dari Perancis, PAUL!
09
Lufthansa
Syarikat penerbangan terbesar dari Jermanini sediakan 3 pilihan main course, salad, pencuci mulut dan minuman panas. Untuk penerbangan antarabangsa terpilih, penumpang akan ditawarkan jenis makanan dari negara yang bakal dilawati mereka. Kalau pergi Malaysia, boleh dapat nasi lemak tak? Hehe..
08
Cathay Pacific
Syarikat penerbangan Hong Kong ini pernah dinamakan syarikat penerbangan terbaik dunia untuk beberapa kali. Untuk kelas ekonomi, korang akan mendapat starter, main course antarabangsa atau lokal, dessert dan minuman panas. Bagi yang sedang berdiet, korang boleh request pilihan vegetarian atau kurang garam.
07
Austrian Airlines
Ia merupakan antara syarikat penerbangan pilihan penumpang bukan Muslim kerana mereka menawarkan hidangan bir dan wain tanpa mengira jarak destinasi. Bagi penerbangan jauh, penumpang boleh memilih hidangan a la carte seperti menu Japanese dan Tapas semasa menempah tiket.
06
Singapore Airlines
Kelas! Daripada pengalaman kami sendiri, makanan Singapore Airlines tak pernah tak sedap, malah konsepnya berbagai-bagai. Contohnya, hidangan yang membantu ibu yang sedang berpantang (wow), makanan kanak-kanak, makanan vegetarian Indian, seafood dan rendah lemak
05
Japan Airlines
Hidangan kelas ekonomi Japan Airlines direka khas oleh enam chef yang menyertai pertandingan realiti kulinari Jepun, RED U-35. Japan Airlines juga bekerjasama dengan restoran popular Jepun untuk memberi pilihan baru kepada penumpang, seperti sup cendawan goreng, bento dan stik Hamburg dengan fettuccine.
Kalau nak snek, boleh ambil dekat corner.Self-service gituu.
04
Qatar Airways
Bukan je hidangan oleh Qatar Airways sedap malah dipersembahkan dengan cukup baik. Perkakas seperti dulang, cawan dan kotak makanan diperbuat daripada bahan kitar semula.
Dari segi makanan pula, mereka sediakan salad dan kuah tradisional seperti Hummus. Kemudian, korang boleh pilih daripada 3 main course. Antaranya termasuklah Indian Pakora dan kari ayam Malaysia.
03
Asiana Airlines
Berasal dari Korea Selatan, penumpang kelas ekonomi tak akan kecewa dengan hidangan autentik Korea! Mereka boleh memilih Yeongyang Ssambap, sayuran khas yang dicampur kacang dan sos, Podubu Bossam, tofu dan macam-macam lagi.
02
Turkish Airlines
Hidangannya memang pergh superb. Untuk destinasi dekat, penumpang diberi sandwic, starter dan dessert. Manakala untuk destinasi jauh, kesemua hidangan dihidangkan menggunakan bahan segar. Mereka juga menawarkan sarapan dan snek mengikut masa penerbangan.
01
Thai Airways
Thai Airways tak pernah gagal untuk tersenarai dalam carta Skytrax ini. Hidangan kelas ekonomi diilhamkan daripada perisa dan rasa makanan Thai. Ia juga menggunakan bahan segar dan mempunyai pelbagai pilihan seperti roti, salad, buah-buahan dan dessert.
Apa yang membuatkan Thai Airways terbaik adalah kerana mereka menyokong sumber bahan dari petani Thai. Sekaligus, menyediakan rezeki kepada mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengambil berkah hari pagi jumaat, penyanyi Ina Naim sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd. Khairul Rizal Mohd. Shukor, pada majlis pernikahan yang diadakan di Sg Ara Kota Tinggi, Johor pukul 9.50 pagi tadi.
Mengenakan baju kurung coklat muda lengkap layah, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd. Naim, 40, menerima mas kahwin berjumlah RM100.
Menerusi perkongsian akaun TikTok, Telur Pindang Tradisi Johor, majlis yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah itu difahamkan diadakan di kediaman keluarganya.
Selain mas kahwin, keluarga pengantin lelaki juga membawa dulang hantaran berupa sirih junjung, buah-buahan serta manisan.
Duda anak dua itu turut menyerahkan sebentuk cincin, seutas gelang tangan serta wang hantaran berjumlah RM7,000.
Terdahulu, tular video memaparkan Khairul Rizal sedang bersiap sedia untuk ke lokasi akad nikah diiringi keluarganya.
Menerusi ruangan komen pula, ramai mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru selain mendoakan mereka mengecapi kebahagiaan berpanjangan.
Majlis resepsi pasangan yang berkenalan selepas Syawal lalu itu diadakan selepas pernikahan di kediaman pengantin perempuan.
Sekadar info, sebelum ini Ina berkahwin dengan Suhaimi atau Mohd. Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007, namun Allahyarham meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Alhamdulillah… Tahniah Ina dan Mohd Khairul di atas pernikahan ini.
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.