Bintang sensasi, Mark dari kumpulan NCT sekali lagi membuktikan dirinya bukan sekadar idola K-pop berbakat, tetapi juga figura berhati emas apabila baru-baru ini beliau dilaporkan telah mendermakan sebanyak 100 juta Won (kira-kira RM350,000) kepada Hope Bridge Korea Disaster Relief Association bagi membantu kanak-kanak yang tinggal di fasiliti perlindungan.
Memetik laporan media tempatan Korea, sumbangan ini adalah sebahagian daripada projek ‘By Your Side’ yang bertujuan memastikan anak-anak di rumah perlindungan tidak terasa tersisih pada hari-hari penting seperti hari jadi, Hari Kanak-Kanak di Korea, Hari Natal dan sambutan istimewa lain serta inisiatif ini menyasarkan untuk membawa kegembiraan serta menyuntik keyakinan diri kepada mereka.
Menurut Hope Bridge, sumbangan besar pemilik nama sebenar Mark Lee (26) yang dibuat pada bulan April lalu telah menjadi pencetus utama kepada peluasan projek ini ke tahap yang lebih besar. Di mana, kini lebih banyak program emosi dan sosial boleh dijalankan untuk menyokong perkembangan mental dan sosial kanak-kanak tersebut.
Ads
Kredit foto: Instagram @onyourm__arkKredit foto: Instagram @onyourm__ark
Dalam pada itu, kanak-kanak terlibat bakal menikmati pelbagai pengalaman yang direka istimewa seperti aktiviti musim panas, parti graduasi, kem ski, lawatan berkumpulan, percutian tiga hari ke Pulau Jeju dan pelbagai program percutian bermusim lain melalui dana ini. Semuanya bertujuan untuk memberi mereka rasa dimiliki dan dihargai.
Setiausaha Agung Hope Bridge, Shin Hoon menjelaskan bahawa dengan setiap sumbangan penderma dalam kumpulan Honor Society, pihaknya akan terus berusaha membawa lebih banyak kehangatan kepada lebih ramai kanak-kanak.
Ads
“Mengetahui bahawa ada orang dewasa yang ingat hari istimewa mereka memberi kekuatan kepada kanak-kanak ini untuk membina nilai diri dan kestabilan emosi,” jelasnya lagi.
Kredit foto: Instagram @onyourm__ark
Sementara itu, Mark yang juga merupakan salah seorang ahli Honor Society sebelum in terkenal sebagai seorang penderma yang rendah hati. Beliau kerap memberikan sumbangan tanpa publisiti. Malah, pada bulan Mac lalu, pelantun lagu ‘Fraktsiya’ dan ‘Golden Hour’ itu pernah menyumbang jumlah yang sama bagi usaha pemulihan kebakaran hutan di Korea.
Ads
Apa yang lebih menarik, sumbangan pada April lalu yang dibuat tidak lama selepas pelancaran album solo pertamanya berjudul ‘The Softest Touch’ sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya. Di mana jelas, kasih sayang yang diterimanya diterjemah kembali dalam bentuk tindakan yang memberi impak besar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuaca panas sekarang ni memang rasa nak makan pencuci mulut je kan? Sesekali ‘pekena’ Taufu Fa sedap kan?
Kalau korang nak tahu Taufu Fa juga dipanggil dengan nama douhua, doufuhua, tow huay atau tau hua. Ia sebenarnya nama lain bagi taufu fah yang semestinya sangat enak dan menyelerakan.
.
Hidangan ini dikatakan mula dihasilkan pada zaman Dinasti Wang Barat dan sejak itu resipnya diubah suai mengikut cita rasa. Di Malaysia, ia biasanya dinikmati secara manis namun di China, ada yang menikmatinya bersama minyak cili, kicap, lada, kacang atau nasi.
Kali ni mari cuba buat sendiri Taufu fa ni, dapat banyak dan lagi puas hati.
BAHAN-BAHAN BUAT TAUFU FA
– Soya 2 liter (tidak kisah apa-apa jenis soya)
– Agar-agar
– Gula melaka
– Gula putih
– Daun pandan
– Halia (pilihan)
CARA PENYEDIAAN
1. Tuang satu cawan air dan masukkan agar-agar (jika 12 gram gunakan separuh sahaja bukan satu bungkus supaya tak jadi macam puding).
2. Lepas agar-agar larut dan sebati, tuangkan 2 liter soya (boleh tambah gula jika soya yang dibeli kurang manis).
3. Biarkan mendidih dan tutup api. Setelah itu, tuang dalam bekas besar.
4. Cairkan satu keping gula melaka tambahkan dua sudu gula putih, masukkan air tiga cawan dan masukkan daun pandan serta halia tadi. Jangan lupa tapis.
5. Tadaa dah jadi, masukkan dalam peti ais selama 2-3 jam dan boleh dimakan.
Taufu Fah diperbuat daripada susu soya tawar. Ia kaya dengan asid lemak asas, protein, vitamin dan mineral yang memberi tenaga kepada tubuh badan.
Bagi wanita, hidangan ini dapat mengurangkan gejala menopaus, risiko serangan jantung, diabetes dan obesiti. Malah ia juga dapat meningkatkan penyerapan kalsium yang sekali gus mencegah kehilangan jisim tulang yang menjadi penyebab osteoporosis.
Wah bagus, bukan saja sedap tapi berkhasiat juga. Selamat mencuba!
Sumber : Anna Rashid
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kasih ibu sampai ke syurga, mungkin inilah pepatah yang sesuai jika nak digambarkan dengan kesanggupan selebriti popular ini dalam memastikan kesihatan anaknya berada pada tahap yang optimum.
Selebriti yang popular dengan kumpulan Destiny’s Child ini memiliki lebih kurang 80’000 lebah untuk dua sarang yang dimiliki di belakang rumahnya. Dan ia mampu menghasilkan beratus botol madu dalam setahun.
Sumber gambar: Beyonce & Blue Ivy di karpet merah via Instagram @beyoncé
Dalam wawancara bersama British Vogue itu, isteri kepada Jay-Z ini menceritakan perkara yang tidak ramai orang tahu tentang anak perempuannya iaitu Blue Ivy dan Rumi.
Sumber gambar: Beyonce & anak kembar, Rumi dan Sir via Instagram @blueivy.carter
Menurutnya, “Kedua-dua mereka memiliki alahan yang teruk dan seperti yang kita sedia maklum, madu mempunyai khasiat penyembuhan yang luar biasa.” Nampaknya gelaran Queen B yang lekat dengan dirinia sudah boleh disamakan maknanya dengan Ratu Lebah secara realiti.
Sumber: British Vogue
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perayaan Krismas bukan saja bermakna korang boleh tidur sampai tengah hari tadi (guilty)..
Ia juga bermakna korang harus merebut promosi yang dilakukan di stor dan secara online.
Ini adalah antara yang kami rasakan WOW untuk korang rebut.
01
Sephora
Untuk barangan tertentu di Sephora Online, mereka menawarkan banyak (and we mean, BANYAK) barangan pada harga diskaun. Antara kegemaran kami adalah Dr. Jart+ Cicapair X-mas Jungle Spell Book, Kat Von D Beauty Studded Kiss Lipstick, Sephora The Fascinating Body Set dan Tarte Let’s Flamingle Brush Set.
Let’s Flamingle Brush Set (RM176 RM114)
Dr.Jart++ Cicapair X-Mas Jungle Spell Book (RM185 RM111)
02
Levi’s
Levi’s Malaysia juga menawarkan diskaun sehingga 25% bagi pembelian item tertentu, especially koleksi tahun 2018.
03
ZARA Malaysia
Buat masa sekarang, masih belum ada tanda-tanda sales di stor ZARA. TAPI jangan korang terlepaa pandang pula kerana ZARA selalunya akan memulakan sales bermula Boxing Day (26 Disember), sama seperti di UK.
04
Starbucks Malaysia
Okay, promosi RM0.20 untuk Frapuccino kedua dah berakhir. Tetapi korang boleh rebut 2 benda daripada Starbucks pada Krismas kali ini.
Sempena ulang tahun ke-20 Starbucks di Malaysia, korang boleb dapatkan tumbler limited edition Siren. DAN paling best, dapatkan sticker kereta Starbucks secara percuma dengan pembelian minuman bersaiz Venti/Grande dalam satu resit di mana-mana drive-thru Starbucks.
05
Nandos Malaysia
Bila time holiday je, malas nak masak. Why not pergi je ke Nandos dan rebut promosi 1 While Chicken + 4 side dishes pada harga RM49 (Harga asal: RM65.90)
Kalau gian dengan rasa sos Peri-Peri tu, korang boleh dapatkan 2 botol sos pada harga special RM29.
06
Chatime
Tak sahlah musim Krismas kalau tak ada promosi daripada Chatime. Dengan pembelian minuman regular, korang boleh dapatkan 1 lagi minuman secara percuma!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.