
Buat peminat jam tangan popular G-Shock, kali ini korang berpeluang untuk memiliki jam tangan edisi terhad Malaysia, G-Shock X Harimau Malaya yang bakal berada di pasaran.
Sebelum ini, PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun menjalinkan kerjasama bersama syarikat multinasional Jepun, Casio bermula 1 Mac 2021 sehingga 28 Februari 2022.


Sebagai tanda sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi selepas setahun berehat akibat pandemic COVID-19 dengan baki tiga lagi perlawanan Kumpulan G,
Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun ini, Casio telah melancarkan jam tangan edisi terhad G-SHOCK Harimau Malaya.

Sebanyak 999 utas jam tangan ini akan dihasilkan dan kesemuanya hadir dengan nombor siri. Jam edisi terhad ini akan dijual mulai 1 Julai 2021 dengan harga RM579, lengkap dengan baju Harimau Malaya X G-Shock, tali pergelangan tangan dan beg kertas yang direka khas.
Jadi, buat peminat G-Shock, korang boleh cepat-cepat dapatkan jam tangan edisi terhad ini kerana ia hanya dihasilkan untuk beberapa unit sahaja. Nanti kalau lambat melepas pula. Hiks!
Bila lagi nak ada koleksi G-Shock edisi negara sendiri kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
3 Negeri Diiktiraf Bandar Paling ‘Bahagia’, KL Tercicir

“Apalah gunanya kehidupan dalam kesibukan ibu negara sekiranya hati tidak tenteram dan kehidupan tidak bahagia?”
Korang mesti pernah dengar seseorang melontarkan pendapat sedemikian. Ramai remaja menyimpan hasrat untuk berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan bagi mengubah kehidupan mereka.
Namun benarkah kehidupan di ibu negara itu benar-benar lebih membahagiakan?
Well, menurut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia) baru-baru ini, ia melaporkan bahawa negeri Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka merupakan bandar paling bahagia di Malaysia untuk tahun 2021. Ini bermakna bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Georgetown dan lain-lain ibu negara tercicir daripada senarai tersebut.

Kongsi PlanMalaysia, ketiga-tiga negeri tersebut mencatatkan skor melebihi 80 peratus bagi bahagian ‘Bahagia’ dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021.
Malah, pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi ketiga-tiga negeri itu juga merekodkan skor ‘Bahagia’ penuh bagi semua kawasan yang dinilaikan.
Untuk pengetahuan, kajian itu dilakukan bersempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2022 pada 22 Mac lepas di mana 14 soalan telah diajukan kepada orang rqmai.
Antara soalan yang ditanya termasuklah tahap tekanan kehidupan dialami individu serta kadar kepuasan hati dengan kesihatan, kebahagiaan ketika bersama keluarga dan saudara-mara selain tahap keseronokan ketika berada di tempat bekerja.
Kaji selidik mengenai faktor kebahagian penduduk di sesebuah tempat ini bukanlah perkara baharu di peringkat antarabangsa. Mungkin korang pernah terbaca atau terdengar mengenai senarai ‘Negara Dengan Penduduk Paling Bahagia’ sebelum ini.
Di peringkat antarabangsa, difahamkan terdapat lima faktor penentu yang dinilai.
Antaranya terdiri daripada faktor masa yang diambil untuk bergerak ke tempat kerja pada setiap hari, kemudahan awam yang ditawarkan, cuaca (kawasan sejuk dikatakan mempunyai penduduk yang kurang bahagia), tahap populasi penduduk berpendidikan tinggi dan sama ada kawasan tersebut masih mengekal kehijauan alam semula jadi.
*
Jadi, adakah korang bersetuju dengan pemilihan Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka sebagai kawasan dengan penduduk paling bahagia?
Sumber : PLANMalaysia
Foto Utama : Instagram @fadilasajai
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Scha, Neelofa & Dr Amalina Antara ‘Superwoman’ Yang Diiktiraf Malam Ini Oleh NONA

Kira-kira dua tahun telah berlalu sejak Majalah Nona yang diterbitkan oleh NU Ideaktiv menganjurkan malam eksklusif Nona Superwoman Award.
Walaupun berdepan dengan cabaran musim pandemik sekarang, Nona tidak menjadikan itu sebagai satu halangan untuk mengembalikan semula acara pengiktirafan tersebut pada malam ini!

Bertemakan New Normal Glam, sebanyak 47 anugerah akan dsampaikan kepada individu paling cemerlang sepanjang tahun 2020 menerusi penstriman secara live di YouTube dan Facebook Majalah Nona.
Bakal dihoskan oleh the beautiful Daphne Iking, penerima Nona Superwoman Award 2020 didahului oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai penerima anugerah utama pada malam ini.
Jom lihat beberapa lagi nama ikonik yang bakal menerima anugerah bagi kategori masing-masing.
.
.
Nona Superwoman Award – Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Nona Frontliner Award – Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Nona Royal Award – Che Puan Sofie Louise Johansson
Nona VIP Award – Puan Sri Nisa Bakri
Nona Fashion Moghul Award – Dato’ Seri Dr Farah Khan
Nona Homegrown Award – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Nona Health Influencer Award – Dr Nur Amalina Che Bakri
ARTIKEL BERKAITAN : “Jangan Cuba Jadi Perfectionist” Dr Amalina Kongsi Tip Seimbang Masa Kerja & Hidup – REMAJA
Nona Motivator Award – Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
Nona Legend Award – Ella
Nona Educated Celebrity Award – Dr Soo Wincci
Nona Business Icon Award – Noor Neelofa
Nona Fashion Designer Award – Alia Bastamam
Nona Most Promising Entrepreneur Award – Tya Arifin
Nona Active Award – Farah Ann Abdul Hadi
Nona Fashionista Award – Scha Alyahya
Nona Charity Award – Heidy Quah
Nona Influencer Award – Mira Filzah
Selain daripada 17 orang penerima ini, seramai 30 lagi kategori anugerah lain akan disampaikan kepada pengasas, pengusaha dan orang kuat di sebalik jenama tempatan yang telah menunjukkan prestasi menakjubkan pada tahun 2020.
Mereka juga menjadi sebahagian daripada penghias halaman belakang Majalah Nona yang diterbitkan untuk edisi Disember 2020.

Untuk pengetahuan korang, Nona Superwoman Award pernah dianjurkan untuk kali pertama pada tahun 2018 dengan mengangkat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai penerima anugerah utamanya.
Bila melihat kepada nama-nama penerima pada tahun ini, terus rasa bersemangat untuk mengejar impian masing-masing kan!
Jika mereka yang hebat ini dapat melakukan sesuatu yang signifikan untuk membantu masyarakat dan mencipta nama, mengapa tidak kita satu hari nanti.
Jangan lupa ya untuk saksikan Nona Superwoman Award 2020 secara langsung di YOUTUBE dan FACEBOOK Majalah Nona.
*
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedai Makan Akhirnya Dibenar Beroperasi Hingga 10 Malam, Tapi Ada Syaratnya..

Rintihan rakyat agar waktu operasi restoran, kafe dan perkhidmatan penghantaran makanan agar ia dilanjut hingga jam 10 malam akhirnya didengari oleh pihak berkuasa.
Dalam sidang media yang dilakukan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau sedar isu ini telah tular di media sosial sejak 4 hari lalu.
Malah, ada juga rakyat yang menghantar komen dan mesej di nombor WhatsApp dan akaun Instagram beliau agar waktu operasi kedai makan dikaji semula.

“Kita faham ramai yang mengatakan terlalu awal (kafe dan restoran) ditutup kerana lewat sampai ke rumah dari tempat kerja. Jadi mereka tidak sempat hendak membeli makanan.
“Kita juga mendengar rintihan daripada peniaga makanan terutamanya peniaga yang popular di waktu malam seperti burger, sate dan sebagainya. Kebanyakan pelanggan mereka mula (datang) selepas waktu Maghrib dan Isya’. Kita dengar dari pandangan pembeli dan peniaga.
“Sehubungan itu selepas mengadakan perbincangan, saya ingin mengumumkan bahawa kami bersetuju melanjutkan operasi kedai makan sehingga jam 10 malam bermula esok (22 Januari).
“Bagaimanapun, dine in atau makan di dalam kedai masih tidak dibenarkan. Peraturan masih kekal untuk makanan hanya dibawa pulang.
“Tempoh masa yang sama juga dibuka kepada food deliver sehingga jam 10 malam,” jelas beliau.
Nasib baiklah ia dikaji semula. Ramai sudah tak larat nak puasa pada sebelah malam, hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

