Ikon K-Pop terkenal, G-Dragon baru-baru ini dilaporkan sedang membuat persiapan bagi mengadakan sebuah G-Dragon fan meeting yang dijadualkan berlangsung pada Februari akan datang. Khabar baik yang dilaporkan oleh iMBC Entertainment itu sekaligus mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat yang telah lama menantikan peluang untuk berinteraksi secara lebih dekat bersama penyanyi rap dan ikon fesyen berkenaan.
Difahamkan, sepanjang kerjaya solonya, G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong (38) sememangnya dikenali sebagai antara artis Korea Selatan yang lebih konsisten memberi tumpuan kepada konsert berskala besar dan siri jelajah dunia, berbanding acara fan meeting yang bersifat lebih intim.
Rekod Jelajah Dunia Kukuhkan Status Legenda
Langkah awal G-Dragon ke pentas global bermula pada tahun 2013 menerusi jelajah dunia solo pertamanya, ONE OF A KIND. Jelajah tersebut bukan sahaja mencatat pencapaian luar biasa dari segi jualan tiket, malah menjadi penanda aras penting dalam perjalanan seninya sebagai seorang solois yang berdiri sendiri tanpa bayangan kumpulan.
Empat tahun kemudian, pada 2017, beliau sekali lagi mengukuhkan reputasi antarabangsa melalui jelajah ACT III: M.O.T.T.E WORLD TOUR. Jelajah itu menampilkan skala produksi besar merangkumi pelbagai destinasi utama di Asia, Amerika Utara serta Eropah, sekaligus mengesahkan pengaruh global G-Dragon dalam industri muzik dunia.
Ads
Album Übermensch & Penutup Jelajah Dunia 2025
Terdahulu pada tahun 2025, G-Dragon sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan album penuh terbarunya berjudul Übermensch. Pelancaran album tersebut kemudiannya disusuli dengan siri jelajah dunia G-DRAGON 2025 WORLD TOUR [Übermensch] yang bermula pada 29 Mac di Goyang, Gyeonggi.
Jelajah dunia berkenaan diteruskan ke pelbagai bandar utama merangkumi Asia, Oceania, Amerika Utara dan Eropah. Rangkaian konsert tersebut akhirnya melabuhkan tirai pada Disember lalu menerusi persembahan encore khas di Gocheok Sky Dome, Seoul yang menyaksikan sambutan luar biasa daripada peminat.
Ads
Fan Meeting Pertama Sepanjang Kerjaya Solo
Walaupun aktif mengadakan konsert dan jelajah dunia selama lebih sedekad, G-Dragon sebenarnya belum pernah menganjurkan G-Dragon fan meeting rasmi atas nama dirinya sendiri. Ketika masih aktif sebagai anggota BIGBANG, beliau sering terlibat dalam acara fan meeting bersama kelab peminat, namun fan meeting rasmi terakhir kumpulan itu direkodkan pada tahun 2016 menerusi jelajah Fantastic Babys.
Pada tahun 2019, G-Dragon turut pernah mengadakan pertemuan ringkas bersama peminat sejurus menamatkan perkhidmatan ketenteraan wajib. Namun, acara tersebut lebih bersifat sesi ramah mesra singkat dan tidak diklasifikasikan sebagai fan meeting rasmi.
Ads
Sehubungan itu, perancangan G-Dragon fan meeting yang dijadualkan pada Februari akan datang dilihat membawa makna yang sangat istimewa. Ia bukan sahaja bakal menjadi platform komunikasi rasmi pertama antara G-Dragon dan peminatnya selepas sekian lama memberi fokus kepada konsert berskala besar, malah selari dengan trend industri muzik Korea yang menjadikan fan meeting sebagai simbol penutup kepada satu fasa penting dalam perjalanan kerjaya seseorang bintang.
Bagi peminat setia, acara ini dijangka menjadi momen emosional yang dinanti-nantikan, sekaligus mengukuhkan lagi hubungan istimewa antara G-Dragon dan komuniti peminat global yang telah menyokong perjalanan seninya sejak awal kemunculan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berbakat besar, Zahiran Macwilson yang kini sedang sarat hamil bayi keduanya mendedahkan bakal menimang cahaya mata perempuan dalam sebuah majlis pengumuman, semalam.
“It’s a girl (bayi perempuan). Alhamdulillah,” coretnya ringkas dalam ruangan kapsyen.
“Alhamdulillah, moga baby dan mommy sihat-sihat selalu,” kongsi pengikut.
“Allah sangat baik pada mereka kerana diberikan rezeki anak lelaki dan perempuan,” tutur netizen.
Sebelum ini, Aiman berkongsi gambar janin selepas isterinya melakukan pemeriksaan ultra bunyi menandakan mereka bakal menyambut zuriat kedua.
Untuk makluman, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selebriti tanah seberang, Marshanda sering kali berkongsi momen bersama anak perempuannya, Sienna. Bagaimana mereka berdua yang kelihatan seperti bestie?
Menginjak ke usia 11 tahun, gadis bernama Sienna Kasyafani ini merupakan anak hasil perkahwinan Marshanda dan pelakon lelaki, Ben Kasyafani. Jelas, Sienna mewarisi kelebihan paras rupa kedua ibu bapanya.
Anak Perempuan Marshanda
Tanpa secalit solekan dan berhijab ringkas, tidak mengejutkan apabila ramai peminat Marshanda yang menyamakan wajahnya semasa masih kecil dengan Sienna.
Sebagai seorang anak seni yang memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak di Indonesia, wajah manis Marshanda mula dikenali sejak di bangku sekolah disebabkan kelibatnya menerusi beberapa sinetron popular seperti Bidadari.
Anak Perempuan MarshandaAnak Perempuan MarshandaAnak Perempuan MarshandaAnak Perempuan Marshanda
Biarpun bakat ibunya itu diwarisi oleh Sienna, kanak-kanak itu buat masa ini belum mengikut jejak langkah ibunya itu dan lebih selesa bergelar kanak-kanak normal yang menikmati usia mudanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Marsha Milan meluahkan hasrat untuk bergabung dalam sebuah karya istimewa bersama dua lagi figura vokal hebat tanah air iaitu Aina Abdul dan Ernie Zakri pada masa akan datang.
Menurut Marsha, keinginan tersebut hadir susulan dirinya bersama Aina dan Ernie sering menjadi perbandingan dalam kalangan peminat serta pemerhati industri muzik tempatan.
“Saya teringin untuk ada satu karya dengan Aina Abdul dan Ernie Zakri. Walaupun pernah berduet dalam persembahan, tetapi lagu bersama masih belum ada lagi.
“Saya mahu duet dengan Aina dan Ernie sebab suara kami bertiga sering dibanding-bandingkan. Kalau ingat kembali, ada suatu ketika dahulu kami memang kerap dibandingkan.
“Bila orang sering membandingkan, perkara itu ‘triggered’ saya dan terfikir, kalau bergabung mengapa tidak,” katanya.
Marsha berkongsi perkara tersebut ketika ditemu bual dalam satu program stesen radio tempatan yang dihoskan oleh Radin.
Gabungan Tiga Vokal Berbeza, Satu Keunikan
Mengulas lanjut, pelantun lagu popular Hening Rindu itu mengakui Aina dan Ernie masing-masing memiliki kelebihan tersendiri selain kekuatan vokal yang sememangnya tidak perlu disangkal.
“Aina dan Ernie, kedua-dua penyanyi ini sangat berbakat. Saya pasti dari arah muzik juga kami mempunyai sedikit persamaan walaupun tona suara berbeza.
“Tetapi saya rasa ia akan jadi sesuatu yang unik sekiranya kami benar-benar digabungkan. Soal lagu pula saya tidak kisah, kalau lagu rancak pun mengapa tidak, asalkan sesuatu yang baharu,” tuturnya lagi.
Hasrat tersebut sekali gus mengundang perhatian peminat yang turut berharap kolaborasi tiga suara besar ini dapat direalisasikan pada masa akan datang.
Jika benar menjadi kenyataan, gabungan tiga nama ini pastinya bakal mencipta satu momen luar biasa dalam industri muzik tempatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!