Hari pertama persekolahan sememangnya detik yang penuh debaran dan emosi, terutama buat murid-murid yang melangkah masuk ke alam sekolah dengan perasaan bercampur antara teruja dan gementar.
Bagi sesetengah murid, ia adalah pengalaman baharu yang mencabar, manakala bagi yang lain pula, hari tersebut menandakan permulaan lembaran baharu selepas cuti panjang.
Memahami kepentingan momen istimewa ini, Gardenia Squiggles tampil dengan inisiatif Kembali ke Sekolah Bersama Gardenia Squiggles 2026 bagi menceriakan hari pertama persekolahan murid sekolah, khususnya di SK Bandar Sri Damansara 1 isnin lalu.
Usaha ini mencerminkan keprihatinan jenama dalam menyokong kesejahteraan emosi dan semangat kanak-kanak pada hari yang penuh bermakna.
Gardenia Squiggles Bawa Keceriaan Sejak Pagi
Menerusi inisiatif tersebut, lebih 1,300 pek snek Gardenia Squiggles telah diagihkan kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kehadiran snek kegemaran ramai ini bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan murid, malah membantu menceriakan suasana pagi di sekolah.
Senyuman dan wajah ceria jelas kelihatan apabila murid-murid menerima pek snek berwarna-warni sebaik tiba di sekolah.
Detik ringkas ini secara tidak langsung membantu mengurangkan rasa gementar, terutamanya bagi murid yang baru memulakan sesi persekolahan di peringkat rendah.
Ads
Dengan perisa popular seperti Funky Strawberry dan Choco Malto, setiap pek Gardenia Squiggles membawa lebih daripada sekadar snek ringan.
Ia menjadi simbol sokongan, keceriaan dan sentuhan nostalgia yang mampu membangkitkan emosi positif dalam kalangan murid.
Rasa yang digemari ramai ini menjadikan pengalaman hari pertama persekolahan lebih menyeronokkan dan santai. Murid-murid dapat menikmati snek bersama rakan-rakan, sekali gus membantu membina hubungan sosial yang lebih akrab sejak hari pertama berada di sekolah.
Ads
Inisiatif Gardenia Squiggles ini turut menerima maklum balas positif daripada pihak sekolah, guru-guru serta ibu bapa.
Ramai yang melihat usaha ini sebagai satu langkah prihatin dalam menyokong kesejahteraan emosi murid, terutamanya pada fasa awal persekolahan yang sering mencabar bagi kanak-kanak.
Komitmen Gardenia Squiggles Terhadap Generasi Muda
Ads
Gardenia melalui jenama Squiggles kekal komited dalam menyokong pembelajaran positif dan pembangunan generasi muda yang ceria, aktif dan bertenaga. Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberi kegembiraan sementara, malah membantu membentuk pengalaman persekolahan yang lebih bermakna dan diingati.
Program Kembali ke Sekolah Bersama Gardenia Squiggles 2026 membuktikan bahawa sentuhan kecil mampu memberi impak besar dalam kehidupan kanak-kanak.
Melalui pendekatan yang ringkas namun bererti, Gardenia Squiggles terus memainkan peranan dalam menyokong ekosistem pendidikan.
Sumber : Facebook Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada hujung minggu ini, Rapid KL akan memanjangkan waktu operasinya sehingga 24 jam tanpa henti.
Perkhidmatan akan bermula seawal pukul 6 pagi pada 30 Ogos dan akan terus beroperasi sehingga jam 11:30 malam pada 31 Ogos. Ia melibatkan laluan kereta api dan bas terpilih.
Menerusi laporan media tempatan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Mohd Azharuddin Mat Sah memaklumkan, sebanyak 60 bas tambahan percuma akan disediakan dari stesen MRT Putrajaya Sentral ke Putrajaya Square. Ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai yang ingin menyertai perarakan Hari Kebangsaan.
Selain itu, semua perkhidmatan kereta api termasuk LRT, MRT, dan monorel, serta transit bas (BRT) di laluan Sunway akan mengikuti jadual operasi 24 jam. Beberapa laluan bas terpilih juga akan turut disediakan.
Selain itu, Rapid KL juga mengumumkan bahawa lebih daripada 4,000 kakitangan akan bertugas untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar. Mohd Azharuddin turut melahirkan rasa bangga mereka dengan pencapaian ini dan menekankan komitmen mereka untuk terus memberikan perkhidmatan berkualiti.
“Dengan bantuan Perbadanan Putrajaya dan Polis Diraja Malaysia, kami pastikan laluan bas khas tidak akan terganggu. Anggota Polis Bantuan Infrastruktur juga akan membantu memastikan trafik lancar,” ujarnya lagi.
Bagi mereka yang merancang untuk menyertai perarakan Hari Kebangsaan, disarankan agar menggunakan pengangkutan awam. Kebanyakan stesen kereta api menyediakan tempat letak kereta yang besar, ada yang boleh menampung sehingga 10,000 kereta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Rapid KL & Prasarana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, hasrat pasukan remaja negara untuk menamatkan kemarau 13 tahun di pentas final Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2024 acara berpasukan campuran tidak kesampaian apabila tumbang kepada China pada aksi separuh akhir pada 4 Oktober lalu.
Pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang, China, pasukan negara kendalian Jeffer Rosobin tumpas 110-76 sekaligus meraih pingat gangsa.
Berdasarkan format baru yang digunakan pada edisi kali ini, setiap pasukan perlu beraksi sebanyak 10 perlawanan iaitu dua bagi setiap kategori membabitkan perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
Setiap perlawanan hanya akan bermain sehingga 11 mata dan pasukan pertama yang mencapai 110 mata akan dinobatkan sebagai pemenang.
Menurut Jeffer menerusi audio yang diberikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media pada Jumaat lalu, beliau kurang berpuas hati dengan pingat yang diraih oleh pasukan negara.
“Saya tak puas hati dengan pingat gangsa. Kami mahu bermain secara berbeza hari ini, tetapi entah bagaimana, minda pemain agak terkesan disebabkan jurang mata yang agak besar”
“Mereka sangat ingin mempamerkan persembahan terbaik, jadi ini telah memberi kesan kepada emosi mereka dan menjadi tidak stabil,” katanya.
Pencapaian yang diraih Malaysia itu menyaksikan pasukan negara mengulangi pencapaian pada edisi lepas yang berlangsung Washington, Amerika Syarikat setelah tumpas kepada lawan yang sama di separuh akhir.
Sebelumnya, kali terakhir pasukan remaja negara merangkul gelaran dunia dalam acara berpasukan adalah pada 2011 di Taiwan.
Sumber: Bernama
Sumber Foto: Badminton Association of Malaysia (BAM)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suasana di lokasi kejadian nahas kemalangan membabitkan bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) setelah bertembung dengan sebuah kenderaan jenis MPV benar-benar menyayat hati.
Menurut saksi di lokasi; tangisan, raungan dan laungan meminta tolong jelas kedengaran di tengah malam sunyi ketika tragedi yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI itu berlaku, awal pagi tadi.
Selepas kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi di Lebuhraya Gerik–Jeli berhampiran Tasik Banding, Perak; Razali, 45 yang tinggal di Jeli menjadi salah seorang individu terawal yang tiba di lokasi.
“Saya tiba di lokasi sekitar jam 1.50 pagi dan ketika itu, anggota bomba dan ambulans sudah sampai.
“Sangat menyedihkan melihat kejadian di depan mata,” kata Razali yang menyifatkan situasi pada waktu itu cukup tragis.
Menurutnya; terdapat mangsa dalam keadaan tersepit, ada yang menangis kesakitan malah ada juga yang tak putus harapan cuba membimbing rakan mereka mengucapkan dua kalimah syahadah walaupun mereka menyedari rakannya itu sudah tidak bernyawa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!