Pelakon jelita, Uqasha Senrose akhirnya berkongsi sedikit mengenai kisah rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Kamal Adli, selepas memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah, semalam.
Menurut Uqasha, keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya selepas tempoh panjang mencuba mempertahankan mahligai cinta mereka demi anak tersayang.
“Bersabar sebab anak? Sebab itulah sudah setahun saya bertahan,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok.
Mengulas lanjut, aktres jelita itu tidak menafikan rumah tangganya pernah dilanda badai, namun menganggap semua yang berlaku sebagai satu ujian daripada Tuhan.
Ads
“Betul ini dugaan, dugaan untuk diri saya. Sudah bahagian saya begini. Setiap manusia tidak akan henti diuji, cuma bentuk ujiannya berbeza.
“Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian (netizen). Saya tidak pernah berniat mahu membuka aib sesiapa. Mata saya pun sampai nampak lain sebab banyak menangis,” ujarnya lagi.
Ads
Tambah Uqasha, dia memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi, tanpa mahu menunding jari kepada mana-mana pihak.
Difahamkan, Uqasha memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, dengan alasan tiada lagi persefahaman.
Sekadar info, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun enam bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan komposer, Ella Marija Lani Yelich-O’Connor atau lebih popular dikenali sebagai Lorde telah membatalkan perancangan awal untuk mengadakan konsert di Israel, pertengahan tahun hadapan.
Ia susulan kempen aktivis yang menentang penempatan haram Israel di tanah milik rakyat Palestin.
Namun, Lorde bukanlah penyanyi pertama yang membuat keputusan sebegini selepas penyanyi, Roger Waters dan Elvis Costello juga memboikot Israel atas kekejaman rejim terhadap warga Palestin.
Terdahulu pada minggu lepas melalui akaun Twitter Lorde, Tel Aviv telah diumumkan sebagai salah satu bandar yang akan dikunjungi penyanyi tersebut pada tahun 2018.
Namun tidak lama kemudian, Lorde, 21 dikhabarkan menerima banyak mesej melalui akaun media sosial yang meminta dia mempertimbangkan kembali perancangan tersebut.
Malah, secara terang-terangan, Lorde kerap membalas Tweet yang dihantar oleh peminatnya serta para aktivis pro-Palestin mengenai situasi politik yang melanda bumi Arab itu.
Noted! Been speaking w many people about this and considering all options. Thank u for educating me i am learning all the time too ?
Dalam kenyataan ringkas, Lorde berkata dia akan “mempertimbangkan semua option yang ada”. Dia telah melakukan banyak sesi perbincangan bersama team dan akhirnya merasakan “Ia adalah keputusan terbaik buat masa sekarang (untuk membatalkan konsert tersebut)”
Katanya lagi, “I am not too proud to admit I did not make the right call on this one” dengan merujuk kepada rancangan untuk menyenaraikan Tel Aviv sebagai salah satu bandar yang akan dijelajahinya.
Pembatalan itu disambut baik oleh ahli gerakan Boycott, Divest, Sanction (BDS).
Akaun Twitter ‘The Palestinian Campaign for the Academic and Cultural Boycott of Israel’ juga berterima kasih kepada pemenang anugerah Grammy 2 kali itu kerana membatalkannya, atas sebab memboikot pergerakan kerajaan Israel yang sewenang-wenang menguasai tanah milik Palestin sehingga mereka kehilangan tempat tinggal.
Hmm, mungkin Lorde boleh gantikan Tel Aviv dengan Kuala Lumpur? Just saying.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cakaplah apa nak cakap, kecamlah apa nak kecam, namun BTS sekali lagi sapu bersih anugerah Top Social Artist di Billboard Award 2019 #BBMAs selama tiga tahun berturut-turut. Bukan tu je, BTS turut terkejut apabila nama mereka diumumkan sebagai pemenang untuk Top Duo/Group turut mengalahkan nama-nama besar dalam industri muzik Hollywood seperti Maroon 5 dan Imagine Dragons. Kpop benar-benar takluk muzik antarabangsa kali ini.
Untuk tahun ini, BTS tercalon bersama beberapa grup kpop yang lain iaitu EXO dan GOT7. Menurut Billboard pada 1 May, secara rasminya BTS mengungguli undian bagi kategori tersebut. Betul-betul buat kerja ARMY (kelab peminat BTS) seluruh dunia kali ini.
Tentu sekali ARMY tak sabar menanti persembahan grup kegilaan ramai itu dengan Halsey yang baru-baru ini kembali dengan lagu Boy With Luv menerusi album Persona. Persembahan mereka tentu sekali memukau dan Halsey nampak macam selebriti kpop bila turut menari bersama BTS ketika persembahan. Betul-betul rare persembahan ni. Kalau nak tahu, ini merupakan persembahan live bersama Halsey selepas lagu tersebut keluar pada hujung April lalu.
Anugerah besar Ikon Khalifah Perempuan 2025 menjadi detik penuh bermakna dalam keluarga pelakon dan pelawak terkenal, Bell Ngasri apabila anak perempuannya, Nasfarisya Nasrizal diumumkan sebagai penerima gelaran berprestij itu. Kejayaan ini bukan sahaja mencuri perhatian netizen, tetapi turut membuktikan dedikasi serta kecemerlangan Nasfarisya dalam kepimpinan, akhlak dan sahsiah.
Reaksi Terkejut Ketika Diumumkan Sebagai Ikon Khalifah Perempuan 2025
Dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), momen pengumuman tersebut telah dirakam dan dimuat naik di Instagram. Reaksi terkejut Nasfarisya sebaik sahaja namanya disebut untuk menerima anugerah Ikon Khalifah Perempuan 2025 benar-benar menyentuh hati ramai penonton. Kejujurannya menerima kemenangan itu membuatkan ramai netizen tumpang berbangga.
Anak Perempuan Bell Ngasri
Lebih manis lagi, Nasfarisya turut membawa pulang dua anugerah tambahan dalam majlis sama, menjadikan hari tersebut antara detik paling bermakna dalam hidupnya sebagai remaja yang sedang membina masa depan.
Bell ‘Naik Pentas Sekali’, Buat Dewan Terhibur
Malam tersebut turut menjadi lebih meriah apabila Bell secara spontan naik ke pentas seolah-olah mahu berkongsi kegembiraan anaknya secara dekat. Gelagat comelnya membuatkan seluruh dewan terhibur, malah ada yang berseloroh bahawa Bell kelihatan seperti pelajar yang sama-sama menerima anugerah.
Anak Perempuan Bell Ngasri
Menurut Bell, dia sendiri tidak menyangka dirinya begitu teruja sehingga orang ramai menyangka dia juga adalah salah seorang penerima penghargaan malam itu. Aksinya itu sekali lagi menunjukkan sisi kebapaan Bell yang penyayang, lucu dan sangat menyokong perkembangan anak-anaknya.
Kata-Kata Syukur dan Bangga Dari Bell Ngasri
Dalam satu hantaran di media sosial, Bell menulis ucapan penuh rasa bangga buat anak perempuannya. Katanya:
“Tahniah kakak untuk anugerah tertinggi sekolah… Ikon Khalifah 2025. Syukur nikmat Allah. Saya pun naik pentas sampai orang ingat saya pun pelajar. Terima kasih kakak, banggakan mama dan baba.”
Perkongsian tersebut meraih puluhan ribu tanda suka dan komen. Ramai yang tersentuh dengan cara Bell menzahirkan kasih sayang serta penghargaan terhadap anaknya yang gigih berusaha.
Ruangan komen di media sosial Bell dipenuhi ucapan tahniah, doa dan kata-kata semangat. Ramai turut memuji cara keluarga Bell mendidik anak-anaknya yang sentiasa tampil sopan, beradab dan merendah diri walaupun membesar dalam keluarga artis.
Antara komen netizen yang mencuri perhatian ialah:
“Ini kalau di luar, orang ingat abang adik. Bell tak makan usia!”
“Masalahnya, muka Bell dari kecil sampai sekarang sama saja… tak tua-tua!”
Lebih Daripada Sekadar Anugerah
Kejayaan Nasfarisya merangkul gelaran Ikon Khalifah Perempuan 2025 bukan sekadar penghargaan akademik, tetapi juga bukti bahawa sokongan keluarga dan persekitaran yang positif mampu membentuk peribadi remaja yang hebat. Ia memberi inspirasi kepada ramai pelajar untuk terus berusaha serta tidak malu mengejar impian masing-masing.
Kisah ini bukan sahaja mengharumkan nama keluarga Bell Ngasri, tetapi turut menjadi contoh bahawa kejayaan seorang anak selalu berakar daripada keikhlasan ibu bapa membimbing, mencintai dan mempercayai potensi mereka. Melihat kejayaan anak muda seperti Nasfarisya benar-benar membuat ramai rasa terinspirasi.