Apabila bercuti ke luar negara lebih-lebih lagi ketika pada musim sejuk dan bersalji, pastinya timbul rasa teruja terutamanya bagi negara yang mengalami iklim khatulistiwa seperti Malaysia yang tidak pernah merasai situasi itu di tempat sendiri.
Melihatkan seluruh kawasan diselaputi salji putih, ini antara impian kebanyakan daripada kita untuk merasai sendiri pengalaman menikmati musim salji. Malah, ada juga yang begitu teringin ingin melihat bagaimana bentuk dan ‘rupa’ salji yang sebenar.
Bagi yang masih tidak berpeluang untuk ke luar negara merasai suasana salji, seorang gadis yang dikenali sebagai Kim Seri, iaitu merupakan pelajar yang sedang menuntut di Korea telah berkongsi video apabila salah seorang pengikutnya meminta untuk melihat bentuk salji.
Apa yang menarik perhatian ramai, rupa-rupanya bentuk salji sebenar adalah sama seperti emoji yang terdapat di aplikasi WhatsApp. Perkongsian yang telah buat oleh individu ini menerima hampir 2 juta tontonan dan mendapat reaksi ramai.
Rata-ratanya tidak menyangka bentuk salji yang sebenar adalah sama seperti emoji yang ada di media sosial.
Ads
Ads
Ads
Cantik rupanya bentuk salji ni. Ingatkan macam ais kepal saja. Hiks! Korang dah pernah berpengalaman main salji? Agak-agak perasan ke macam mana bentuk salji sebelum itu?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malah, di musim perayaan ini juga korang perlu pastikan membuat pembelian awal agar barangan terutamanya baju raya sampai diwaktu yang diharapkan.
Pos Malaysia baru-baru ini mengeluarkan tarikh terakhir yang disyorkan bagi para pelanggannya membuat pengeposan demi memastikan barang yang dipos tiba sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Foto Via Pos Malaysia
Pos Malaysia mengesyorkan 25 April sebagai tarikh akhir penghantaran ke destinasi di antara Semenanjung Malaysia ke Malaysia Timur; Malaysia Timur ke Semenanjung Malaysia dan bagi penghantaran di dalam zon Malaysia Timur.
Manakala, tarikh 27 April pula disyorkan sebagai tarikh terakhir penghantaran bagi destinasi Dalam Semenanjung Malaysia.
Justeru, bagi mereka yang membuat pengeposan selepas tarikh yang disyorkan ini, barang-barang tersebut hanya akan dihantar selepas 5 Mei 2022.
Foto Via Pos Malaysia
Mengambil kira tarikh hari ini iaitu 20 April, bermakna masih berbaki kira-kira seminggu sahaja lagi untuk korang menempah barangan persediaan Aidilfitri agar peniaga dapat menghantar barang serta memastikan ia tiba di tangan penerima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri menerusi perkhidmatan Pos Malaysia.
Diharap, korang yang ingin membeli persiapan raya melalui pembelian atas talian akan bertindak cepat ya. Jangan marah pula bila baju Raya tidak sampai-sampai jika terlambat beli, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pempengaruh media sosial popular, Mekyun berjaya memiliki rumah pertamanya pada usia 28 tahun, membuktikan bahawa wanita muda mampu mencapai impian besar tanpa bergantung kepada sesiapa. Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada ramai, terutamanya golongan wanita muda yang mahu lebih berdikari.
Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee berkongsi berita tersebut menerusi TikTok, memaklumkan rumah barunya dipercayai terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Katanya, lokasi tersebut dipilih kerana berdekatan dengan kediaman ibu bapa.
“Saya capai satu lagi pencapaian. Akhirnya, saya beli rumah pertama. Antara sebab saya pilih duduk sini sebab dekat dengan rumah Mok (ibu) dan Pok (bapa). Tak sabar nak kongsi perjalanan rumah baharu dengan kalian semua. Saya sangat gembira dan berbangga dengan diri sendiri,” tulis Mekyun.
Pesanan Mekyun Untuk Remaja Terutamanya Wanita
Selain berkongsi rasa syukur, Mekyun turut menitipkan pesanan bermakna buat semua wanita. Katanya, jangan menunggu suami atau orang lain untuk menyediakan rumah atau aset untuk kita.
“Mulakan menabung dari sekarang. Pastikan kita ada rumah dan aset sendiri supaya masa depan kita, kita yang kawal. Perempuan yang percaya dan berusaha untuk diri sendiri, dia boleh capai apa saja yang dia impikan.”
Mesej ini mendapat sokongan penuh peminat yang bersetuju wanita harus memiliki aset sendiri. Mereka berpendapat langkah ini memberi lebih jaminan dan kebebasan dalam hidup.
Ramai pengikut Mekyun memuji tindakannya dan bersetuju dengan pandangan tersebut:
“Setuju, wanita memang perlu ada rumah sendiri. Kecil pun tak apa asalkan harta sendiri.”
“Perempuan sekarang kena berdikari walaupun ada pasangan sebab mereka hanyalah pinjaman dari Tuhan.”
“Muda-muda lagi beli rumah dulu. Itu yang penting, aset harta tak akan turun harga sebab makin lama makin mahal.”
Inspirasi Untuk Anak Muda Capai Rumah Idaman
Kisah Mekyun menjadi bukti bahawa memiliki rumah sebelum umur 30 tahun bukan mustahil. Dengan disiplin kewangan, ilmu tentang pasaran hartanah, dan keberanian membuat keputusan, anak muda juga boleh mencapai impian yang sama.
Langkah awal yang boleh diambil:
Tetapkan matlamat kewangan – tahu berapa jumlah yang diperlukan untuk deposit.
Berdisiplin menabung – asingkan simpanan khas setiap bulan.
Kawal hutang – elakkan pembelian mewah yang tidak perlu.
Buat kajian pasaran – bandingkan lokasi, harga, dan kemudahan.
Kisah Mekyun bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi inspirasi kepada generasi muda untuk berani bertindak dan membina masa depan sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang pelajar jurusan kulinari dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Muhamad Sufi Irfan Mohamad Rusdin mencipta sejarah apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dengan memenangi pingat emas dalam kategori Confectionery Arts di pertandingan Young Chef International Competition 2025 yang berlangsung di Kazan, Tatarstan, Russia.
Memetik laporan sebuah portal berita tempatan, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berjaya menewaskan peserta berbakat dari 12 negara lain termasuk Arab Saudi, Turki, Indonesia, Iran dan Rusia sebagai tuan rumah.
Kredit foto: UiTM
Menurut Sufi Irfan, ini merupakan penyertaan pertamanya di peringkat antarabangsa untuk mencabar diri dan tidak menyangka dapat mencipta satu kejutan seperti ini.
“Memang saya terkejut apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang, jantung berdegup laju, tangan pun sedikit menggeletar sebab tidak sangka langsung”
“Saya sertai pertandingan untuk mencabar diri serta menguji kemampuan diri pada peringkat luar negara. Satu pengalaman baharu untuk saya, saya rasa sangat bersyukur dan terharu apabila menang, Allah Maha Besar,” katanya.
Kredit foto: BERNAMAKredit foto: BERNAMA
Dalam pada itu, pertandingan berkenaan diadakan sempena World Islamic Kazan Forum 2025 dari 14 hingga 16 Mei lalu. Penyertaan Sufi Irfan mencuri perhatian ketika beliau ditemui wartawan BERNAMA yang secara kebetulan berada di Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur, semasa proses dokumentasi menjelang lawatan rasmi Perdana Menteri ke Moscow dan Kazan. Wartawan tersebut sempat ‘mencabar’ beliau untuk membawa pulang pingat emas dan ternyata cabaran itu disahut dengan penuh bergaya.
Bercakap mengenai hidangan yang diketengahkan, anak muda ini menggabungkan elemen tempatan dan barat, berasaskan makanan laut dengan suntikan tradisi Melayu.
Antara menu yang disajikan Sufi Irfan termasuk Ikan Kod Goreng Rangup dengan Salad Tomato dan Basil bersama Sos Lemon (pembuka selera), Tenderloin Daging Lembu Marmar disajikan dengan Jus Kari, Sayur bersama Cendawan Kukur Tempatan dan Kentang Rosti (hidangan utama); serta Bingka Labu, Sos Oren Mandarin bersama Mousse Coklat, Buah-Buahan Segar dan Hiasan Gula sebagai pencuci mulut.
Kredit foto: BERNAMA
“Menu ini juga ada sentuhan tradisional Melayu yang saya mahu ketengahkan supaya juri dapat merasai keaslian serta kreativiti dalam hidangan saya,” jelasnya yang meminati dunia memasak sejak kecil. Selain dari itu, pemilihan menu juga mendapat bantuan dan ilham daripada dua pensyarah UiTM yang bertindak sebagai pengurus pasukan.
Sepanjang pertandingan, beliau mengakui berdepan tekanan tinggi terutama dalam soal pengurusan masa dan kawalan emosi.
“Tekanan paling kuat semasa pertandingan ialah untuk mengawal masa dan emosi. Namun saya cuba bertenang dan fokus satu per satu,” katanya.
Beliau juga menjalani latihan intensif selama dua minggu sebelum bertanding termasuk sesi menguji rasa dan memperkemas penyediaan.
Kredit foto: BERNAMAKredit foto: BERNAMA
Sementara itu, kemenangan di Kazan ini juga merupakan pencapaian terbesar setakat buat Sufi Irfan selepas memenangi gangsa di Melaka Culinary Challenge 2023 dan menyertai Battle of The Chef pada tahun 2024.
“InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang saya ingin memasuki lebih banyak pertandingan kerana ia satu cara untuk mengasah bakat dan belajar daripada orang lain,” ujarnya yang memasang impian untuk menjadi pensyarah cef satu hari nanti.
Turut menemani beliau ke Kazan ialah Penolong Profesor Cef Fadzly Che Omar, Timbalan Presiden Persatuan Gastronomi Malaysia, yang juga menjadi juri antarabangsa bagi pertandingan tersebut.
Menurut Sufi Irfan, kejayaan ini bukan sahaja membuktikan bakat luar biasa pelajar Malaysia, malah menyerlahkan pengaruh gastronomi negara di peringkat global.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!