Pejam celik, kedua orang puteri kepada Dato’ Awie dan Arni Nazira Anua sudahpun menginjak ke usia 20-an.
Biarpun ibu-bapa mereka itu sudah lama membawa haluan masing-masing, namun Puteri Aleeya Antasha, 22 dan Puteri Aleefa Antasha, 20 tetap menyayangi Awie dan Arni selayaknya dan sama rata.
Baru-baru ini, puteri sulung mereka Puteri Aleeya Antasha telahpun berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam jurusan Pengurusan Acara daripada institusi Management & Science University (MSU).
Dalam majlis konvokesyen Aleeya yang dilangsungkan pada hujung minggu lalu, apa yang membuatkan momen itu lebih istimewa adalah kehadiran Awie dan Arni di sana sebagai tanda sokongan.
Ads
Aleeya bukan sekadar mewarisi kejelitaan raut wajah Arni yang popular menerusi drama Cinta Antara Benua satu ketika dahulu, malah remaja itu juga tidak kurang bijak juga.
Berkat usaha Aleeya dalam bidang akademik dan disertakan doa ibu-bapanya, dia telahpun dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik Terbaik pada majlis konvokesyen tersebut.
Luah Arni, “Saya bersyukur dan bangga dengan Aleeya kerana impiannya untuk membuktikan dia boleh berjaya dalam pelajaran termakbul.
Ads
“Mummy dan Daddy doakan moga kakak dan semua adik-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Mudah-mudahan kakak dan semua adik-adik terus cemerlang di dunia dan akhirat. Syukur ya Allah di atas segala kurnia,” katanya.
Moga-moga kejayaan Aleeya ini membuatkannya bersemangat untuk meneruskan pengajian di peringkat seterusnya sekaligus memberi dorongan kepada adiknya, Aleefa untuk turut berusaha mencapai kejayaan sama.
Tambahan pula apabila Aleefa turut melanjutkan pengajian dalam bidang sama dan di institusi sama.
Untuk pengetahuan, Aleeya dan Aleefa merupakan zuriat hasil perkahwinan Arni yang pertama dengan Dato’ Awie sebelum mereka berpisah pada tahun 2006.
Selain dua puteri tersebut, Arni yang kini telah menginjak ke usia 43 tahun juga merupakan ibu kepada tiga lagi orang cahaya mata daripada perkahwinan keduannya bersama usahawan, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar. Mereka terdiri daripada Wan Muhammad Mua’dz, 12; Wan Ayesha Maserra, 10 dan Wan Muhammad Mushrief, 7.
Kini, Arni lebih selesa bergelar suri rumahtangga sepenuh masa dan meneruskan rutin harian sebagai seorang isteri serta ibu kepada lima orang anak tercinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Mahalini yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi, Rizky Febian dikhabarkan bakal memeluk Islam menjelang hari perkahwinan mereka.
Hal itu dimaklumkan sendiri oleh pelawak terkenal, Sule iaitu bapa kepada Rizky Febian melalui saluran Youtube SL Media.
Sule berkata, bahawa calon menantunya, Mahalini Ayu Raharja sudah mendapat keizinan untuk memeluk agama Islam selepas melakukan upacara Mepamit di Bali, Indonesia pada 5 Mei.
Menurut Sule, upacara Mepamit ini dilakukan untuk meminta izin keluarga untuk berpindah agama. Sekaligus, keluarga lelaki datang meminta izin untuk meminang bakal pengantin wanita.
“Alhamdulillah guys semua sudah selesai jadi ini tuh acara Mepamit. Pamitan dari keluarga dan juga leluhurnya Lini bahawasanya Lini akan berpindah agama dan sudah diizinkan,” kata Sule.
Sule menjelaskan, majlis pernikahan dan resepsi Mahalini dan puteranya, Rizky Febian akan dilakukan mengikut cara Islam dan akan diadakan di Jakarta, Indonesia dalam masa terdekat sama ada pada 8, 9, atau 10 Mei ini.
Ujar Sule, “Lini juga sudah diperbolehkan menikah secara agama kami nanti di Jakarta”.
Sebelum ini, terdapat isu perbezaan agama menjadi polemik selepas tiada pengesahan mengenai pernikahan antara Mahalini dan Rizky yang dikatakan tidak sah kerana kedua-duanya berbeza agama.
Sekadar info, pasangan ini telah menjalin hubungan cinta lebih dua tahun sebelum mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon sensasi, Fathia Latiff tampil menafikan dakwaan ramai bahawa dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran Islam.
Pelakon naskhah hit Ariana Rose itu berkata, tuduhan dirinya kini sudah murtad yang dibuat warganet hanya berdasarkan video di TikTok adalah satu dakwaan yang tidak berasas.
“Saya masih mengamalkan ajaran Islam, tetapi mereka membuat andaian dari komen-komen di TikTok yang tidak benar dan tanpa berasas.
“Kafir adalah kata-kata yang kasar, bukan sahaja dalam kalangan Muslim tapi penganut agama lain,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.
Dalam pada itu, aktres berusia 37 tahun itu turut menegaskan semua perkongsiannya adalah cara menzahirkan luahan, bukan meminta ditafsirkan khalayak.
“Semua video TikTok saya adalah pandangan saya sendiri, cara saya mengekspresi diri dan netizen tidak pernah memberi kesan kepada kehidupan saya,” ujarnya.
Sebelum ini, Fathia di aplikasi berkenaan menzahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warganet yang didakwa telah menyakitinya sehinggakan dia memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan menjadi asbab dirinya keluar agama Islam.
Menerusi hantaran tersebut, dia meluahkan rasa bengang apabila kerap menjadi bahan kutukan netizen sehingga menganggu keadaan mentalnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama Sharifah Rose mungkin dah dikenali di media sosial kerana individu ini merupakan seorang insta famous yang popular dan mempunyai seramai lebih daripada 400 ribu pengikut di laman Instagram.
Gadis yang berusia 19 tahun ini mempunyai personaliti menarik dan kerana itu, apa saja yang dilakukannya pasti menarik perhatian netizen.
Terbaru, Sharifah Rose berkongsi foto dan pengalaman indah sepanjang kunjungannya ke Dubai. Ramai yang terpegun dengan kecantikan negara tersebut dan tidak menyangka bahawa selain Burj Khalifa, banyak lagi tempat-tempat menarik di sana.
Jom kita lihat antara 13 perkara menarik yang mungkin boleh membuatkan korang rasa teringin pula nak ke Dubai. Hiks!
1. Coffee Museum
2. Al-Sufouh (Kafe dan pusat cenderahati)
3. The Green Planet (Zoo)
4. Dubai Marina Luxury Cruise Dinner
Dubai Marina Luxury Cruise Dinner
Ride 1 1/2 hr
The food was nice we had nasi arab
RM198 pic.twitter.com/3EAMfCETsf
Vr park in Dubai Mall
RM107
It’s a theme park ada roller coaster and other rides tapi pakai vr so rasa lagi real.
We look stupid tapi HAHHA game dia cool pic.twitter.com/nvuGXDkgpk
Evening desert safari with Dinner
RM133
– Dune Bashing
I nak muntah but it was a great experience terasa la feeling rempit 30min pic.twitter.com/qHI1AJC3Aq
Perghh, cantik gila Dubai. Selalu yang kita tahu negara ni popular dengan Burj Khalifa dan shopping mall terbesar di dunia je. So, lepas ni boleh la masukkan Dubai dalam bucket list korang pula. Selamat menabung! Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dr. Amirul Arif Mohd Yunos, seorang pakar psikiatri kanak-kanak yang berasal dari Malaysia dan berkhidmat di Dublin, Ireland didapati bersalah kerana melakukan penderaan dan...