Masalah rambut gugur sangat membimbangkan bukan saja kaum perempuan, malah lelaki juga selalu berhadapan dengan situasi ini.
Setiap individu mempunyai cara dan produk yang berbeza untuk kesesuaian kulit kepala mereka, jadi apa yang boleh kami bantu adalah dengan berkongsi cerita dan pengalaman individu yang pernah mengalami masalah seperti ini.
Nur Alina Muhammad Abduh, bukan seorang pakar rambut atau kulit kepala tetapi sebelum ini dia mempunyai masalah keguguran rambut yang sangat kronik. Tapi tidaklah sampai botak kepala disebabkan wanita ini juga memiliki rambut yang sangat tebal.
Macam-macam syampu pernah dicuba tetapi hasilnya tetap mengecewakan.
Sampailah satu ketika yang dia membaca perkongsian seseorang di laman Twitter dan surprisingly, it’s work gaiss.
So, let’s begin the journey..
Firstly, sebelum korang plan nak cuci rambut, pakai hair oil terlebih dahulu. Tak kisah la brand apa-apa pun yang penting fungsinya sebagai minyak rambut. Pakai dalam kuantiti yang banyak sampai korang rasa geli nak pegang rambut sendiri.
Biarkan dalam 20 ke 30 minit.
Apa tujuan minyak rambut ni? Untuk melembapkan kulit kepala korang. Masalah rambut gugur biasanya disebabkan oleh kulit kepala yang kering. Jadi, kulit kepala perlukan minyak untuk sentiasa lembab.
Ads
Selepas pakai minyak rambut, syampu rambut korang sehingga rasa tak berminyak lagi. Cuci bersih-bersih sampai korang yakin rambut dah tak berminyak.
Alina menggunakan dua jenama syampu ini secara bergilir-gilir. Kalau ada syampu yang korang dah biasa guna, tiada masalah. Cuma digalakkan kalau nak merawat masalah rambut gugur, gunalah syampu hair fall.
Ketiga, guna conditioner. Ini paling penting kerana conditioner baik untuk rambut dan mengelakkan rambut gugur. Pakai apa-apa jenis conditioner pun tak apa. Tapi kalau sis, selalu guna yang sama dengan jenama syampu. Tapi kadang-kadang ada juga guna conditioner yang berbeza dengan syampu.
Ikut suka korang la. Tapi nak pesan, janganlah guna syampu yang ada conditioner sekali. No gaiss. Big no! Beli syampu dan conditioner secara berasingan.
Ads
Seterusnya, hair tonic. Ini selalu diabaikan oleh kebanyakan orang. Kalau nak result yang cemerlang, pakailah hair tonic.
Gunakan tonik ini bila rambut dah kering. Jangan pakai waktu rambut basah dan jangan keringkan rambut guna hair dryer kerana ia membuatkan akar rambut cepat putus.
Ini tonik yang paling best pernah digunakan. Kalau boleh, guna setiap hari tapi kalau rambut dah semakin kurang gugur, guna dalam tiga hari sekali.
Tonik rambut takkan pernah mengecewakan korang. Hiks!
Ads
Seperti kulit muka, rambut juga memerlukan serum sebagai pelembap. Tapi, serum ni jangan pakai sampai ke kulit kepala. Just guna untuk rambut saja.
Ambil serum dan ratakan di tapak tangan, kemudian keramas di hujung rambut. Siapa yang biasanya cuci rambut di salon, mereka akan buat part ni paling last untuk mengelakkan rambut kering.
Akhir sekali, part ni paling berguna untuk korang yang bertudung. Hair mist tujuannya untuk mewangikan rambut. Kalau dah seharian bertudung, tak ada la bau kepam kalau pakai hair mist ni.
Alina juga turut mengakui bahawa selepas dia mengamalkan rutin-rutin ini, rambutnya semakin kurang gugur. Bukanlah tak gugur langsung, cuma jumlahnya tidak banyak. Biasalah, rambut gugur sikit-sikit tu normal.
Kalau dulu usap rambut guna jari, confirm 20 ke 30 helai yang akan gugur, tapi sekarang ni dalam dua ke lima helai saja. Itu sebab Alina yakin untuk berkongsi tip ini.
Hebat kan?
So, korang yang ada masalah rambut gugur pun boleh cuba. Good luck!
Apa yang penting konsisten dan tahu pengambilan portion dalam setiap pemakanan yang diambil.
Siapa sangka dalam masa singkat iaitu cuma 4 bulan sahaja lelaki ini, Putra berjaya melenyapkan 16KG. Berat asalnya sebelum ini adalah 97KG dan kini sekitar 81 KG.
Wajib Minum Green Tea Sebelum Sarapan
Masih tidak berpuasa hati dengan penurunan itu dan berazam mahu menurunkan lagi berat badannya menjadi 75KG.
Dalam perkongsian di Grup Diet Suku-Suku Separuh, dia memberitahu mengamalkan diet yang lebih kurang seperti diet suku-suku separuh, tetapi mengira kalori yang diperlukan badannya.
Bukan itu sahaja, dia juga turut mengira kalori defisit. Putra juga turut menghentikan pengambilan makanan/minuman yang berasaskan gula dan bertepung.
Tetapi menggantikan pemakanan yang lebihkan protein seperti pengambilan ayam, ikan, tauhu, telur dan tempe. Bukan itu sahaja dia juga turut mengambil sayuran dan buahan yang banyak.
Pun begitu dalam perjalanan dietnya dia tetap minum kopi dan wajib mengambil green tea. Selain itu Putra turut memastikan pengambilan air mencukupi iaitu 4 liter air sehari (nisbah 25kg berat badan untuk 1 liter).
Rahsia Berat Badan Turun Dalam Masa Singkat
Manakala pengambilan gula yang diamalkan pula adalah jenis ‘O’ dari satu jenama popular. Dia juga turut mengamalkan ambil cuka epal (2 sudu besar 500 ml) dan akan mengambilnya sebelum sarapan pagi.
Tidak hanya mengutamakan pemakanan, dia juga turut melakukan senaman workout di gym di rumahnya sahaja untuk 2 atau 3 kali seminggu. Ini kerana disebabkan empat tahun lepas, dia juga seorang yang sangat aktif melakukan senaman di gym.
Berkat hanya empat bulan diet dia berjaya mendapat berat sekitar 81KG dan masih perlu terus bergerak sehingga mencapai berat yang diimpikan. Pesannya kepada yang sedang diet, jangan putus asa dan teruskan berusaha hingga mencapai matlamat utama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di sebalik alam mulai bersih akibat tiada pencemaran hingga sungai menjadi jernih ketika penularan pandemic COVID-19, keadaan kesihatan manusia pula menjadi taruhan apabila semakin banyak virus membawa kematian ditemui.
Jika COVID-19 masih belum ada penawarnya, hingga membawa saintis berusaha lebih keras menjalankan penyelidikan, penemuan satu virus baru yang lebih bahaya dari COVID-19 pula ditemui di Kazakhstan.
Ya kesihatan manusia semakin diancam berikutan satu demi satu virus ditemui dan belum ada penawarnya. Lebih menakutkan kewujudan virus yang tidak dikenali ini mampu membawa impak kematian lebih tinggi berbanding COVID-19.
Dalam pada itu,Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu “pneumonia tidak dikenali” yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID-19.
Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sejak Jun lepas, lapor SCMP.
“Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.
“Jabatan kesihatan negara sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, namun masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut,” kata kedutaan dalam peringatan kepada rakyatnya di negara itu.
Laman web kedutaan yang memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.
Difahamkan, terdapat hampir 500 kes radang paru-paru di tiga lokasi tersebut dengan lebih 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Kazakhstan menyaksikan 1,772 kematian akibat radang paru-paru pada pertengahan pertama tahun ini di mana 628 kes berlaku pada bulan Jun, yang turut melibatkan beberapa warga China, kata kedutaan itu.
"Kedutaan besar China di Kazakhstan mengingatkan warga China di sini agar peka dengan situasi dan meningkatkan pencegahan untuk menurunkan risiko jangkitan," tambah kedutaan itu lagi.
Berdasarkan laporan daripada agensi berita Kazinform, seramai 300 orang yang disahkan menghidap pneumonia dimasukkan ke hospital saban hari.
Menurut agensi itu lagi, sebanyak 1,700 kes pneumonia dikesan di seluruh negara pada Jun, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kazakhstan melaksanakan perintah darurat pada 16 Mac lepas untuk membendung penularan COVID-19 tetapi ditarik balik pada 11 Mei.
Begitupun, sekatan dan langkah kuarantin tetap dikenakan di beberapa kawasan susulan peningkatan kes pneumonia di negara itu.
Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev dalam satu ucapan di televisyen pada Rabu mengatakan keadaan kekal serius dan masih terlalu awal untuk melonggarkan sekatan sepenuhnya.
Tambahnya, negara itu "sebenarnya menghadapi gelombang koronavirus kedua ditambah dengan peningkatan besar dalam kes pneumonia," menurut agensi berita Rusia Tass. Sumber : ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan bagi doktor ambil air tulang belakang, boleh lumpuh. Bukan itu saja, sakitnya ambil air tulang belakang membuatkan pengidapnya menderita sakit tulang belakang.
Ini antara mitos yang jutaan orang mempercayainya, namun doktor perubatan Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar menulis ilmu di fbnya yang sangat bermanfaat untuk kita membacanya.
Berapa ramai yang masih percaya, bahawa prosedur ” AMBIL AIR TULANG BELAKANG BERISIKO MENYEBABKAN LUMPUH”.
Pengambilan air tulang belakang biasanya bagi mengesan masalah penyakit terutama meningitis
Itu adalah mitos paling hebat tentang prosedur ini.
Ambil air tulang belakang, dipanggil LUMBAR PUNCTURE, LP atau Spinal Tap.
Ianya adalah prosedur yang SELAMAT dan TIDAK akan menyebabkan lumpuh.
Memang biasa ahli keluarga / kawan2 akan beria ia nasihatkan jangan benarkan buat prosedur ini, lebih lebih lagi dalam kes kanak kanak / baby.
Pesakit yang awalnya yakin nak buat, rasa pressure dan mula jadi was-was sebab saranan yang tak berasas ini.
Tolong faham doktor tak saja-saja nak buat LP tanpa sebab. Doktor pun banyak kerja lain nak buat.
Pengambilan air tulang belakang biasanya dilakukan ketika pesakit dalam keadaan sedar dengan posisi yang betul dan tepat
Bila ada keperluan mendesak, baru kita minta kebenaran buat LP. Antara keperluan untuk buat LP ialah:
-Untuk mengesan jangkitan yang berlaku di otak atau saraf, contohnya penyakit Meningitis
– Untuk membuat diagnosis tepat tentang penyakit keradangan yg melibatkan otak / sistem saraf tunjang( inflammatory neuropathy).
– Untuk mengukur tekanan dalam otak dan saraf tunjang
– Untuk pemberian ubat
– Untuk prosedur pembiusan ( spinal anaesthesia)
Air tulang belakang itu dipanggil Cerebrospinal fluid, CSF
CSF ada glucose, protein, dan sel sel.
Apabila CSF di kaji, doktor akan melihat bacaan sel darah putih( yg lawan jangkitan), bacaan protein, glucose, dan melihat kehadiran bakteria, fungus, ataupun kalau wujud sel sel yang abnormal.
Kenapa tak boleh lumpuh lepas buat LP?
Sebabnya, prosedur ini dibuat di level tulang vertebra lumbar L2 ke bawah. Kenapa? Sebab saraf tunjang ( spinal cord org dewasa) berakhir di level L1 (Lumbar 1). Dan prosedur LP untuk dewasa dibuat selalunya di level L3/L4 atau L4/L5, atau L5/ S1.
So, memang tak logik akan lumpuh sebab tiada saraf tunjang yang akan dicucuk. Prosedur LP ini sendiri pun memang tak akan dicucuk jarumnya dalam-dalam. Imagine la korang kena ambik sample darah. Ada ke doktor cucuk jarum kat lengan tu, sampai tercucuk dalam sangat sampai ke tulang? Tak kan?
Untuk kes baby baru lahir, saraf tunjang berakhir di level antara L1 ke L3. Jadinya, kalau perlu buat LP dalam baby, doktor akan cucuk jarum bawah lagi, jauh dari level ni…di level L4/S1 umpama nya.
Sakit kepala yang dipanggil Post Spinal Headache. Ini common, jangan risau,tak bahaya. Tak perlu rawatan pun, hanya bed rest..beberapa hari ia akan hilang sendiri.
Ada banyak aspek tentang LP yang aku nak cerita, tapi key point paling penting ialah AMBIL AIR TULANG BELAKANG TIDAK AKAN MENYEBABKAN LUMPUH.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!