Kekurangan bukan satu alasan, tapi merupakan pemangkin untuk kita terus berjaya.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan. Buktinya ramai je orang-orang yang terkenal dan berjaya juga mempunyai disleksia. Antaranya Albert Einstein, Tom Cruise dan Steve Jobs.
Setiap mereka yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.
Disleksia merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Selalunya masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, serta mengira.
Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Memandangkan bulan oktober merupakan bulan kesedaran Disleksia, seorang jurutera dan juga hidap disleksia terpanggil untuk berkongsi kisah yang dilaluinya sehingga berjaya. Kisah inspirasi yang sangat menarik oleh Dr Syahid Fawzal atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Aid Fawzal sebagai seorang dyslexia.
Walaupun mengalami kesukaran pembelajaran dan pernah gagal berkali-kali, beliau memiliki keazaman yang tinggi dan berjaya menamatkan PhD sehingga bergelar jurutera!
Jom baca kisah beliau selanjutnya.
Kesedaran Mengenai Dyslexia========================Bulan ini (Oktober) adalah bulan kesedaran dyslexia. Sebagai…
Sempat berkongsi cara atasi kelemahan dan menguruskan Dileksia
Saya sendiri mempunyai masalah membaca, menulis & mengira.
1) Bila membaca: Sampai hari ini, saya sukar untuk membaca teks dengan lantang (out loud) dan jika baca, saya akan terlompat² baris dan tertinggal perkataan serta terkedek².
2) Bila menulis: Tulisan saya caca-merba, senget benget, salah ejaan, terlupa ejaan, typo dll.
3) Mengira pula: Tak mampu congak dan terlalu lambat utk menjawab sifir.
Saya sedari kelemahan saya. Maka saya memaksa diri untuk perbaiki diri dan telah cuba melawan dengan kelebihan yang saya ada.
Apa Yang Patut Dilakukan?
1) Membaca
Ads
• Disebabkan saya lemah membaca secara normal, saya mencipta teknik bacaan sendiri. Dengan ini, saya dapat membaca sama seperti orang lain. (Saya kongsikan cara saya membaca literatur – buku, thesis, report, conference & journal publication melalui video di bawah)
• Kemahiran/skill membaca saya telah saya buktikan dengan berjaya melangkah kedepan sampai mempunyai, PhD Alhamdulillah.
2) Menulis
• Yang ini memang tak ada ubat melainkan berlatih, berlatih & berlatih.
• Hari ini, saya mampu menulis secara bersahaja.
3) Mengira
• Dengan kelemahan yang ada, saya pilih untuk membuat calculator sendiri menggunakan MS Excel dalam apa jua kiraan saya. Ini bagi mengelakkan saya membuat kesilapan.
• Dan sekarang, makanan harian saya datang daripada kiraan (simulasi) pergerakan gas, cecair & pepejal sebagai jurutera.
Ads
KEGAGALAN BUKANLAH SESUATU YANG SIA-SIA
Apa yang Allah berikan pada saya; kegagalan itu & ini adalah tidak sia-sia.
Ini membawa kepada sambungan ayat Al E Imran (pada bahagian ke 2 yg lalu) iaitu:
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” – Al E Imran[3]:191
Jika anda gagal hari ini, bersangka baiklah dengan Allah. Kegagalan ni mcm persediaan utk kita ke depan dengan lebih baik.
Dengan siri kegagalan sebelum inilah saya dapat:
PhD yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat UK,
Submit PhD dlm masa 3 tahun,
Cipta sistem penyejukan baharu (novel cooling system: rotor cooling technique),
Temui nombor tidak berdimensi baharu (new dimensionless number), dan
Dapat tawaran kerja industri sana-sini serata dunia.
TERUSLAH MELANGKAH, JANGAN PUTUS HARAPAN
Apa yang ingin sampaikan adalah:
Jika anda atau anak anda disahkan sebagai seorang dyslexia, jangan sedih2. Redho dan terus melangkah. Saya harap apa yang saya lalui ini dapat beri inspirasi buat anda.
Saya gagal (dismissed) diploma pertama, ulang lagi. Saya gagal (fallback) degree pula, buat lagi. Belajar, kerja & bermain sampai buat master & PhD (sebab janji pada Umi). Kalau saya boleh, kenapa tidak anda?
Pendidikan kita mengukur kebolehan membaca, menulis & mengira dan ketiga² ini adalah kelemahan utama seorang dyslexic. Jika anda atau anak anda dyslexia, cari minat & kebolehannya. Gunakan minat untuk melawan kekurangan.
Saya lemah membaca, tapi saya minat kereta/motor. Jadi bahan bacaan saya menjurus kearah minat saya.
Untuk ibu bapa yang mempunyai anak dyslexia, jangan putus harapan (hope) terhadap anak² anda. Insyaallah mereka akan berjaya nanti.
Selamat mengenali Dyslexia,
Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua!
Siapa sangka dengan minat yang mendalam terhadap muzik Kpop dan drama Korea, gadis berusia 20 tahun ini mampu untuk menghasilkan siri anime K-dramanya sendiri.
Menurut temu bual bersama The Star, Alisha Mustafar yang juga merupakan seorang pelajar dalam jurusan software engineering banyak belajar daripada YouTube untuk menghasilkan siri animasinya ini. Apa yang lebih menarik, anak muda ini telah mencipta wataknya sendiri bersama seorang ahli kumpulan Kpop yang diminatinya, Jeon Wonwoo dari kumpulan Seventeen.
While many Korean drama fans fantasise their own version of a love story, 20-year-old software engineering student @AlishaMustafar took it to the next level by creating her own K-drama animation series, featuring her and her favourite “Oppa”.
“Selepas saya graduate dari Matrikulasi, saya banyak masa terluang jadi saya habiskan masa dengan menonton kdrama, melukis dan belajar animasi. Bila saya menonton drama Korea tu, saya rasa macam nak buat sendiri. Saya belajar menerusi YouTube, buat notes dan try lakukan sendiri,” jelas Alisha.
Gadis ini baru sahaja mempelajari seni digital ini pada awal tahun ini dan animasi pada bulan Ogos lalu. Boleh dikatakan hasilnya memang terbaik dengan tempoh belajar yang singkat.
“Memang sangat susah sebab saya boleh dikategorikan sebagai beginners. Saya tak ada software yang memudahkan proses animasi ini, jadi saya hanya menggunakan software yang murah untuk melakukan kerja-kerja ini,”
“Basically, dalam satu saat untuk satu frame mengambil masa 9 jam untuk menyiapkannya. Untuk animasi ini kita perlu melukis daripada mula sehingga habis untuk satu pergerakan. Siri animasi saya berdurasi satu minit 45 saat dan saya mengambil masa kira-kira satu minggu untuk menyelesaikannya,” tambahnya lagi.
Apa yang lebih menarik lagi, gadis ini menggunakan suaranya sendiri dan dia mencari dialog lain di YouTube bagi menyesuaikan dengan jalan cerita yang disusun.
Jom kita layan antara episod pendek K-Drama hasil editing daripada Alisha Mustafar yang dimuat naik dalam media sosialnya.
Episode 3 : Before You ❤️
Any NCTzen ? Let's see if your bias is here 😬 As always, use earphones for better experience 🕺🏽 pic.twitter.com/yw6BL5gQU9
Serius kami kagum dengan bakat anak Malaysia yang serba boleh ini. Dengan hasil kerja yang dikongsi ini, kami percaya bakatnya akan lebih bersinar sekiranya diberikan peluang untuk menghasilkan banyak lagi karya animasi.
Ready to kick start your 2026? Apa kata korang mulakannya bersama Jessica Jung!
Istimewa buat peminat bekas ahli kumpulan Girls’ Generation (SNSD) ini, Malaysia bakal menjadi destinasi pertama dalam senarai negara siri jelajah konsert terbarunya yang bertajuk Reflections pada awal tahun hadapan.
Tentunya, para Golden Stars ternanti-nantikan kemunculan semula Jessica Jung di Kuala Lumpur, apatah lagi dengan perkembangan kerjaya seni nyanyiannya yang semakin menyerlah dengan penghasilan lagu-lagu baharu yang penuh emosi dan karakter tersendiri.
Jessica Jung
Kerjaya Muzik Jessica Jung yang Versatil
Sebagai penyanyi dan penulis lagu, Jessica dikenali dengan gaya muzik versatil melalui EP With Love, J dan Wonderland pada tahun 2016 diikuti dengan My Decade pada tahun 2017 serta Beep Beep pada tahun 2023.
Populariti Jessica terus memuncak setelah dia muncul di kaca televisyen di China apabila meraih tempat kedua dalam program Sisters Who Make Waves 3 dan program The Treasured Voice musim keempat.
Lagu Popular dan Kolaborasi
Selain itu, Jessica turut popular menerusi lagu-lagu seperti Fly bersama Faabolous, Get It? Got It? Good bersama Amber Liu, Big Mini World,Summer Storm dan Falling Crazy In Love. Tak sabar rasanya untuk mendengarkan diskografi bintang berdarah kacukan Korea Selatan – Amerika Syarikat ini secara face-to-face.
Tarikh dan Lokasi Konsert Jessica Jung Reflections di Malaysia
Acara Jessica Concert Tour 2025 Reflections in Malaysia ini dijadualkan berlangsung pada 11 Januari 2026, hari Ahad pada jam 7.00 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting. Khabarnya, konsert ini bakal menjadi hadiah istimewa buat Golden Stars yang inginkan persembahan memukau dan serba artistik.
Kali terakhir Jessica berkunjung ke MAlaysia untuk siri jelajah konsert adalah pada 31 Januari 2024. Sudah tentu, Golden Stars masih ingat mengapa kemunculan Jessica mampu menambat hati semua yang hadir.
Tiket konsert akan mula dijual pada 20 November 2025 (Khamis) jam 3 petang pada harga RM288 (PS4), RM488 (PS3), RM588 (PS2), RM788 (PS1) dan RM988 (VIP). Korang boleh mendapatkannya di rwgenting.com dan www.fantopia.io.
Jadi, tandakan kalendar korang dan bersiaplah untuk malam yang penuh nostalgia dan keindahan muzik bersama Jessica Jung dalam jelajah Reflections di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Niat asal sekadar nak healing. Angin laut, bunyi ombak yang memukul pantai, ditambah pula lagu Bernadya sebagai latar emosi.
Segalanya nampak sempurna untuk lepaskan tekanan dan tenangkan fikiran.
Namun siapa sangka, rancangan yang kononnya tenang itu berubah 180 darjah apabila seekor ikan besar tiba-tiba muncul di kawasan air cetek, betul-betul di depan mata.
Saat itulah, momen healing bertukar menjadi satu situasi yang mencuit hati dan penuh gelak ketawa.
Itulah yang berlaku dalam satu video tular di TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna dengan nama akaun nkb1300.
@nkb1300 Plan harini p laut nak healing sekejap sambil dengar lagu Bernadya, tapi rancangan Allah lagi menarik nampaknya, tau tau ada ikan volunteer nak menghiburkan HAHSHASHHA, btw ini ikan apa? @yaa @nimm #telukbatikperak#fy♬ original sound – nkb1300
Rakaman tersebut memaparkan sekumpulan gadis yang berkunjung ke Pantai Teluk Batik, Perak dengan niat ringkas mahu lari sekejap daripada kesibukan rutin harian.
Ikan Besar Muncul Di Air Cetek Secara Tiba-Tiba
Dalam video berkenaan, kelihatan seekor ikan bersaiz agak besar berenang dengan selamba di persisiran pantai, kawasan yang biasanya hanya dipenuhi ikan kecil atau sekadar air laut yang menghempas kaki pengunjung.
Kehadiran ikan talang Pantai Teluk Batik itu nyata mengejutkan kumpulan gadis tersebut.
Ada yang terus berundur ke belakang, ada yang kaku tidak bergerak, dan ada juga yang tidak mampu menahan gelak kerana terkejut bercampur rasa pelik.
Apa yang menarik, situasi panik itu tidak bertukar menjadi histeria. Sebaliknya, ia menjadi satu momen spontan yang lucu dan sangat ‘relatable’, terutama bagi sesiapa yang pernah melalui situasi tidak dijangka ketika sedang cuba menenangkan diri.
Reaksi Spontan Buat Ramai Terhibur
Rakaman ringkas itu pantas mencuri perhatian netizen dan menjadi tular di media sosial. Rata-rata yang menonton mengakui reaksi kumpulan gadis tersebut benar-benar mencerminkan reaksi kebanyakan orang jika berada dalam situasi yang sama.
Gelagat mereka yang terkejut, panik kecil-kecilan dan kemudian ketawa bersama membuatkan video itu ditonton berulang kali.
Bagi netizen, momen seperti ini lebih menghiburkan kerana ia berlaku secara semula jadi tanpa sebarang lakonan.
Kehadiran ikan talang Pantai Teluk Batik itu seolah-olah ‘mengganggu’ sesi healing, namun dalam masa yang sama mencipta kenangan yang sukar dilupakan.
Seperti kebiasaan, ruangan komen turut menjadi medan hiburan. Ramai netizen meninggalkan komen berseloroh yang menambahkan lagi nilai hiburan kepada video tersebut.
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk:
“Dia takde joran pun boleh strike. Korang beli joran mahal-mahal pun kumpau 😂😂😂”
“Lepas ni nak mancing tak payah bawak joran, bawak akak ni je.”
Ada juga yang berseloroh mengatakan ikan talang Pantai Teluk Batik itu datang secara ‘volunteer’ semata-mata untuk menceriakan suasana dan mencabar konsep healing yang sedang dinikmati.
Bukan Ikan Biasa, Ini Sebenarnya Ikan Talang
Di sebalik gelak ketawa netizen, ramai juga tertanya-tanya tentang spesies ikan yang muncul secara tiba-tiba itu.
Berdasarkan bentuk badan dan pergerakannya, ikan tersebut dikenali sebagai ikan talang atau Queenfish.
Ikan talang merupakan spesies ikan laut yang biasa ditemui di perairan tropika termasuk di Malaysia. Ia terkenal dengan badan yang panjang, warna perak berkilat dan pergerakan yang agak agresif ketika memburu mangsa.
Walaupun kebiasaannya berada di laut terbuka, ikan talang Pantai Teluk Batik boleh menghampiri kawasan cetek, terutamanya apabila sedang mengejar anak ikan.
Sebab itu, kemunculannya di persisiran pantai sebenarnya bukan sesuatu yang mustahil, cuma jarang dapat dilihat dari jarak dekat.
Pantai Teluk Batik mungkin kelihatan sama seperti hari-hari lain. Namun bagi kumpulan gadis ini, pengalaman healing mereka akan sentiasa dikenang kerana kehadiran ikan talang Pantai Teluk Batik yang muncul tanpa jemputan.
Akhirnya, momen yang sepatutnya tenang bertukar menjadi cerita lawak yang bukan sahaja menghiburkan mereka, malah ribuan netizen di media sosial.
Sumber : Tiktok @nkb1300
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!