Satu lagi kes positif COVID-19 terbaru melibatkan pusat beli belah jenama perabot terkemuka, IKEA.
Ikea telah memaklumkan bahawa , pengawal keselamatan di IKEA Cheras disahkan positif COVID-19. Kes tersebut dikesan menerusi ujian saringan rutin yang dijalankan syarikat tersebut.
IKLAN
Menurut laporan, pengawal keselamatan itu terakhir sekali datang kerja pada 23 Januari 2021. Sebagai langkah pencegahan yang proaktif, IKEA Cheras bertindak untuk menutup premis mereka bermula 25 Januari 2021 susulan daripada beberapa kes positif Covid-19 untuk menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian, sesuai dengan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan keseluruhan rakan sekerja, pelanggan, rakan kongsi dan komuniti adalah menjadi keutamaan IKEA. Pihak mereka akan terus melakukan tugas bagi memastikan keselesaan dan keselamatan orang ramai. Langkah-langkah yang dibuat termasuklah memastikan pelanggan mendaftar nama melalui aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke premis, penjarakan sosial dan menyemak suhu badan pelanggan di semua pintu masuk.
IKLAN
Bagi pelanggan yang berkunjung di gedung tersebut yang ingin dapatkan penjelasan lanjut boleh hubungi pihak CPRS KKM di talian 03-8881 0200/0600/0700.
“Kami akan terus melaksanakan langkah keselamatan termasuk mengubah pekerja dari pihak vendor perkhidmatan, pengesanan kontak rapat dan ujian swab, kuarantin untuk kontak rapat serta kerja sanitasi,” jelas kenyataan tersebut.
IKLAN
Orang ramai juga sekali lagi dinasihati agar mengikut SOP yang diberikan dengan sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai.
Sama-samalah kita berdoa agar penularan pandemik COVID-19 ini dapat dihentikan segera.
Pembedilan berterusan oleh Israel ke atas bumi Palestin sejak beberapa hari lepas mendapat liputan meluas dunia.
Puluhan bedilan roket dilancarkan ke bumi Gaza. Banyak bangunan rosak termasuk yang dibiayai hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Begitu juga masjid, kediaman dan lain-lain lagi.
Sumber : Gaza May 12, 2021. REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa TPX IMAGES OF THE DAY
Teruskanlah berdoa agar roket-roket dilancarkan zionis Israel ini tidak mengorbankan terlalu banyak nyawa mereka yang tidak berdosa. Mohonlah perlindungan Allah Taala agar rakyat Palestin terselamat.
Di sebalik isu pembedilan berterusan sejak tahun 2008 lagi, ada lagi isu yang perlu rakyat Malaysia tahu iaitu pemboikotan terhadap 112 syarikat besar dunia yang membantu Israel menghentam Palestin.
Pengguna Facebook iaitu Najib Saahari tampil berkongsi fakta mengenai isu ini yang mungkin ramai tidak mengetahuinya:
Antara nama-nama besar yang termasuk dalam senarai 112 buah syarikat ini ialah :
1 – Airbnb
2 – Booking . Com
3 – Expedia Group Inc
4 – JC Bamford Excavator (JCB)
5 – Tripadvisor
6 – Motorola Solution
Selain 6 buah syarikat ini, kebanyakkannya merupakan syarikat popular di Israel. Tetapi 6 buah syarikat ini adalah yang kita kenali di Malaysia.
Terdapat dua lagi tambahan syarikat yang saya sudah kaji dan ada juga bukti terang mengaitkan syarikat terbabit dengan insiden Palestin – Israel ini.
1 – Puma – Penaja Israel Football Association di Tebing Barat.
2 – HP – Memang terlibat secara langsung. Mereka menyediakan tempat menyimpan data populasi dan data itu digunakan oleh Israel untuk melaksanakan apartheid.
Untuk syarikat Caterpillar and Volvo, kita masih 50/50 sebab diorang setuju dengan demolition yang dilakukan di Palestin.
Itu adalah tindakan yang tidak betul, namun mereka tiada kuasa nak monitor/policing semua pelanggan yang membeli mesin dari mereka.
Kalau inilah jihad kita dan menjadi asbab di akhirat kelak, kita boleh menjayakannya.
Datuk Seri Siti Nurhaliza sudahpun selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan ibu kota pada jam 8.17 pagi tadi.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pengurus Tokti iaitu kak Rozi Abdul Razak, bayi tersebut dilahirkan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan dan beliau serta suami terlebih dahulu memilih hari ini untuk kelahiran anak pertama mereka kerana ia bersamaan dengan hari Isnin, 1 Rejab yang juga merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad (SAW).
Perkongsian berita tersebut di laman Instagram milik beliau juga disambut dengan 26,000 komen peminat, setakat jam 10.30 pagi tadi.
Walaupun masih belum mendedahkan nama dan wajah bayi mereka kerana ingin diberikan ruang agar dapat berehat dan berkongsi momen indah ini bersama ahli keluarga lain dan rakan terdekat, TokTi dan suami berkongsi ucapan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, peminat dan rakan media sejak awal kehamilan sehinggalah beliau selamat bersalin.
Antara yang sempat menitipkan doa kepada Tokti adalah pendakwah terkenal dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk. Dalam rakaman audio yang dikirimkan oleh Mufti Menk ke telefon milik Datuk Seri Khalid, beliau berkata, “Semonga Allah mengurniakan kejayaan dan kerahmatan buat bayi ini dan menggembirakan hati semua yang menyayanginya.”
Tokti dalam ucapan balasnya semalam berkata, “Terharu dan rasa rendah diri, saya ucapkan terima kasih di atas ingatan ulama Mufti Menk.”
Apa-apapun, tahniah sekali lagi daripada kami di REMAJA!
Kita dituntut untuk sentiasa berbuat kebaikan tanpa mengira masa dan waktu. Jika tidak glamor pada pandangan manusia, biarlah Allah memandangkan di akhirat kelak kerana setiap perbuatan yang baik akan dibalas dengan seribu kebaikan.
Perkongsian dari Majlis Perbandaran Taiping mengenai cerita brader Husin ini sememangnya sesuatu yang patut kita banggakan. Kerjanya hanya menjual sayur dengan upah tidak seberapa tetapi di masa lapangnya, brader kita ini sangat ringan tulang menyapu sampah sarap dan dedaun yang berguguran di sekitar Taiping demi memastikan ia sentiasa bersih.
Wow, kita orang di REMAJA salute dan bangga dengan sikap Brader Husin ini!
Brader Husin selalu dilihat menyapu dan membersihkan kawasan pejalan kaki antara IPD Taiping dan Galeri Perbandaran Taiping, iaitu di Jalan Ong Saik.
Brader Husin akui jiwanya tenang dan damai bila dapat membantu. Benarlah kata orang, bahagia ini sesuatu yang susah diterjemah dengan kata-kata kerana setiap orang berbeza pendapat
Sikap ringan tulang tanpa mendapat upah dari sesiapa ini secara tak langsung membantu mengekalkan kedudukan Taiping sebagai bandar ke tiga terbaik di dunia dalam Anugerah 100 Destinasi Paling Lestari 2019 sempena International Toursismus-Borse (ITB) iaitu pameran perdagangan pengembaraan di Berlin, Jerman 6 Mac lalu.
Congrat sekali lagi Brader, Allah mengurniakan hati yang baik kepadamu. Sebabnya tak ramai mampu berbuat seperti dirinya. Buat kerja biarpun bukan kerjanya dan tanpa upah pula.
Baca perkongsian dari fb Majlis Perbandaran Taiping ini.
Puas memujuk dia untuk bergambar, berkali-kali ditolak. Alasannya? Segan dan tak mahu glamer, katanya. Setelah diterangkan kisahnya akan ditulis dan dikongsi dalam fb MPT sebagai inspirasi dan teladan kepada masyarakat, beliau senyum tanda setuju tapi bersyarat, hanya gambar sahaja.
“Sumbangan tenaga saya kecil sahaja, hati rasa tenang bila dapat membantu”, ujarnya merendah diri. Begitulah karektor Husin bin Kasim, anak kelahiran Johor kini tinggal di Taiping bersama-sama ibunya yang sedang uzur kerana usia yang lanjut.
Berusaha berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung hidupnya dan ibu yang sudah tuaBrader Husin menjual sayur kampung dan kelapa. Kalau ada orang bagi upah menyapu dia akan terima dan anggap itu rezeki dari Allah taala.
Apa yang menarik tentang Husin ini ialah beliau tiada pekerjaan tetap dan menyara kehidupan dengan menjual sayur-sayuran dan ulam-ulaman serta buah kelapa yang dikutip dari kawasan-kawasan sekitar Taiping.
Dalam masa yang sama, Hussin selalu dilihat menyapu dan membersihkan kawasan pejalan kaki antara IPD Taiping dan Galeri Perbandaran Taiping, iaitu di Jalan Ong Saik.
Dahulu jalan ini kotor dan kurang terurus kerana daun-daun gugur selain sikap pengotor orang suka buang sampah tapi kini sudah bersih. KIta lalu pun rasa tenangkan kalau bersih2 begini
Sebelum ini, jalan tersebut selalu dilihat kurang terurus kerana daun- daun pokok yang gugur menutupi lubang laluan air hujan ke longkang.
Memburukkan keadaan, kawasan laluan orang ramai ini juga sering dipenuhi sampah seperti plastik minuman, bekas botol minuman, kertas, plastik makanan dan sebagainya.
Bila ditanya, kenapa dia melakukan kerja-kerja tambahan ini sedangkan dia boleh terus mencari rezeki bila ada masa terluang? Bagi Husin, sebagai warga Taiping, dia suka melihat Taiping bersih dan terpanggil untuk berbakti dengan cara tersendiri.
Ada kalanya jika tidak berkesempatan membersihkan pada waktu siang, dia akan mengorbankan waktu malamnya membersihkan kawasan tersebut. Husin juga sering dilihat membantu mengemaskan ikatan tali kain rentang (banner) yang hampir terlucut kerana matanya tidak tahan melihat kain rentang yang longgar dan hampir tercabut.
Brader Husin mengimpikan sebuah motosikal untuk memudahkan urusannya berbanding basikal yang sudah tua
Dia tidak mengenakan upah untuk kerja-kerja ini, tapi jika ada rezeki yang dihulur oleh individu yang berhati mulia, Husin terima dengan ikhlas.
Bila ditanya, apakah impiannya? Husin berkata dia ingin terus menjaga ibunya dan mengimpikan untuk memiliki sebuah motorsikal agar dapat mengurus masa dengan melakukan banyak kerja untuk dirinya dan untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuannya.
“Dengan motorsikal, pergerakan saya akan lebih pantas, dan jimat masa”, ujarnya sambil berdiri di sebelah basikal tuanya yang banyak berjasa.
Ini adalah secebis kisah seorang warga Taiping yang sayangkan Taiping dan melakukan sesuatu yang baik untuk kesejahteraan Taiping mengikut cara dan kemampuannya. Jika anda mengenali individu yang mempunyai sikap yang positif seperti Husin, sila maklum kepada Admin untuk kita berkongsi cerita kisah teladan yang bermanfaat.
Rapper tempatan, Bunga dijadualkan membuat persembahan pembukaan di konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur pada 22 November 2023.