
World Quran Hour baru saja berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM Gombak Selangor dan antara yang mendapat perhatian adalah YB Syed Saddiq, ahli parlimen Muar.
Tampan berbaju Melayu, ramai netizen cair terutamanya kaum wanita apabila melihat beliau memuatnaik fotonya di laman Instagram.
Lebih lucu lagi, ada yang berseloroh menganggap YB Syed Saddiq berada di majlis akad nikah.

Rata-rata followers di instagram memuji ketampanannya berbaju Melayu putih dan tak kurang juga wanita yang melahirkan rasa lega bila mereka tahu rupa-rupanya Syed Saddiq hanya menghadiri majlis World Quran Hour.

Hey, lucu la korang ni. Haha!
Selain tu, stoking Superman YB pun turut jadi tumpuan. Ramai yang puji Syed Saddiq dengan stoking comelnya tu. Hehe!


Haishh, macam-macam la korang ni. Kalau yang helok kemain semua benda korang nampak kan. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggantungan 2 Tahun Lee Zii Jia : Misbun Terkejut, LCW Pernah Minta Tahan Tekanan, Axelsen Kecewa

Keputusan pemain badminton perseorangan nombor satu Malaysia, Lee Zii Jia untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mendapat perhatian meluas – bukan saja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Sejak menyertai BAM pada usia 13 tahun hinggalah 10 tahun kemudian, berita pemergian Lee Zii Jia daripada BAM lalu bergerak sebagai pemain profesional bebas telah mengejutkan peminat sukan badminton.
Sedari semalam, pelbagai pendapat telah dilontarkan menerusi platform media sosial termasuklah oleh beberapa nama besar dalam komuniti sukan badminton.
*
Kata Datuk Misbun Sidek yang pernah melatih Zii Jia sewaktu beliau bergelar jurulatih dalam pasukan kebangsaan satu masa dahulu, beliau sempat bertemu Zii Jia pada hari pemain berusia 23 tahun itu meninggalkan BAM.

“Saya terkejut dengan keputusannya namun saya hanya boleh mengucapkan selamat maju jaya untuk fasa seterusnya dalam hidupnya.
“Sebagai seseorang yang bertugas di bawah persatuan kebangsaan, saya hanya mampu menggalakkan pemain untuk kekal berada di bawah persatuan kerana mereka mempunyai fasiliti, latihan dan peluang terbaik untuk bertanding,” katanya kepada The Star.
Beliau pernah berdepan situasi sama ketika bekas pemain badminton, Roslin Hashim dan Ismail Saman meninggalkan BAM untuk berlatih dengannya di bawah kelab profesional Nusa Mahsuri. Kedua-dua pemain tersebut terpaksa membayar penalti akibat tindakan tersebut.
Bercakap mengenai Roslin Hashim, beliau juga telah memberikan pendapat terhadap keputusan Lee Zii Jia dan menyifatkannya sebagai berani. Beliau percaya pemain itu mempunyai sebab kukuh untuk membuat keputusan mengejutkan sebegini.

“Pasti dia sudah fikir panjang tentang perkara ini. Saya tidak melihat ia sebagai satu kesalahan dan (beban) perlu diletakkan di bahu Zii Jia saja. Kita kena lihat secara keseluruhan apa punca sebenar,” katanya sewaktu dihubungi oleh Astro Awani.
*
Buat bekas juara dunia Datuk Lee Chong Wei pula, beliau turut mendedahkan bahawa Zii Jia sempat bertemunya demi mendapatkan pandangan serta nasihat sebelum menghantarkan surat perletakan jawatan kepada BAM.
Kata Zii Jia kepadanya, beliau tidak boleh berdepan tekanan yang hebat, namun tidak pula menjelaskan secara terperinci bentuk tekanan yang diterima Zii Jia.

“Bagi saya, tekanan yang saya (pernah) hadapi memang kuat, tapi saya jadikannya sebagai satu motivasi. Saya merasainya (tekanan) tetapi saya tukar ia menjadi dorongan untuk saya berjuang demi negara. Lain orang lain caranya.
“Saya tidak tahu macam mana tekanan di BAM ketika ini sebab saya tidak bersama BAM lagi,” ulasnya kepada Astro Awani hari ini. Biarpun menghormati keputusan Zii Jia itu, beliau masih menasihati pemain itu untuk duduk berbincang dengan BAM bagi mencapai titik pertemuan yang akan memenangkan kedua-dua belah pihak (win-win situation).
“Memang kita kadang-kadang ada alasan atau perkara yang ‘tak ngam’ dengan kita. Tapi bagaimana cara kita beri kerjasama kepada BAM; (proses) ‘give and take’ dan dalam dalam apa yang kita buat (pun) bukan 100 peratus betul,” tambah Lee Chong Wei.
*
Terbaru, BAM telah mengumumkan keputusan mereka untuk menggantung Lee Zii jia selama dua tahun daripada bermain untuk Malaysia dalam sebarang kejohanan antarabangsa. Keputusan ini jelas merupakan satu harga tinggi yang perlu dibayar oleh pemain itu dan ia nyata telah mengecewakan ramai pihak.
Menurut Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunood, mereka telahpun mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Zii Jia sejak dia menghantarkan surat perletakan jawatan pada 11 Januari lalu. Begitupun, Zii Jia tetap dengan keputusannya untuk meninggalkan BAM setelah beberapa terma yang dikeutarakan olehnya tidak dapat diterima oleh BAM; selain disebabkan tekanan yang dihadapinya di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Sekalipun menggantung Zii Jia, BAM buat masa ini tidak bercadang mengenakan denda ke atasnya dan sedia menerima rayuan pada bila-bila masa sekiranya dia ingin kembali kepada BAM.
*
Buat pemain nombor satu dunia iaitu Viktor Axelsen dari Denmark, penggantungan dua tahun ini tidak dapat diterima olehnya dan menganggapnya satu keputusan yang ‘gila’.

Menerusi ciapan di Twitter, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata, “Bayangkan anda tidak gembira di tempat kerja sekarang dan anda inginkan perubahan. Anda beritahunya kepada bos dan ingin berhenti lalu mencari tempat kerja baharu.
“Bagaimanapun, bos anda tidak gembira dengan keputusan anda dan memandangkan mereka ada kuasa untuk menghentikan anda daripada mencari kerja dalam bidang anda, mereka akan ambil tindakan itu. Anda pula terpaksa duduk menunggu apa yang akan terjadi kemudiannya.
“Cuba fahamkan betapa gilanya (situasi ini). Sekarang sudah tahun 2022. Adakah ini yang kita mahukan untuk sukan kita (badminton)?” catatnya untuk memberi sokongan kepada Zii Jia.
Imagine yourself being in a position where you don’t feel happy in your current workplace and you want something to change. You go express your thoughts to your boss and tell her/him you want to quit and find another place to work. 1/2
— Viktor Axelsen (@ViktorAxelsen) January 21, 2022
Bagi kebanyakan pemerhati sukan badminton pula, penggantungan ini dipercayai adalah ‘taktik’ yang digunapakai BAM untuk secara tidak langsung memberikan amaran kepada pemain kebangsaan lain agar tidak mengikut tindakan Zii Jia ini.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Kerusi Panas’ Ketua Jurulatih Harimau Malaya Diisi Kim Pan-gon, Ini 5 Fakta Tentang Pemilihannya – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2 Penyelam Remaja Hilang Di Mersing Adalah Berpengalaman, Dijangka Selamat

Berbekalkan pengalaman yang dimiliki oleh dua penyelam remaja, Nathen Renze Chesters dan Alexia Alexandra Molina yang masih hilang di Mersing, pihak polis tempatan percaya dia dan seorang lagi mangsa selamat serta akan ditemui tidak lama lagi.
Semalam, salah seorang daripada empat mangsa yang hilang ketika melakukan aktiviti selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing telah berjaya ditemui di perairan Tanjung Sedili. Mangsa, Kristine Grodem yang juga merupakan jurulatih selam skuba warga Norway ditemui kira-kira 30 batu nautika ke selatan dari lokasi kejadian.
Setelah operasi mencari dimulakan pada hari Rabu, Kristine akhirnya ditemui oleh sebuah bot tunda yang sedang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand jam 8.15 pagi hari Khamis.

Kristine kemudiannya dibawa ke Stadium Mersing menggunakan helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Johor sebelum dihantar ke hospital daerah untuk rawatan lanjut.
Tiga lagi mangsa yang masih belum ditemui terdiri daripada warga Inggeris Adrian Chesters, 45; anaknya yang juga warga Belanda Nathen Renze Chesters, 13; dan seorang lagi remaja warga Perancis Alexia Alexandra Molina, 18.


Mereka bertiga berada di Mersing untuk menjalani latihan selaman bawa air berdekatan Pulau Tokong Sanggol pada hari Rabu. Setelah mereka muncul semula di permukaan laut bersama jurulatih, Kristine; mereka mendapati bot yang membawa mereka ke sana telah hilang.
Kristine cuba untuk mengumpulkan kesemua penyelam agar terus bersama. Namun mereka dipercayai hilang dibawa arus yang kuat.
Polis Johor telahpun berjaya mengenal pasti tekong bot dan menahannya malam tadi selepas dia memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing. Lelaki berusia dalam linkungan 20-an itu didapati positif dadah jenis methamphetamine setelah ujian air kencing dilakukan. Dia akan ditahan sehingga siasatan selesai di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya 1952.
Sementara itu, insiden ini telahpun mendapat liputan media antarabangsa seperti portal The Mirror, Reuters, Daily Mail dan media dari negara serantau seperti Indonesia dan Singapura.
*
Diharap dengan keadaan cuaca yang baik dan ketinggian ombak setinggi satu ke dua meter seperti yang dimaklumkan oleh agensi, operasi menyelamat akan berjalan lancar dan tiga lagi mangsa itu dapat ditemui dengan segera.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 Ramalan Yang Menjadi Kenyataan, #1 Kad Debit Sudah Disebut Pada Tahun 1888

Secara umum, ramalan adalah bersifat anggaran apa yang akan terjadi di masa mendatang. Ia hanya menurut pendapat atau perkiraan manusia terutama dalam ilmu metafizik. Apa pun ramalan hanya bersifat ramalan kerana tiada kuasa lebih besar selain Allah taala.
Ini kerana ramalan dibuat oleh manusia biasanya bersifat relatif dan bukan mutlak. Dalam membuat ramalan, terkadang manusia sering terkeliru kerana adakalanya ramalan itu tidak tepat, sipi-sipi atau benar-benar terjadi. Ramalan boleh menjadi rujukan kerana ia hanya kata-kata bualan saja.
Tapi ternyata apa diramalkan oleh beberapa indvidu ini bermula dari tahun 1600 lagi benar-benar menjadi kenyataan. Nah, bacalah sebagai panduan saja kerana Allah lebih mengetahui segalanya. Dipetik dari laman thecrazyfacts.com, inilah 8 ramalan masa lalu yang menjadi kenyataan.
- Kad debit, Edward Bellamy pada 1888
Hari ini kad debit / kad kredit adalah perkara biasa bagi semua orang. Dengan kad debit, korang boleh bayar tanpa membawa tunai di tangan. Tapi ramalan penggunaan kad debit/ kad kredit ini sudah disebut oleh Edward Bellamy dalam novelnya berjudul Looking Backward pada tahun 1888.
Dia menulis, satu hari nanti akan ada kad kredit/ debit yang dapat digunakan untuk membeli apa saja barang melaluinya.

- Pemindahan organ, Robert Boyle pada 1660-an
Robert Boyle pernah membuat memberapa ramalan tentang penyakit pada masa depan. Katanya, pada tahun 1660-an itu, akan ada kemungkinan penyakit akan sembuh dari jarak jauh selain adanya kaedah pemindahan organ iaitu transplan.
Ucapannya itu menjadi kontroversi ketika dia mengucapkannya dan orang ramai mengatakan ia lebih kepada tahayul dan ilmu sihir. Tapi apa yang berlaku dalam dunia perubatan hari ini, ia benar-benar terjadi.

3. Perang Dingin, Alexis de Tocqueville pada tahun 1840
Alexis de Tocqueville pernah meramalkan akan berlaku perang dingin antara dua negara besar pada tahun 1840. Dia menyebut Rusia dan Amerika yang memiliki arah tujuan yang sama namun dengan cara yang berbeza. Dia mengatakan jika kedua negara tersebut rakus mencari kekuasaan dan mewujudkan keinginannya, mereka akan mempengaruhi semua orang. Dan ia benar-benar berlaku pada tahun 1945-1955 antara Rusia dan Amerika.
4. Manusia Mendarat Di Bulan, Jules Berne pada tahun 1865
100 tahun sebelum manusia pertama kali mendarat di bulan, Jules Verne ada menulis tentang perjalanan manusia pertama ke bulan dalam sebuah cerpennya berjudul “From the Earth to the Moon.” Pada hal ketika itu dia tidak tahu tentang gravity di ruang angkasa namun dia siap menulis tempat pelancaran (Florida), nama kapal, jumlah astronaut dan berat badan mereka yang pergi ke bulan.

5. Tenggelamnya Titanic, Morgan Robertson pada tahun 1898
Dalam novelnya berjudul “Futility atau the Wreck of the Titan”, Morgan Robertson menulis bagaimana kapal terbesar akan melanggar bongkah ais besar sebelum tenggelam. Dan 14 tahun kemudian, kapal Titanic tenggelam dengan cara yang sama. Malah ceritanya juga difilemkan dan mendapat sambutan luar biasa.

6. Mark Twain ramalkan kematiannya sendiri pada tahun 1903
Dalam biografi Mark Twain pernah mengatakan jika “Aku datang dengan komet Haley pada 1835 dan saya berharap kembali dengan perkara yang sama.” Ternyata, dia meninggal pada tahun 1910, setahun setelah munculnya komet Haley.
7. Wifi dan mobile phone, Nikola Tesla 1909
Sebelum telefon bimbit diperkenalkan buat kali pertama dan kegunaan wifi dicipta, Nikola Tesla sudah pernah meramalkannya. Dia mengatakan kepada New York Times,
Jauh sebelum ponsel pertama diperkenalkan dan orang-orang Wi-Fi, Nikola Tesla sudah pernah memprediksinya.
Dia mengatakan kepada New York Times, ada peranti yang akan dapat menghantar mesej tanpa wayar ke seluruh dunia dan semua orang boleh membawa alat peranti itu.
8. Bom atom, HG Wells pada 1914
Dalam novelnya berjudul “The World Set Free”, Wells menggambarkan bom yang menghancurkan seluruh kota. Dan itulah wujudnya bom atom apabila manusia tahu menggunakan
Entah bagaimana berpikir kalau manusia tahu bagaimana menggunakan sebatian radioaktif.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

