Ikon K-pop dan legenda BIG BANG, G-Dragon baru-baru ini mencipta sejarah apabila menjadi artis Korea pertama yang melancarkan lagu dan muzik video ke angkasa lepas dengan menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) Azure OpenAI Sora yang dibangunkan oleh platform Microsoft Azure.
Menurut kenyataan rasmi daripada agensinya, Galaxy Corporation pada 9 April, projek luar biasa ini merupakan kolaborasi bersama Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) bersama Azure OpenAI Sora.
Apa yang lebih menarik, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong (37) merupakan Profesor Jemputan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal KAIST, dan inisiatif ini menjadi simbol bagaimana sains angkasa, AI dan dunia hiburan boleh disatukan dalam satu dimensi yang baru.
Sumber: BehindKredit: Instagram Always GD
Dalam pada itu, pelancaran ini menjadi penanda aras baharu dalam dunia hiburan teknologi (entertainment tech) dan membuktikan bahawa kreativiti boleh menjangkau hingga ke sempadan galaksi.
Ads
Majlis pelancaran lagu dan muzik video ke angkasa itu telah dijadualkan pada 9 malam, semalam di Pusat Penyelidikan Teknologi Satelit KAIST. Projek ini turut mendapat kerjasama dengan inisiatif SETI (Search for Extraterrestrial Intelligence) yang diasaskan oleh NASA.
Sekadar info, SETI terdahulu terkenal apabila menghantar muzik The Beatles ke angkasa dan kini, G-Dragon rasmi menjadi artis Asia pertama yang menyertai projek ikonik ini.
Ads
Dunia hiburan dan peminat K-pop seluruh dunia turut meluahkan rasa bangga melihat bagaimana G-Dragon sekali lagi membuktikan bahawa muzik mampu merentasi sempadan termasuk angkasa lepas.
Ads
Untuk makluman, G-Dragon juga bakal kembali dengan konsert jelajah ‘Übermensch Tour 2025’ bermula Mei ini dan akan menghangatkan beberapa bandar seperti Tokyo, Bulacan, Osaka, Macau, Taipei, Jakarta, Hong Kong serta Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berbakat besar, Julia Farhana Marin yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda akui reda apabila keputusan bagi subjek statistik memperoleh keputusan gagal akibat tersalah menghantar tugasan.
Menerusi perkongsiannya di Igstory, pelakon drama Syurga Untukmu itu berkongsi dia tidak menolak kemungkinan kesilapan tersebut berlaku kerana ketika itu dirinya dalam keadaan tidak sihat.
“Buat pertama kali saya gagal peperiksaan. Saya gagal sebab salah hantar assignment. Masa dapat keputusan saya cakap ‘mustahil’, sebab subjek statistik subjek kegemaran saya.
“Saya ingat masa hari hantar assignment saya sedang dalam proses pemulihan Influenza dan saya tersalah kepilkan tugasan. Saya pergi pejabat hari ini, dekat remarks tulis ‘pelajar salah hantar fail’. Pengsan,” katanya.
Dalam pada itu, Julia turut memaklumkan kegagalan subjek itu telah mempengaruhi keputusan pointer (GPA) bagi semester tersebut.
Isteri kepada doktor selebriti iaitu Dr Che Hafiz berkata bagaimanapun berpesan buat diri sendiri dan orang lain agar lebih berhati-hati.
“Jadinya, GPA saya jatuh. Saya tak akan percaya diri saya sendiri kalau sakit lagi. Saya akan minta tolong orang lain hantarkan assignment. Kesilapan saya sendiri.
“Jadi pengajaran untuk diri sendiri. Waktu sakit jangan buat perkara yang penting. Sebelum peperiksaan atau buat tugasan doa banyak-banyak dijauhkan daripada segala penyakit.
“Boleh jadi paling cuai jika sakit. Saya tak pernah lambat siapkan tugasan. Reda,” coretnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Uqasha Senrose akhirnya berkongsi sedikit mengenai kisah rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Kamal Adli, selepas memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah, semalam.
Menurut Uqasha, keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya selepas tempoh panjang mencuba mempertahankan mahligai cinta mereka demi anak tersayang.
“Bersabar sebab anak? Sebab itulah sudah setahun saya bertahan,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok.
Mengulas lanjut, aktres jelita itu tidak menafikan rumah tangganya pernah dilanda badai, namun menganggap semua yang berlaku sebagai satu ujian daripada Tuhan.
“Betul ini dugaan, dugaan untuk diri saya. Sudah bahagian saya begini. Setiap manusia tidak akan henti diuji, cuma bentuk ujiannya berbeza.
“Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian (netizen). Saya tidak pernah berniat mahu membuka aib sesiapa. Mata saya pun sampai nampak lain sebab banyak menangis,” ujarnya lagi.
Tambah Uqasha, dia memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi, tanpa mahu menunding jari kepada mana-mana pihak.
Difahamkan, Uqasha memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, dengan alasan tiada lagi persefahaman.
Sekadar info, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun enam bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
To be honest, dalam banyak-banyak acara anugerah di Hollywood, Teen Choice Awards adalah antara yang paling menyeronokkan.
Ini kerana ia menggabungkan feel majlis yang glamor tetapi tetamu masih boleh bersuka ria. Ibaratnya seperti anugerah Oscars dikahwinkan dengan Kids Choice Awards – cuma kali ini tiada slime berwarna hijau.
Seperti biasa, pemenang Teen Choice Awards selalunya boleh diramalkan sejak awal lagi. Siapa yang paling popular dan viral, dialah yang akan menang – simple. Namun, lain ceritanya pula di karpet merah. Fesyen yang diperagakan oleh selebriti muda Hollywood jarang sekali boleh diramal.
Cer tengok 10 stail pilihan kami daripada Teen Choice Awards tahun ini.
10
K.J. Apa
Biasa je sebenarnya.
Tetapi mungkin kerana penulis gemarkan warna rose gold DAN jumpsuit. pemegang watak Archie dalam drama bersiri Riverdale ini kelihatan fuuhh, handsome!
09
Lauren Jauregui
Bekas ahli kumpulan Fifth Harmony ini ternyata lebih berani untuk berfesyen sekarang, setelah dia tak perlu lagi mengikut cita rasa ahli grup lain. Cumanya, sut 3 pieces berwarna light silver ini kelihatan sama dengan pakaian penyanyi Halsey.
Tak apalah, baru nak start menyanyi secara solo kan. Better luck next time.
08
Cole Sprouse
Ya, Cole kelihatan hot dalam persalinan ala country ini. Namun, kami telah terbiasa melihat bintang Riverdale ini memakai pakaian yang seakan sama sebelum ini. Baju kemeja denim, blazer putih dan seluar slack..? Been there, done that.
07
Katharine Langford
Whoa. Sebelum ini, kami sudah terbiasa dengan gaya feminin dan quirky daripada pelakon filem Love, Simon ini. Namun kelmarin, Katharine memilih gaya goth Alberta Ferreti untuk Teen Choice Award walaupun acara ini selalunya dikaitkan dengan warna-warna ceria. Dia memakai blaus lace, korset sebagai aksesori dan mini dress.
Namun, kami sukakan aksesori bintang pada hujung mata Katharine!
06
Chloe Grace Moretz
Pada hari-hari biasa, gaya Chloe ini akan menjadi stail nombor 1 kami di dalam senarai. Namun untuk Teen Choice Award, kami rasakan ia terlalu selamat dan err.. sedikit membosankan. Blazer tweed dan seluar pendek metalik membuatkan Chloe nampak tak bersedia untuk acara karpet merah.
05
Khalid
Seriously, mengapa trend logo seperti Fendi ini masih berleluasa di Hollywood! Cukup-cukuplah dengan trend logo besar seperti ini. Namun, apa yang menyelamatkan Khalid daripada menjadi mangsa fesyen adalah pemilihan seluar dan but berwarna camel yang mencuri perhatian.
04
Normani
Seorang lagi bekas ahli Fifth Harmony iaitu Normani. (Hhm, mana Camilla Cabello eh?)
Kami amat AMAT sukakan styling Normani dari rambut sehingga ke waistband Tommy Hilfiger tersebut. Namun bahagian skirt di bawah seakan-akan merosakkan look tersebut. Normani masih muda, remaja dan cantik. Dia tak perlukan fabrik sebanyak ini untuk menjadi dramatik.
03
Lili Reinhart
Pada mulanya, Lily adalah pilihan stail kami. Namun ada sesuatu mengenai dress Monique Lhuillier ini yang membuatkan kami terfikir, Lily can do better than this. Ya dia nampak cantik, fresh dan mirip warna karpet merah semalam (itu adalah pujian, okay).
But That Is It. Mungkin potongan dress ini terlalu labuh untuknya. Atau mungkin Lily perlu memilih kasut berlainan warna dan rekaan. Apabila terlalu banyak sangat ‘mungkin’, itu bermakna Lily boleh lakukan lebih baik daripada ini.
02
Troye Sivan
Okay, okay. Mesti korang pertikaikan mengapa penyanyi Troye Sivan berada pada kedudukan kedua sedangkan kami mencari sesuatu yang tak membosankan seperti padanan black on black. Tiada apa pun yang baru mengenai persalinan Saint Laurent ini.
Bagaimanapun, detailing pada bahagian kolar mirip jaket cowboy ini menjadikan Troye lebih menonjol berbanding selebriti lelaki yang lain.
Kami teringatkan zaman muda penyanyi Kesha dulu apabila Lucy Hale memilih dress berwarna-warni ini. Dress Mary Katrantzou ini cantik dipadankan dengan solekan mata biru firus / hijau yang jarang sekali dicuba oleh selebriti Hollywood. Cuma kami berharap Lucy boleh memilih kasut dan beg yang lebih menarik.
But other than that, Lucy adalah favourite kami untuk Teen Choice Award tahun ini!
Alaa, terharu pulak dia..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!