Seperti yang korang saksikan pada malam Ahad lalu, pelbagai momen menarik telahpun berlangsung. Ada yang berjaya dirakamkan oleh produksi, ada juga yang terlepas peluang menayangkan idea persembahan mereka seperti yang berlaku kepada pelantun lagu 7 Nasihat, Shiha Zikir.
Ramai yang terkejut setelah baju kurung serba biru yang dipakai Shiha bertukar wajah kepada gaun merah keemasan dalam masa 3 saat je!
Namun, Shiha rupa-rupanya bukanlah personaliti pertama yang pernah menampilkan idea tersebut dan bertukar viral. Jom lihat 3 lagi momen ‘Tukar Baju 3 Saat’ ini.
01
Momoko Abe
Ads
Ini adalah ciptaan kostum nasional pertama di pentas ratu cantik Miss Universe yang menampilkan teknik menukar baju. Wakil Jepun, Momoko Abe telah membanggakan negara matahari terbit itu dengan memenangi kategori kostum nasional hasil kreativiti pasukannya.
Mereka menggayakan Momoko dalam kostum ala ‘Ninja Warrior’ serba hitam sebelum Momoko bertukar imej kepada gaun Kimono moden.
Momen tersebut cukup flawless dan mendapat tepukan gemuruh penonton semasa peringkat preliminary pertandingan.
02
Ayah ‘Disney’ Filipina
Ads
Nephi Garcia yang lebih popular di Instagram sebagai Designer Daddy telah mencuri tumpuan pada tahun lalu setelah dia menghasilkan gaun wanita dan kanak-kanak yang diinspirasikan daripada filem Disney.
Namun, ia bukan gaun biashe-biashe. Ia adalah gaun yang boleh bertukar dalam 3 saat.
Setelah kehilangan kerja, isterinya mencadangkan agar Nephi menggunakan bakat dan kreativitinya itu sebagai karier bar. Pada hari ini, Nephi bukan sekadar mencipta gaun puteri Disney saja tetapi juga berjaya mereka kostum ‘Sonic ke karakter Toy Story 4’.
Akhir sekali adalah semasa ahli kumpulan K-Pop, BtoB dan Joy dari grup Red Velvet menjayakan sebuah persembahan di acara anugerah SBS di Korea.
Mereka ditemukan dalam program realiti We Got Married musim keempat dan persembahan lagu Marry You nyanyian asal Bruno Mars itu adalah bagi tujuan promosi program tersebut.
Menariknya di tengah-tengah persembahan, Joy dan Sungjae telah mengagumkan penonton seperti Yoo Jae-Suk, HaHa dan Choi Minho setelahh mereka menukar baju berwarna merah kepada persalinan serba putih dalam sekelip mata.
*
Biarpun idea ‘menukar baju dalam 3 saat’ yang dibawakan oleh Shiha Zikir semasa persembahan 7 Nasihat, Ahad lalu bukanlah sesuatu yang ‘baru’, namun ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Seharusnya, kita raikan kreativiti dan keberanian Shiha serta skuad glamnya mencuba sesuatu yang baru di program hiburan di Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu, hiasan tangan seakan inai yang berwarna putih ini hanya khas dipakai semasa majlis pernikahan saja.
Sekitar tahun 2015, ia mula mendapat perhatian ramai apabila selebriti Malaysia mula memakai ‘inai putih’ ini pada belakang telapak tangan mereka.
Sekarang, ‘inai putih’ tidak lagi eksklusif kepada musim perkahwinan saja malah ia boleh dipakai pada bila-bila masa. Semasa ke konsert contohnya, it will go really well with your Coachella-esque outfits.
Cuma ada satu perkara je yang ramai masih keliru mengenai ‘inai putih’ iaitu ia bukanlah INAI sebenar!
Lebih tepat jika dipanggil sebagai cat badan, ia selalu dijual dalam tiub kecil di stor yang menjual item solekan. Mengapa ia didatangkan dalam pakej sekecil itu adalah kerana ia mudah untuk kering ataupun mengeras jika mempunyai contact bersama udara.
Selalunya, ‘inai putih’ ini hanya boleh bertahan selama sehari je kerana ia mudah tertanggal jika tangan terkena air. Iyalah, takkanlah tak mandi pula satu hari kan.
Namun, rahsia untuk mengekalkan coraknya bagi 3-4 hari adalah dengan meletakkan baby powder di atasnya selepas siap ‘berkarya’. Korang pun boleh cuba menyapukan metalik nail polish di atas corak, ia akan mempunyai kesan tahan lama.
Sekarang popular dengan rekaan ‘inai putih’ bersama batu manik.
‘Inai putih’ ini tidak sah dibawa solat kerana ia bukanlah inai yang sebenar. Air wudhuk secara tak langsung tak boleh menembusi lapisan cat pada tangan. Sebaiknya, pandai-pandailah memakainya semasa datang bulan. Sekurang-kurangnya tak adalah sayang nak basuh semula tangan setelah baru 2 jam lukisan siap.
Bagi memudahkan korang untuk menanggalkan ‘inai putih’ ini, REMAJA mencadangkan agar korang rendam telapak tangan ke dalam besen air sabun selama 3-4 minit. Kemudian, sental dengan loofah sehingga kesemuanya hilang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai benar yang merasakan inilah masanya untuk mempraktikkan frasa ‘more is more’ dengan rekaan beriben dan ‘berkepak’ pada busana masing-masing.
*
Let us start with a mild design for the lovely, Fiza Frizzy.
Fiza yang mengacarakan Gegar Vaganza Live Plus bagi penonton di YouTube kini sedang sarat hamil dengan anak ketiganya. Namun itu tidak sesekali dijadikan alasan untuk tidak bergaya dalam busana rekaan Shermaine SW yang mempunyai elemen riben besar pada bahagian dada. Comel kan!
Meneruskan trend riben besar berwarna merah jambu, pengacara Gegar Vaganza iaitu Elly Mazlein yang menyarung busana Mek Kembang Cotton pada peringkat separuh akhir minggu lalu. Tak baik tau Nabil bergurau dan menggelar Kak Lina sebagai hadiah! Hehe.. Apapun, kami suka melihat Kak Lina membuat pilihan bold ini.
Seawal minggu keempat pertandingan pula, Jaclyn Victor telah membawakan mesej lagu You Raise Me Up nyanyian asal Josh Groban ke dalam konteks persalinannya apabila memilih rekaan Freda Creation yang menggambarkan kepak pari-pari ini.
DAN siapa dapat melupakan imej Shila Amzah dalam busana Khuntumn dengan siluet bahu dempak dalam fabrik berbulu ini? Demi menyeimbangi bahagian atas busana yang sarat dan berskala besar ini, penata gaya Shila memastikan bahagian skirt kuncup dan hijab yang dipakai kekal minaml dalam rona ungu gelap sama.
Dan akhir sekali, Elly Mazlein memastikan pengalamannya selaku pengacara pengganti untuk Jihan Muse bagi musim ini berbekas di ingatan semua penonton apabila menyarungkan rekaan Wanpa pada malam finale. Elly yang ditata gaya oleh Miedy Daniel tampil berani dengan siluet berkepak daripada fabrik mengilau biarpun ada yang menggelarnya sebagai ‘aluminium bergerak’ di media sosial. Well, call her what you want. She rocked this look!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah jenama fesyen mewah antarabangsa, tampil memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan.
Menerusi laporan laman berita NDTV, Jordanluca mendedahkan rekaan dikenali sebagai Stain Stonewash Jeans itu di pentas peragaan semasa pertunjukan fesyen musim luruh/sejuk.
Seluar jean tersebut mempunyai tompokan gelap di bahagian pangkal paha, seolah-olah memberi bayangan bahawa si pemakai tidak sengaja telah membuang air kecil.
Harga yang ditawarkan bagi koleksi tersebut adalah AS$811 (RM3,871). Rekaan basuhan ringan itu bagaimanapun dilaporkan telah habis dijual dengan menawarkan harga AS$608 (RM2,902).
Seluar yang tular tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata warganet memberikan pelbagai komen.
“Harganya terlalu mahal. Seseorang hanya perlu membuang air kecil di dalam seluar untuk mempunyai seluar seperti ini,” kata seorang netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.