Penangkapan aktivis dan pereka grafik lantang, Fahmi Reza setelah pemuda itu memuat naik playlist muzik bertema ‘Dengki Ke’ di platform penstriman Spotify pada hari ini telah menjadi topik perbualan hangat di media sosial.
Setelah seminggu tanda pagar #DengkiKe tular di media sosial dengan merujuk kepada komen ‘Dengki Ke?’ berbaur perli oleh pemilik akaun Instagram @airangan_tunkuazizah, warganet tempatan tidak henti-henti memuat naik meme, status dan pelbagai lagi cara lain demi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap komen ‘Dengki Ke’ tersebut.
Sumber Foto : Instagram @airangan_tunkuazizah.
Sebagai seorang yang terkenal dengan kelantangannya tanpa berselindung, Fahmi Reza turut menyuarakan protesnya dengan cara tersendiri.
Dia telahpun mewujudkan playlist bertajuk ‘Dengki Ke?’ di Spotify dengan memuat naik 101 buah lagu berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang bertemakan cemburu.
Sebagai contoh, lagu Jealousy nyanyian kumpulan Queen, Jealous nyanyian kumpulan K-pop, TVXQ dan Jealous nyanyian Jaclyn Victor.
Ads
Tidak cukup dengan itu, Fahmi telah menggunakan foto Raja Permaisuri Agong, Duli Yang Maha Mulia Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada bahagian ‘thumbnail’ playlist tersebut.
Akibatnya, Fahmi telah ditangkap atas dakwaan menghina oleh pihak polis pada pagi tadi.
Tambahan lagi, pihak Spotify juga didapati telah memadamkan nama playlist ‘Dengki Ke?’ dan wajah baginda. Begitupun, senarai lagu yang dimuat naik masih boleh diakses menerusi akaun Spotify Fahmi.
Ads
Pastinya ada di antara korang tertanya-tanya, mengapa pihak Spotify memadamkan dua benda itu saja tetapi masih membenarkan akaun tersebut diakses.
Tinjauan REMAJA terhadap bahagian Garis Panduan Imej Pengguna oleh Spotify menjelaskan situasi ini.
“Spotify bukan platform mempromosikan kebencian, penderaan atau apa-apa tingkah laku yang diharamkan.
Ads
“Pengguna tidak boleh memuat naik sebarang imej yang melanggar hak cipta, tanda dagangan (trademark) atau hak imej peribadi.”
Sumber Foto : Spotify
Pada bahagian ‘Prohibited Content’ atau ‘Kandungan Dilarang’ pula, jelas tercatat bahawa sebarang imej dan kandungan yang mendatangkan kebencian serta mempromosi keganasan tidak ditolerasi sama sekali.
Sumber Foto : Spotify
Justeru, itulah sebab foto dan nama ‘provokatif’ itu telah dipadamkan bagi mengelakkan orang ramai terus menentang figura diraja itu di media sosial.
Fahmi sendiri berkongsi tangkap layar emel yang diperolehinya oleh pihak Spotify berkenaan pemadaman sebanyak 20 kali itu.
Sejak kebelakangan ini, pastinya korang perasan cuaca di negara kita terasa sangat panas dan bahang. Ya kebiasaannya di awal tahun, Malaysia berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.
Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah memuat naik kenyataan di Twitter, cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun. Sehingga kini, suhu tertinggi bagi bulan 2021 adalah 36.2 darjah Celsius, manakala pada tahun 2020 adalah 37.4 darjah Celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.
Gambar hiasan
Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac 2021. Dalam tempoh ini, taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung Malaysia, terutamanya di utara Semenanjung.
Taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca agak panas, terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan.
Justeru itu, masyarakat dinasihatkan agar mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka. Korang juga dinasihati supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti luar dan minum air secukupnya.
Gambar hiasan
Waktu-waktu pandemik seperti ini, memang sebaiknya korang duduk sahaja di rumah jika tidak ada urusan penting di luar sana. Lagi pun, dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, risau pula jika ada yang jatuh sakit. Jangan lupa banyakkan minum air kosong ya?
Jika sebelum sidang media harian MKN bertarikh 24 April 2020 ada menyatakan , pihak kerajaan akan membenarkan pelajar IPT dibawah kelolaan KPT yang berhasrat untuk pulang ke kampung untuk lakukan perjalanan.
Operasi ini akan diterajui oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang akan merangka SOP paling efisien bersama-sama KKM bagi menggerakkan puluhan ribu pelajar IPT serata negara. Pihak MKN tidak berkongsi secara khusus SOP yang akan diguna pakai sebaliknya meminta rakyat menunggu pengumuman KPT.
Terbaru, Universiti Teknologi Mara (UiTM) memaklumkan penghantaran pulang para pelajarnya ke rumah masing-masing sempena sambutan Aidilfitri akan bermula Jumaat ini hingga 12 Mei dengan jangkaan melibatkan lebih 16,000 pelajar dari seluruh kampus.
Selain itu, UiTM turut menyediakan lebih 200 kenderaan melibatkan bas, kenderaan pelbagai guna (MPV) serta kereta untuk melancarkan pergerakan pelajar ke seluruh negara. Menurut kenyataan itu, penghantaran pulang pelajar akan melibatkan keseluruhan 30 kampus dengan disertai lebih 700 kakitangan.
“Pihak UiTM akan mengagihkan bilangan kenderaan yang diperlukan oleh semua kampus mengikut zon setelah kesemua pelajarnya melengkapkan borang selidik yang telah diedarkan,” menurut kenyataan itu.
Proses penghantaran pulang pelajar turut melibatkan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Perwakilan Kolej serta pelbagai jabatan bagi memastikan kelancaran dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Bagi pelajar yang memilih untuk terus tinggal di kampus, pihak UiTM akan terus menyantuni mereka sebaik mungkin agar suasana Aidilfitri turut diraikan bersama-sama, menurut kenyataan terbabit.
Wah bestnya dapat balik raya kan. Penulis juga la beraya diperantauan ni.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasti ramai yang teruja dengan pelbagai insiatif kerajaan Pakatan Harapan yang menjanjikan banyak kemudahan untuk rakyat apabila menang pilihanraya ke 14 dua tahun lalu. Terbaru dalam meringankan beban orang ramai tentang harga minyak yang turun naik seperti yoyo, Prorgram Subsisi Petrol (PSP) yang bakal dilaksanakan Januari 2020 pastinya membawa titik baru.
Hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PSP menggantikan subsidi petrol sedia ada yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan.
Kadar subsidi petrol adalah RM30 bagi kereta dan motosikal RM12 setiap sebulan.
Oh yeah, tq Allah di atas nikmat nie. Korang punya pendapat bagaimana?
Sebanyak 2.9 juta penerima layak menerima subsidi petrol ini. Infografik Malaysia Kini
Menurut Menteri Dalam Negeri dan Hal Elwah Pengguna lagi, PSP akan mengubah sasaran subsidi petrol kepada golongan layak iaitu warganegara berpendapatan rendah yang sangat memerlukan bantuan tersebut,” katanya.
Program Subsidi Petrol (PSP) yang bakal dilaksanakan Januari 2020 menyalurkan bantuan tunai yang dikreditkan terus kepada akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) empat bulan sekali.
Selain itu katanya penerima BSH perlu memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,6000 yang berumur 10 tahun ke atas.
“Manakala kategori motosikal yang layak adalah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun ke atas,” katanya.
Beliau berkata, program PSP merupakan bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrol.
“Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh kerajaan adalah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy).
“Ini berdasarkan data asas yang bersih diperolehi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan BSH,” katanya pada sidang media khas pengumuman PSP di sini hari ini.
KPDNHEP menjangkakan seramai 2.8 juta penerima akan mendapat manfaat daripada program subsidi tersebut.
Anggaran tanggungan bagi perlaksanaan tersebut adalah RM65.4 juta sebulan.
Orang ramai boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol fi portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober. Sumber : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.