
Setelah sebulan wabak yang dikenal pasti menular dari China pada 31 Disember lalu dipanggil sebagai Coronavirus, kini secara rasminya ia mempunyai nama saintifik.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengumumkan nama rasmi yang dipilih ialah Covid-19.
Ia adalah singkatan untuk Co (Corona) Vi (Virus) dan D-19 untuk penyakit.

Nama rasmi itu diperkenalkan bagi mengelak sebarang rujukan lokasi (Wuhan), spesies haiwan (haiwan liar seperti ular, tikus dan kelawar) atau sekumpulan orang (warganegara China) apabila berita mengenai Covid-19 disiarkan.
Sebelum ini, ramai yang keliru dan menggelar wabak ini sebagai ‘virus Wuhan’ atau ‘virus orang China’.
Di peringkat dunia pula, ada percanggahan nama yang digunakan sebelum ini. WHO menggelarnya 2019-nCoV manakala Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China memanggil virus itu sebagai Novel Coronavirus Pneumonia (NCP)
Jadi selepas ini, semua orang boleh menggunakan satu nama je!

Sementara itu, Ketua WHO iaitu Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata mereka YAKIN untuk menemui beberapa pilihan vaksin untuk menentang Covid-19 sekaligus mengentikan wabak ini.
Semua pihak harus bersatu untuk menentang virus tersebut. Jika tidak, dunia bakal berhadapan dengan lebih banyak kes dan menghabiskan lebih banyak wang.
Sumber: AGENSI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kononnya Guna Bahan Asli Kunyit, Rupanya 3 Produk Kosmetik Ini Mengandungi Racun Berjadual

Sebelum membeli apa-apa produk kecantikan di pasaran, eloklah terlebih dahulu sekiranya korang menyemak bahan apa yang telah digunakan dalam produk tersebut.
Walaupun dilaporkan sudah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun ianya belum menjamin kesahihan yang dinyatakan oleh pihak pengeluar.
Terbaru, KKM menasihatkan orang ramai agar berhenti membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual yang boleh memudaratkan kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga produk berkenaan iaitu Sifu Kunyit Day Cream, Sifu Kunyit Night Cream dan JJ Skincare Glowhite Night Cream, dikesan mengandungi hydroquinone, tretinoin, betamethasone valerate dan merkuri.

Kononnya menggunakan bahan asli kunyit, tetapi rupa-rupanya penuh dengan bahan beracun.
Berikutan daripada itu, notifikasi produk-produk berkenaan sudah pun dibatalkan dan ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.
• Betamethasone valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
• Hydroquinone pula menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

• Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan pula boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
• Merkuri pula dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan malah, ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf, menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Berbaloi ke korang berhabis duit untuk membeli produk yang boleh merosakkan wajah? Sekiranya korang menggunakan 3 produk yang disebut tadi, sila berhenti segera untuk mengelakkan kesan mudarat.
Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang mengatakan mereka menjual produk menggunakan bahan asli.
Sumber: Astro Awani & Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak Perlu Buat ‘Filler’, 3 Trik Mudah Ini Bantu Bibir Munggil Macam Angelina Jolie

Siapa je yang tak nak cantik dan memiliki bibir mungil kan? Tapi tak semua bertuah dikurniakan anugerah sebegini.

Jangan sedih dan gatal buat filler dibibir pula. Bahaya satu dan buat orang Islam tentu-tentu benda tu dosa kan…huhuhu
Tetapi kalau teringin juga bibir macam ni, jangan risau korang boleh mendapatkannya. Korang boleh menggunakan kontur dan highlighter untuk mendapatkan bibir mungil.
Dalam masa seminit je korang boleh mendapatkan bibir mungil menggunakan beberapa alat solek sahaja.
Lets, check it out!
1. Conceal & Kontur
Menggunakan teknik yang sama apabila conceal dan kontur tulang pipi, cara ini boleh membuatkan bibir menjadi mungil.
2. Conceal
Sebelum menggunakan lipstick, sapu full coverage foundation di bibir. Langkah ini bukan sahaja memberikan permukaan bibir lembut, malah base yang sempurna untuk kontur bibir.
3. Kontur
Mula kontur di bahagian Cupid’s bow dan teruskan di sepanjang garis bibir. Di bahagian bawah bibir pula, buatkan bayangan halus dan blend kesemua tempat yang anda kontur. Kontur ini bertujuan untuk jadikan bibir anda kelihatan instant fuller.
# Overline Pada Bibir
Rahsia terbesar makeup artis! Penting untuk anda ingat, overline secara kecil-kecilan dan beransur, jika tidak ia nampak tidak asli. Untuk beginner, mula dengan warna nude seakan-akan kulit anda dan mula menggariskan pada bibir sedikit demi sedikit seperti langkah berikut.
Langkah 1: Prep
Exfoliate bibir anda dengan gula dan tuala lembap, dan letak sedikit lip balm selepas itu.
Langkah 2: Prime
Letakkan foundation di seluruh permukaan bibir.
Langkah 3: Define
Lukiskan ‘X’ di Cupid’s bow dan mula gariskan di seluruh bibir. Berhati-hati supaya tidak jauh daripada garis bibir asal. Pastikan garisan itu sama rata dan simetri.

Langkah 4: Fill
Dari garis yang dibuat, ambil liner anda dan warnakan secara memudar ke bahagian tengah. Dan anda boleh pilih untuk pakai lipstick yang seakan warna seperti liner atau warna yang lebih muda daripada liner.
#3 Highlight & Gloss

Letakkan sedikit highlighter dan gloss akan membuatkan hasil akhir bibir anda kelihatan mungil. Gunakan highlighter di bahagian Cupid’s bow dan bahagian tengah bibir yang membuka bibir anda. Untuk gloss pula, anda boleh ratakan di seluruh permukaan bibir anda.
Dah siap! Senang kan…..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia Sertai Top 40 Miss World 2021, ‘Terbang’ Semula Ke Puerto Rico Mac Ini

Perancangan awal organisasi pertandingan ratu cantik Miss World untuk menobatkan juaranya yang ke-70 pada 16 Disember lalu tidak kesampaian setelah kluster COVID-19 melanda para peserta serta kru penganjur.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan bagaimana wakil Malaysia iaitu Dr. Lavanya Sivaji turut menjadi salah seorang mangsa yang disahkan positif hanya beberapa hari sebelum acara akhir Miss World dilangsungkan secara langsung dari San Juan, Puerto Rico.
ARTIKEL BERKAITAN : Kluster MISS WORLD! Beberapa Jam Sebelum Bermula, Pertandingan Ditunda Akibat Kes Covid-19 – REMAJA
BACA LAGI : Miss Malaysia Kempunan Beraksi Di Pentas Miss World Selepas Positif COVID-19 – REMAJA

Menurut organisasi tersebut, mereka mencapai kata sepakat untuk menunda acara akhir tersebut sehingga bulan Mac kelak. Kesemua peserta telah dihantar pulang ke negara masing-masing setelah mereka disahkan selamat serta sihat sepenuhnya pada Disember lalu. Lantas, timbul persoalan tentang nasib 97 wakil pertandingan Miss World 2021 dan bagaimana mereka ingin memilih juaranya.
Sesudah penantian selama sebulan, akhirnya pihak organisasi hari ini telah mengumumkan 40 orang wakil yang disenaraikan sebagai Top 40 dan layak untuk meneruskan perjuangan bagi merebut gelaran Miss World. 15 daripada mereka terlebih dahulu telahpun menempah slot setelah masing-masing memenangi cabaran peringkat ‘preliminary’. Mereka termasuklah :
- Palesa Mofele (Botswana)
- Audrey Monkam (Cameroon)
- Olivia Yacé (Cote d’Ivoire)
- Rehemia Muthamia (England)
- Manasi Varnasi (India)
- Sharon Obara (Kenya)
- Karolina Vidales (Mexico)
- Burte-Ujin Anu (Mongolia)
- Namrata Shrestha (Nepal)
- Sheynnis Palacios (Nicaragua)
- Bethania Borba (Paraguay)
- Tracy Maureen Perez (Philippines)
- Shudufadzo Musida (South Africa)
- Shree Saini (United States)
- Alejandra Conde (Venezuela)
25 lagi peserta lain yang menjadi pilihan juri telahpun diumumkan dan mereka ialah (mengikut abjad negara) :
- Amira Hidalgo (Argentina)
- Sienna Evans (Bahamas)
- Caroline Teixeira (Brazil)
- Svetlana Mamaeva (Canada)
- Carol Drpic (Chile)
- Jiang Siqi (China)
- Andrea Aguilera (Colombia)
- Karolina Kopincova (Czech Republic)
- Emmy Pena (Dominican Republic)
- Amar Pacheco (Ecuador)
- April Benayoum (France)
- Nene Bah (Guinea)
- Lili Totpeti (Hungary)
- Hugrún Birta Egilsdóttir (Iceland)
- Carla Yules (Indonesia)
- Pamela Uba (Ireland)
- Nellie Anjaratiana (Madagascar)
- Lavanya Sivaji (Malaysia)
- Anna Leitch (Northern Ireland)
- Karolina Bielawska (Poland)
- Aryam Diaz (Puerto Rico)
- Khadija Omar (Somalia)
- Sade Greenwood (Sri Lanka)
- Jeanine Brandt (Trinidad and Tobago)
- Do Thi Ha (Vietnam)


TAHNIAH REMAJA ucapkan kepada Dr Lavanya Sivaji yang menjadi sebahagian daripada wakil yang layak ke peringkat Top 40. Menariknya, wakil pertama Somalia berhijab, Khadija Omar juga tersenarai.
BACA LAGI : Miss Somalia Pecah Tembok Diversiti, Wakil Hijabi Pertama Dalam Sejarah Miss World – REMAJA
Catat Dr Lavanya menerusi hantaran di Instagram Story, beliau berkata, “Malaysia secara rasminya telah menyertai peringkat suku akhir, Top 40 Miss World menerusi pilihan juri. Saya amat gembira dan bersyukur. Puerto Rico, here we come.”

Turut gembira apabila mendapat tahu mengenai perkhabaran ini ialah Miss World Malaysia 2019 iaitu Alexis Sue-Ann yang mengucapkan tahniah kepada Dr Lavanya. “Sudah agak lama saya tidak mengikuti sebarang perkembangan dunia ratu cantik, namun kini adalah masa untuk kita memberikan perhatian kepadanya semula, Top 40 baby! Tahniah Lavanya.”

Wakil Miss World Malaysia 2018 Larissa Ping, Miss Globe Malaysia 2021 Malveen Kaur dan Miss Grand Malaysia 2021 Lishalliny Kanaran tumpang berbangga dengan pencapaian Malaysia pada kali ini dan memberikan sokongan mereka sepenuhnya.

*
Kini, 39 wakil termasuk Dr Lavanya dijangka akan kembali ke San Juan, Puerto Rico pada 12 Mac 2022 untuk bersama-sama wakil tuan rumah, Aryam Diaz dan menyertai pentas akhir Miss World 2021.
Ia dijadualkan berlangsung di Jose Miguel Agrelot Coliseum pada 16 Mac 2022 pada jam 8 malam waktu tempatan di sana. Selain itu, sebuah acara istimewa yang dinamakan sebagai ‘A Beauty with A Purpose’ turut akan dilangsungkan sehari selepas juara dinobatkan. Dan akhirnya, kesemua peserta bakal terbang pulang ke negara masing-masing pada 18 Mac 2022.
REMAJA pasti rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan agar Dr Lavanya mampu beraksi dengan cemerlang di pentas Miss World 2021 kelak. Dengan kredibiliti, personaliti dan kecantikan yang dimilikinya, tidak mustahil wakil Malaysia itu mampu melangkah lebih jauh dari peringkat Top 40.
P.S : Teringin nak lihat Dr Lavanya menyarungkan gaun berwarna kuning. Yellow looks so good on her!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

