Pada 2 Disember lalu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dipilih sebagai Menteri Belia dan Sukan di bawah Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia sekaligus merupakan kali kedua seorang wanita memegang jawatan tersebut.
Kelmarin, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim ‘ turun padang’ hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mendengar taklimat daripada agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Sesi taklimat itu juga melibatkan Perbadanan Stadium Malaysia dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Menteri dan Timbalan Menteri itu turut berkesempatan melihat sendiri secara dekat keadaan padang di stadium berkenaan.
Tidak kering gusi melihat gelagat pengguna Twitter, foto beliau bersama Adam Adli disaat mengadakan lawatan berkenaan telah disunting dengan pelbagai latar belakang lucu oleh warganet.
Dalam pada itu, respons positif oleh Menteri KBS terhadap kesemua gambar yang disunting oleh pengguan Twitter mencuri perhatian ramai.
Ads
“Belia Malaysia ini sangat kreatif buat memes gambar saya dan @AdamAdli melawat Stadium Nasional Bukit Jalil meneliti keadaan padang di sana. Tak apa, kami sporting. Kreativiti luar biasa.
Ads
“Latar belakang gambar Cristiano Ronaldo, Stephen Chow, Michael Jackson dan belalang pun ada,” ciap menteri wanita tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur disamping memuji sikap Menteri KBS yang bersahaja serta positif menghadapi ragam pengguna Twitter. Kini, ciapan tersebut telah menerima 2,293 jumlah suka, 532 ulang ciap dan 43 komen pengguna laman media sosial berkenaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bekerja dari rumah atau pejabat? Inilah rumusan yang akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas selepas tiga kluster di tempat kerja di kesan di Lembah Klang.
Buat masa ini, kebanyakan pejabat mengusulkan bekerja dari rumah selepas kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 27 Oktober ini selepas berlaku peningkatan mendadak di Lembah Klang melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam pemberitahuan semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan membawa isu itu ke dalam mesyuarat khas berkenaan susulan tiga kluster baharu yang dilaporkan di Lembah Klang berpunca dari tempat kerja.
Sebarang keputusan berhubung tindakan membenarkan pekerja sama ada terus bekerja di pejabat atau rumah akan diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, walaupun di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dibenarkan pergerakan pekerja untuk bekerja di pejabat atau sektor ekonomi namun kerajaan memohon majikan supaya membenarkan mereka ini boleh bekerja dari rumah.
"Tetapi sekarang sudah berlaku kes Covid-19 di tempat kerja, jadi saya akan bawa isu ini dalam mesyuarat khas MKN dipengerusi Perdana Menteri.
"Apa tindakan seterusnya bagi pekerja sama ada boleh terus bekerja di pejabat atau tidak akan diputuskan nanti dan kita serah pada perbincangan dalam mesyuarat itu nanti," katanya pada sidang media, hari ini.
Ismail Sabri berkata, dia mengharapkan sebelum sebarang keputusan dibuat majikan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah.
"Ia bagi menjaga keselamatan pekerja di dalam syarikat terbabit," katanya. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari demi hari semakin banyak kita mendengar berita tentang penutupan operasi cawangan kedai-kedai terbesar di Malaysia akibat pandemik COVID-19.
Sejak dua tahun kebelakangan ini, masyarakat dunia berhadapan dengan krisis ekonomi, dimana rata-ratanya melalui detik sukar seperti terpaksa diberhentikan kerja, pemotongan gaji atau menanggung kerugian perniagaan.
Sektor-sektor besar seperti pelancongan antara yang terjejas teruk dan menyebabkan banyak syarikat perhotelan gulung tikar. Begitu juga dengan cawangan perniagaan yang beroperasi di pusat membeli-belah, ada diantaranya sudah tidak mampu menanggung kerugian dan terpaksa ditutup.
Terbaharu, F.O.S Mid Valley juga dikatakan bakal menghentikan operasi setelah 22 tahun melayani pelanggan mereka di pusat membeli-belah itu.
Sumber: Facebook F.O.S
Menurut perkongsian daripada laman Facebook rasmi F.O.S, penutupan cawangan ini adalah disebabkan pandemik COVID-19 yang memberi impak kepada ekonomi Malaysia dan memaksa mereka untuk membuat keputusan yang sukar.
F.O.S juga berterima kasih kepada semua pelanggan mereka yang selama ini menyokong dan memberikan kepercayaan kepada jenama besar itu.
Walau bagaimanapun, pelanggan masih lagi boleh mengunjungi cawangan F.O.S yang lain seperti di Berjaya Times Square, i-City Shah Alam, Dataran Pahlawan Melaka Mall, East Coast Mall dan banyak lagi.
Pesawat penerbangan komersial Indonesia, Sriwijaya Air dengan nombor kod SJ182 dipercayai hilang dari radar Ketika dalam penerbangan dari Jakarta menuju ke Pontianak, Kalimantan Barat.
Dalam laporan portal berita detik.com, pesawat model Boeing 737 yang berlepas kira-kira jam 1.30 petang tersebut dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada Sabtu, jam 2.40 petang waktu tempatan. Ketika itu pesawat sedang melintas ruang udara daerah Kepulauan Seribu, Jakarta.
Pesawat dipercayai hilang 10’000 kaki altitud dalam masa kurang seminit, empat minit selepas berlepas
Maklumat awal yang diberikan kepada pihak media, pesawat berkenaan dilaporkan membawa seramai 56 penumpang yang terdiri dari 46 penumpang dewasa dan dan tujuh kanak-kanak termasuk tiga bayi.
Menerusi laporan kompas.com pula, menurut Djunaedi, Ketua Daerah Kepulauan Seribu, dia menerima maklumat penduduk setempat yang ada nelayan pukat sempat melihat ledakan api dari insiden tersebut dan kemudian meminta tolong setempat untuk membantu.
Warga yang bergegas lokasi yang dikatakan sempat menarik beberapa serpihan namun masih belum disahkan sama ada ia adalah serpihan dari pesawat tersebut atau pun tidak.
Pelakon Malaysia, Zheng Xi Yong, mencuri perhatian dunia menerusi musim keempat Bridgerton di Netflix, membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.