Hokay! Hujung minggu niekan, kalau bosan nak jalan-jalan ke kompleks beli belah apa kata lencongkan perjalanan korang untuk nikmati suasana kampung dan alam semulajadi.
Dekat ajer pun, tak jauh mana. Hanya lebih kurang 45 minit perjalanan di ibu kota untuk sampai ke Tadom Hill Resorts, Banting. Tempat percutian dan banyak aktiviti ini memang dah lama viral tau. Dah ramai orang tahu sebabnya tempatnya memang best sangat-sangat.
Lebih best lagi, finalis Dewi Remaja pun dah bermalam di situ. Siap tidur dalam khemah dan join melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain ATV, terjun dalam tasik, bersengayut macam kita kecil-kecil dulu dan macam-macam aktiviti lain.
Air yang membiru memberikan seribu pengalaman menarikLasak pun lasak tapi semua maintain cantikkanFaz gunakan semua kudratnya ketika halangan tayar iniHokay, Rania pun dah jadi paskal masa di Tadom Hill Resorts.Sungguh-sungguh finalis Dewi Remaja mencuba aktiviti di sinikan. Wall ini 6 kaki tingginya dan perlukan tenaga yang kuat
Nak balik hari boleh, nak bermalam di sana pun boleh. Bagi balik hari kosnya bermula dari RM20 ke atas sementara yang nak tidur dan menikmati angin malam yang sejuk serta pemandangan yang indah, ada macam-macam versi harga. Tak adalah mahal mana pun, kalau korang datang dengan kawan dan kongsi ramai-ramai rumah tu, harga tak sampai pun RM100 bagi seorang.
Ads
Jom kita tengok apa yang best sangat di Tadom Hill Resorts ini.
First kita tengok tempat penginapan dulu.
Ads
Sebelum pilir penginapan yang korang nak, berkenalan dulu dengan reception dia orang ya. Sempoi je kan, tak ada pun dalam bangunan. Semuanya open airInilah Hammock Spheres. Sesuai bagi orang bujang yang nak tengok bintang-binatang dilangit. Harganya pun murah saja iaitu RM65 dan berbeza kalau hujung minggu ya.Inilah Bamboo Tents. Selalu khemah plastik jekan tapi syok gile sebab dari bulohInilah Gendui Chalets. Cantik sangat-sangatkan. Harga pun tak la mahal sangat, bermula dari RM250 aje.Ini pula Astana Ninik Chalets. Jangan terperanjat tau sebab semua chalets di sini dibuat dari bulohIni bamboo hut yang memang cantik dan sesuai di isi oleh ahli keluarga yang ramai
Orait, dah habis pilih rumah. Apa kata korang tengok apa aktiviti yang boleh buat di sini. Gerenti meletopsss.
Boleh buat BBQ tau, just sewa aje tempat nie kalau korang tak nak bermalam. Siap ada jual arang dan tempat pembakar. Tapi ayam ke, udang dan sebagainya korang kena bawak sendiri la.
Sebelum BBQ tu, belah petang boleh try aktiviti nie. Ada aktiviti air dan darat, ATV ride, Tadom Flying Fox, team building dan banyak lagi.
Ads
Masa kecik-kecik siapa pernah terjun tiruk dan sengayut di akar pokok? Kompom mengimbau kenangan nieBukan aje boleh main rakit tapi macam-macam aktiviti boleh dibuat di tasik ini
Apa lagi boleh buat ya?
Kalau tak nak main air boleh main futsal dan bola keranjang ya. Syokkan bila ramai-ramai.Memanah pun ada. Mana tahu korang boleh jadi juara Olimpik nantiCantik je kan Tadom Hill Resorts nie
So, dah tahukan mana nak pergi hujung minggu ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Elisa Chew atau nama penuhnya Nur Ezlin Elisa Binti Kamal Chew (21) melakar pencapaian tersendiri apabila dinobatkan sebagai Dewi Persahabatan Dewi Remaja 2025. Finalis kacukan Melayu-Cina ini mengakui kemenangannya amat bermakna kerana hadir daripada sokongan rakan-rakan seperjuangannya sendiri.
“Pada mulanya memang tak sangka pun… tapi bila nama dipanggil, saya rasa terharu sangat sebab kawan-kawan Dewi undi saya,” kongsinya ringkas, menyifatkan hubungan mereka sebagai sesuatu yang ingin dikekalkan walaupun pertandingan sudah melabuhkan tirai.
Elisa yang merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik berkata, antara detik paling meninggalkan kesan sepanjang pencarian tersebut ialah ketika sesi penggambaran montaj selama dua hari. Walaupun disediakan beberapa bilik untuk keselesaan, seluruh 12 peserta memilih untuk bercampur dan tidur sebilik demi mengukuhkan ikatan awal.
Menurut gadis yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, momen bertukar pakaian, makan bersama dan berbual panjang pada hari pertama itu membuka ruang untuk mereka lebih selesa antara satu sama lain serta menyifatkan pengalaman tersebut menjadi bukti kukuh bahawa perjalanan Dewi Remaja bukan semata-mata tentang pertandingan, tetapi juga tentang persahabatan.
Selepas Dewi Remaja melabuhkan tirai, Elisa yang pernah muncul dalam program Ceria All Stars ini memasang impian untuk mendalami bidang lakonan. Mengakui dirinya masih baru, beliau berhasrat mengikuti kelas lakonan bagi menambah kemahiran sebelum terjun lebih jauh ke dalam industri.
Sebelum menyertai dunia seni, Elisa bukanlah remaja biasa. Sejurus tamat sekolah, beliau sudah mula bekerja, membuka kafe sendiri dan bertugas sebagai pemandu pelancong di sebuah syarikat komersial. Minatnya terhadap seni hadir sebagai satu cabang baharu yang ingin diterokai demi keluar dari zon selesa.
Tambahnya, Elisa berharap hubungan erat yang terbina antara peserta Dewi Remaja 2025 kekal utuh walaupun masing-masing bakal membina kerjaya sendiri selepas ini. Selain itu, Elisa juga sempat mengingatkan kembali nasihat pelakon dan juri Dewi Remaja 2025, Nabila Huda yang lebih mesra dipanggil Kak Abil, untuk sentiasa bersikap baik dan merendah diri, menjadi prinsip yang ingin dibawa sepanjang perjalanan karier.
Dengan personaliti ceria, latar belakang unik serta semangat mencuba sesuatu yang baharu, Elisa Chew dilihat berpotensi besar menjadi wajah segar dalam industri lakonan tempatan. Gelaran Dewi Persahabatan hanyalah permulaan buatnya dan jelas, gadis ini bersedia untuk melangkah lebih jauh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengiktirafan senarai 100 Wajah Tercantik (100 Most Beautiful Faces) oleh TC Candler sentiasa dinanti-nantikan pada setiap tahun oleh peminat selebriti seluruh dunia. Di platform REMAJA sendiri, saban tahun ruang komentar bagi perkongsian kami mengenai senarai lelaki dan gadis tercantik itu sentiasa dibanjiri dengan respon balas pembaca. Begitu hebat penangan senarai TC Candler ini dalam kalangan peminat.
Baru-baru ini, pencalonan bagi senarai tahun 2022 telahpun dibuka dan peminat berpeluang untuk mengundi setiap calon kegemaran mereka yang akhirnya bakal disenarai pendek.
Jika pada tahun-tahun sudah, beberapa selebriti Malaysia turut meloloskan diri ke peringkat pencalonan ini seperti Tabby daripada kumpulan Dolla dan pelakon serta juara Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin.
Tahun ini, rezeki nampaknya berpihak kepada model dan pelakon yang telah mencetuskan fenomena menerusi drama Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling.
Anna, 22 menjadi calon tunggal dari Malaysia bagi edisi 2022 dan pencalonan ini ujarnya tidak disangka-sangka akan diperolehinya. Kata Anna kepada portal media, dirinya amat bersyukur dan gembira biarpun perasaan terkejut menerpa terlebih dahulu apabila mendapat tahu tentang berita tersebut.
“Terima kasih sangat-sangat. (Bagi saya) kecantikan dalaman adalah lebih penting berbanding luaran. Kedengaran sangat klise apabila seseorang mengatakan sedemikian. Namun hakikatnya, kecantikan itu subjektif.”
“Jika (seseorang) mempunyai attitude terpuji dan baik, secara automatiknya ia menjadikan seseorang itu cantik luar dan dalam. Tidak kisah bagaimana rupa parasnya, tetapi jika (dia) sayangkan diri dan yakin; maka secara langsung dirinya cantik dari segala aspek,” kata finalis Dewi Remaja 2018/2019 itu.
Anna kini berdepan saingan sengit daripada calon-calon dari benua Asia termasuklah Jisoo Blackpink (Korea Selatan), Ylona Garcia (Filipina), Kiko Chan (Vietnam) dan Momona Ramada (Jepun).
Bagi mengundi Anna, korang terlebih dahulu perlu menyertai komuniti Patreon TC Candler.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak kisah apa orang nak kata, lasak, tomboy, tak feminin atau sebagainya, Tunku Affie Rania bintu Tunku Fauzi, salah seorang finalis Top 12 Dewi Remaja tak kisah pun dengan cakap-cakap orang mengenai minat dan kegilaannya dalam dunia sukan. Baginya tak ada sebab seorang gadis tidak boleh aktif sama seperti golongan lelaki.
Sebagai anak tunggal dalam keluarga, dia sememangnya seorang yang aktif dalam sukan sejak dari sekolah menengah lagi.
“Masa Rania di sekolah menengah, Rania masuk pelbagai jenis sukan. Rania main bola jaring. Rania juga aktif dalam acara pecut dan balapan. Malah Rania juga bermain bola baling. Semua jenis sukan Rania cuba ketika di bangku sekolah. Jangan tak tahu, Rania adalah juara bagi acara padang 800 meter dan 1500 meter di sekolah dahulu, “katanya. Wow, hebatkan!
Dalam pada itu, minatnya dalam dunia sukan tidak terhenti begitu saja kerana dia juga aktif memasuki pertandingan marathon bagi jarak 5-8 km untuk kekal aktif. Di sebalik ketinggian 163 cm, Rania mengakui bermain bola sepak dan futsal adalah minatnya paling utama.
Minatnya dalam bidang sukan di pupuk sejak sekolah menengah. Gambar instagram affieraniaBagi Rania menjadi seorang wanita ini kenalah kuat bukan sahaja boleh memasak, bersolek tapi boleh buat segalanya. Barulah orang akan memandang kita sebagai idola mereka kerana kita boleh melakukan apa sahaja. Gambar instagram affierania.
“Minat dalam futsal dan bola sepak ini kerana Rania mengikut jejak ayah yang juga bermain bola sepak. Ramai yang nampak sukan-sukan lasak begini tidak sesuai untuk perempuan atau anak gadis tapi bagi Rania, tak semestinya bila aktif begini, kita seorang yang lasak.
“Rania hanya mahu membuktikan bahawa seorang wanita itu haruslah menunjukkan dirinya mampu berbuat apa sahaja. Ramai juga yang tanya Rania kenapa pilih aktiviti sebegini?
“Bagi Rania menjadi seorang wanita ini kenalah kuat bukan sahaja boleh memasak, bersolek tapi boleh buat segalanya. Barulah orang akan memandang kita sebagai idola mereka kerana kita boleh melakukan apa sahaja,” katanya memaklumkan mempunyai pasukan futsal dan bola sepak sendiri dan sering menyertai pelbagai pertandingan.
Rania bersama ibunya, Mimi Waheda yang merupakan pemenang kedua Dewi Remaja 1988/1989 dahulu. Gambar instagram affierania.
Tidak hanya aktif dan lasak, AffieRania yang merupakan anak kepada pemenang tempat kedua Pertandingan Dewi Remaja tahun 1988/1989, Mimi Wahedah mengakui dia banyak mendengar nasihat dari ibunya mengenai pertandingan ini.
Ditanya harapannya untuk pertandingan Dewi Remaja ini, jelas Affie Rania, dia mahu membuktikan bahawa wanita itu boleh melakukan semuanya.
“ Jika anda yakin dengan diri sendiri, anda boleh pergi ke mana-mana dan jangan pernah takut untuk jadi lain kerana itulah yang membezakan korang dengan yang lain.
“InsyaAllah melalui Dewi Remaja ini, Rania boleh membuktikan dekat semua orang di luar sana bahawa “everything is possible if you are confident”,” katanya yang berkebolehan membuat beat box, bermain alat muzik, mencipta lagu dan menyanyi.
Jom tonton video Affie Rania.
Jangan lupa saksikan Episod pertama Dewi Remaja pada 25 November ini jam 10.30 malam di Astro Ria dan Ria HD Ahad ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!