
Memang sedihkan bila ditimpa ujian tidak terduga. Seorang pengguna twitter atas nama nanikharar yang membuat perkongsian kisah sepupunya yang secara tiba-tiba menjadi buta selepas tertidur selama sejam akibat tersangkut dalam jem ketika balik beraya tempoh hari.
Perkongsiannya ternyata membuatkan ramai pengguna contact lens khususnya bertanya secara terus dan mendapat perkongsian sebanyak 17.3 k selain 5581 likes.
Jelasnya. Sepupunya itu tertidur akibat jalan jem dan sejam kemudian matanya menjadi bengkak secara tiba-tiba. Bila dibawa ke hospital, doktor mengatatakan sudah tiada apa boleh dilakukannya kerana sudah buta secara tiba-tiba.
Kata nanikharar lagi, sepupunya itu membeli contact lens itu dari belian atas talian (online) dan tiada jenama.
Mata hitam sepupunya menjadi rosak kerana contact lens kering dan melekat dekat mata. Katanya lagi, sepupunya itu baru saja berkahwin tahun lepas.





Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belize Juarai Pertandingan Miss Earth 2021. Malaysia Berpuas Hati Di Kedudukan 20 Terbaik

Pertandingan ratu cantik antara pentas pertandingan yang mampu mengharumkan nama negara. Jika memenangi gelaran yang dipertandingkan, bukan sahaja peserta itu yang berjaya melakar sejarah bahkan nama negara tersebut sekaligus akan menjadi sebutan.
Ia bagus untuk memahat nama dan mendidik masyarakat antarabangsa terutamanya tentang kewujudan dan keunikan sesebuah negara.

Semalam telah berlangsungnya pertandingan Miss Earth 2021 yang diadakan secara maya. Ini merupakan kali kedua pertandingan ini dilangsungkan secara maya disebabkan pandemik Covid-19. Seramai 89 wakil negara seluruh dunia menyertai pertandingan ini.
Akhirnya, pertandingan ini dimenangi oleh Destiny Wagner yang mewakili Belize. Gadis berusia 25 tahun ini mencipta sejarah tersendiri untuk negaranya kerana ini merupakan kali pertama Belize memanangi pertandingan ratu cantik di pentas antarabangsa.

Usai dia diumumkan sebagai pemenang, Destiny berkongsi keterujaannya apabila diangkat sebagai Miss Earth yang bakal menggalas tugas selama setahun.
“Negara saya tidak pernah memenangi pertandingan Miss Earth atau mana-mana mahkota pertandingan ratu cantik antarabangsa sebelum ini.
“Jadi sekarang ini apa yang kami perlukan dan saya sangat teruja untuk mewakili negara yang cantik ini. Saya terharu sekarang dengan emosi. Kata-kata dan ucapan terima kasih, sangat sukar untuk diungkapkan. Tetapi saya bersyukur,” ujarnya.
Tiga lagi peserta yang berada dalam kelompok empat terbaik ialah Marisa Butler dari Amerika Syarikat, Romina Denecken dari Chile dan Baitong Jareerat Petsom dari Thailand. Masing-masing membawa pulang gelaran Miss Earth-Air, Miss Earth-Water dan Miss Earth-Fire.


Wakil Malaysia pula, Nisha Thayananthan berpuas hati apabila dia diumumkan berada di kedudukan 20 terbaik dari keseluruhan peserta. Dia yang juga merupakan soerang doktor turut dinobatkan sebagai pemenang pingat perak dalam acara pertandingan peragaan gaun petang untuk pertandingan ini.
++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah 37 Tahun, Gaun Ikonik Miss Universe 1984 Buat Kemunculan Semula

37 tahun lalu Desiree Verdadero telah mengharumkan nama Filipina setelah berjaya meraih tempat keempat dalam pertandingan Miss Universe edisi 1984. Dia yang ketika itu merupakan satu-satunya wakil dari Asia yang berjaya berada di kedudukan lima terbaik telah membuka mata penonton dan penggemar fesyen antarabangsa menerusi rekaan gaun yang digayakan.
Disifatkan sebagai rekaan yang melangkaui masa, ia bukanlah gaun yang kebanyakan wanita gayakan pada tahun 1980an sebaliknya gaun tersebut lebih santai dan tidak terlalu mengikut bentuk tubuh.


Direka oleh pereka fesyen, Renee salud, rekaan gaun dengan corak abstrak multiwarna ini dikatakan mencedok inspirasi dari fabrik orang Merano yang merupakan komuniti yang mendiami wilayah Mindanao di selatan Filipina.
Kini setelah 37 tahun, gaun ini diberikan nafas kembali oleh Miss Grand International Philippines 2019, Aya Abesamis. Sebagai anak kepada Desiree, semestinya tiada wanita lain yang lebih layak untuk menggayakannya semula selain dirinya.
BACA JUGA: Menarik & Menawan, Ini 6 Gaun Pemenang Miss Universe Paling Diingati!

Aya yang kini berusia 29 tahun menggayakan busana tersebut ketika menghadiri majlis I Am Binibini yang mengumpulkan pemenang-pemenang terdahulu pertandingan kecantikan terbesar di negaranya.
Dalam hantaran di laman Instagram, wanita aggun ini berkata, “Ini semestinya lebih dari sekadar gaun, ia merupakan seni yang dihasilkan oleh Renee Salud. Nak dipendeikkan cerita, gaun ini merupakan gaun ibu saya yang dipakainya ketika malam kemuncak Miss Universe 1984. Saya sangat gembira kerana dapat menggayakannya khusus untuk majlis istimewa I am Binibini.”
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bergelar Pramugari & Pelajar Jurusan Periklanan, Diana Silva Dinobatkan Sebagai Miss Venezuela 2022

Venezuela boleh dikatakan sebagai negara powerhouse dalam pertandingan ratu cantik, setiap ratu yang dihantar mewakili negara tersebut pastu sekurang-kurangnya berjaya menembus jajaran separuh akhir.
Terbaharu, pertandingan Miss Venezuela 2022 telah diadakan yang mana menyaksikan Diana Silva dinobatkan sebagai juara. Dia telah dimahkotakan oleh oleh Miss Venezuela 2021, Amanda Dudamel dan akan mewakili Venezuela di pentas Miss Universe kelak.

Diana yang berusia 25 tahun merupakan seorang pramugari dan dalam masa yang sama dia juga merupakan seorang pelajar dalam bidang pengiklanan. Pada peringkat akhir pertandingan, gadis tinggi lampai ini mendedahkan dalam pusingan soalan bahawa dia sebelum ini berbelah bahagi untuk menyertai peraduan itu kerana ‘situasi yang sangat tidak selesa dan sangat menyedihkan’.
Walaupun begitu dia tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai situasi itu. Dia menambah bahawa pengalaman buruk ini adalah apa yang mendorong dirinyauntuk memenuhi impian dan dia bersyukur dapat mempelajari sesuatu perkara yang berharga daripada insiden itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Hargai Asal Usul, Gadis Ini Jadi Orang Asli Pertama Menang Miss World Canada

Diana menganggap dirinya sebagai seorang wanita yang berdedikasi, fokus dan bertanggungjawab. Seiring dengan kemenangannya, Diana ingin mewujudkan satu inisiatif (Inisiatif Rakan Warga Emas) di mana mereka akan meletakkannya dalam agenda dan membangunkan tindakan yang bertindak balas terhadap masalah yang terjadi kepada golongan tersebut.
Apabila ditanya apa erti menjadi ratu cantik baginya, Diana memetik, “Bagi saya, seorang ratu cantik dalam era baharu ini melangkaui apa yang boleh dilihat secara luaran. Kita harus sedar akan tanggungjawab sebagai contoh yang sentiasa jadi ikutan. Saya rasa perkara paling positif yang boleh saya tawarkan kepada semua orang ialah mereka harus mencari versi diri mereka yang lebih baik.

“Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, saya telah belajar untuk mencari diri saya sendiri, mengenali diri saya, menerima diri saya dan mengasihi diri saya sendiri tanpa banyak rasa tertekan dengan kelompok sosial yang harus dikagumkan. Saya percaya bahawa kebaikan terbesar yang boleh dimiliki oleh mana-mana manusia ialah menyayangi diri sendiri,” ujarnya panjang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Elpitazo.net
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


