Pada usia 17 tahun kita sibuk mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan SPM, tapi bagi Alyssa Carson pula, dia kini sedang menjadikan impiannya untuk ke planet Marikh menjadi kenyataan.
Sejak kecil lagi, Carson memang seorang yang meminati bidang angkasawan dan seawal usia 3 tahun, dia susah memberitahu ayahnya yang satu hari nanti dia kan menjadi seorang angkasawan dan bakal menjadi salah seorang yang akan menjejakkan kaki ke Marikh.
Memegang kata-kata itu, gadis yang berasal dari Louisiana ini sedang giat menjalani latihan bersama NASA untuk menjadi sebahagian daripada misi manusia pertama ke Marikh pada 2033.
Antara senarai pencapaian terbaik Carson adalah dia pernah menjadi individu paling muda yang lulus di Advanced Space Academy. Gadis ini juga teleh melengkapkan ketiga-tiga NASA Space Camps yang berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Turki).
Tidak hanya itu, Carson juga merupakan individu pertama yang melengkapkan Program Passport NASA setelah melawat kesemua 14 pusat pelawat NASA yang terletak di sembilan buah negeri di Amerika Syarikat.
Pada Januari 2013, dia telah dijemput untuk menyertai panel MER 10 TV NASA di Washington untuk membincangkan misi masa hadapan ke Marikh dan kemudiannya terpilih sebagai salah seorang duta besar untuk Mars One, sebuah misi untuk menubuhkan penempatan manusia pertama dia planet merah nanti.
Walau bagaimanapun, Carson kini masih meneruskan pelajarannya seperti biasa dan mengambil semua subjek mata pelajaran sekolah dalam empat bahasa (Inggeris, Cina, Perancis dan Sepanyol).
Ads
“Cabaran terbesar yang perlu saya hadapi adalah segala-galanya dilakukan pada usia muda, ketika masih sekolah menengah. Meneruskan latihan angkasawan dalam usia yang mudah ini lebih sukar tetapi saya telah melakukannya dengan baik setakat ini,” jelasnya.
Bila ada masa lapang, Carson juga menjadi seorang public speaker dengan tujuan ingin menggalakkan anak-anak muda lain untuk meneruskan matlamat hidup.
“Always follow your dream and don’t let anyone take it from you.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak pengumaman perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula dari warga negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehinggalah ia sekarang diperluaskan ke tujuh lagi buah negeri, pihak kerajaan menerusi Menteri Kanan Keselamatannya sering mengingatkan warga kota untuk tidak sesekali pulang ke kampung halaman.
Larangan tersebut sebenarnya telah mula diberikan sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lagi. Ia demi mengelakkan merebaknya wabak Covid-19 ke negeri-negeri lain terutamanya kepada warga emas di kawasan luar bandar (kampung halaman).
Namun, tidak semua orang betul-betul ‘menghadam’ arahan itu. Mereka tidak memahami atau enggan menerima relevan di sebalik arahan itu.
Justeru, setelah pengumuman PKPB dilaksanakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri semalam, laporan hari ini mendapati kebanyakan kaunter tiket bas telahpun diserbu oleh warga kota yang ingin ‘lari’ daripada kemelut PKPB.
Gambar Hiasan: RailTravel Station.
Kebanyakan tiket bas yang menuju ke Kelantan telahpun terjual ibarat pisang panas pada hari ini memandangkan Kelantan merupakan salah satu negeri yang terkecuali daripada arahan PKPB selain Pahang dan Perlis.
Permintaan drastik ini hadir sehari sebelum PKPB secara menyeluruh di 7 lagi buah negeri dilaksanakan bermula hari esok. Menurut laporan rakan media di Malaysia Kini, di antara destinasi popular yang ingin pulang ke Kelantan adalah dari Perak, Johor dan Pulau Pinang.
Bagi warga Lembah Klang pula, mereka tidak lagi dibenarkan untuk menerntas negeri tanpa surat perlepasan penguatkuasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita tahu, Sukan Malaysia (SUKMA) edisi 2024 sedang berlangsung di negeri Sarawak buat ketika ini.
Dek ‘demam’ temasya SUKMA ini, seorang penguna TikTok bernama Ash (@tansri_ash) telah mencipta satu trend baru yang tidak diduga – perlumbaan siput sedut!
Ash membuat siaran langsung di TikTok pada waktu-waktu tertentu untuk mengajak penonton menyaksikan “perlumbaan” yang unik ini. Pada mulanya, beliau menggunakan penutup periuk sebagai laluan perlumbaan, namun kemudian beliau menaik taraf set perlumbaan dengan menggunakan polisterin panjang dan garisan yang jelas.
Wakili Negeri-Negeri Di Malaysia
Apa yang menarik, setiap siput yang menyertai perlumbaan ini diberi nama dan mewakili negeri-negeri di Malaysia. Jadi, selain menyaksikan perlumbaan yang menghiburkan, penonton juga boleh menyokong “wakil” negeri kegemaran mereka.
Menurut carian, siaran langsung perlumbaan siput sedut ini telah mencapai lebih daripada 20,000 tontonan! Ini menunjukkan betapa ramai yang terhibur dengan idea kreatif Ash ini. Komen-komen yang penuh dengan keceriaan juga membuktikan bahawa perlumbaan siput sedut ini berjaya membawa kegembiraan kepada ramai orang.
Siput sedut
Aktiviti seperti ini mungkin kedengaran pelik, namun ia menunjukkan bahawa setiap individu boleh mencipta hobi yang unik dan menyeronokkan untuk diri sendiri mahupun orang lain.
Siapa sangka, perlumbaan siput sedut boleh menjadi hiburan yang menggembirakan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekumpulan remaja dari Ipoh yang berusia dari 10 hingga 20 tahun dilaporkan telah dikompaun sehingga nilai keseluruhan RM40,000 kerana berkumpul bagi meraikan sambutan hari kelahiran rakan mereka.
Menurut perkongsian Facebook Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, JAIPK dan memetik laporan akhbar tempatan, lapan orang remaja termasuk 2 orang remaja perempuan telah diserbu oleh pihak polis sekitar jam 2.15 pagi di sebuah rumah yang terletak di Taman Cempaka, Ipoh.
Ketika serbuan dilakukan, mereka telah menemui kumpulan tersebut sedang berkumpul untuk meraikan hari jadi salah seorang ahlinya.
Akhirnya, kesemuanya telah dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang dan juga ditahan serta disiasat disiasat di bawah seksyen 54 EJSPk 1992 atas kesalahan berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, serbuan di rumah sewa itu dilakukan bersama agensi penguat kuasa lain setelah menerima maklumat daripada orang ramai.
Untuk info, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilanjutkan hingga 28 Jun ini, rakyat diwajibkan mematuhi arahan untuk tidak berkumpul atau mengadakan majlis keraian seperti kenduri, majlis perkahwinan, aktiviti keagamaan atau sebarang bentuk pengumpulan orang ramai.
Pada usia 18, ramai rakan sebaya sedang menjejak kaki ke universiti, tapi Aliff bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyimpan wang demi melanjutkan pelajaran.
Sebagai anak...