
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada hujung minggu ini, Rapid KL akan memanjangkan waktu operasinya sehingga 24 jam tanpa henti.
Perkhidmatan akan bermula seawal pukul 6 pagi pada 30 Ogos dan akan terus beroperasi sehingga jam 11:30 malam pada 31 Ogos. Ia melibatkan laluan kereta api dan bas terpilih.
ARTIKEL BERKAITAN: Semangat Patriotik! Aunty India Ini Sanggup Keluarkan Wang Untuk Hiasi Rumah & Kereta Dengan Jalur Gemilang

Menerusi laporan media tempatan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Mohd Azharuddin Mat Sah memaklumkan, sebanyak 60 bas tambahan percuma akan disediakan dari stesen MRT Putrajaya Sentral ke Putrajaya Square. Ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai yang ingin menyertai perarakan Hari Kebangsaan.
Selain itu, semua perkhidmatan kereta api termasuk LRT, MRT, dan monorel, serta transit bas (BRT) di laluan Sunway akan mengikuti jadual operasi 24 jam. Beberapa laluan bas terpilih juga akan turut disediakan.

Selain itu, Rapid KL juga mengumumkan bahawa lebih daripada 4,000 kakitangan akan bertugas untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar. Mohd Azharuddin turut melahirkan rasa bangga mereka dengan pencapaian ini dan menekankan komitmen mereka untuk terus memberikan perkhidmatan berkualiti.
“Dengan bantuan Perbadanan Putrajaya dan Polis Diraja Malaysia, kami pastikan laluan bas khas tidak akan terganggu. Anggota Polis Bantuan Infrastruktur juga akan membantu memastikan trafik lancar,” ujarnya lagi.
Bagi mereka yang merancang untuk menyertai perarakan Hari Kebangsaan, disarankan agar menggunakan pengangkutan awam. Kebanyakan stesen kereta api menyediakan tempat letak kereta yang besar, ada yang boleh menampung sehingga 10,000 kereta.


Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Rapid KL & Prasarana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cipta Sejarah Lagi, Abdul Latif Romly Kekal Legenda Dengan Lompatan Emas & Rekod Dunia
Mengimbangi jadual latihan dengan masa untuk isteri serta bayi yang bakal lahir bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun, bagi jaguh para negara, Datuk Abdul Latif Romly, disiplin menjadi kunci utama kejayaannya.

“Mengimbangi latihan dengan masa untuk isteri serta bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.
“Kedua-duanya penting dan kuncinya ialah disiplin,” katanya kepada pemberita selepas pertandingan.
Atlet berusia 27 tahun itu sekali lagi membuktikan statusnya sebagai legenda apabila mencatatkan lompatan sejauh 7.67m sekaligus mencipta sejarah di Kejohanan Para Dunia di New Delhi.

Pingat perak menjadi milik Hassan Dawshi dari Arab Saudi dengan catatan 7.36m manakala atlet Rusia, Matvei Iakushev meraih gangsa selepas melakukan lompatan 7.22m.
Kejayaan ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang cukup berbangga dengan pencapaian Abdul Latif.

“Sejarah dicipta di Kejohanan Para Dunia di New Delhi, Datuk Abdul Latif Romly mengekalkan status legenda dengan lompatan 7.67m dan memecahkan rekod dunia dirinya sendiri di Kejohanan Asia Jakarta 2018 (Sukan Para Asia). Inspirasi sebenar disiplin, fokus dan kegigihan,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
3 Penyampai Radio Tidak Dikenakan Tindakan Kompaun Oleh MCMC Kerana Sudah Melalui Tekanan Hebat – Fahmi Fadzil
Susulan kandungan video yang mencuit sensitiviti perkauman minggu lalu, pengendali stesen radio ERA iaitu Maestra Broadcast tidak akan digantung dan hanya dikenakan kompaun berjumlah RM250,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Bagaimanapun, tiada tindakan lanjutan akan dikenakan oleh MCMC terhadap trio penyampai radio bagi segmen 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Effendy.
BACA: Terpalit Isu Klip Menyinggung Kaum India, 3 Penyampai Radio ERA Mohon Maaf Secara Terbuka – Remaja
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat kerana sebuah entiti syarikat berpendapatan tinggi pada setiap tahun dan berbeza dengan skala pendapatan individu. Maka, hanya tindakan ke atas pengendali stesen dibuat MCMC mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas mendapat izin daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Menurut Fahmi lagi, beliau berpeluang untuk menemui trio penyampai ERA berkenaan sebelum ini dan mendapati mereka benar-benar tertekan apabila terpalit dengan isu yang mendapat perhatian seluruh negara itu.
“Saya ada bercakap dengan mereka dan mendapati mereka menghadapi tekanan yang hebat. Sebagai selebriti, mereka sentiasa menjadi perhatian umum.
“Saya meminta mereka bersabar dan bertenang dalam menghadapi dugaan ini.”
“Kita tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap mereka kerana mereka sudah melalui banyak cabaran,” ulasnya.

Kes ERA Berbeza Dengan Kes KK Mart
Dalam pada itu, Fahmi juga mengulas semula pandangan warganet yang membanding-bandingkan jumlah kompaun RM250,000 yang dikenakan ke atas pengendali ERA dan kompaun RM60,000 ke atas KK Mart dalam kes yang pernah tular sebelum ini biarpun masing-masing melibatkan unsur keagamaan lalu mencuit sensitiviti perkauman.
“(Kes KK Mart) tertakluk di bawah Kanun Keseksaan. Undang-undang itu berbeza dan tidak melibatkan kandungan dalam talian,” jelasnya ketika ditemui di Majliis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri, semalam.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai kemarahan warganet terhadap tindakan trio penyampai ERA berkenaan yang dilihat seolah-olah menghina kesucian agama Hindu menerusi aksi tarian Azad dan laungan (chanting) serta tepukan yang hadir daripada Nabil, Radin dan beberapa kakitangan lain di dalam konti radio.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Helikopter Terhempas: Presiden Iran Dilaporkan Maut, Penduduk Dakwa Dengar ‘Bunyi Kuat’
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian dilaporkan terkorban dalam satu insiden helikopter terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.
Lapor Reuters, seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu telah ditemui dalam keadaan terbakar sepenuhnya.
Memetik laporan terbaru agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News, ia juga melaporkan bahawa tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas.


Ketua Bulan Sabit Merah Iran, Pirhossein Koolivand dalam pada itu melaporkan helikopter yang membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu ditemui tetapi dalam keadaan yang ‘tidak baik’.
“Helikopter itu telah ditemui. Sekarang, kami bergerak ke arah helikopter,” katanya.
Terdahulu, Persatuan Bulan Sabit Merah Irah mengesahkan telah tiba di tapak nahas susulan dron milik Turki mengesan satu kawasan di wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.
Lantas, 73 pasukan termasuk unit anjing pengesan dikerah ke kawasan terbabit namun usaha mencari dan menyelamat berdepan kesukaran disebabkan cuaca hujan dan kabus tebal.

Penduduk Dengar Bunyi Kuat
Insiden pada Ahad di Hutan Dizmar itu dilaporkan berlaku apabila helikopter yang membawa Presiden Iran dan Menteri Luar Iran itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di sebuah kawasan pergunungan di barat laut Iran.
Helikopter yang sedang dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev itu turut diiringi dua lagi helikopter lain yang berjaya mendarat dengan selamat.
Tidak lama selepas waktu terhempas, penduduk tempatan melaporkan terdengar ‘bunyi kuat’ di wilayah itu namun tidak dapat dipastikan sama ada bunyi itu datang daripada insiden terhempas atau kebakaran yang berlaku selepas itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagenda NBA Kobe Bryant Antara 9 Korban Insiden Helikopter Terhempas – REMAJA
BACA LAGI: “Ya Allah..” Saksi Kejadian Dari Balkoni Rumah, 2 Helikopter Di Ampang Terhempas – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

