
And who saw this coming?!
Tahun 2021 merupakan tahun yang cukup menarik bagi jenama Coach dan BAPE® apabila kita bercakap tentang koleksi kolaborasi.
Masing-masing telah muncul dengan kolaborasi yang menjadi bualan fesyenista dan pencinta high street wearer sepanjang tahun ini. Siapa masih ingat lagi koleksi Coach X Champion, Coach X Disney, Coach X Jean-Michel Basquit?
Manakala, jenama premium streetwear dari Jepun BAPE® pula telah berkolaborasi bersama adidas, New Balance, LEVI’s dan (BANYAK) lagi jenama lain.
Pada hemat penulis, keputusan untuk bergabung tenaga dengan jenama lain ini bukan saja demi memberikan sesuatu yang istimewa kepada peminat yang gemar mengumpul. Malah, ia juga adalah satu strategi berkesan bagi mana-mana jenama termasuklah Coach dan BAPE® untuk meningkatkan hasil jualan because – hey, nobody will miss it out!

Justeru, apabila Coach mengumumkan pada hari ini bahawa ia bakal memperkenalkan koleksi kolaborasi bersama BAPE® pada minggu hadapan, tentunya ramai yang tidak sabar lagi untuk memilih barangan mana untuk mereka miliki.


Koleksi kali ini diilhamkan daripada semangat dan identiti kedua-dua bandaraya asal jenama ini iaitu New York dan Tokyo dalam bentuk koleksi pakaian ready-to-wear, barangan kulit, koleksi kasut dan aksesori. Kesemua barangan ini memiliki ciri-ciri buatan berkualiti Coach yang diadunkan dengan gaya berani BAPE®.
Jom lihat 10 barangan pilihan REMAJA daripada koleksi kolaborasi ini.
.
.
Doll

Baju T

Bucket Hat

Facial Mask

Small Boxy Crossbody

Coin Case

Pool Slide

Hoodie & Shorts

Backpack

Sneakers

Koleksi COACH X BAPE® mula dijual secara atas talian pada 24 July ini di laman web Coach Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain Shiha Zikir, 3 Momen ‘Tukar Baju 3 Saat’ Ini Pernah Jadi Viral

MASIH dengan kisah Anugerah Juara Lagu ke-35.
Seperti yang korang saksikan pada malam Ahad lalu, pelbagai momen menarik telahpun berlangsung. Ada yang berjaya dirakamkan oleh produksi, ada juga yang terlepas peluang menayangkan idea persembahan mereka seperti yang berlaku kepada pelantun lagu 7 Nasihat, Shiha Zikir.
Ramai yang terkejut setelah baju kurung serba biru yang dipakai Shiha bertukar wajah kepada gaun merah keemasan dalam masa 3 saat je!
Namun, Shiha rupa-rupanya bukanlah personaliti pertama yang pernah menampilkan idea tersebut dan bertukar viral. Jom lihat 3 lagi momen ‘Tukar Baju 3 Saat’ ini.
01
Momoko Abe
Ini adalah ciptaan kostum nasional pertama di pentas ratu cantik Miss Universe yang menampilkan teknik menukar baju. Wakil Jepun, Momoko Abe telah membanggakan negara matahari terbit itu dengan memenangi kategori kostum nasional hasil kreativiti pasukannya.
Mereka menggayakan Momoko dalam kostum ala ‘Ninja Warrior’ serba hitam sebelum Momoko bertukar imej kepada gaun Kimono moden.
Momen tersebut cukup flawless dan mendapat tepukan gemuruh penonton semasa peringkat preliminary pertandingan.
02
Ayah ‘Disney’ Filipina
Nephi Garcia yang lebih popular di Instagram sebagai Designer Daddy telah mencuri tumpuan pada tahun lalu setelah dia menghasilkan gaun wanita dan kanak-kanak yang diinspirasikan daripada filem Disney.
Namun, ia bukan gaun biashe-biashe. Ia adalah gaun yang boleh bertukar dalam 3 saat.
Setelah kehilangan kerja, isterinya mencadangkan agar Nephi menggunakan bakat dan kreativitinya itu sebagai karier bar. Pada hari ini, Nephi bukan sekadar mencipta gaun puteri Disney saja tetapi juga berjaya mereka kostum ‘Sonic ke karakter Toy Story 4’.
Memang wow!
03
Yook Sungjae & Joy
Akhir sekali adalah semasa ahli kumpulan K-Pop, BtoB dan Joy dari grup Red Velvet menjayakan sebuah persembahan di acara anugerah SBS di Korea.
Mereka ditemukan dalam program realiti We Got Married musim keempat dan persembahan lagu Marry You nyanyian asal Bruno Mars itu adalah bagi tujuan promosi program tersebut.
Menariknya di tengah-tengah persembahan, Joy dan Sungjae telah mengagumkan penonton seperti Yoo Jae-Suk, HaHa dan Choi Minho setelahh mereka menukar baju berwarna merah kepada persalinan serba putih dalam sekelip mata.
*
Biarpun idea ‘menukar baju dalam 3 saat’ yang dibawakan oleh Shiha Zikir semasa persembahan 7 Nasihat, Ahad lalu bukanlah sesuatu yang ‘baru’, namun ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Seharusnya, kita raikan kreativiti dan keberanian Shiha serta skuad glamnya mencuba sesuatu yang baru di program hiburan di Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih Ketat, Lebih Bahaya, Ini Kesan Pemakaian Korset Yang Korang Perlu Tahu

Wanita sangat mementingkan penampilan diri dan disebabkan oleh itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik. Perut buncit antara masalah utama yang sering memberikan tekanan kerana kebanyakan wanita ingin tampil sempurna dikhalayak ramai.
Untuk mengatasi masalah ini, ada individu yang mengambil inisiatif memakai korset bagi mengurangkan perut buncit. Ramai yang menyangka dengan pemakaian korset dapat memperbaiki postur badanm hakikatnya pemakaian korset ketat dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang (melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang).
Menurut Public Health Malaysia, pemakain korset juga akan mengakibatkan tulang rusuk dan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30 hingga 60 peratus. Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang didalam paru-paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik.

Sistem penghadaman akan terhimpit menyebabkan asid daripada perut naik esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu.
Apa yang akan terjadi kepada buah pinggang dan hati?
Korang mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis-majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja. Namun, jika korang memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penganiayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.
Terdapat banyak punca abdomen membesar atau perut buncit, termasuklah pengumpulan lemak di bahagian perut, masalah dalam abdomen seperti fibroid dan pengumpulan air dalam rongga abdomen (ascitis) disebabkan oleh pelbagai penyakit.

Namun, sekiranya masalah perut buncit korang disebabkan pengumpulan lemak, cara untuk mengatasinya adalah lebih baik jika melakukan senaman. Terdapat beberapa teknik senaman yang dikongsi oleh myhealth.gov.my yang korang boleh ikut dan antaranya adalah seperti berikut:
a. Baring terlentang dengan tangan diatas paha. Angkat bahu seolah hendak bangun ataupun seolah hendak bawa tangan ke lutut. Tidak perlu bangun habis, separuh sahaja, asalkan boleh nampak kaki korang. Lakukan 20 ulangan dan boleh ditambah sekiranya mampu.
b. Baring dengan kedua-dua lutut bengkok ke atas dan tapak kaki di atas lantai. Siku pada paras bahu (seolah tangan dibelakang kepala), bawa lutut kanan dan siku kiri menemui satu sama lain secara serentak. Lakukan yang sama dengan siku kanan dan lutut kiri. Jumlah ulangan boleh ditentukan mengikut kemampuan diri.
Namun, disyorkan kalau boleh buat dalam 10 ulangan setiap kali. Lakukan dua atau tiga kali. Lakukan senaman ini setiap hari.
c. Menambah bakteria baik ke dalam usus. Penambahan bakteria baik dalam usus dapat dilakukan dengan memakan makanan dan minuman yang mengandungi bakteria baik seperti susu masam dan yogurt.

Jadi, elakkan pemakaian korset dalam tempoh masa yang lama kerana ia hanya akan memudaratkan kesihatan dan tubuh badan korang. Jangan ambil jalan mudah untuk tampil cantik.
Sumber: Public Health Malaysia, myhealth.gov.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kematian Pengasas Jenama Off-White, VIRGIL ABLOH Kejutkan Pereka Fesyen

Berita pemergian pengasas jenama fesyen Off-White, Virgil Abloh di Chicago pada pagi ini telah mengejutkan dunia fesyen.
Pada usia 41 tahun, Virgil yang juga merupakan Pengarah Artistik di rumah fesyen Louis Vuitton telah meninggal dunia pada 28 November (waktu di Amerika Syarikat) setelah bergelut dengan kanser jenis Cardiac Angiosarcoma selama dua tahun kebelakangan ini secara senyap. Ini kerana Virgil masih aktif mengeluarkan koleksi baharu untuk Off-White dan Louis Vuitton biarpun beliau sedang berdepan isu kesihatan.
Menurut satu kenyataan rasmi d akaun Instagram-nya, kanser yang dihidapinya adalah sejenis kanser yang dikatakan jarang ditemui dan menyerang mana-mana mangsanya secara agresif.

Kami bersedih untuk mengumumkan pemergian insan yang disayangi Vigil Abloh; seorang bapa, suami, anak, abang dan kawan yang sangat setia. Beliau telah meninggalkan isteri tercintanya, Shannon Abloh, anak-anaknya Lowe Abloh & Grey Abloh, kakaknya Edwina Abloh, ibu-bapanya Nee & Eunice Abloh dan ramai rakan serta rakan sekerja yang dikasihi.
Selama lebih dua tahun ini, Virgil dengan beraninya telah melawan sejenis kanser yang jarang berlaku dan agresif, Cardiac Angiosarcoma. Beliau memilih untuk mengharungi ‘pertempuran’ ini secara peribadi sejak ia dikenal pasti pada tahun 2019. Beliau menjalani pelbagai rawatan yang mencabar sambil terus menerajui beberapa institusi penting yang merangkumi cabang fesyen, seni dan budaya.
Sepanjang waktu itu; etika kerjanya, dan keyakinannya (untuk terus berkerja) tidak pernah goyah. Virgil didorong oleh dedikasinya terhadap minatnya dan misinya untuk membuka peluang kepada ramai orang demi kesaksamaan dalam dunia seni dan rekaan.
Beliau sering berkata, “Setiap perkara yang saya lakukan adalah untuk versi diri saya yang berusia 17 tahun,” dan mempercayai kuasa bidang seni yang mampu memberikan inspirasi kepada generasi akan datang.
Kami berterima kasih kepada anda semua yang memberikan sokongan dan kasih sayang; dan kami meminta sedikit ruang privasi untuk kami berduka dan meraikan kehidupan Virgil.


Sedikit info mengenai Virgil, pereka fesyen tersebut telah dilahirkan di Rockford, Illinois di Amerika Syarikat dan merupakan anak kepada dua orang pendatang warganegara Ghana. Ibu bapanya, Nee dan Eunice Abloh telah berhijrah ke Amerika Syarikat pada era 1970-an setelah berkahwin di Ghana dan melahirkan Virgil pada 30 September 1980.
Selain Virgil, mereka turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Edwina Abloh.
Eunice yang bekerja sebagai seorang tukang jahit telah mengajar Virgil untuk menggunakan mesin jahit. Hasil daripada pendedahan tersebut, Virgil telahpun mula mereka baju T-nya sendiri pada usia kanak-kanak.
Pada tahun 2012, Virgil telah mengubah landskap dunia fesyen setelah dia mengasaskan jenama mewah Itali, Off-White.
Setahun kemudian, Virgil mengukuhkan lagi impak jenama tersebut apabila beliau melantik Ye aka Kanye West sebagai rakan kreatifnya yang banyak memberikan inspirasi kepadanya. (Ye juga dipercayai merupakan salah seorang daripada insan yang mengetahui mengenai penyakit yang dihidapi oleh Virgil ini).

Setelah enam tahun melakar kejayaan bersama Off-White, Virgil telah mencipta sejarah apabila beliau menjadi pereka berdarah African-American pertama yang dilantik sebagai Pengarah Artistik untuk koleksi pakaian lelaki Louis Vuitton. Bukan hanya itu, beliau juga menjadi salah seorang daripada segelintir kecil pereka fesyen berkulit hitam yang diberikan penghormatan tersebut.
Tribut Buat Virgil Abloh
Menerusi media sosial, ramai selebriti dan penggiat dunia fesyen yang meluahkan rasa dukacita mereka terhadap berita pemergian Virgil Abloh.

Marc Jabobs, salah seorang pereka fesyen yang pernah mengangkat jenama Louis Vuitton sebagai sebuah jenama terkemuka pada era millenial ini telah berkata, “Saya terkilan untuk mendengar berita ini. Saya ucapkan takziah kepada keluarganya dan mereka yang menyayanginya. Semoga dia tenang di sana. May you Rest In Peace & Power dear Virgil.”
Berikut merupakan beberapa lagi ucapan takziah yang dizahirkan oleh pereka fesyen terkenal dunia.

Kim Jones (Dior Men) : “Saya sangat sedih untuk mendengar mengenai pemergian Virgil, salah seorang insan yang paling baik hati. Banyak masa kami dihabiskan mengembara di sekeliling dunia dan ‘lepak’ di bilik hotel; bekerja dan membelek majalah berbahasa Jepun dan ketawa serta berborak mengenai idea.”

Pierpaolo Piccioli (Valentino) : “Virgil. Kita bertemu disebabkan Jun beberapa tahun lalu. Saya ke sebuah acara di mana mereka sedang menjadi DJ dan kita kita berpisah setelah berjanji bahawa kita akan bertemu semula tidak lama lagi dan menyiapkan lagu kita bertiga. Semakin saya cuba mencari perkataan terbaik untuk mengekspresikan perasaan saya sekarang, semakin saya diingatkan semula kepada memori beliau sebagai seorang lelaki yang amat berbakat, seorang pereka, bapa, artis yang menghargai hidup dan kreatiiviti. Beliau mengubah ‘permainan’ dunia fesyen dan saya pasti semua itu akan kekal bersama kita semua.”

Alessandro Michele (Gucci) : “Semoga kebaikan beliau dibalas semula dalam dunia seterusnya. Sehingga kita bertemu kembali.”

Donatella Versace (Versace) : “Virgil, saya tidak mempunyai kata-kata. Dunia telah kehilangan seorang bintang fesyen. Seorang pencipta yang akan dikenang dalam sejarah. Love Donatella.”

Victoria Beckham : “Seorang insan yang memberikan inspirasi dalam pelbagai cabang. Rest in peace Virgil. Saya mengirimkan kasih sayang kepada keluarga anda. Kami akan amat-amat merindui anda.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

