Winter Sonata antara drama Korea pertama yang menjadi fenomena di Malaysia sekitar tahun 2002 yang lalu. Maka, tidak hairanlah jika masyarakat di negara kita gemar menonton K-Drama.
Antara drama Korea lain yang hit pada era 2000-an adalah Autumn In My Heart, Coffee Prince, Full House, Successful Story of a Bright Girl dan banyak lagi.
Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanalah agaknya wajah mereka sekarang kan? Jom kita lihat antara himpunan gambar pelakon-pelakon lelaki Korea yang terkenal era 2000-an dulu dan sekarang yang dikongsi oleh Kakimuvee.
Pejam celik, kedua orang puteri kepada Dato’ Awie dan Arni Nazira Anua sudahpun menginjak ke usia 20-an.
Biarpun ibu-bapa mereka itu sudah lama membawa haluan masing-masing, namun Puteri Aleeya Antasha, 22 dan Puteri Aleefa Antasha, 20 tetap menyayangi Awie dan Arni selayaknya dan sama rata.
Baru-baru ini, puteri sulung mereka Puteri Aleeya Antasha telahpun berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam jurusan Pengurusan Acara daripada institusi Management & Science University (MSU).
Dalam majlis konvokesyen Aleeya yang dilangsungkan pada hujung minggu lalu, apa yang membuatkan momen itu lebih istimewa adalah kehadiran Awie dan Arni di sana sebagai tanda sokongan.
Aleeya bukan sekadar mewarisi kejelitaan raut wajah Arni yang popular menerusi drama Cinta Antara Benua satu ketika dahulu, malah remaja itu juga tidak kurang bijak juga.
Berkat usaha Aleeya dalam bidang akademik dan disertakan doa ibu-bapanya, dia telahpun dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik Terbaik pada majlis konvokesyen tersebut.
Luah Arni, “Saya bersyukur dan bangga dengan Aleeya kerana impiannya untuk membuktikan dia boleh berjaya dalam pelajaran termakbul.
“Mummy dan Daddy doakan moga kakak dan semua adik-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Mudah-mudahan kakak dan semua adik-adik terus cemerlang di dunia dan akhirat. Syukur ya Allah di atas segala kurnia,” katanya.
Moga-moga kejayaan Aleeya ini membuatkannya bersemangat untuk meneruskan pengajian di peringkat seterusnya sekaligus memberi dorongan kepada adiknya, Aleefa untuk turut berusaha mencapai kejayaan sama.
Tambahan pula apabila Aleefa turut melanjutkan pengajian dalam bidang sama dan di institusi sama.
Untuk pengetahuan, Aleeya dan Aleefa merupakan zuriat hasil perkahwinan Arni yang pertama dengan Dato’ Awie sebelum mereka berpisah pada tahun 2006.
Selain dua puteri tersebut, Arni yang kini telah menginjak ke usia 43 tahun juga merupakan ibu kepada tiga lagi orang cahaya mata daripada perkahwinan keduannya bersama usahawan, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar. Mereka terdiri daripada Wan Muhammad Mua’dz, 12; Wan Ayesha Maserra, 10 dan Wan Muhammad Mushrief, 7.
Kini, Arni lebih selesa bergelar suri rumahtangga sepenuh masa dan meneruskan rutin harian sebagai seorang isteri serta ibu kepada lima orang anak tercinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rancangan bual bicara terbaru, Borak SeeNI kini bersiaran secara langsung di Astro Prima setiap Selasa hingga Jumaat pada jam 11 pagi bagi membincangkan topik isu semasa, kekeluargaan, inspirasi dan gaya hidup.
Menurut Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, pihaknya selaku rakan penghasil kandungan bersama Astro Prima, program Borak SeeNI merupakan olahan daripada aplikasi SeeNI yang memuatkan lebih 17 kandungan digital dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
“Saya teruja dengan Borak SeeNI iaitu program bual bicara secara langsung antara Astro dan Nu Ideaktiv. Hasil kerjasama daripada kedua pihak ini saya percaya akan berjalan lancar”
“Selain itu, kami juga berharap agar usaha ini mampu memantapkan landskap digital bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mempromosi dan memperkukuh jenama masing-masing,” katanya ketika sidang media selepas siaran langsung episod 1 Borak SeeNI yang berlangsung di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada Selasa semalam.
Sementara itu, apabila disoal mengenai kriteria pemilihan pengacara Borak SeeNI, Naib Presiden Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & PKS), Datin Norashikin Habibur Rahman berkata kesemua artis ternama seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Keanu Azman, Hunny Madu, Dahlia Shazwan, Nana Mahazan dan Haziq Hussni dipilih kerana mempunyai personaliti unik walaupun datang daripada latar belakang yang variasi.
Tambahnya, perbezaan personaliti setiap pengacara mampu memberikan keharmonian sepanjang bekerja agar mampu mencapai objektif Borak SeeNI yang menyasarkan semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama.
Ujarnya, “Saya percaya setiap personaliti dan karakter menarik setiap hos boleh menyumbang input istimewa kepada penonton berdasarkan pengalaman mereka masing-masing.”
Sekadar info, program bual bicara Borak SeeNI turut mengetengahkan perkongsian pakar serta individu yang menjadi inspirasi dalam bidang mereka yang tersendiri.
Melalui penggunaan teknologi ‘Extended Reality’ (XR) dan ‘Augmented Reality’ (AR) yang moden, Borak SeeNI mampu menampilkan visual terkini bagi mengetengahkan produk serta perkhidmatan secara dinamik demi menyokong PKS.
Borak SeeNI juga bersiaran ulangan pada hari sama, jam 5 petang di saluran Astro Prima, On Demand Astro Ultra atau Ulti Box, aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mendapat tajaan daripada Johor Darul Ta’zim (JDT), pelumba motosikal negara Hafizh Syahrin Abdullah bertekad untuk menunjukkan ‘taring sebenar’ di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.
Pelumba berusia 29 tahun itu berkata sudah pasti impiannya mampu tercapai apabila
kemudahan dan kelengkapan fasiliti yang disediakan JDT berada dalam kelas tersendiri.
Hafizh turut menzahirkan penghargaan kepada pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberi peluang kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga JDT.
“Saya harap dapat menunjukkan kebolehan yang sebenar dalam memastikan JDT Racing Team berjaya sebagai pasukan yang boleh menaikkan nama JDT dalam sukan permotoran.
“….dan telah terbukti apabila JDT membuat sesuatu mesti bersungguh-sungguh dan
profesional. Jika dilihat kemampuan dari segi fasiliti, kemajuan dan sumber-sumber yang
disediakan adalah sangat baik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dalam hantaran di Facebook Johor Southern Tigers baru-baru ini, JDT mengesahkan akan terus melebarkan sayap dengan menceburi sukan permotoran bersama Hafizh Syahrin bermula tahun depan.
JDT Racing Team akan mula beraksi di ARRC pada musim 2024. Selain bola sepak, JDT turut menceburi sukan lain seperti futsal, polo, tinju dan hoki ais.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!