Sebut sahaja Blackpink, pasti ramai yang mengenali kumpulan idol daripada Korea Selatan ini. Terkenal dengan lagu DDU-DU DDU-DU, Blackpink tampil dengan album terbaru ‘The Album’ awal Oktober lalu yang membuat ramai peminat teruja.
Terbaharu, penyanyi muda yang berbakat besar Sarah Suhairi yang popular dengan lagu ‘Pedih’ ini juga berkebolehan bernyanyi lagu dalam bahasa Korea dan menyanyi rap. Wah…hebatnya.
Satu video Sarah Suhairi cover lagu dari kumpulan popular Korea iaitu Blackpink telah mencuri perhatian ramai. Lagu yang dipilih adalah Pretty Savage.
A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi) on Nov 1, 2020 at 12:03am PDT
Baru teaser sahaja sudah membuatkan ramai teruja dengan rakaman ini. Video teaser Sarah Suhairi cover Pretty Savage itu telah meraih lebih 161 ribu tontonan di laman instagramnya.
Rata-rata netizen teruja dan memuji video cover lagu Pretty Savage dari Sarah Suhairi yang juga merupakan juara dalam rancangan realiti TV nyanyian, Big Stage.
Ads
Rakan-rakan selebriti juga turut meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut dan memuji bakat penyanyi genit ini.
Setelah lama rakyat United Kingdom dan wilayah di bawah takluknya berteka teki tentang kesihatan Putera Philip akhirnya baginda telah disahkan menghembus nafas yang terakhir setelah gering berbulan lamanya hari ini. Baginda yang diputerakan pada 10 Jun 1921 akan menyambut hari kelahirannya Jun nanti.
Dalam satu kenyataan rasmi Istana, “Dengan rasa dukacita yang mendalam, Yang Mulia Ratu mengumumkan kematian suaminya yang tercinta, Yang Mulia Putera Philip, Duke of Edinburgh dengan tenang pagi ini di Istana Windsor. Pengumuman lebih lanjut akan dibuat tepat pada waktunya. Keluarga DiRaja akan bersama dengan orang-orang di seluruh dunia untuk meratapi pemergiannya.”
Putera Philip setia menemani isteri baginda, Queen Elizabeth II ke mana-mana acara sebelum mengambil keputusan bersara pada tahun 2017.
Sebelum ini Putera Philip telah dimasukkan ke Hospital King Edward VII di hospital London pada 17 Februari setelah kesihatannya merosot. Istana kemudian mengesahkan bahawa baginda dirawat kerana jangkitan.
Kemudian, pada 1 Mac, baginda dipindahkan ke Hospital St. Bartholomew, juga di London, yang mana para doktor terus merawat jangkitan tersebut dan juga melakukan ujian untuk memantau keadaan penyakit jantung yang sudah dihidapi baginda. Selepas pembedahan, baginda dikeluarkan dari hospital pada pertengahan Mac untuk berehat di Istana.
Perkahwinan baginda berdua dikurniakan empat orang cahaya mata. Charles, Anne, Andrew dan Edward.
Dikenali dengan gelaran rasmi Duke of Edinburgh, baginda adalah putera Inggeris yang paling lama berkhidmat setelah mengahwini isterinya. Baginda mengahwini Queen Elizabeth (ketika itu Puteri Elizabeth) pada tahun 1947. Perkahwinan baginda berdua ketika itu menjadi satu momen manis biarpun dunia masih bergolak akibat kerosakan Perang Dunia II.
Dalam tujuh dekad perkhidmatannya, Putera Philip sering menemani Ratu dalam sebarang acara kerajaan, dan melakukan ribuan penampilan solonya sendiri. Untuk pengetahuan pembaca baginda dilahirkan sebagai Putera kerajaan Greece dan Denmark sebelum meninggalkan negaranya ketika berusia 18 bulan disebabkan pergolakan yang berlaku di negaranya ketika itu.
Alicia Amin bukanlah nama asing dalam industri fesyen negara. Sejak penglibatan dalam program realiti peragaan, Asia’s Next Top Model (AsNTM) musim kelima, Alicia semakin melebarkan sayapnya sebagai di antara model pilihan pereka fesyen serta jenama fesyen besar di Malaysia.
Sempena acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 yang kini sedang berlangsung selama lima hari, tentunya Alicia dijangka bakal membuat kemunculan di pentas peragaan mega di Pavilion Kuala Lumpur.
Well, she did show up. Begitupun, kemunculan Alicia di sana pada hari kedua, Khamis lalu telah menaikkan ‘suhu’ di lokasi rasmi itu dek protes yang dilakukannya di hadapan pintu utama Pavilion.
Protes yang dilakukan oleh Alicia ini bertitik-tolak daripada luahan para model pada minggu lalu berkenaan isu kelewatan bayaran model di KLFW selama sembilan tahun ia dilangsungkan.
Lalu, pemilik nama penuh Raja Alicia Raja Amin ini mengambil keputusan berani dengan membawa placard bagi memastikan isu kelewatan bayaran ini tidak lagi berulang pada edisi ulang tahun kesepuluh KLFW kali ini.
Placard tersebut berbunyi, “Semua model pada tahun ini harus dibayar pada hari acara.
“Kepada mereka yang masih menunggu bayaran daripada pihak Andrew untuk tahun-tahun sebelum ini, jumpa dan bercakap dengan saya.”
Kemunculan Alicia dengan placard itu juga sempat dirakam dan dimuat naik oleh pengguna @yelamango di platform TikTok.
Pengasas KLFW, Andrew Tan perlu turun padang untuk menemui Alicia Amin.
Khabarnya, ramai model-model tempatan yang pernah terlibat untuk KLFW berdepan isu kelewatan mendapatkan bayaran masing-masing. Ada juga mendakwa mereka pernah terlibat untuk KLFW sejak tahun pertama ia dilangsungkan. Maknanya, ada yang terpaksa redha bekerja ‘secara percuma’ sajalah sebelum ini?
Difahamkan juga, majoriti model masih tidak dapat bayaran daripada acara-acara yang dikendalikan oleh KLFW serta masih menunggu bayaran yang tertangguh sejak beberapa tahun yang lepas.
Dihalang & Dihalau
Dek kerana tindakan Alicia ini, model dan pelakon berusia 27 tahun itu dihentikan dan dia sendiri dihalau oleh pihak pengawal daripada terus melakukan protes.
Perkara itu dikongsikan oleh Alicia menerusi hantaran di Instagram Story yang menunjukkan dirinya didatangi pengawal serta polis bantuan.
“Sudah pasti kena halau, tapi kita lakukan apa yang termampu.
“Model-model KLFW pada tahun ini, beritahu saya jika bayaran tidak dimasukkan ke bank akaun anda dalam masa 24 jam selepas pertunjukkan fesyen,” katanya.
Tambah Alicia lagi, protes ini bukannya saja-saja dilakukan olehnya tetapi ia demi menegakkan hak seorang model. Dia sendiri akuinya sudah penat perlu melalui perkara sebegini sepanjang bergelar seoran model selama 12 tahun.
Ini Bukan Protes Kali Pertama
Terdahulu, Alicia menerusi satu temubual bersama Sinar Daily pernah membangkitkan isu pembayaran KLFW di mana dia mendedahkan masih ramai model tempatan yang belum mendapat bayaran mereka.
Alicia juga berkongsi pernah bertindak mengugut untuk menyaman pihak penganjur pada tahun 2013 selepas dia tidak menerima bayarannya selama lebih setahun. Akibatnya, mereka tidak mahu bekerjasama dengan Alicia lagi sehinggalah dia semakin dikenali pada tahun 2019.
Acara KLFW 2022 sedang berlangsung bermula dari 17 Ogos hingga 21 Ogos di Pavilion Kuala Lumpur. Bukan sahaja orang ramai tertarik untuk melihat setiap busana yang diperagakan, malah ramai juga tertarik dengan stail hadirin yang dijemput sebagai penonton di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hah, memang betul boleh digelar biskut Chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada.
Nampaknya masalah bekalan air kembali menghantui rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan apabila sekali lagi loji air tercemar.
Dalam satu kenyataan oleh Lembaga Urus Air Selangor dimaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20- 12.45 tengah hari tadi (10 November 2020) disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sg. Selangor.
Bau telah dikesan sekitar 8 TON (di LRA Rantau Panjang). Berdasarkan pemantauan LUAS setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 TON. LUAS, AIR Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Dengan masalah ini, henti tugas ke empat-empat loji ini dijangka akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang mana bekalan air akan ditutup mulai jam 6 petang ini.
Denda tidak lebih RM1Juta bagi pencemar sungai diluluskan
Dalam pada itu, semalam Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shari di fbnya memaklumkan pindaan enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Dewan Negeri Selangor dan kini telah pun menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Pindaan dengan kelulusan sebanyak 11 fasal ini antara lain menaikkan jumlah denda minimum kepada RM 200 ribu dan menetapkan jumlah denda maksimum tidak melebihi RM 1 juta beserta hukuman penjara mandatori sebagai faktor pencegah (deterrent factor).
Dewan Negeri Selangor turut meluluskan bahawa semua perbelanjaan yang dilakukan untuk membersihkan atau memulihkan apa-apa pencemaran oleh LUAS akan ditanggung oleh pihak pesalah.
Sebagai satu langkah kawalan ke atas penggunaan sumber air bagi mengelak pembaziran penggunaan sumber air, Seksyen 44 LUAS turut dipinda bertujuan untuk menambah kuasa LUAS bagi mengenakan caj terhadap lebihan pengambilan air melebihi had yang dibenarkan. Pindaan ini merupakan manifestasi amaran keras kepada mana-mana pihak yang berniat untuk melakukan sebarang pencemaran di Selangor.
Kerajaan Negeri yakin bahawa pindaan enakmen berkenaan beserta langkah-langkah tambahan yang sudah dijelaskan dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 yang lepas akan dapat menangani masalah pencemaran sungai yang menyebabkan gangguan bekalan air di masa hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!