Tengahari tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan  pencarum KWSP di bawah usia 55 tahun boleh mengeluarkan wang dari Akaun 2 masing-masing selama 12 bulan bagi menangani COVID-19 yang belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Berita ini disambut baik oleh masyarakat yang menganggap ianya rezeki  di saat sesetengah syarikat tidak membayar gaji  kepada pekerja kerana cuti dua minggu sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang dimulakan pada 18 hb lalu sehingga 31 Mac ini bagi memutuskan rantaian wabak ini.

Ramai menyambut gembira berita ini namun pengeluaran RM500 ini mudah jika anda sudah pun mendaftar i-Akaun iaitu satu inisiatif oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk ahli menyemak baki terkini akaun mereka, membuat pengeluaran secara dalam talian bagi pengurangan baki pinjaman perumahan, kesihatan, pendidikan, simpanan melebihi 1 juta selain berumur 50 tahun ke atas dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang sudah mendaftarnya, berita ini akan disambut dengan gembira. Tapi bagaimana pula bagi yang belum berdaftar?

IKLAN

Carian REMAJA di laman web KWSP mendapati,  buat masa ini pendaftaran i-AKAUN ini hanya boleh dilakukan di pejabat KWSP dan bukan dari rumah korang ya. Tapi tak tahulah kalau pihak KWSP ada cara untuk memudahkan orang ramai disebabkan ada perintah kawalan pergerakan ini (setakat berita ini ditulis, beginlah prosedurnya).

Bacalah syarat-syarat seperti tertera di lawan web rasmi KWSP ini. Baru korang akan faham akan amanat PM sebentar tadi.

Tidak Pernah Daftar i-Akaun, Pengeluaran RM500 Tidak Boleh Dibuat! Scammer Pun Dah Wujud
Ini kemudahan berdaftar dengan i-Akaun KWSP
Tidak Pernah Daftar i-Akaun, Pengeluaran RM500 Tidak Boleh Dibuat! Scammer Pun Dah Wujud
Kena pergi ke kios KWSP ya semua. Baru boleh daftar ke i-Akaun
Tidak Pernah Daftar i-Akaun, Pengeluaran RM500 Tidak Boleh Dibuat! Scammer Pun Dah Wujud
Yang paling penting sebelum korang nak daftar i-Akaun pastikan majikan ada buat potongan ya.Kalau tak pergi tanya majikan kenapa potong duit tapi tak carum
Tidak Pernah Daftar i-Akaun, Pengeluaran RM500 Tidak Boleh Dibuat! Scammer Pun Dah Wujud
Dijamin duit korang selamat kalau ikut langkah disarakan oleh KWSP nie
Tidak Pernah Daftar i-Akaun, Pengeluaran RM500 Tidak Boleh Dibuat! Scammer Pun Dah Wujud
Lagi satu jangan dedah2 sangat id korang sebab macam2 orang buat sekarang nie nak menipu.

Lagi satu diharap kita akan memasuki lawab WEB KWSP yang sah sahaja kerana telah tular ada scammer yang cuba mengambil kesempatan atas pengeluaran RM500 ini. Ini duit kita, jangan sampai orang lain kaut hasilnya (kalau jumpa scammer nie, jangan lupa seret ke balai polis guys)

IKLAN

Tidak Pernah Daftar i-Akaun, Pengeluaran RM500 Tidak Boleh Dibuat! Scammer Pun Dah Wujud

Nak diingatkan juga, jangan serbu KWSP sekarang ya untuk daftar i-Akaun sebab pejabat mereka ditutup sehingga 31 Mac ini.

IKLAN

Jadi doakanlah agar Perintah Kawalan Pergerakan ini tidak memakan masa la. So duduk rumah, stay at home.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI