Semalam panas isu di media sosial berkaitan seorang gadis promoter yang sedang melakukan kerja promosi di bahagian Non Halal di Giant Ampang Point dimaki dan “dimalukan” oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Edi Rejang.
Ekoran tindakan luar biasa lelaki berkenaan yang memalukannya di media sosial termasuk disuruh berbahasa Melayu kerana berada di Bumi Melayu, kes buli di media sosial ini mendapat perhatian meluas dari rakyat Malaysia yang mempertikaikan tindakan lelaki berkenaan.
Teo Nie Ching menyeru netizen tamatkan kebencian dalam masyarakat dan jangan bawa ia ke sekolah.
Isu ini menjadi semakin panas apabila netizen “memulakan perang” dengan menyebarkan pula gambar anak kepada lelaki berkenaan sehingga kes ini mendapat perhatian dari Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang menyeru agar netizen berhenti berbuat demikian
“Jangan kongsi gambar mahupun butiran sekolah anak-anaknya belajar. Marilah tamatkan kebencian dalam masyarakat dan jangan bawa ia ke sekolah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Lim Lip Eng membuat satu laporan polis bagi memastikan polis mengambil tindakan bagi menangani ketegangan kaum yang semakin menjadi-jadi di negara ini. Foto Malaysia Kini.
Kes ini juga mendapat perhatian dari Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng yang telah membuat satu laporan polis bagi memastikan polis mengambil tindakan bagi menangani ketegangan kaum yang semakin menjadi-jadi di negara ini.
“Niat saya membuat laporan polis hari ini adalah bagi meminta pihak kerajaan, pihak berkuasa serta pelbagai agensi termasuk polis untuk tampil dengan satu penyelesaian yang dapat menangani ketegangan kaum di Malaysia,” katanya.
Ads
Gadis promoter ini mendapat 7 A dalam SPM dan kerja promoter itu hanya kerja sampingan untuk dia memperoleh wang saku
Dalam pada itu, apa yang menariknya, gadis promoter yang dimaki ini merupakan seorang pelajar cerdik apabila keputusan peperiksaan SPMnya didedahkan di mana dia mendapat 7 A seperti disiarkan oleh Malaysiantalk.com. CONGRAT!.
Kerja-kerja promoter dilakukannya itu hanyalah sekadar mengisi masa lapang di samping mencari duit lebih untuk pengajiannya.
Dalam pada itu, REMAJA difahamkan kes buli dan rasist ini memberikan satu pengajaran buat Edi Rejang apabila dia diberhentikan kerja 24 jam seperti diberitahu oleh jirannya. Malah dia mengakui tiada niat politik dalam isu ini. Ini dinyatakan dalam satu hantara fb atas nama Asrul Muzaffar Mohamed kira-kira jam 1 pagi semalam.
Edi Rejang sudah memohon maaf terbuka pada awek Carlsberg dan masyarakat Malaysia di atas keterlanjuran beliau memaki hamun promoter berkenaan di Giant Ampang Point.
Beliau amat kesal dengan insiden terbabit dan mendakwa ia tiada bermotifkan politik.
Seorang jiran kenalan memaklumkan Edi Rejang telah diberhentikan kerja serta merta oleh majikan tempat beliau berkhidmat selama 10 tahun. Isteri beliau tak bekerja dan ini bermakna keluarga mereka hilang sumber pendapatan.
Ada kemungkinan anak beliau yang kini bersekolah di SJK(C) didesak untuk berhenti dari meneruskan pembelajaran di situ. Mohon rakan seperti Marina Ibrahim, Yaakob Osmandan Adam Mukhriz Mohd Muhayeddinbantu untuk mengelak perkara ini dari terjadi.
Jangan dihukum isteri dan anak Edi Rejang (2018)
Ads
Klip video Edi Rejang meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia juga sudah tersiar.
Dalam kes di atas, sebenarnya rakyat Malaysia patut kembali kepada erti perpaduan di mana Malaysia dikenali di pentas antarabangsa kerana keunikan kaumnya, Melayu, Cina, India serta lain-lain.
Jangan rosakkannya kerana semangat Malaysia Baru di mana media sosial boleh menjadi medan fitnah utama dan menyemarakkan lagi isu perkauman yang sudah dipupuk sejak Merdeka lagi.
Ads
Semoga kita terus istiqomah dalam kehidupan. Berkawanlah, bergaullah biar kita berlainan bangsa. Pandang nenek dan datuk kita dahulu, bahagia duduk bersama bangsa lain di kampung. Tiada masalah apa pun.
Jangan jadikan media sosial “gendang” berlawan kerana perang paling utama ialah memerangi nafsu dalam diri. Hayati pengajaran dibawa Nabi Muhammad SAW sentiasa berbuat baik kepada orang lain tanpa mengira apa agamanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu mayat lelaki dipercayai warga Malaysia berketurunan Cina telah ditemui oleh pihak berkuasa Austrarila di kawasan luar bandar di barat laut Bathurst di New South Wales, pada hari Ahad.
Mayat didakwa milik lelaki berusia 24 tahun bernama Jacky Chong Kai Wong itu dijumpai kira-kira pada jam 3.30 petang selepas penyiasat memulakan pencarian di sebuah kawasan luar bandar di Killongbutta.
Walaupun masih belum dikenal pasti secara rasmi, polis percaya ia milik Chong.
Menurut laporan portal 9News, Jacky dipercayai telah meninggal dunia antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021. Chong sudahpun menetap di Sydney sejak 2016 namun tidak berhubung dengan keluarganya sejak 28 Disember 2020.
Kata keluarganya kepada pihak polis, mereka percaya Chong mungkin bekerja di New South Wales sebelum kehilangannya.
Setelah penemuan mayat itu, polis kini akan menjalani pemeriksaan forensik dan proses pengecaman menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas jasad bagi mengesahkan identitinya.
Terdahulu pada tahun 2021, pasukan petugas polis yang sedang menyiasat kes sindiket dadah pada waktu itu mendapati mangsa tidak dapat dikesan. Setelah siasatan dijalankan, tiga lelaki berusia 33, 22 dan 28 didakwa pada akhir Mac lalu berhubung kematian Chong.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih ingat lagi tak kisah backpackers Russia yang viral di media sosial bulan lalu. Dikatakan backpackers yang juga seorang jurutera kargo ini terkandas di negara kita akibat Perintah Kawalan Pergerakan di mana dia memasuki negara ini dari sempadan Thailand – Malaysia (Bukit Kayu Hitam) pada 17 Mac lalu.
Kisahnya yang memegang placard yang tertulis "I can't go home and have no money. I need a food (saya tidak boleh pulang dan tiada duit (saya lapar) di hadapan sebuah restoran segera di bandar Temerloh kemudian tular di media sosial dan ramai membantunya.
Rentetan itu, jurutera yang dikenali sebagai Maxim La telah dihantar ke kedutaan Russia di Kuala Lumpur oleh pihak berkuasa negara kita.
Namun sejak semalam tular di media sosial, lelaki ini dilihat kembali lagi di Tesco Putra Nilai yang telah dipost oleh seorang individu Nor Sknhkyna yang dilihat membuat tag ke pihak berkuasa untuk membantu lelaki ini dan jelas postnya bertarikh 17 Mei 2020 jam 3.30 petang. Lebih kurang sebulan selepas kesnya dihantar ke kedutaan Russia.
Apa yang mengejutkan jika sebelum ini Maxim La berseorangan memegang placard, kali ini dirinya sudah ada kawan (mungkin dari negara yang sama dan masih memegang placard dengan tertulis perkara yang sama. Bezanya ayat I ditukar kepad We. "We can't go home and have no money. We need a food (Kami tidak boleh pulang dan tiada duit (kami lapar).
Hal ini telah mendapat respon apabila ada yang mendakwa backpackers seperti Maxim La hanya “mahu mengambil kesempatan” untuk travel secara percuma ke negara kita dengan meraih simpati masyarakat. Dari Kuala Lumpur dikatakan jurutera kargo ini bercadang ingin travel ke Port Dickson pula.
Ini kisahnya dikongsi oleh individu ini. FYI, kisah mat salleh Russia yang dipost oleh geng kita tadi adalah backpacker scammers dari Russia. Dia menggunakan MO seolah-olah menjadi mangsa COVID-19 tersadai dekat negara kita. After kisah pertama dia tersadai kat McD Temerloh viral, ramai rakyat kita yang memberi sumbangan. Even, PDRM siap hantar dia pi Russian Embassy kat KL.
Sampai KL, dia menginap dekat guest house run by Russian Lady dan Russian Lady ini yang reveal tentang misdoing dan real intention of this Russian Guy.
Russian lady tu siap cakap yang dia berasa malu bila ada org Russia mengambil kesempatan atas kebaikan orang Malaysia untuk membolehkan dia travel secara murah kat Malaysia. Russian lady tu cakap yang mamat ni bertemu dengan dua org lagi geng dia untuk continue travelling pi PD.
Sekarang, mamat ni menggunakan MO yang sama lak kat Nilai. Nama mat salleh ni Maxim La.
Please jangan support backpacker mat salleh yang mengemis ni. Tak dok bezanya depa ngan PATI kat Malaysia ni. Sumber : FB Faddil Waynie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wabak pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuklah di negara kita, telah menjejaskan pelbagai aktiviti harian termasuklah umat Islam tidak dapat lagi menjalankan solat berjemaah di masjid dan Ramadan kita tahun ini sedikit berbeza dari sebelumnya .
Berita baik untuk umat Islam di Malaysia, menurut laporan pada hari ini pembukaan semula masjid dan surau bagi aktiviti agama akan dilakukan sekiranya kerajaan berpuas hati dengan garis panduan ibadah di masjid dan surau yang disiapkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).
GARIS PANDUAN OLEH UNIT PENYELIDIKAN ILMIAH JPM
Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, garis panduan itu disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Pelaksanaan garis panduan tersebut tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa serta kebenaran daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara),” katanya.
Menurut laporan Harian Metro, garis panduan itu juga dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) keempat pada 30 April lalu yang dipengerusikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh serta dihadiri oleh para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia dan ahli-ahli yang dilantik MKI.
Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik.
Akan Dilaksanakan Dalam Masa Terdekat
Menjawab soalan sama ada wujud kebarangkalian ia dilaksanakan dalam waktu terdekat, menteri itu berkata: “Ya, jika kerajaan berpuas hati dengan garis panduan yang disediakan, juga tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat Malaysia secara umumnya sepanjang PKPB disamping mengambil kira nasihat KKM dan MKN.”
Buat masa ini, berdasarkan pertimbangan pihak-pihak berwajib, kerajaan memutuskan sebarang bentuk aktviti agama berjemaah di masjid dan surau masih dilarang dalam tempoh PKPB. Dalam pada itu, Zulkifli berkata, jika pelaksanaan garis panduan itu mendapat kelulusan di peringkat Persekutuan, ia tetap tertakluk kepada pertimbangan pihak berkuasa utama di negeri-negeri untuk dilaksanakan di peringkat negeri.
“Urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri yang jelas disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Moga ada khabar gembira untuk umat Islam di negara kita, dan dapat menunaikan solat jemaah masjid di bulan Ramadan ini.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.